Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Tuesday, July 3, 2012

Hadiah Super Banyak

Sehingga hari ini saya masih belum membeli perkakasan memasak seperti kuali, periuk, ketuhar, cerek, blender dan sebagainya untuk aktiviti memasak di dapur. Wah! Tak masakkah? Hakikatnya, hadiah pemberian teman-teman dan keluarga teramatlah banyak (tu yang jadi super banyak) hinggakan semua keperluan tak perlu dibeli lagi.. lengkap.. malah terlebih-lebih pulak. Gelas air usah cerita, sebelah suami terlalu banyak yang hadiahkan gelas air beserta jug. Alhamdulillah, terima kasih. Kalau tak ada yang berikan semua ini mungkin saya masih terkebil-kebil nak mencari di kedai. Jujur saya memang tidak pandai nak mulakan benda-benda yang berkaitan dapur. Cuma satu aje yang memang tak ada langsung orang hadiahkan.. SUDU dan garpu. Cuma ada yang hadiahkan set sudu garpu hiasan. Alkisah sekali saya gunakan untuk kacau air tup-tup sudu tersebut terus tertanggal dari pemegangnya.. haha.. suami kata, mungkin untuk hiasan sahaja kot sebab tu nampak cantik. Honestly, tak ingat siapa yang bagi.. kalau anda terbaca maaflah ye, satu sudu tu dah rosak dikerjakan saya.

Terima kasih tak terhingga buat semua yang beri hadiah walaupun hakikatnya hadiah ini tidaklah saya minta. Tetapi bila sudah ada, semuanya jadi berguna. Sampaikan ada yang hadiahkan beg tangan dan clutch. Semuanya sangat berharga buat saya. Bilik kerja suami terpaksa dilonggokkan hadiah-hadiah yang banyak ni. Ada yang belum sampai masa kegunaannya.. jadi masih tersimpan rapi. Apa jua yang anda beri tidak ada sebarang garis ukuran nilainya. Tak terbalas, hanya kata terima kasih tidak terhingga dan semoga Allah membalas budi jasa anda semua yang meraikan majlis saya sebegitu sekali. 


Menutup tulisan : Moga Allah memurahkan rezeki kalian.





ShareThis