Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Thursday, November 10, 2011

Coklat Sebagai Hantaran

Aku tak ada mood nak menulis tentang entri di bawah. Beberapa kali cuba mencari momentum tapi tak dapat. Adakah kerana aku tidak dilahirkan untuk menjadi tukang masak handal seperti Chef Wan atau sekurang-kurangnya MasterChef Malaysia?

Justeru itu, aku berhenti sebentar dalam tempoh waktu momentum tak ada ini dengan menukar topik yang lebih  manis dan sesungguhnya menjadi minat banyak orang. Ianya adalah misi mencari coklat idaman untuk hantaran. Manis tak?

Selama menulis di sini aku tidak pernah menulis tentang perihal hantaran secara terperinci. Biasanya gitu-gitu sahaja. Bukan apa, ada dua sebab kenapa aku tidak terlalu dedah tentang hantaran. Pertama tak mau hilang seri dan kedua pastilah tak mau u menimbang nilai ukuran barang yang dijadikan hantaran. Tapi taklahkan, u semua baik. Jadi untuk menambahkan seri blog misi ini aku akan menulis mengenai misikami mencari coklat untuk hantaran.

Jika u kenal aku, memang aku bukanlah peminat coklat tegar. Jadi kalau hidang depan aku segunung rocher dalam dulang macam dalam iklan kat tv pun tak mustahil aku buat tak tau aje. Sebut tentang rocher dah tentu u pun muak melihat rocher dihidang dalam dulang hantaran. Terpulanglah, tetapi aku memang tidak gemar dengan rasanya jadi aku buat anggapan yang keluarga brother juga tak akan menyukainya. Hehe.


Boleh buat banyak pilihan terpulang kepada minat terhadap coklat. Jadi di sini aku nak cadangkan beberapa coklat yang boleh beri sedikit kelainan kepada u jika u rasa coklat juga perlu mempunyai sentuhan yang tersendiri dalam satu daripada beberapa dulang hantaran u nanti.


Ada dua kategori produk yang dijual di sini. Coklat dan kurma. Bungkusannya menarik dan tentulah bila namanya pun semacam aja jadi kita assume chocnya agak mahal. Walaubagaimanapun kemahalannya masih lagi bergantung kepada pilihan kita. Baunya yang harum sudah menggambarkan rasanya. Tapi kenalah pandai pilih sebab Bateel didatangkan dalam banyak pilihan perasa. Jika u nak cuba boleh ke The Bangsar Shopping Center (BSC).

Hiasan yang simple dengan sedikit bunga-bungaan sudah cukup untuk mendapatkan aura ringkas rekaan Bateel


Choc ini packagingnya lain sedikit. Macam Nips dan bunjut-bunjutnya yang comel tu bolehla diletakkan di dalam mangkuk kaca jika u nak jadikan hantaran. Sejujurnya aku belum pernah mencuba Hershey's, tetapi rasanya macam ada keinginan juga mahu cuba dalam masa terdekat.

Antara Hershey's yang paling mendapat sambutan

 Patchi

Ini antara yang menarik minat aku dari segi rasa dan juga bungkusannya. Sangat punya sentuhan moden yang sesuai dengan jiwaku. Seingat aku 1kg Patchi jenis loose berharga RM24. 1kg tu rasanya dapatlah dalam 6 atau 7 ketul sahaja. Mahal tetapi sedap itulah yang dapat aku simpulkan di sini. Jika u berminat boleh dapatkan di Mid Valley atau di Pavi. Percayalah u akan puas hati dengan pilihan yang ini.


Ada tak choc yang tak mahal?

Hakikatnya terpulanglah kepada kita semua apakah manisan yang mahu kita hidangkan sebagai juadah pemanis mulut buat pasangan kita dan keluarganya. Yang penting halal dan ikhlas diberi. Selain dari coklat-coklat siap, kita boleh juga menempah pelbagai jenis homemade coklat yang menjadi trend masa kini. Boleh buat macam-macam rekaan design yang menarik lagi. Nak kata yang ini murah terpulanglah macamana design dan keperluannya. Biasanya kalau yang macam choc bar siap wrapping RM2 seunit. Tapi kalau  macam yang pink di bawah ni sekotak boleh dapat RM55 ke bawah siap design. Lebih kreatif dan mengundang keunikan tersendiri.

Sentuhan kreatif dari Chocolat Wrapper

Contoh homemade choc pertunangan aku yang dibuat buah tangan tetamu (boleh juga dijadikan hantaran)

Bagaimana menghias hantaran coklat?
 
Untuk u yang ketandusan idea bagaimana menghias coklat hantaran. Berikut aku sertakan 2 keping gambar coklat hantaran yang aku rasa sesuai untuk trend masa kini. Ringkas dan berkonsep itu lebih baik. Pelbagai bungaan dari jenis yang berbeza boleh disematkan sebagai pembangkit warna dan bau-bauan. Namun begitu, hiasan gambar kedua padanan warna baby blue dan silver juga tidak kurang menarik dan sangat manis dipandang.

Patchi dari Johan kepada Farah Af

Hantaran Khansa'. Sangat sweet
Cantikkan hiasan di atas. Sebenarnya rekaan cantik hantaran ini adalah keinginan si pengantin untuk memenuhi segala impiannya melakukan sebaik mungkin di majlis perkahwinannya. Aku pasti semua orang mahukannya berlaku sekali sahaja dalam hidup masing-masing. Jadi buatlah yang dirasakan terbaik. Jangan risau, terbaik tidak semestinya memerlukan kos tinggi. Berpada-padalah dalam melayan karenah hati.

Aku juga tidak ketinggalan melalui fasa ini bersama brother. Sabtu beberapa minggu lepas, dek kerana sibuk selalu kami sempat pergi ke Mid Valley sahaja untuk mendapatkan choc idaman. Alhamdulillah, ada juga beberapa perihal hantaran yang selesai di sana selain membeli coklat untuk hantaran. Memang seronok lalui fasa membeli hantaran nih. Kepada u juga, jadikanlah momen membeli belah ini sebagai antara masa-masa bernilai untuk bermanja-manja dengan pasangan anda. Yalah, waktu lain asyik sibuk bekerjakan?

Tambahan: Godiva juga boleh dicuba. Boleh didapati di Pavillion KL. Sekotak boleh di dapati dengan harga antara RM400 hingga RM100, mungkin lebih mahal lagi pun ada. Agak mahal untuk sekotak coklat. Terpulang pada selera masing-masing.  

No comments:

ShareThis