Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Showing posts with label Save The Date. Show all posts
Showing posts with label Save The Date. Show all posts

Tuesday, November 29, 2011

2 Days To Go

Oh, malam ini aku masih sempat menulis walaupun sebenarnya dalam hati begitu kuat debaran. Alhamdulillah, kan aku selalu cakap tentang cara kerja mama yang sangat pantas, banyak perkara yang sudah siap dan malam ini mama tidur awal mungkin sebab kepenatan.

Sampai sahaja rumah Sabtu lepas, aku siap menyusun barang di dalam beg kertas, DIY Guest Book dan agihkan station by station untuk beberapa tugasan yang perlu diserahkan kepada ahli keluarga kerana aku tidak lagi boleh melakukannya semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Semalam paksu Anuar datang, bincang mengenai pergerakan majlis, aku akan menaiki kereta pak su untuk ke Dewan Penyayang. Tok pula sudah beberapa hari di rumah, menolong apa yang termampu, memberi ingat apa yang terlupa.

Hari ini sahaja, aku sudah siap bentang cadar dan kami anak-beranak termasuk abang Razak (abang ipar), Kak Marina alihkan sofa naik ke atas rumah. Lapangkan kawasan rumah untuk majlis akad nikah Jumaat ini. Semuanya nampak sudah siap. Sebentar tadi aku pasangkan dawai halus di bunting penunjuk arah dan  sekarang aku masih lagi tidak sudah-sudah dengan skrip acara rasmi. Ya Allah, banyak sangat yang aku ubah-ubah sampai kadang-kadang jadi lost sekejap.  

Video pertunangan, save the date, digital kad, urusan undangan sudah selesai. Kami membuat panggilan keseluruhan dalam anggaran 1000 tetamu. Aku harap kawan-kawan dan keluarga akan tiba di majlis dengan gembira dan keberkatan yang di bawa.

Semoga Allah melancarkan segala urusan majlis kami nanti. Misi sudah sangat hampir dan harap semuanya akan lancar. 

Monday, November 28, 2011

Sunday, November 20, 2011

Save The Date Video

Alhamdulillah, save the date video kami sudah siap. Tepat 15hb Nov, mereka sudah hantar ke email aku. Memang betul-betul seperti yang dijanjikan. Berdebar juga semasa aku membuka email. Bila tengok memang sungguh puashati dengan outputnya. Terasa debaran majlis perkahwinan semakin dekat dengan aku. 

Apa save the date video ni? Sebenarnya save the date video lebih kepada jemputan perkahwinan secara digitallah. Selain itu boleh juga dikatakan sebagai teaser, macam orang buat filem.. sebelum filem ditayangkan, company akan buat teaser untuk memberi pengetahuan kepada umum atau penonton sasarannya tentang keberadaan filem tersebut dan akan tiba tidak lama lagi. Pendekatan yang lebih kurang sama jugalah dengan video kami ini. Durasinya tidak boleh terlalu lama kerana kata pun teaser, biar pendek dan jelas apa maksudnya. Macam aku yang sukakan konsep ringkas dan berkesan, video ini boleh memberikan gambaran konsep kami secara jelas. InsyaAllah akan dimuatnaik tidak lama saja lagi.. tungguuu..






Wednesday, April 6, 2011

Save The Date! II


Jika u mengikuti blog ini dari awal, u akan tahu kenapa kami mahu sangat majlis pertunangan diadakan pada bulan September. Aku tidak percaya kepada pengaruh tarikh atau bulan untuk memberi kebahagian atau apa-apa saja dalam sesebuah hubungan. Cuma relevannya bulan Sembilan punya value tersendiri kepada kami.
  1. Bulan September 2009 brother lamar aku (Bulan Ramadhan)
  2. Bulan September 2010 aku menyambut lamarannya (Bulan Ramadhan)
Jadi kebetulan September tahun ini jatuh pada Syawal. MasyaAllah, sungguh indah penciptaan ini kepada kami. Kebetulan yang aku kira cukup indah buat rekod peribadi kami. InsyaAllah, Syawal tahun ini kami akan menyambutnya dengan majlis 'besar' ini. Aku amat merindukan Ramadhan. Yang pernah di dalamnya pada 2 tahun lepas aku sangat bersungguh-sungguh meminta pada Allah, tunjukkanlah Istikharahku ini.

Semoga Allah melancarkan urusan kami. Ameen.

Save The Date!

Misi mula : Januari 2011

Jika dikalangan teman-teman rapat, pastinya ramai yang tahu aku tidak berapa sukakan sela waktu bertunang dan nikah yang terlalu lama. Namun adakalanya itu hanya rancangan kita sahaja kerana dalam soal ini biasanya perbincangan dengan keluarga amat penting dan tidak boleh ditolak ke tepi langsung.

Nampaknya, keinginan gila aku ini disambut baik oleh mama dan keluarga.. tetapi tidaklah sehingga majlisnya di dalam satu hari. Ikutkan hati mungkin mahu saja buat begitu tetapi disebabkan memikirkan kepenatan berganda yang akan diterima dan pastinya agak berisiko tinggi.. aku dan bro memutuskan untuk menjarakkan majlis pertunangan kami sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan.

Modus operandinya begini..
  1. Mencari tarikh majlis resepsi (Kenduri)
  2. Secara automatiknya tarikh nikah adalah sehari sebelum majlis resepsi perempuan
  3. Mencari tarikh bertunang
Sengaja aku cadangkan untuk menetapkan tarikh kenduri dulu kemudian barulah memikirkan hal bertunang. Pada aku majlis bertunang hanya jalan yang akan dilalui semasa menujunya ke hari pernikahan. Ianya bukan sebuah majlis yang dirancang lebih awal. Aku lebih yakin dengan cara ini. Ada sesetengah orang memilih untuk bertunang sahaja sehinggakan adakalanya tarikh nikah tidak langsung difikirkan.

Bila tarikhnya?

Disember dan September sudah pasti.. tarikhnya bila dan kenapa bulan tersebut dipilih akan dirungkaikan nanti.. stay tune!

Misi ditutup : Kedua-dua bulan ini punya makna

ShareThis