Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Thursday, November 3, 2016

I'm back... Setelah 4 tahun

Bismillah...

Sejak 13 September 2012 saya tinggalkan jejak di ruang putih ini, tiba-tiba waktu ini.. malam ini dan detik ini teringat untuk kembali menulis. Nak test power katanya, mana tahu ada sebab Allah detikkan hati untuk kembali menulis. 4 tahun sudah berlalu, tangan pun dah keras... bahasa pun dah lapuk.. asyik buat copywriting hari-hari selama 4 tahun.. jadi kekok pula nak menulis di sini. 

hmmm..

Ada lagi ke orang baca personal blog? Masih relevankah? (Skemanya ayat :D) Bukankah sekarang di fb dah boleh tulis panjang lebar, boleh dapat komen atau feedback lebih cepat dan lebih dekat dengan pembaca. Tapi saya dapat rasakan keseronokan menulis diblog lebih tersendiri. Terasa macam tulis diari, bukan untuk bahan bacaan orang tetapi lebih kepada untuk kepuasan sendiri. 

Sebenarnya tajuk masih tak ada waktu saya menulis hingga perenggan ini. Sebab saya tak tahu nak menulis tentang apa. Banyak sangat yang berlaku dalam 4 tahun, namun jika tema blog ini pasal perkahwinan... alhamdulillah, perkahwinan saya dan suami kini sudah mencecah hampir 5 tahun hayatnya. Masih seperti baru bercinta dan masih kekal berdua.

Terima kasih Allah. Alhamdulillah...


Mungkin tidak banyak yang menarik untuk diceritakan. Selepas melalui hari-hari bahagia dalam kehidupan selepas berkahwin. Perjalanannya makin lancar. Allah aturkan kami miliki sebuah istana di Bandar Puncak Alam dan saya dapat miliki sebuah butik fizikal di kawasan dekat kediaman kami atas usaha mengerjakan butik online selama 4 tahun secara serius. Ya saya seorang usahawan kini. Selepas setahun berkahwin, saya mengambil keputusan untuk cuci tangan dalam bidang event management dan mengusahakan butik online Malady Couture secara sepenuh masa. 

Part paling mengujakan adalah bercerita tentang perniagaan yang saya usahakan. Kini saya boleh tersenyum dengan pencapaian Malady Couture sehari ke sehari. Namun, perjalanan saya masih jauh dan masih panjang. InshaAllah jika ada masa terluang, saya akan throwback kisah-kisah disebalik perniagaan pakaian muslimah yang saya jalankan. Ya betul saya seorang usahawan kini. Yup, bukan semudah itu saja... Bagaimana saya menyusun langkah dalam ilmu perniagaan yang sedikit ini. Kalau ada yang melintas di sini dan baca, terima kasih diucapkan. Semoga ada pertemuan seterusnya selepas ini. InshaAllah.. i'll be back.

Menulis,
Mass Mohamad
Masih dipejabat, 1:44 am


Thursday, September 13, 2012

Masuk Kampus

Seronok masuk kampus semula, lepas sudah tinggalkan hampir 5 tahun. Bukan masuk belajar, tetapi hadir jemputan rumah terbuka Management  & Science University. Bertemu pensyarah yang banyak berjasa, rupanya semuanya masih ingat pada saya.. tahu segala apa saya buat sekarang dan sebelum, hebat pensyarah saya, ikuti perkembangan anak buahnya hingga kini. Walaupun nakal sedikit. Alhamdulillah, Allah bawa saya ke sana, jumpa orang-orang yang banyak berjasa.. ditemani Hanna.. gembira melihat MSU hari ini.

Friday, September 7, 2012

Bunga Telur Baby Pink

Bila ada gambar perkahwinan, banyaklah pertanyaan saya terima. Ada pula yang perasan ada gambar bunga telur dalam banyak-banyak gambar perkahwinan saya. Sememangnya walaupun tidak menggunakan bunga telur sebagai buah tangan, namun bunga telur saya order juga 100 unit untuk diberikan kepada keluarga sebelah suami dan juga ahli keluarga saya yang bertungkus lumus menjayakan majlis kami.

Warna baby pink kepada bunga telur memang pilihan saya kerana mahukan bunga telur tersebut nampak sweet. Membuat survey bunga telur pun makan masa agak lama kerana saya menjadi rambang mata pada saat-saat akhir membuat pilihan. Rupa-rupanya tempahan bunga telur perlu dibuat sekurang-kurangnya 8 bulan awal atau setahun awal kerana tempahan untuk bunga telur yang mengikut trend terkini sangat menjadi 'hot selling'. 

Disebabkan mahukan bunga telur bunga jenis bunga 'tisu' yang menjadi trend masa kini, saya memujuk ownernya untuk terima tempahan saya walaupun sudah ditutup. Pada masa itu rasanya lagi 6 bulan dari misikami. Walaubagaimanapun selepas mendapat persetujuan saya berubah fikiran kerana memikirkan takut-takut bunga tisu itu nanti akan mudah rosak jika terkena air dan tidak berani menanggung risiko (amboi skemanya ayat.. huhu). Lalu saya kembali mencari bunga telur pilihan hati dari satu pintu blog ke pintu blog yang lain.

Sehinggalah saya bertemu dengan Flor Iterna Wedding. Di sini saya telah jatuh cinta dengan ketelitian bunga-bungaan nylon dari hasil kerjanya. Sangat kemas dan cantik tau. Jadi tanpa buang masa saya hubungi Wawa dan akhirnya selesailah pencarian bunga telur pada Jun 2011.

Di bawah nilah gambar bunga telur majlis perkahwinan saya. Sweet tak? :p





Tuesday, August 28, 2012

Resepsi Masliza dan Razin

8 bulan sudah berlalu, masih tidak kongsi gambar majlis resepsi saya. Sebetulnya saya kini sibuk kembali giat dalam perniagaan hijab saya. Selepas berkahwin rupanya mood untuk menulis bertukar kepada lain-lain hal. Saya memang solute kepada sesetengah kawan-kawan blogger yang masih maintain berblog walaupun sudah beranak pinak. InsyaAllah, hari ini saya akan kongsikan gambar majlis perkahwinan saya. Sebetulnya sudah lama dikongsi di facebook.

Dengan lafaz bismillahirahmanirahim, saya hidangkan gambar-gambar kenangan perkahwinan saya buat semua.




Tuesday, July 3, 2012

Hadiah Super Banyak

Sehingga hari ini saya masih belum membeli perkakasan memasak seperti kuali, periuk, ketuhar, cerek, blender dan sebagainya untuk aktiviti memasak di dapur. Wah! Tak masakkah? Hakikatnya, hadiah pemberian teman-teman dan keluarga teramatlah banyak (tu yang jadi super banyak) hinggakan semua keperluan tak perlu dibeli lagi.. lengkap.. malah terlebih-lebih pulak. Gelas air usah cerita, sebelah suami terlalu banyak yang hadiahkan gelas air beserta jug. Alhamdulillah, terima kasih. Kalau tak ada yang berikan semua ini mungkin saya masih terkebil-kebil nak mencari di kedai. Jujur saya memang tidak pandai nak mulakan benda-benda yang berkaitan dapur. Cuma satu aje yang memang tak ada langsung orang hadiahkan.. SUDU dan garpu. Cuma ada yang hadiahkan set sudu garpu hiasan. Alkisah sekali saya gunakan untuk kacau air tup-tup sudu tersebut terus tertanggal dari pemegangnya.. haha.. suami kata, mungkin untuk hiasan sahaja kot sebab tu nampak cantik. Honestly, tak ingat siapa yang bagi.. kalau anda terbaca maaflah ye, satu sudu tu dah rosak dikerjakan saya.

Terima kasih tak terhingga buat semua yang beri hadiah walaupun hakikatnya hadiah ini tidaklah saya minta. Tetapi bila sudah ada, semuanya jadi berguna. Sampaikan ada yang hadiahkan beg tangan dan clutch. Semuanya sangat berharga buat saya. Bilik kerja suami terpaksa dilonggokkan hadiah-hadiah yang banyak ni. Ada yang belum sampai masa kegunaannya.. jadi masih tersimpan rapi. Apa jua yang anda beri tidak ada sebarang garis ukuran nilainya. Tak terbalas, hanya kata terima kasih tidak terhingga dan semoga Allah membalas budi jasa anda semua yang meraikan majlis saya sebegitu sekali. 


Menutup tulisan : Moga Allah memurahkan rezeki kalian.





Wednesday, June 27, 2012

8P Untuk Pasangan Kekasih

Bahagian ini adalah perkongsian yang saya ambil dari sebuah blog. Walaupun nampak macam malas nak menulis tetapi sebenarnya saya amat tertarik dengan tulisan atau kata-kata dari Ustazah Siti Nur Bahyah ini. Bila dibaca ada betulnya. Bila kita sudah berumahtangga kita akan rasakan sendiri semua P yang disebut ini secara tidak disengajakan berlaku dalam kehidupan seharian. Perasan tak? 

Siti Nur Bahyah berkata,

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

Menutup tulisan : Jadi kepada yang masih belum berkahwin, percepatkanlah hari besar anda. peace!

Sunday, June 24, 2012

6 Bulan dan Terus Bercinta

Masuk bulan ini memang genaplah enam bulan pernikahan kami. Menjadi suami isteri bukanlah susah sangatkan.. rupanya kehidupan lebih teratur dan lebih mempunyai matlamat. Kalau dulu saya selalu katakan kehidupan solo saya sudah punya banyak perkara, jadi tak perlulah saya risaukan sangat jika lambat berumahtangga. Rupanya apabila hidup berdua, banyak lagi matlamat hidup mendatang yang dirancang bersama. Bila ada suami, semuanya jadi lebih kuat dan lebih bersemangat.

Baru-baru ini kami sempatlah pulang ke Kelantan untuk menziarah keluarga (Ma dan Ayah) dan ke majlis kesyukuran perkahwinan sepupu suami saya iaitu Faiz dan Junaimah. Ke Johor dahulu sebelum itu ke majlis sebelah perempuan. Memang seronok bersama keluarga baru saya ini. Jadi sebagai kenang-kenangan gambar terbaru saya dan suami saya tinggalkan u dengan gambar-gambar semasa perjalanan ke Kota Bharu melalui penerbangan MAS dan di majlis perkahwinan Faiz. Jumpa lagi!



Thursday, June 21, 2012

Hantaran Perkahwinan Sebelah Suami

Alhamdulillah, sudah tiba masuknya bulan Syaaban. Sempat ganti puasa yang tertinggal dan berpuasa sunat bulan-bulan mulia ini. Alhamdulillah, tak susah sangat kerana suami saya sentiasa menyokong dan bersama-sama mengimarahkan bulan-bulan baik ini.. biar berteman, seronok sikit masa berbuka bersama kan?

Seperti janji, saya mesti tunaikan. Baiklah hari ini, sela masa 2 jam waktu makan tengahari di hari Jumaat ini saya nak panjangkan cerita mengenai hantaran di sebelah suami dulu. Ramai juga yang tanya, ditempah di mana? tetapi rasanya ramai juga yang tahu, hantaran sebelah suami juga dibuat oleh Adnan Jaafar hasil perbincangan saya, suami dan dia. 

Menyentuh soal hantaran ini, saya meletakkan sepenuh kepercayaan pada abang Nan. Suami hanya beritahu warna ungu atau lavender dan abang Nanlah yang merealisasikan hiasannya. Kata saya, yang penting jangan terlalu sarat dan susunannya nampak kemas. Saya pernah mengidamkan hiasan hantaran koleksi Ari Wedding Couture. Pernah juga saya bertanyakan harganya. Satu dulang Ari kenakan RM200 hingga RM400 tidak kiralah samaada bunga artificial atau bunga asli. Padanan pelbagai jenis bunga yang direka Ari satu kombinasi yang sangat buat saya teruja. Selepas saja saya 'engaged' abang Nan sebagai wedding planner, saya terus saja beritahu apa yang saya inginkan padanya. Alhamdulillah, seperti pernah saya ceritakan sebelum ini. Abang Nan memang begitu memahami apa yang diinginkan. Lalu terjadilah hantaran perkahwinan sebelah suami seperti ini.








Alhamdulillah, hasilnya mengembirakan suami saya dan keluarganya. Terima kasih atas hadiah-hadiah perkahwinan yang istimewa ini juga. Sebetulnya 9 dulang hantaran tetapi saya meletak hanya 7 sahaja. Lain-lain adalah cincin bersama sirih junjung dan kek.

Saya menutup entri : siap-siap mahu ke farewell party Nur Athikah. Lepas ini saya ceritakan tentang hantaran saya pula k.


Wednesday, May 30, 2012

Busana Putih Idaman



Thump up pada abang Nan atas rekaan baju nikah yang super cantik. Hakikatnya busana putih di hari pernikahan saya cuma lihat sehari sebelum majlis nikah sahaja. Sebelumnya abang Nan hanya akan mms dan sms sahaja progress baju tersebut. Memandangkan saya sangat sibuk dengan banyak urusan, jadi urusan mereka busana nikah dan resepsi memang saya serahkan sepenuhnya kepada abang Nan. Saya hanya membuat perbincangan serius sekali sahaja untuk menggambarkan kepadanya idea rekaan yang saya mahu (Word 'serius' bermaksud bincang betul-betul punyaaa). Mengetahui apa yang kita mahu itu penting untuk disampaikan kepada pereka. Dek kerana abang Nan memang jenis up-to-date dia mudah menerima faham apa yang cuba saya sampaikan kepadanya.

Apa yang menarik jahitannya begitu kemas di badan tanpa perlu buat apa-apa fitting lagi. Kedua-dua baju saya cuba malam itu tanpa perlu nak betulkan apa-apa lagi. Adakah itu bermakna badan saya tidak berubah saiznya? sedangkan kali terakhir ukuran badan saya diambil adalah semasa perbincangan rekaan dengan abang Nan iaitu dalam tempoh 3 bulan sebelumnya. Maintain nampaknya.. hehe

Baju melayu hubby pula kami cari readymade di Jakel. Mulanya nak cari kain untuk tempah supaya lebih kemas ikut saiz badan tetapi bila ternampak baju melayu siap tersebut terus berkenan. Uniknya baju melayu hubby bukan jenis fabrik satin. Saya dari awal lagi pesan pada hubby sebolehnya elakkan beli material satin sebab berkilat dan sudah tidak trend lagi.. hehe.. konon. Tapi memang saya tak suka baju melayu kain satin sebab berkilat-kilat semacam aja. Jadi baju melayu yang dijumpai ini sangat menepati citarasa saya walaupun harganya agak mahal. (Aik sapa yang nak pakai nih?) Sebenarnya, diorang ada cakap nama fabrik tetapi saya lupa sebab namanya agak unik. 

Kenapa ianya menarik pada saya? Kerana kainnya 'just nice'.. ada sedikit kilatan tetapi tidak menyerlah. Tidak terlalu lembut dan tidak terlalu mengeras. Yang penting ianya tidak mudah renyuk. Sesuai untuk dipakai semasa akad nikah. Simple itu adakalanya memberi keserlahan jika pandai dipadankan. Hubby pun suka. Manakala, sampin dan butang baju pula dari hantaran bertunang dulu.



Tip Memilih Pakaian Nikah Untuk Wanita

Saya ada sedikit tips untuk b2b bagaimana untuk membuat keputusan memilih busana nikah. Saya pasti ramai yang rambang mata jika buat carian di googlekan? Mula-mula nak yang simple, ringkas.. bila pergi ke butik atau designer dia akan pengaruhi kita dengan idea dia yang pelbagai pula.. jadi kita akan menjadi lebih berserabut dan bertambah rambang mata. Ada juga yang suka itu dan ini tetapi bila pergi butik berkenan pula baju lain yang lebih banyak bling-bling, manik-manik, lace sana lace sini..

Beginilah, saya nasihatkan jangan buat carian terlalu banyak. Elok saja search trend terkini setakat sekali dua sahaja. Kemudian pergi butik atau jumpa designer pilihan. Ceritakan padanya tentang busana idaman anda. Masa ini memang perlu terangkan betul-betul apa yang anda mahu, jangan sesekali cakap padanya,


"terpulanglah, asalkan cantik".. 


Perlu diingat, cantik pada matanya tidak semestinya cantik pada mata anda. Begitu juga sebaliknya. Bila dah terangkan segalanya atau jika perlu buat lakaran supaya maksud anda sampai kepadanya. Minta juga dia lukis busana tersebut supaya anda tahu juga apa yang direka untuk anda. Jika tidak suka perlu berterus terang saja. Jika suka.. proceed sahajalah.

Jika pergi ke butik untuk sewa baju siap, sila pujuk hati untuk tidak terpengaruh dengan trend-trend lama yang nampak meriah dengan lace yang banyak, memang cantik sebab berkilau-kilau tetapi kurang relevan untuk trend 2011/2012. Minta ditunjukkan terus kepada rekaan terbarunya. Pilih yang terbaru sahaja lebih selamat.

Selamat mencuba!

Menutup tulisan : Next entri cerita pasal hantaran pulaa okay..



Tuesday, May 29, 2012

Misi Tamat 2 Disember 2011.. Pernikahanku

Majlis pernikahan kami diadakan serba sederhana. Terlaksana di rumah atas hajat mama dan kami sekeluarga memutuskan mengadakannya disebelah petang hari lingkungan jam 5 lepas asar. Pada masa tibanya hari ini, kepala aku jadi kurang enak. Adakalanya jadi serba tak kena tetapi aku tabahkan hati untuk melangsaikan beberapa perkara lagi sewaktu pagi hari. Hanya ucap syukur kepada Allah Subhanahuwataala atas kelancaran majlis yang diberinya. Sebetulnya aku tidaklah mengharapkan majlis yang sempurna atau apa, namun aku selalu berdoa agar Allah tidak memberikan banyak kesukaran atau dugaan disaat-saat hari bahagia ini dirasai. Sesungguhnya, petang itu suasana sangat hening dan tenang.

Pagi hari selepas subuh, kek hantaran yang aku tempah di Inasaly Bakery beberapa bulan sebelum majlis tiba di muka pintu. Kak Ina yang hanya berurusan melalui telefon semasa di Shah Alam begitu baik sekali. Tempahan 2 unit kek fondant untuk sebelah lelaki dan perempuan di tempah sekali. Sukar juga mulanya mencari pembuat kek fondant yang unik berdekatan dengan tempat tinggal aku. Aku mencari bukan sekadar boleh mereka bentuk yang unik tetapi rasanya juga perlulah sedap. Pencarian melalui google yang menemui aku dengan kak Ina. Jadi aku rekemenkan kek fondant kak Ina untuk bakal pengantin di sebelah Penang terutamanya di Seberang Perai. Caranya mudah, hanya email gambar rekaan dan kak Ina akan tentukan harganya. Jika setuju minta proceed sahaja. Seminggu sebelum majlis call semula untuk peringatan. InshaAllah hasil kerja kak Ina akan memuaskan hati anda. Tak perlu berjumpa, internet memang memudahkan banyak urusan. Begitu juga urusan membeli doorgift. Akan ku kisahkan dilain entri nanti.

Kek fondant rekaan aku yang direalisasikan oleh kak Ina

Selesai menyusun hantaran aku sibuk di bilik pula melihat apa yang patut. Kemas bilik dan buat persiapan terakhir untuk tudung nikah. Tudung nikah yang direka oleh Adnan Jaafar ini memang surprise untuk aku kerana aku hanya menggambarkan saja jenis tudung yang aku selesa kepadanya.. selebihnya dia yang mencari tudung dan mereka mengikut kepakarannya. Alhamdulillah, hasilnya tidak mengecewakan. Tetapi ada sedikit masalah pada mulanya kerana anak tudung yang dijahit agak kecil dan singkat dan tidak boleh terus masuk ke kepala, namun dek kerana terlalu banyak idea.. terus kami kenakan tudung cara yang lain..

Aku sewaktu tamatnya misi kami

Dengan sekali lafaz.. ya dengan sekali lafaz.. aku kini bertukar status.. ajaibnya semua ini.. masih teringat-ringat saat aku duduk bersimpuh penuh debar. Aku ingat lagi waktu itu aku mengadu pada kak Dalina,

"Kenapa berdebar sangat ni kak?"

Terus dia cakap "Kejap aje debar tu, lepas akad nikah debar tu akan hilang serta merta."

Memang tepat sekali kata-katanya, rupanya debaran terus hilang sejurus saja lepas akad terlaksana. Alhamdulillah.

Aku menutup misi : Next entri nak cerita pasal baju nikah yang sweet ituuu.. :p




Nota : Sewa atau beli easel tanpa had kuantiti di SINI

Friday, May 25, 2012

Majlis Pernikahanku






mana pic sarung cincin?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

tadaa..

dan tidak ketinggalan..

Moga bahagia ini kekal selamanya

Thursday, May 24, 2012

Easel Untuk Di Sewa : Kuantiti Tidak Terhad


Atas faktor permintaan sewa/beli easel yang sangat tinggi saya kini menyewa dan menjual easel tanpa had kuantiti lagi. 

Easel adalah stand art kayu yang u lihat dalam gambar. Warnanya adalah warna asal kayu (tanpa cat).

Keterangan adalah seperti berikut:
1. Sewa Easel / Frame Stand : RM25 seunit
2. Beli Easel / Frame Stand : RM40 seunit
3. Beli Easel / Frame Stand Berwarna (Mengikut tema majlis anda) : RM60

Berminat? Caranya ialah:
1. Sms saya di talian 019 3706082.
2. Buat tempahan.
3. Buat bayaran deposit,
4. Boleh ambil barang sewa di tempat saya di Shah Alam.
5. Buat bayaran tunai.

Deposit RM10 perunit akan dikenakan semasa mengambil barang. Deposit akan dikembalikan semasa pemulangan barang. Terma ini hanya untuk sewa easel sahaja.


Nota: Untuk lain-lain barang perkahwinan untuk di sewa sila klik label Barang Untuk Disewa

Wednesday, April 25, 2012

Hidup Hari Ini

Assalamualaikum,

lama tak menulis, lappy masih bermasalah.. tak boleh nak upload gambar lagi.. alamat kena cepatkan pembelian lappy baru. Lama betul masih tak sempat nak pergi beli.. huhu.

Alhamdulillah, bagi yang cuma mengetahui tentang hidup aku di laman blog ini.. aku kini sihat-sihat sahaja. Hidup sentiasa membahagia. Macam-macam pengalaman kehidupan baru yang aku lalui hampir 5 bulan sudah. Ya Allah sangat teruja dengan flow-flow kehidupan untuk masa depan, bulan depan, tahun depan...

Malam aku menulis ini, aku sedang menonton rancangan di Astro.. sambil-sambil suami tiada di rumah aku teringat nak update belog ini.. walau tak dapat letak gambar aku titip juga kata-kata untuk melepas rasa ingin. 

Apalagi ya update tentang aku? ahaa.. perkembangan terkini.. aku kini sedang jinak-jinak dengan dapur.. Suami beli semua perkakasan supaya aku mudah untuk memasak. Jadi tak ada alasan barang tak ada. Tapi memang betul rupanya bila semua ada di rumah dan keadaan dapur kita selesa memang tak ada alasan untuk tidak mahu memasak. Tetapi apapun, antara aku dan suami rasanya dia lebih kerap memasak berbanding aku. Kadang-kadang pagi-pagi dengar bunyi bising di dapur.. rupanya hubby sedang buat sarapan. Nak letak gambar masakan aku pun tak boleh jadi bayangkan ajalah aku sudah pernah masak sambal tumis udang, udang goreng, sayur campur lebih kurang macam tu la yang ringkas-ringkas aja. Komen suami? Pastinya tak ada komen sebab suamiku jenis yang sentiasa berselera makan.. hehe.. Alhamdulillah. Walaupun sibuk kami masih luangkan masa makan bersama-sama. 

Yang lain-lain, biasa aja.. masih belum berkesempatan nak berbulan madu kerana suamiku sibuk dengan program Anugerah Nasyeed.Com dan lepas program tersebut aku pula sibuk dengan 2 program roadshow sehingga hujung tahun dan insyaAllah ada program besar hujung tahun ini di bawah seliaan aku juga.. jadi mungkin rancangan untuk berbulan madu ditangguh lagi.. hehe..

Setakat ini dulu cerita aku.. jumpa lagi di lain masa k.. 

Menulis :: Mass

Thursday, March 15, 2012

Hari Ini Hari Khamis

Hi semua.. ya hari ini memanglah hari Khamis. Tetapi sudah berganti-ganti Khamis yang datang saya masih tidak dapat upload gambar nikah saya.. sedeh :( Bila gambar nikah tidak boleh dimuat naik, saya jadi buntu terasa tidak tahu nak tulis tentang apa lagi. Kalau saya tulis tentang guestbook, candy bar, hantaran jadi semacam tak kena sebab cerita ini akan jadi melompat-lompat pula. 

Satu hal saya fikir, saya mahu tukar topik terus.. menulis tentang hari ini. Alhamdulillah, sudah 3 bulan lebih kami menjadi suami isteri dan hari ini kami sedang sibuk dengan rumah. Sibuk beli perabot rumah, sibuk pilih cat dan hari-hari saya kini hanya google tentang deko ruang tamu. Seronoknyaa... 

Saya minat dengan rekaan perabot minimalis. Suka yang bersegi-segi dan tentulah semua ini moden dan agak mahal. Tetapi pada saya kalau mahal sedikit tak apa asalkan barangnya kita betul-betul puas hati dan tahan lama. Tapi macamana nak tahu barang tahan lama? Tentunya memilih kepada jenama. 

Kami sudah pusing-pusing banyak kedai perabot dari yang ada jenama dan kurang berjenama. Susah nak buat pilihan kerana yang kita mahukan hanya satu.. heh.. insyaAllah kesabaran ini akan berhasil nanti. Jadi sekarang saya sibuklah menjadi eric. Mencipta luarbiasa kepada rumah biasa. InsyaAllah.

[Tiada gambar sebab tak boleh upload.. kenapaaaa??]

Monday, March 5, 2012

Sewa: Dulang Hantaran Putih

Hi! Lama juga saya tangguh tulisan bisu ini kan? Maaf, sebetulnya ada masalah sikit dengan blog ini. Sudah banyak hari tak dapat nak upload gambar. Dah macam-macam gambar tidak berjaya, lalu berjaya pula gambar di bawah yang saya cuba-cuba kejap tadi. Tapi bila saya resize, kemudian upload semula.. dah tak boleh. Hmmm.. sedih, kenapa ya. Tak dapat aku nak upload gambar-gambar pernikahan saya yang dah lama bertangguh. 

Dikesempatan boleh upload gambar di bawah saya ingin menyewa dulang/bekas hantaran masa bertunang. Bentuknya seperti di bawah:

Bekas Hantaran Putih : RM10 seunit (7 unit semuanya)




Warnanya putih dan bentuknya bulat. Ada 4 bulatan bentuk seumpama roda di bawahnya. Saiznya boleh dibandingkan dengan kepingan CD seperti dalam gambar. Pelapik polisterine 4 segisama juga akan diberikan bersama (warna kuning dalam gambar).

Berminat? Caranya ialah:
1. Sms saya di talian 019 3706082
2. Buat tempahan.
3. Boleh ambil barang sewa di tempat saya di Shah Alam
4. Buat bayaran tunai

Deposit RM30 akan dikenakan semasa mengambil barang. Deposit akan dikembalikan semasa pemulangan barang.

Friday, February 17, 2012

Sewa: Frame Gambar (IKEA)

Salam semua bride-to-be kasayanganku. Entri ini lebih kepada sticky post. Bermulalah episod pertama saya membuka sewaan untuk barangan atau peralatan 'misikami' tempohari. Mulanya saya hampir terlupa hendak buat tulisan mengenai sewaan easel dan frame gambar. Lepas ada yang bertanya barulah teringat hendak buat posting tentang ini. Baiklah, dengan lafaz bismillahirahmanirahim saya mula sewaan pertama saya.

3 Bingkai Gambar Hitam (IKEA) : RM10 seunit


Saiznya 2 kali saiz kertas A3. Kegunaannya seperti dalam gambar di atas. Samada majlis hari lahir, pertunangan, perkahwinan dan apa saja yang terlintas di kepala. Boleh di sewa 1 atau 2 sahaja terpulang pada 'avaibality' pada masa u nak sewa.

Berminat? Caranya ialah:
1. Sms saya di talian 019 3706082
2. Buat tempahan.
3. Boleh ambil barang sewa di tempat saya di Shah Alam
4. Buat bayaran tunai

Deposit RM30 akan dikenakan semasa mengambil barang. Deposit akan dikembalikan semasa pemulangan barang.

Wednesday, February 15, 2012

My Favourite Baju Nikah... :)

Saya mendapat energi baru hari ini. Kehangatan menulis datang kembali. Dan saya janji kali ini akan tulis sekerapnya untuk u yang setia menjenguk dan melihat gambar (lepas ini improvelah sikit ye, bacala tulisan saya pulak, jangan cuma tengok gambar saja).

Okeh, seperti janji sebelumnya (alhamdulillah selesai langsai satu janji) saya akan menulis tentang busana dihari pernikahan saya. Mengenai busana ini banyak cerita sebenarnya. Akhirnya terjadilah ia seperti yang u lihat di bawah sana. InsyaAllah saya akan tulis tentang ini di entri akan datang.. (selepas mendapat rating busana paling digemari oleh rakan-rakan fb).

Jumpa lagi dilain entri. Semoga saya lebih cekal dalam penulisan selepas ini. Selamat malam teman.



Wajah Baru

Assalamualaikum,

walaupun misikami dah lama berlalu, masih ada yang sudi jenguk saya dan suami di sini. Sepertimana janji saya untuk meneruskan cerita-cerita misi yang lalu saya akan teruskan juga walaupun sekarang sedikit sibuk dengan beberapa perkara. Ada yang banyak bertanya mengenai busana dan tudung di kesemua majlis saya, jadi dengan bercerita di sini mungkin mudah sedikit untuk saya kongsikan. Tidak perlu lagi saya cerita seorang demi seorang. Walaubagaimanapun, jika terdapat pertanyaan sebab ada yang cakap tak faham dengan teknik memakai tudung waktu bertunang, boleh email saya di massmohamad@gmail.com atau pm di fb saja k. InsyaAllah, saya suka berkongsi semua ini dengan anda. Jumpa di lain entri k. Update belog hari ni sebab belog kini berwajah baru. Anda suka tak? Harap-harap suka laa.. 

Salam sayang..

Wednesday, January 25, 2012

Tak Habis Lagi Cerita Tunang - Part 2

Kali ini aku akan luangkan masa bercerita mengenai dress dan tudung dengan lebih lanjut lagi. Di petang hari menulis adakalanya ayat aku jadi lain sedikit tetapi aku cuba jelaskan dengan bait-bait mudah supaya semua orang boleh faham (kerana adakalanya bila menulis, aku saja yang faham apa yang aku tulis).

Aku tahu, tak ramai yang suka membaca ayat panjang lebar untuk menerangkan tentang sesuatu imej. Kalau dah ada gambar, tunjuk sajalah gambarnya buat apa nak membazir menulis panjang lebar. Jadi aku rasakan kali ini lebih baik aku menggunakan gambar sebagai pemain utama dalam entri kali ini.

Dress

Perhatikan gambar pertama


Gambar pertama ini adalah close-up busana aku iaitu padanan lace dan sifon. Aku sukakan gaunnya yang kembang tetapi sebenarnya tidak boleh terlalu berombak kerana akan menampakkan si pemakai rendah. Jadi aku minimakan ropol di bahagian depan.

Jika diperhatikan top dress ini sebenarnya adalah potongan kebaya pendek dengan lining dilengan, terpisah dari dalam. Bahagian dalamnya lebih kepada long dress sleeveless. Untuk tampak klasik, aku riaskan 4 unit 'covered button' dibahagian depan kebaya dan labuhkan bahagian hujung tangan (Lihat dalam gambar). Walaupun asasnya adalah kebaya, namun jika dipandang secara kasar ramai yang menyangka aku memakai dress atau jubah. Mengikut trend terkini, pandangannya sememangnya harus dilihat begitu kerana aku memang mahu ianya dilihat begitu.

Contoh 'covered button' pada busana pengantin
Untuk tampak lebih baik, aku memakai juga korset dan long sleeve inner warna yang sama untuk menutup ragu-ragu. Saran aku, elakkan dari memakai dress yang boleh memperlihatkan bahagian kulit. Kadangkala baju yang sudah siap sesetengahnya tidak sesuai untuk padanan gadis bertudung. Sebaiknya, carilah busana yang selesa dan kita yakin apabila memakainya.

Ter'over' selesa pulak
Tudung


Bila bercakap soal tudung memang aku paling cerewet bab ini. Sampai pereke tudung pening kepala sebab permintaan aku baginya agak melampau batas. Hehehe. Yalah, bahagian tudunglah yang akan memberi impak paling besar pada busana untuk menentukan samaada kita berjaya mencipta kelainan atau tidak. Apa yang aku buat pertamanya adalah melakar bentuk tudung yang aku mahu. Tetapi bila diterangkan kepada si pereka dia macam kurang faham, jadi aku buat plan B dengan mencari gambar-gambar berkaitan di internet. Hasilnya aku dapat ini.

Irna La Perle

Inilah tudung yang mula-mula aku minta dia buat tetapi banyak pula alasannya. Katanya tudung ini tak sesuai untuk budaya di sini ataupun susah diterima oleh orang-orang di utara. Lalu katanya dia akan cuba ikut kehendak aku tetapi menggunakan lace dan manik untuk memadankannya dengan dress aku dan budaya setempat. Sememangnya agak sukar meyakinkan mereka tentang keberadaan tudung seperti ini dalam pasaran sekarang. Namun dek kerana sokongan mama, aku terima cadangannya. Dan akhirnya terlihatlah tudung aku seperti ini.


Alhamdulillah. Hasilnya menggembirakan aku. Jahitannya sangat kemas dan cara dia mengenakannya kepada aku juga amat selesa. Ramai juga yang tanya aku bagaimana caranya tudung ini dipakaikan? Mudah saja caranya. Jom aku beri idea sedikit kepada u bagaimana untuk mengenakan tudung pengantin begini.
  • Inner warna sedondon. Pastikan inner tidak longgar dan jenis melekap.
  • Untuk kelihatan impak 'indon' berlebihan, inner perlu ditarik atau diketatkan mengikut bentuk wajah dan betul-betul menutup kawasan leher. 
  • Untuk tudung. Boleh gunakan kain sifon bentuk separa bulatan atau dalam kes aku pereka gunakan kain satin yang berat supaya ianya tidak licin. Aku rasa penggunaan kain satin ini lebih baik dari sifon kerana ianya akan kemas di kepala.
  • Lace kemudiannya dijahit di atas satin tadi. Pastikan rapat dihujung supaya satin tadi tidak nampak. Kemudian silalah jahit manik dengan tabah sekali ye.

Monday, January 9, 2012

Tak Habis Lagi Cerita Tunang - Part I

Ada beberapa individu masih asyik bertanya tentang busana bertunang aku. Kata mereka sangat sedikit ceritanya di sini. Jadi tiba masa lapang begini bolehlah aku ceritakan atau rungkaikan soalan demi soalan yang ditanya. Betul aku tak ada masa bercerita tentang pertunangan dengan banyak kerana sibuk bercerita tentang misi 3 disember. 

Masa bertunang 3 September lalu, aku kira suasananya sangat berbeza dengan masa nikah dan resepsi. Waktu itu tak ramai yang tahu aku bertunang, jadi buat persiapan diam-diam saja. Hari pertunangan pula bulan Syawal jadi sentuhan bulan Syawal ini punya kesyahduan yang lain macam sedikit.

Busana bertunang aku adalah sentuhan sebuah butik agak terkenal di utara. Butik Andaman Vogue yang terletak di Sungai Petani. Dress warna vanilla yang aku pakai adalah dari gabungan idea aku dan pemiliknya. Tetapi semasa proses pembikinannya, memang mendebarkan juga kerana walaupun aku kerap ke sana membuat perbincangan tetapi cara kerja mereka kurang efisyen. Walauapapun hasil yang memuaskan membuatkan aku bersyukur kepada Allah atas pemilihan butik yang tepat. Aku membuat tempahan pakaian dan pelamin termasuk hantaran pada bulan Januari 2011 lagi.. lama tak?

Warna vanilla menjadi warna pilihan aku pada busana bertunang
Vanilla ini warnanya lembut dan memberi ketenangan. Bagi aku semasa bertunang, elok dielakkan warna-warna yang garang kerana ini kali pertama kebanyakkan ahli keluarga sebelah lelaki melihat kita. Kali pertama biarlah nampak lembut sahaja, kerana wanita sebaiknya dilihat begitu.

Aku memilih busana dress labuh padanan dua jenis kain lace dan sifon. Mulanya aku tidak berkenan sangat menggunakan lace untuk busana bertunang, tetapi bila caranya kena pada design yang dicadangkan aku pun bersetuju. Lace hanya digunakan dibahagian atas sahaja untuk menampakkan kemewahan pada pakaian dan sifon pula digabungkan bagi mendapatkan alunan lembut pada kain. Jadi dress akan kelihat kemas dan tersedia di badan.


Hampir 7 bulan perbincangan demi perbincangan dibuat, hari dinanti tiba dengan penuh rasa gembira. Alhamdulillah, walaupun aku lakukan banyak perkara sendiri namun hasilnya memuaskan hatiku. Bukan hanya pelamin, busana dan hantaran sahaja perlukan perhatian.. kanopi tetamu, jamuan makan, cadar dan hiasan bilik pengantin juga perlu diatur baik. Selain aku menempah seunit easel 'selamat datang' sebagai tanda tetamu diraikan.

Easel dan Rekaan Grafik oleh Abdullah Abbas

Bingkai gambar dengan ucapan selamat datang memang biasa dibuat sekarang tetapi mungkin agak kurang didedahkan di kalangan majlis pertunangan sebelah utara, jadi aku bercadang membawa idea ringkas ini bertepatan dengan binaan sebuah kanopi seluas 20x20 kaki di atas padang berumput dihalaman rumah. Menampakkan konsep 'dalam taman' di situ. Rekaan grafiknya sudah tentulah dari gabungan idea aku dan Abbas. Terlanjur itu, aku hiaskan kanopi kami dengan juntaian-juntaian bebola daun (lantern). Semuanya buat sendiri bersama mama. Suasana bening pagi 5 Syawal itu, sungguh berbeza dari selalunya. Walaupun ringkas tetapi sungguh 'sweet'.

5 Syawal di perkarangan mahligai Tn Hj Mohamad dan Hjh Kalsom.
Buah Tangan Tetamu

Beralih meraikan tetamu dengan santunan penuh adat, kami temani tetamu dengan sebungkus buah tangan yang diisi manisan dan air untuk dibawa pulang. Coklat berbungkus dengan rekaan sendiri dan air mineral dengan label sendiri menjadi impian mama sekian lama. Aku dan mama, sibuk sediakan semuanya 250 unit buat memeriahkan lagi majlis kami.

Buat tetamu yang sudi hadir dan sahabat-sahabat yang tidak dapat turut serta
Dapat menggembirakan hati orang tersayang adalah kepuasan yang paling bermakna. Semoga kegembiraan ini akan kekal selama-lamanya. InsyaAllah dilain masa aku sambung part II pula. Banyak lagi belum cerita, tentang pelamin, hantaran, make-up dan lagi dan lagi dan lagi tentang dress vanilla yang banyak berjasa.

Jumpa lagi.

Bertangguh di sini : Maklumlah orang dah bersuami.. :p

ShareThis