Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Thursday, August 25, 2011

Debaran di Saat-Saat Akhir

Semasa menulis entri ini, aku sedang menunggu masa untuk siap-siap ke rumah abang Mazri. Esok insyaAllah akan pulang ke Penang dari rumah abang. Seperti perancangan, aku mula membuat jemputan majlis pertunanganku untuk kenalan terapat sahaja.

Aduh, terasa berdebar pula bila ada yang beri nasihat dan doa-doa. Ya Allah sungguh pantas masanya tiba. Masih terasa baru sahaja bergilir-gilir berbuka di restoran bersama brother tahun lepas, tahun ini kami bakal bertunang pula. Alhamdulillah, persiapan pun semacam sudah siap semuanya. Alhamdulillah.

Semalam untuk last touch majlis bertunang, brother ajak aku beli kasut untuk dipakai semasa majlis bertunang. Seronok juga bila membeli belah semasa bulan puasa, semua orang pun sibuk-sibuk nak membeli jugak. Dah macam semua orang pun nak bertunang ke lepas raya?

Tadi aku masuk bilik ZM beritahu tentang pertunanganku. ZM ucapa tahniah dan kongsikan beberapa sunnah Rasulullah semasa baginda nak berkahwin. Ya, aku pernah dengar Rasulullah berkahwin pada bulan Syawal juga.

"Jadi kepada semua yang membaca di sini. Tanggal 3 September dan 5 Syawal akan menjadi tarikh titik tolak permulaan perhubungan aku dan brother nanti. Kami akan bertunang di rumah aku secara kecil-kecilan dan pastinya dihadiri oleh keluarga terapat. Semoga Allah melancarkan urusan majlis. Ameen."

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya. Semoga Allah beri pahala kepada ibadah kita. Sesungguhnya berkatlah kita yang berpuasa dan beraya kerana Dia.

Sunday, August 21, 2011

Ramadhan Penguat Cinta

10 malam terakhir Ramadhan, sangat perlu kepada ibadah berlebihan kerana masa ini kita akan dilepaskan dari azab api neraka dan dah tentulah malam Lailatul Qadar akan muncul pada 10 malam terakhir ini. Aku gembira kerana selalu diingat-ingatkan oleh orang dikeliling tentang perihal-perihal beribadah ini, malah di facebook sahaja betapa ramainya status berpesan-pesan kepada kebaikan. Terima kasih semua teman-teman.

Tinggal hanya beberapa hari lagi sebelum aku reveal tentang pertunangan aku kepada teman-teman. Bukan tidak mahu beritahu semuanya awal, tetapi aku rasakan 'kerahsiaan' ini lebih berbaloi untuk mengelakkan banyak perkara tidak diingini dari berlaku atau dalam kata lain buat apa nak kecoh heboh pasal bertunang berbulan-bulan, asalkan ada majlisnya dan sampai masanya nanti orang tahu pun dah cukup. Mungkin semasa u baca, aku sudah pun reveal kepada semua kerana buat masa ini hanya aku dan brother sahaja yang dapat membacanya.

Kisah percintaan ini jika boleh ditulis, memang bagi aku suatu rekod peribadiku yang unik. Masih segar lamarannya pada jam 2 pagi.

Bila diingatkan semula, memang aku jadi rindu pada kisah-kisah lama kami. Sebaik sahaja brother melamar aku, terus keesokkan harinya aku terpaksa pura-pura relaks dan buat biasa-biasa aja di pejabat. Demi Allah, semasa melihat brother masuk melalui pintu kaca ke pejabat hati aku jadi serba tidak kena. Namun, dik kerana dia adalah boss aku waktu itu terpaksalah aku buat biasa aja. Owh, sungguh sukar. Selepas dilamar aku diamkan diri selama hampir 3 hari. Brother seakan memahami ralat hatiku hinggakan dia juga tidak menghubungiku seperti selalu. Hanya mesej bangun pagi seperti kebiasaannya.

"We need to talk," jika tidak lupa.. itulah ayat pertama yang aku tulis selepas sekian hari membisu tanpa kata.

"Sure, when?" itu balasan segera yang aku terima.

Akhirnya kami memutuskan berbuka puasa bersama di sebuah restoran Pelaga Park di TTDI Jaya. Sekarang restorannya dah pun tutup. Masa tidak lama untuk bercakap, maklumlah bila berbuka kita akan cepat-cepat nak kejar maghrib. Namun dikesempatan yang ada, dapatlah aku bertanya dan bercakap dengan brother tentang beberapa perkara. Walaupun berat sangat mulut nak bersuara, sikap brother yang mudah bicara buat aku senang nak bertanya apa saja. Waktu itulah setiap soalan yang aku tanya dijawab dengan benar-benar meyakinkan. Entahlah, mungkin saat brother mengulas setiap jawapannya buat aku terasa 'kush kush hota hai'.. huhu.

Tidak berakhir begitu, hidup brother selepasnya memang boleh dikatakan sentiasa dihujani soalan pelik-pelik dari aku. Memang aku suka tanya macam-macam soalan pelik sampailah aku puas hati dengan setiap jawapan dari soalan-soalan itu.

Mungkin inilah sebabnya aku lambat sedikit berumahtangga berbanding teman-teman seangkatan. Yalah, rasanya tak salah aku mengambil sedikit masa untuk menilai calon pasangan hidupkan? Perasaan yang hadir juga pastilah faktor terpenting untuk kesejahteraan kehidupan mendatang. Betul tak?

Ada orang tanya.. apakah yang menyebabkan kak Mass boleh sukakan seseorang lelaki itu?

Jawapan aku.. bila dia bercakap tentang politik.


Saturday, August 20, 2011

Kursus Kahwin

Misi mula : Day 1
Misi mula seawal pagi 20 Ramadhan. Pasti jika ada yang tahu, ini adalah kali kedua aku melangkahkan kaki ke kursus perkahwinan. Bezanya, dulu aku mengambilnya di universiti sahaja tapi kali ini atau hari ini aku mengambilnya di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Selalu berurusan dengan JAIS semasa mengendalikan program-program mereka semasa bekerja di NC dulu. Tak sangka dapat ke sini ambil kursus kahwin pula.
Yang menariknya tentulah kerana aku pergi ke sana bersama brother. Kehadiran aku ke sana juga adalah atas galakan brother juga. Yalah kalau diikutkan malas juga rasanya nak berpagi-pagian di bulan puasa (maklumlah cuti sangat berharga), tapi rupanya aura berkursus di bulan puasa ni lain macam sikit perasaannya. Lain yang macamana, cubalah Ramadhan tahun depan ye!
Hari ini kursus hari pertama. Kehebatan ustaz-ustaz terpilih di Selangor bisa membuatkan mataku yang hanya tidur 2 jam semalam menjadi celik seceliknya. Terasa besar sungguh faedahnya aku mengambil semula kursus ini, memang ada kesannya ke atas diriku kerana perkara-perkara begini bagus juga diambil bersama dengan pasangan kita supaya nanti kalau ada yang tak kena boleh remind pesanan ustaz pd suami kita.
"haaa.. ingat tak ustaz cakap apaaa..." (tambah sikit nada mengugut).
InsyaAllah, jika esok masih ada.. aku akan ke sana untuk melengkapkan antara misi paling penting dalam misi-misi yang ada di sini.
Misi disambung esok..
Misi bersambung : Day 2
Alhamdulillah. Akhirnya kami berjaya memegang sijil pra perkahwinan selepas 1 hari setengah berkampung di JAIS. Seronok juga berkursus semasa bulan puasa. Kalau nak tau yurannya di diskaunkan menjadi RM65 sahaja dan masa pula dipendekkan. Hari pertama habis jam 4 dan hari kedua habis jam 2. Best tak? Best tak?. Beruntunglah kami yang sebenarnya tak tahu tentatifnya dari awal. Hulur RM80 tiba-tiba dikembalikan RM15. Yeayy.. alhamdulillah. Dan lebih menarik lagi penceramah kata peserta kursus kali ini sungguh aktif lain pula dari yang tidak berpuasa.. hehe.. memang semua peserta kursus sangat bertenaga. Aku yang duduk baris belakang pun tidak lelap dibuatnya.
Tahniah penyelaras kursus pra perkahwinan JAIS. Kepada adik-adik yang malas sangat nak pergi kursus kahwin tak perlulah bermalas-malas. Percayalah, kursus kahwin di JAIS sangat best dan contentnya sangat bagus. Aku tabik spring pada ustaz ustazah yang pandai buat suasana nampak tidak berat sangat lagi-lagi bila bercakap perihal akidah dan ibadah. Pergilah cepat, jangan tangguh-tangguh lagi ye.
Sijil yang diberikan sejurus tamat program. Memang cepat dan tepat. Tahniah JAIS. Tahniah Mass!

Friday, August 19, 2011

19 Ramadhan

Malam ini 19 Ramadhan. Bila tiba tarikh ini aku akan ingat kisah 2 tahun lepas. MasyaAllah, besar sungguh kuasa-Nya sehingga menemukan aku semula dengan 19 Ramadhan tahun ini. Kalau u baru membaca, 19 Ramadhan adalah tarikh brother melamar aku. Seingat aku waktu itu jam di hp pukul 2 pagi. Dan sebenarnya pada tarikh yang sama aku menerima 2 lamaran. 2 lamaran? Jeng jeng jeng.. Walau apapun, Alhamdulillah. Aku tidak jemu memohon agar Allah permudahkan segala urusan kami. Perelokkan mana yang tidak elok dan perbaik mana yang tidak baik. Lamaran yang satu lagi tidak mahu aku panjangkan di sini. Semuanya hanya aku abadikan sebagai fasa-fasa dalam hidupku. Di sini bukan tempatnya. Case closed!
Sementara itu, 5 hari aku bercuti untuk beberapa persiapan akhir sebelum pulang cuti hari raya. Alhamdulillah kerana tidak payah menyuarakan 'tentang pertunanganku' kepada boss tempat kerja baru atau Encik Mazmi Kamal dan Tuan Haji Abdul Rahim Moin. Yang seronoknya, aku diberi cuti raya sembilan hari sehinggakan tidak perlu lagi mengambil cuti tambahan untuk majlis pertunanganku. Besarnya kecantikan yang Allah beri atas kebaikkan yang mereka hadiahkan kepadaku. Terima kasih buat MK dan HRM (jika mereka baca) atas kefahaman yang tinggi tentang ini. Dulu aku pernah risau tentang ini. Kalau tukar tempat kerja dah tentu susah nak bercuti. Alhamdulillah, semua kebuntuan pasti ada penyelesaian.
Fitting persalinan bertunang
Ini juga antara aktiviti pulang ke Penang. Alhamdulillah, busana bertunang sudah nampak rupa. Hati aku mula lega dan tentunya gembira dengan hasilnya. Percubaan berani mati aku mereka busana bertunang sendiri membuahkan hasil juga. Walaupun belum siap kesemuanya (masih tidak beres dengan perincian), bila disarung dan diperagakan begitu begini, auranya sudah kelihatan. Aku tidak buat ini untuk dihakimi atau apa, ini semua atas rasa ingin yang sangat tinggi untuk melihat hari pertunanganku direalisasi mengikut kemampuan dan keinginan aku dan keluarga. Tidak lebih, ini hanya untuk rekod peribadiku sahaja.
Aku suka gaun chiffon seperti ini.Nampak simple ringkas dan anggun
..dan aku juga sangat teruja dengan long sleeve seperti ini.
"Pendapat aku busana ini perlu kelihatan simple dan elegan. Dalam masa yang sama keayuan gadis melayu juga perlu seimbang kerana ini adalah saat pertama kali sesetengah ahli keluarga melihat anak dara. Sedikit perincian penting untuk menambah seri suasana majlis pertunangan"
Berbuka bersama mama, kakak dan Hanani selepas fitting
Goodie Bag
Berhempas pulas 2 hari persiapkan goodie bag sebanyak 250 unit. Alhamdulillah semuanya selesai berkat sokongan mama yang menemaniku sehingga lewat pagi.
"Mama tak yah buat, teman sebelah Mas saja"
Tapi standardlah, mama tak boleh duduk diam. Mama tolong susunkan dalam kotak saja. Oklah, diberi kelonggaran.
Gantung langsir
Untuk yang tidak tahu, jangan kata awal sangat kami gantung langsir. Mama aku memang macam inilah. Bukan sebab ada majlis, kalau nak raya pun mama akan gantung langsir 2 minggu awal. Mama cakap biarlah hilang seri asalkan tidak kelam kabut saat-saat akhir. Aku setuju juga cara mama sebab bila buat semua siap-siap, sampaikan boleh pusing-pusing tengok kerlipan lampu pelita di kampung-kampung waktu malam raya. Sungguh relaks. Rasionalnya menggantung langsir awal juga adalah kerana rumah kami sangat banyak tingkap. Aku kira lebih dari 20 buah tingkap dan selalunya memakan masa sehingga 2 hari untuk menggantungkan langsir seluruh rumah plus menggosok sekaligus (ironing).
Cuci Kipas
Ini pun termasuk dalam list persiapan. Aku bantu kak An cuci kipas setiap satunya. Adalah dalam 6,7 kipas dinding yang kami cuci. Seronok bila buat sama-sama. Aina dan Afif pun tolong juga, tolong percikkan air keliling rumah. Woah, happening sungguh.
Meet Video Team
Rabu malam, lepas saja pulang dari Penang, aku teruskan misi Ogos dengan perjumpaan bersama team videografer dan photog majlis perkahwinan dan pertunangan. Bersama-sama abang Mazri dan brother juga kami membuat perbincangan dalam suasana yang sangat mendamaikan. InsyaAllah, selepas raya nanti akan diteruskan projek misi yang ini. Sebelum tu aku hidangkan sebuah pre-wedding video yang memang cool untuk u semua. Menarik dan sangat detail pembikinannya. Jom layan..

Misi tamat : Seronok juga buat kerja-kerja persiapan raya sekaligus buat persiapan pertunangan. Tidaklah terasa tertekan kerana banyak perkara dilakukan bersama. Terima kasih keluarga tercinta.

Tuesday, August 9, 2011

Hantaransss..

Misi mula : Sabtu pertama bulan Ramadhan

Mengikut jadual bulan Ogos, inilah aktiviti pertama yang perlu dibuat iaitu membeli hantaran pertunangan. InsyaAllah, jika tidak ada perubahan di saat akhir atau sebarang halangan brother bakal menghadiahi 5 dulang bekas dan 7 dibalas aku. Mungkin begitulah bahasanya kan? Tolong betulkan kalau salah ye.

Apa barangannya? Yang itu biar aku jadikan rahsia dahulu. InsyaAllah jika sudah selesai majlis nanti aku akan buat entri khas tentangnya. Untuk misi kali ini aku ke KL mendapatkan sampin, butang baju melayu dan barangan penjagaan wajah untuk lelaki. Haa.. tukan dah cakap sikit..

Sepersalinan pakaian dari brother sudah dibelinya di Kelantan dengan bundanya. Alhamdulillah semua urusan berjalan seperti perancangan.

Diantaranya

Misi tamat : Senyum lebar sebab penat hilang lepas dihadiahi sepasang baju raya yang sangat comel dari brother masa membeli belah tadi.

Thursday, August 4, 2011

Pulau Pinang! Here We Come

Misi mula : Pulau Pinang, 30 Julai

Seperti tak percaya, akhirnya brother tiba juga di Pulau Pinang. Kebetulan brother ada urusan kerja di Pulau Pinang jadi kami mengambil peluang bertemu WP untuk mengambil ukuran badan brother. Bila aku lihat brother cuba-cuba baju yang ada di situ, terasa seperti mimpi pula.

Alhamdulillah, sama seperti busana bertunang, nikah dan resepsi aku nanti, pakaian brother juga adalah sentuhan dan rekaan dari aku dan brother sendiri. Aku tidak gemarkan baju lelaki yang sarat berkerawang, bagiku lelaki dan simple adalah 2 faktor yang saling perlu untuk memperlihatkan keperkasaan seorang lelaki itu.. huhu. Setuju dengan aku, kami memilih rekaan yang simple atas galakan WP juga.

Brother sedang cuba-cuba seluar putih, so excited

Pertunangan.

InsyaAllah masuk 19 Ramadhan ini aku akan umumkan tarikh pertunanganku. Update tentang majlis kecil ini, kami sekeluarga hanya membuat jemputan kepada ahli keluarga sahaja. Setakat perbincangan, kami membuat jemputan untuk 200-250 orang tetamu sahaja. Alhamdulillah Kak Marihan sudah berbincang dengan katering tentang makanan dan juga sebuah kanopi 20'x20' untuk tetamu. Aku pula sudah menempah 250 unit doorgift untuk tetamu yang hadir dan barang hiasan bilik, mini pelamin sudah final discussion dengan WP semasa ukur badan brother.

"Aku tahu doorgift jarang diberi di majlis pertunangan. Namun tujuanku untuk memberi doorgift kepada tetamu adalah sebagai penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli keluarga aku yang hadir dan membantu menjayakan majlis dan pastinya mereka (keluarga brother) yang hadir ke majlis nanti adalah antara keluarga brother yang terapat dan yang akan aku abadi seumur hidupku dengan mereka-mereka ini. Jadi sebagai tanda salam perkenalan aku hulurkan buah tangan sebagai kenang-kenangan. Semoga ukhwah keluarga akan bertambah erat. Ameen"


Misi tamat : Pulau Pinang, 31 Julai

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Pertama

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. Rasanya aku yang paling gembira menyambutnya saat ini. Teringat Ramadhan lepas yang penuh warna dan kenangan buat kami.

Ramadhan 2009

19 Ramadhan (bersamaan 9 September 2009)

Tarikh brother melamar aku. Sebelum lamaran, aku perasan brother bersikap luarbiasa tidak seperti sebelumnya. Namun hati aku cuba menolak sebarang rasa tidak enak ini walaupun selalu juga di usik teman-teman dengan keakraban kami.

Ramadhan 2010

Setahun selepas dilamar, aku memutuskan untuk meneruskan kelangsungan hubungan ini atau kata lain bersetuju dengan lamaran brother. Dan tarikhnya hampir tepat 9 September 2010.

Ramadhan 2011

Kami sedang dalam saat-saat terakhir membuat persiapan majlis pertunangan yang akan dilangsungkan juga pada bulan September namun ianya semasa bulan Syawal. Aku boleh katakan selain menyambut kemenangan menempuhi Ramadhan ini, kami juga menyambut kemenangan hubungan yang akan dilaksanakan pada Syawal nanti. Alhamdulillah, kronologi hubungan yang akan menjadi kenangan manis sepanjang hidup kami.

Selamat menyambut bulan ibadah Ramadhan Mubarak. Semoga Allah memberi selebih-lebih kudrat buat kita semua untuk menunaikan ibadah di bulan penuh pahala ini.

Misi tutup : Lupa nak cakap, aku dan abang Mazri sudah pergi jumpa orang buat doorgift majlis resepsi. Sudah lega dan yang penting puas hati dengan carian yang terlalu merumitkan ini.


ShareThis