Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Showing posts with label Pelamin. Show all posts
Showing posts with label Pelamin. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

Misi Mencari Pelamin

Misi mula : 6 Bulan dari sekarang

Owh, jangan tanya kenapa misi ni banyak sangat yang diskip sebab aku lupa pulak nak bgtau yang aku sudah pun membuat bayaran cagaran pertama kepada sebuah wedding planner (WP). Setelah kami sekeluarga membuat keputusan untuk bersetuju dengan sebuah butik pengantin. Rupanya terlalu payah mencari WP di sini. Bukan tak banyak, tetapi nak mencari yang kena dengan jiwa memang terlalu payah. Selepas berjumpa WP ini, aku berdoa sajalah pada Allah agar semuanya berjalan lancar. Selain portfolio sebagai WP terbaik di kawasan utara (pingat yang diberi oleh kebanyakan b2b blogger sebelah utara), apa lagi yang boleh aku katakan selain berserah kepada Allah semuanya.

Jadi bermulalah episod mencari design pelamin yang super mantap untuk majlis resepsi. Sebut 'super mantap', memang tak dinafikan aku ni agak merapu sikit dan punya pelbagai idea, tetapi kemampuan WP juga perlu dipertimbangkan. Kalau WP di KL aku taklah risau sangat, bila di utara semuanya tak dapat nak diharapkan seratus-peratus apa yang kita mahukan. InsyaAllah bulan 7 nanti akan buat confirmation design. Jadi sebagai permulaan aku cuba-cubalah selak prof google untuk dapatkan sedikit idea awal.

Hakikatnya, memanglah aku suka majlis yang agak simple.. apa yang lebih penting adalah tertunainya segala kewajipan.. namun apabila kita bercerita soal kegembiraan hati dan kelapangan dada yang paling besar dalam menginjak ke alam perkahwinan.. segala-galanya mula memberikan rasa ingin yang tinggi tetapi aku selalu ingatkan diri agar melawan nafsu dalam diri lebih-lebih lagi hal-hal berkaitan perkahwinan.


Konsep dan susun letak pelamin yang sangat menarik minat aku dari Ari Wedding Couture rasanya. Dulu aku pernah terfikir untuk rekaan pelamin yang tidak seimbang begini. Tapi sekarang orang dah ada yang buat macam ni. Kiranya aku boleh jadi wedding planner jugaklah ye..



Saturday, June 4, 2011

Misi Tergendala

Alhamdulillah, dapat meneruskan tulisan bisu ini lagi walaupun lewat waktu ini aku semakin tidak cukup hari menguruskan banyak perkara.. dan hari ini aku mula kembali ke arena ini kerana janji misi yang masih belum selesai.


Sebetulnya tanggal 21 Mei 2011, aku dengan rasminya meletakkan jawatan di Nasyeed.Com (sob sob) dengan mencatat masa bekerja selama 4 tahun aku kira. Berita penghijrahan inilah yang aku isytiharkan pada Nurul, Shiera dan Lynn dulu. Dan.. atas sebab itu juga kini, aku bukan lagi bergelar staff kepada bro (peace!).


Mungkin ini kejutan besar buat sesetengah pihak, namun apa yang dapat aku katakan perkara ini adalah suatu kebetulan.. yang Allah aturkan sebagai salah satu agenda dalam hidupku.. sesungguhnya penghijrahan ini aku sendiri pun masih terasa seperti mimpi.. semuanya berlaku sekelip mata..

Kek hari terakhirku disambut di pejabat.
Kebetulan smbutan ulangtahun ke 29. Kek ini ditaja oleh bro.


Walauapapun.. Alhamdulillah, aku gembira hari ini..

Jadi selesai hari terakhir di NC aku terus pulang ke kampung seminggu. Mungkin inilah masanya yang paling sesuai untuk membincangkan banyak perkara untuk misi seterusnya. Seawal hari pertama aku mulakan dengan mama dan kakak ke butik perancang perkahwinan untuk membuat 'confirmation' mengenai design pelamin, baju dan hantaran. Alhamdulillah misi pertama berjaya.

Persalinan bertunang

Apabila banyak sangat membuat carian aku mula jadi buntu dengan idea rekaan. Nak pilih satu sahaja sedangkan carian berjuta-juta. Untuk busana bertunang aku ini aku bercadang menempahnya dengan rekaan sendiri. Aku mula menjadi 'fashion designer' terjun dengan idea yang mencurah-curah.. huhu.. dan hasilnyaaa... kita tunggu nantiiii.. nantilah aku post entri tentang ini.. harusss.. janjiii..

I can say the stuff is sooo coool..

Pelamin

Ini soal yang aku tidak habis fikir. Apa perlunya sebuah pelamin untuk majlis pertunangan? Lalu aku dapat jawapan mudah yang u pun boleh fikir mungkin. Mini pelamin di bina untuk mengasingkan tetamu dan pemilik acara dan memberi penghargaan kepada bakal ibunda mertua untuk menyarungkan cincin disatu suasana yang asing dari suasana biasa. Yalah, bagi aku bila persekitarannya dihias cantik tidaklah kekok sangat untuk laksanakan upacara. Jadi sebagai pelengkap suasana ini aku bercadang mengadakan mini pelamin ringkas.. dan kali ini aku mengambil gabungan idea mama dan kakak.. bagiku idea mereka penting kerana ianya juga sebagai tanda kasih sayang mereka terhadapku.. permulaan yang sangat penting ini biarlah punya sentuhan orang-orang tersayang. Ini majlis kami..

Sentuhan elegan dan simple buat majlis nampak tenang

Nak tepek gambar ini kejap.. jangan marah ye.. ini cuma untuk tatapan anak cucu..


Jangan muntah tau!



ShareThis