Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Tuesday, May 29, 2012

Misi Tamat 2 Disember 2011.. Pernikahanku

Majlis pernikahan kami diadakan serba sederhana. Terlaksana di rumah atas hajat mama dan kami sekeluarga memutuskan mengadakannya disebelah petang hari lingkungan jam 5 lepas asar. Pada masa tibanya hari ini, kepala aku jadi kurang enak. Adakalanya jadi serba tak kena tetapi aku tabahkan hati untuk melangsaikan beberapa perkara lagi sewaktu pagi hari. Hanya ucap syukur kepada Allah Subhanahuwataala atas kelancaran majlis yang diberinya. Sebetulnya aku tidaklah mengharapkan majlis yang sempurna atau apa, namun aku selalu berdoa agar Allah tidak memberikan banyak kesukaran atau dugaan disaat-saat hari bahagia ini dirasai. Sesungguhnya, petang itu suasana sangat hening dan tenang.

Pagi hari selepas subuh, kek hantaran yang aku tempah di Inasaly Bakery beberapa bulan sebelum majlis tiba di muka pintu. Kak Ina yang hanya berurusan melalui telefon semasa di Shah Alam begitu baik sekali. Tempahan 2 unit kek fondant untuk sebelah lelaki dan perempuan di tempah sekali. Sukar juga mulanya mencari pembuat kek fondant yang unik berdekatan dengan tempat tinggal aku. Aku mencari bukan sekadar boleh mereka bentuk yang unik tetapi rasanya juga perlulah sedap. Pencarian melalui google yang menemui aku dengan kak Ina. Jadi aku rekemenkan kek fondant kak Ina untuk bakal pengantin di sebelah Penang terutamanya di Seberang Perai. Caranya mudah, hanya email gambar rekaan dan kak Ina akan tentukan harganya. Jika setuju minta proceed sahaja. Seminggu sebelum majlis call semula untuk peringatan. InshaAllah hasil kerja kak Ina akan memuaskan hati anda. Tak perlu berjumpa, internet memang memudahkan banyak urusan. Begitu juga urusan membeli doorgift. Akan ku kisahkan dilain entri nanti.

Kek fondant rekaan aku yang direalisasikan oleh kak Ina

Selesai menyusun hantaran aku sibuk di bilik pula melihat apa yang patut. Kemas bilik dan buat persiapan terakhir untuk tudung nikah. Tudung nikah yang direka oleh Adnan Jaafar ini memang surprise untuk aku kerana aku hanya menggambarkan saja jenis tudung yang aku selesa kepadanya.. selebihnya dia yang mencari tudung dan mereka mengikut kepakarannya. Alhamdulillah, hasilnya tidak mengecewakan. Tetapi ada sedikit masalah pada mulanya kerana anak tudung yang dijahit agak kecil dan singkat dan tidak boleh terus masuk ke kepala, namun dek kerana terlalu banyak idea.. terus kami kenakan tudung cara yang lain..

Aku sewaktu tamatnya misi kami

Dengan sekali lafaz.. ya dengan sekali lafaz.. aku kini bertukar status.. ajaibnya semua ini.. masih teringat-ringat saat aku duduk bersimpuh penuh debar. Aku ingat lagi waktu itu aku mengadu pada kak Dalina,

"Kenapa berdebar sangat ni kak?"

Terus dia cakap "Kejap aje debar tu, lepas akad nikah debar tu akan hilang serta merta."

Memang tepat sekali kata-katanya, rupanya debaran terus hilang sejurus saja lepas akad terlaksana. Alhamdulillah.

Aku menutup misi : Next entri nak cerita pasal baju nikah yang sweet ituuu.. :p




Nota : Sewa atau beli easel tanpa had kuantiti di SINI

No comments:

ShareThis