Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Showing posts with label Songs. Show all posts
Showing posts with label Songs. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

We're almost there.. :)

Bila berjauhan begini sesungguhnya memang aku rasa tidak enak langsung (untuk yang tak baca dari awal: aku dan brother sudah tidak bekerja sekali) Janggalnya.. seperti rasa janggal dulu berjauhan dengan mama. Hari-hari rasa menunggu padahal tak tahu tunggu apa.

Alhamdulillah, baik juga begini supaya aku boleh saja belajar bersendiri. Membuat banyak perkara sendiri. Ingat lagi masa berjauhan dengan mama dulu, aku basuh baju pun tak reti.. sebab mama yang selalu basuh baju aku. Ya Allah pemalas. Bila sekarang rasanya ada yang sama contohnya bila baru ini selepas 2 hari masuk bekerja, aku diarahkan ke Keramat untuk handle satu training di sana. Owh, terus saja muka brother muncul di depan muka boss. Hehe.. bila aku sms dia bagitahu saja nak diperlukan ke Keramat terus brother cakap "malam nanti kita pergi survey jalan dulu, nanti senang nak pegi" terus aku senyum sampai telinga. Aku cuba nak berdikari tetapi nampaknya brother sudah ambil langkah cepat. Dia memang tahu aku mabuk jalan.. ahaha.

Jadi walaupun brother selalu ada, aku perlu juga bertindak lebih dari yang ada. Dalam ertikata lain, tidak boleh manja macam di tempat dulu. Asal ada yang tak boleh buat saja.. nak diminta bantuan brother.

Hmmm..

Aku tinggalkan u dengan sebuah lagu yang brother post di facebooknya dengan status "we're almost there". Aku rasa lagu ini untuk aku... kerana....... adalahhh.. mana boleh cerita semua. Terima kasih kerana sekali-sekali buat benda-benda begini.. ahaha.. selamat mendengar.





Tuesday, April 12, 2011

Istikharah

Misi mula :: 12 April 2011

Buat pertama kalinya Lagu Istikharah disebarkan di facebook. Akulah manusia paling gembira apabila mendengar lirik tulisanku dimainkan di serata dinding facebook teman-teman.. dan saat aku menulis di sini, alunannya sedang berkumandang di telinga. Bukan kerana aku yang menulisnya, tetapi secara peribadi aku gembira dengan hasilnya. Memang seperti yang aku jangkakan.

Pernahkah u terfikir untuk menukilkan lagu dan lirik bersama-sama dengan pasangan u?. Kayaknya tak ubah seperti pasangan LY dan Baidurikan? Menggubah lagu bersama mengikut kehendak hati sendiri dan menjadikannya lagu kenangan sepanjang hidup.. sesungguhnya aku tidak pernah terfikir ini akan berlaku.. segala-galanya berlaku tanpa perancangan tetapi ianya benar-benar meninggalkan kesan ke atas kehidupanku.. seperti u, aku juga punya rasa masa yang tidak dapat digambarkan semasa menulis liriknya.

Tiada rasa

Pertama kali pensil (biasanya aku memakai pensil semasa menulis lirik.. aku rasa tulisan nampak lebih dramatik) menari di kertas aku buntu.. terlalu buntu. Mahu menulis dan banyak sangat mahu ditulis sehingga aku jadi tidak tahu bagaimana untuk mula. "Mass ambiklah seberapa banyak masa pun untuk menulis, biar tulisan tu tidak terdesak." Lebih kurang itulah apa yang dikatakan komposernya kepada aku. Sesungguhnya seingat aku, aku mengambil masa 2 bulan untuk menyiapkan liriknya.. yang pada masa itu aku benar-benar menulis dari hati.. menulis apa yang kurasai.. menulis atas dasar apa yang aku lalui.. Yang pada waktu itu, aku mencari istikharahku sendiri.. kerana aku pada waktu itu memang hebat diuji.

Mencari idea

Mencari melodi pula, satu lagi kerja berat. Yalah, kalau u sekalipun disuruh buat lagu dah tentu u akan kerah keringat untuk mencipta sesuatu yang baru, fresh dan pastinya ada kelainan kan? kan? Lebih kurang asal cerita terjadinya melodi ini boleh baca di sini. U tau tak, aku masih ingat selepas karyaku sudah diberikan kepada komposernya.. tiada apa-apa respon aku terima. Dalam hati tak sabar nak mendengar melodinya.

"Dah baca ke lirik lagu Istikharah?" Aku tanya komposernya. "Dah" Amboi, sepatah pulak jawapannya. "So macamana?" Aku balas. "Ok, best.. tapi masih tak dapat melodi yang best," itu jawapnya. Haa.. tak dapat lagi atau tak buat lagi? Hati aku mula terasa nak merajuk sikit. Si komposer tiba-tiba capai handphonenya, nampak macam tengah setting sesuatu..

Oh my! Waktu itu hatiku teruja berbunga-bunga cinta apabila kedengaran lirik yang aku tulis dimelokan.. oh, sangat terkesima. Memang tak dapat nak kontrol senyum lebar. Memang semasa mendengar demonya aku sudah teramat suka.

Dan.. hari ini dengan rasminya aku perdengarkan lagu Istikharah buat u semua. Jika ini adalah kali pertama kalian mendengar lagu ini, telitikanlah alunan muzik dan bait-bait katanya bersungguh-sungguh.. sesungguhnya aku menulis atas dasar apa yang aku alami.. istikharah ini sudah berpenghujung buatku mungkin.. sesungguhnya Allah Maha Penyayang.. mohonlah kepada-Nya..

Misi ditutup :: Ups.. sebelum tu.. nak tau ke siapa komposer yang buat main-main surprise dengan lyrisistnya tu? Huhu.. siapa lagi kalau bukan brother.. kekeke

ShareThis