Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Thursday, June 21, 2012

Hantaran Perkahwinan Sebelah Suami

Alhamdulillah, sudah tiba masuknya bulan Syaaban. Sempat ganti puasa yang tertinggal dan berpuasa sunat bulan-bulan mulia ini. Alhamdulillah, tak susah sangat kerana suami saya sentiasa menyokong dan bersama-sama mengimarahkan bulan-bulan baik ini.. biar berteman, seronok sikit masa berbuka bersama kan?

Seperti janji, saya mesti tunaikan. Baiklah hari ini, sela masa 2 jam waktu makan tengahari di hari Jumaat ini saya nak panjangkan cerita mengenai hantaran di sebelah suami dulu. Ramai juga yang tanya, ditempah di mana? tetapi rasanya ramai juga yang tahu, hantaran sebelah suami juga dibuat oleh Adnan Jaafar hasil perbincangan saya, suami dan dia. 

Menyentuh soal hantaran ini, saya meletakkan sepenuh kepercayaan pada abang Nan. Suami hanya beritahu warna ungu atau lavender dan abang Nanlah yang merealisasikan hiasannya. Kata saya, yang penting jangan terlalu sarat dan susunannya nampak kemas. Saya pernah mengidamkan hiasan hantaran koleksi Ari Wedding Couture. Pernah juga saya bertanyakan harganya. Satu dulang Ari kenakan RM200 hingga RM400 tidak kiralah samaada bunga artificial atau bunga asli. Padanan pelbagai jenis bunga yang direka Ari satu kombinasi yang sangat buat saya teruja. Selepas saja saya 'engaged' abang Nan sebagai wedding planner, saya terus saja beritahu apa yang saya inginkan padanya. Alhamdulillah, seperti pernah saya ceritakan sebelum ini. Abang Nan memang begitu memahami apa yang diinginkan. Lalu terjadilah hantaran perkahwinan sebelah suami seperti ini.








Alhamdulillah, hasilnya mengembirakan suami saya dan keluarganya. Terima kasih atas hadiah-hadiah perkahwinan yang istimewa ini juga. Sebetulnya 9 dulang hantaran tetapi saya meletak hanya 7 sahaja. Lain-lain adalah cincin bersama sirih junjung dan kek.

Saya menutup entri : siap-siap mahu ke farewell party Nur Athikah. Lepas ini saya ceritakan tentang hantaran saya pula k.


No comments:

ShareThis