Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Friday, June 13, 2008

Serius Tak Percaya


Cinta adalah ketika kamu kehilangan rasa gairah, romantika dan masih peduli padanya.

Petikan dari sebuah blog. Yang aku rasa ada ketepatannya. Yang aku rasa comel kata-kata ini dan patut aku letak teratas dalam entri ini.

Sehingga hari ini.. berita gembira ini belum diumumkan kepada rakyat Malaysia. Malah tidak juga kepada mana-mana manusia selain keluarga. Kawan rapat? Kan aku dah cakap belum dihebahkan kepada siapa-siapapun. Aku juga tidak berniat untuk membuat hebahan ke facebook, twitter, friendster, myspace, radio, suratkhabar atau beautifulnara sekalipun kerana bimbang akan gangguan orang-orang yang fanatik dengan kami. Biarlah aku hanya menulisnya di sini sorang-sorang, membaca sendiri dan publish bila saja aku rasa mahu.

Berhenti untuk entri versi poyo di atas. Masuk ke perenggan yang lebih serius..

Serius tak percaya.. (blog serius style). Inilah yang sudah diaturkan. Peluang-peluang hidup yang aku isi selama-lama hidup sendiri begitu lama ini sudah aku isi dengan memberi rasa cinta menapak kembali ke dalam hati. Cara ini bukan sebuah pilihan tetapi keputusan yang aku ambil selepas menolak tepi buku rekod-buku rekod lain yang aku calit dakwat merah semasa memeriksanya. Aku perlu memberi satu jawapan ke atas satu makna hidup yang terpenting. Yang abadi untukku. Yang terabadi untuk kami..

Waktu dulu.. 5 tahun dulu, aku sangat ingin melihat siapa jodohku. Siapa ya Allah? Siapakah orangnya? Itulah yang aku sering soal.. soal macam nakal, tapi aku memang mahu tahu. Rupanya jawapannya diberi begitu lama.. selepas aku sudah melalui fasa bersama bermacam jenis ragam manusia, selepas aku hidup berdikari sekian lama, selepas aku punya banyak yang aku mahu.. selepas aku advancekan keras hatiku kepada perasaan cinta..

Sesungguhnya, semuanya sudah terpulangkan kepada aku hari ini. MasyaAllah, indahnya running order yang kau ciptakan untuk hamba-Mu.



Bermulanya Di Sini..

Bismillahirahmanirrahim,

Di suasana yang indah hari ini, jiwaku tenang setenangnya.. keadaan hidup makin baik.. gembira dengan kehidupan hari ini yang seperti semuanya dalam aturan sahaja.. sebetulnya tarikh menulis ini perlu dimulakan dengan tanggal 09 September 2009 atau singkatnya 999.. atau lebih manis 19 Ramadhan 1432H.. tarikh keramat yang mengubah setiap detik harianku dengan dasyatnya sehinggalah berlakunya hari ini. InsyaAllah, dalam lapangan apapun akan aku cuba coretkan seberapa banyak kisah disebalik kewujudan 'Misi' kepada pembaca sekalian.

Dengan lafaz permulaan ini, aku rasmikan blog peribadi menjelang hari bahagiaku ini sebagai bahan bacaan untuk teman-teman dan keluarga.. semua tulisan sudah ditulis tetapi bukan diblog.. insyaAllah akan diblogkan semuanya selepas ini.. niat untuk menyimpan segala kenangan terindah di sini akan diungkaikan satu persatu.. selamat membaca. Bacalah diam-diam.. dalam tenang.. dengan hati yang ikhlas.

Salam sayang,
mass

ShareThis