![]() |
| Warna vanilla menjadi warna pilihan aku pada busana bertunang |
Aku memilih busana dress labuh padanan dua jenis kain lace dan sifon. Mulanya aku tidak berkenan sangat menggunakan lace untuk busana bertunang, tetapi bila caranya kena pada design yang dicadangkan aku pun bersetuju. Lace hanya digunakan dibahagian atas sahaja untuk menampakkan kemewahan pada pakaian dan sifon pula digabungkan bagi mendapatkan alunan lembut pada kain. Jadi dress akan kelihat kemas dan tersedia di badan.
Easel dan Rekaan Grafik oleh Abdullah Abbas
Bingkai gambar dengan ucapan selamat datang memang biasa dibuat sekarang tetapi mungkin agak kurang didedahkan di kalangan majlis pertunangan sebelah utara, jadi aku bercadang membawa idea ringkas ini bertepatan dengan binaan sebuah kanopi seluas 20x20 kaki di atas padang berumput dihalaman rumah. Menampakkan konsep 'dalam taman' di situ. Rekaan grafiknya sudah tentulah dari gabungan idea aku dan Abbas. Terlanjur itu, aku hiaskan kanopi kami dengan juntaian-juntaian bebola daun (lantern). Semuanya buat sendiri bersama mama. Suasana bening pagi 5 Syawal itu, sungguh berbeza dari selalunya. Walaupun ringkas tetapi sungguh 'sweet'.
![]() |
| 5 Syawal di perkarangan mahligai Tn Hj Mohamad dan Hjh Kalsom. |
Beralih meraikan tetamu dengan santunan penuh adat, kami temani tetamu dengan sebungkus buah tangan yang diisi manisan dan air untuk dibawa pulang. Coklat berbungkus dengan rekaan sendiri dan air mineral dengan label sendiri menjadi impian mama sekian lama. Aku dan mama, sibuk sediakan semuanya 250 unit buat memeriahkan lagi majlis kami.
![]() |
| Buat tetamu yang sudi hadir dan sahabat-sahabat yang tidak dapat turut serta |
Jumpa lagi.
Bertangguh di sini : Maklumlah orang dah bersuami.. :p




Bila ingatkan semuani, aku rasa kelakar habis. Bila aku baca semula coretan-coretan kami.. memang aku dapat rasakan waktu itu banyak perkara sudah dikongsikan dan brother sendiri sudah banyak beri hint pada aku. Apapun biarlah semua ini menjadi kenangan seumur hidup.