Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Wednesday, June 27, 2012

8P Untuk Pasangan Kekasih

Bahagian ini adalah perkongsian yang saya ambil dari sebuah blog. Walaupun nampak macam malas nak menulis tetapi sebenarnya saya amat tertarik dengan tulisan atau kata-kata dari Ustazah Siti Nur Bahyah ini. Bila dibaca ada betulnya. Bila kita sudah berumahtangga kita akan rasakan sendiri semua P yang disebut ini secara tidak disengajakan berlaku dalam kehidupan seharian. Perasan tak? 

Siti Nur Bahyah berkata,

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

Menutup tulisan : Jadi kepada yang masih belum berkahwin, percepatkanlah hari besar anda. peace!

Sunday, June 24, 2012

6 Bulan dan Terus Bercinta

Masuk bulan ini memang genaplah enam bulan pernikahan kami. Menjadi suami isteri bukanlah susah sangatkan.. rupanya kehidupan lebih teratur dan lebih mempunyai matlamat. Kalau dulu saya selalu katakan kehidupan solo saya sudah punya banyak perkara, jadi tak perlulah saya risaukan sangat jika lambat berumahtangga. Rupanya apabila hidup berdua, banyak lagi matlamat hidup mendatang yang dirancang bersama. Bila ada suami, semuanya jadi lebih kuat dan lebih bersemangat.

Baru-baru ini kami sempatlah pulang ke Kelantan untuk menziarah keluarga (Ma dan Ayah) dan ke majlis kesyukuran perkahwinan sepupu suami saya iaitu Faiz dan Junaimah. Ke Johor dahulu sebelum itu ke majlis sebelah perempuan. Memang seronok bersama keluarga baru saya ini. Jadi sebagai kenang-kenangan gambar terbaru saya dan suami saya tinggalkan u dengan gambar-gambar semasa perjalanan ke Kota Bharu melalui penerbangan MAS dan di majlis perkahwinan Faiz. Jumpa lagi!



Thursday, June 21, 2012

Hantaran Perkahwinan Sebelah Suami

Alhamdulillah, sudah tiba masuknya bulan Syaaban. Sempat ganti puasa yang tertinggal dan berpuasa sunat bulan-bulan mulia ini. Alhamdulillah, tak susah sangat kerana suami saya sentiasa menyokong dan bersama-sama mengimarahkan bulan-bulan baik ini.. biar berteman, seronok sikit masa berbuka bersama kan?

Seperti janji, saya mesti tunaikan. Baiklah hari ini, sela masa 2 jam waktu makan tengahari di hari Jumaat ini saya nak panjangkan cerita mengenai hantaran di sebelah suami dulu. Ramai juga yang tanya, ditempah di mana? tetapi rasanya ramai juga yang tahu, hantaran sebelah suami juga dibuat oleh Adnan Jaafar hasil perbincangan saya, suami dan dia. 

Menyentuh soal hantaran ini, saya meletakkan sepenuh kepercayaan pada abang Nan. Suami hanya beritahu warna ungu atau lavender dan abang Nanlah yang merealisasikan hiasannya. Kata saya, yang penting jangan terlalu sarat dan susunannya nampak kemas. Saya pernah mengidamkan hiasan hantaran koleksi Ari Wedding Couture. Pernah juga saya bertanyakan harganya. Satu dulang Ari kenakan RM200 hingga RM400 tidak kiralah samaada bunga artificial atau bunga asli. Padanan pelbagai jenis bunga yang direka Ari satu kombinasi yang sangat buat saya teruja. Selepas saja saya 'engaged' abang Nan sebagai wedding planner, saya terus saja beritahu apa yang saya inginkan padanya. Alhamdulillah, seperti pernah saya ceritakan sebelum ini. Abang Nan memang begitu memahami apa yang diinginkan. Lalu terjadilah hantaran perkahwinan sebelah suami seperti ini.








Alhamdulillah, hasilnya mengembirakan suami saya dan keluarganya. Terima kasih atas hadiah-hadiah perkahwinan yang istimewa ini juga. Sebetulnya 9 dulang hantaran tetapi saya meletak hanya 7 sahaja. Lain-lain adalah cincin bersama sirih junjung dan kek.

Saya menutup entri : siap-siap mahu ke farewell party Nur Athikah. Lepas ini saya ceritakan tentang hantaran saya pula k.


ShareThis