Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Wednesday, January 25, 2012

Tak Habis Lagi Cerita Tunang - Part 2

Kali ini aku akan luangkan masa bercerita mengenai dress dan tudung dengan lebih lanjut lagi. Di petang hari menulis adakalanya ayat aku jadi lain sedikit tetapi aku cuba jelaskan dengan bait-bait mudah supaya semua orang boleh faham (kerana adakalanya bila menulis, aku saja yang faham apa yang aku tulis).

Aku tahu, tak ramai yang suka membaca ayat panjang lebar untuk menerangkan tentang sesuatu imej. Kalau dah ada gambar, tunjuk sajalah gambarnya buat apa nak membazir menulis panjang lebar. Jadi aku rasakan kali ini lebih baik aku menggunakan gambar sebagai pemain utama dalam entri kali ini.

Dress

Perhatikan gambar pertama


Gambar pertama ini adalah close-up busana aku iaitu padanan lace dan sifon. Aku sukakan gaunnya yang kembang tetapi sebenarnya tidak boleh terlalu berombak kerana akan menampakkan si pemakai rendah. Jadi aku minimakan ropol di bahagian depan.

Jika diperhatikan top dress ini sebenarnya adalah potongan kebaya pendek dengan lining dilengan, terpisah dari dalam. Bahagian dalamnya lebih kepada long dress sleeveless. Untuk tampak klasik, aku riaskan 4 unit 'covered button' dibahagian depan kebaya dan labuhkan bahagian hujung tangan (Lihat dalam gambar). Walaupun asasnya adalah kebaya, namun jika dipandang secara kasar ramai yang menyangka aku memakai dress atau jubah. Mengikut trend terkini, pandangannya sememangnya harus dilihat begitu kerana aku memang mahu ianya dilihat begitu.

Contoh 'covered button' pada busana pengantin
Untuk tampak lebih baik, aku memakai juga korset dan long sleeve inner warna yang sama untuk menutup ragu-ragu. Saran aku, elakkan dari memakai dress yang boleh memperlihatkan bahagian kulit. Kadangkala baju yang sudah siap sesetengahnya tidak sesuai untuk padanan gadis bertudung. Sebaiknya, carilah busana yang selesa dan kita yakin apabila memakainya.

Ter'over' selesa pulak
Tudung


Bila bercakap soal tudung memang aku paling cerewet bab ini. Sampai pereke tudung pening kepala sebab permintaan aku baginya agak melampau batas. Hehehe. Yalah, bahagian tudunglah yang akan memberi impak paling besar pada busana untuk menentukan samaada kita berjaya mencipta kelainan atau tidak. Apa yang aku buat pertamanya adalah melakar bentuk tudung yang aku mahu. Tetapi bila diterangkan kepada si pereka dia macam kurang faham, jadi aku buat plan B dengan mencari gambar-gambar berkaitan di internet. Hasilnya aku dapat ini.

Irna La Perle

Inilah tudung yang mula-mula aku minta dia buat tetapi banyak pula alasannya. Katanya tudung ini tak sesuai untuk budaya di sini ataupun susah diterima oleh orang-orang di utara. Lalu katanya dia akan cuba ikut kehendak aku tetapi menggunakan lace dan manik untuk memadankannya dengan dress aku dan budaya setempat. Sememangnya agak sukar meyakinkan mereka tentang keberadaan tudung seperti ini dalam pasaran sekarang. Namun dek kerana sokongan mama, aku terima cadangannya. Dan akhirnya terlihatlah tudung aku seperti ini.


Alhamdulillah. Hasilnya menggembirakan aku. Jahitannya sangat kemas dan cara dia mengenakannya kepada aku juga amat selesa. Ramai juga yang tanya aku bagaimana caranya tudung ini dipakaikan? Mudah saja caranya. Jom aku beri idea sedikit kepada u bagaimana untuk mengenakan tudung pengantin begini.
  • Inner warna sedondon. Pastikan inner tidak longgar dan jenis melekap.
  • Untuk kelihatan impak 'indon' berlebihan, inner perlu ditarik atau diketatkan mengikut bentuk wajah dan betul-betul menutup kawasan leher. 
  • Untuk tudung. Boleh gunakan kain sifon bentuk separa bulatan atau dalam kes aku pereka gunakan kain satin yang berat supaya ianya tidak licin. Aku rasa penggunaan kain satin ini lebih baik dari sifon kerana ianya akan kemas di kepala.
  • Lace kemudiannya dijahit di atas satin tadi. Pastikan rapat dihujung supaya satin tadi tidak nampak. Kemudian silalah jahit manik dengan tabah sekali ye.

3 comments:

Ziema said...

Hye dear. Google google terbaca entry tentang dress ni. :)
Anyway nak tanya la mana ye u dapatkan cekak tu? cantik :)

Anonymous said...

cantik la style tudung akak.. boleh jadi inspiration ni.. :D

Unknown said...

hi..

nk tnye..tok dress ni brape meter kain d perlukan yer?

ShareThis