Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Tuesday, November 29, 2011

Save The Date - Razin & Masliza

2 Days To Go

Oh, malam ini aku masih sempat menulis walaupun sebenarnya dalam hati begitu kuat debaran. Alhamdulillah, kan aku selalu cakap tentang cara kerja mama yang sangat pantas, banyak perkara yang sudah siap dan malam ini mama tidur awal mungkin sebab kepenatan.

Sampai sahaja rumah Sabtu lepas, aku siap menyusun barang di dalam beg kertas, DIY Guest Book dan agihkan station by station untuk beberapa tugasan yang perlu diserahkan kepada ahli keluarga kerana aku tidak lagi boleh melakukannya semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Semalam paksu Anuar datang, bincang mengenai pergerakan majlis, aku akan menaiki kereta pak su untuk ke Dewan Penyayang. Tok pula sudah beberapa hari di rumah, menolong apa yang termampu, memberi ingat apa yang terlupa.

Hari ini sahaja, aku sudah siap bentang cadar dan kami anak-beranak termasuk abang Razak (abang ipar), Kak Marina alihkan sofa naik ke atas rumah. Lapangkan kawasan rumah untuk majlis akad nikah Jumaat ini. Semuanya nampak sudah siap. Sebentar tadi aku pasangkan dawai halus di bunting penunjuk arah dan  sekarang aku masih lagi tidak sudah-sudah dengan skrip acara rasmi. Ya Allah, banyak sangat yang aku ubah-ubah sampai kadang-kadang jadi lost sekejap.  

Video pertunangan, save the date, digital kad, urusan undangan sudah selesai. Kami membuat panggilan keseluruhan dalam anggaran 1000 tetamu. Aku harap kawan-kawan dan keluarga akan tiba di majlis dengan gembira dan keberkatan yang di bawa.

Semoga Allah melancarkan segala urusan majlis kami nanti. Misi sudah sangat hampir dan harap semuanya akan lancar. 

Monday, November 28, 2011

Monday, November 21, 2011

Think in Pink!

Setiap kali menulis entri aku akan cakap dalam hati, ini adalah entri terakhir sebelum misi menjelang. Sebab perasaan yang aku alami sekarang boleh dikatakan sangat tidak boleh diterjemahkan dengan kat-kata. Jadi kita boleh namakan ianya 'Penyakit Nak Kahwin'. Berdebar lain macam, nak buat kerja tak boleh, nak tidur tak boleh. Pelik sungguh penyakit yang datang sekarang.

Untuk meredakan rasa sakit ini, aku ingin menulis entri mengenai warna tema majlis pernikahanku nanti. Yay! Mungkin ramai sudah menjangka apakah yang akan berlaku di Dewan Seri Endon pada 3 Disember nanti. Pastinya puluhan manusia akan berbaju PINK pada hari tersebut sekurang-kurangnya ahli-ahli keluarga aku. Mereka semuanya akan di'pink'kan bermula jam 12 tengahari hingga 5 petang. Baik perempuan mahupun lelaki.

Berbalik pada warna pink yang dipilih sudah tentu warna ini sudah sinonim dengan kehidupan aku sejak sekian lama. Malah banyak sungguh koleksi barangan peribadi aku berwarna pink samaada yang dibeli sendiri atau dihadiahi kawan-kawan. Memang seumur hidup aku, aku telah terjebak dengan warna ini sangat lama. Walaupun orang kata pink is poor, pink is old.. atau pink is not in style (aku yang buat sendiri slogan-slogan itu).. aku tetap dengan keberadaan dan kesetiaan menjadikan warna pink sebagai penguat semangat dalam melakukan kerja.. (Casing hp warna pink).



Walaubagaimana pun tidaklah aku meletakkan syarat kepada tetamu. Jika u datang berbaju hijau, kuning atau merah sekalipun hidangan makanannya tetap lauk yang sama. Tiada diskriminasi di situ. Tetapi harapan sangat tinggi, rakan-rakan tersayang datang berbaju pink untuk menyatakan kasih sayang kalian kepadaku.. hehe.. ugut si lelaki pakai pink pada haritu.. baru style!

Kali ini (Aceh, macam ade kali lain pulak), aku cuba membuat sedikit gila apabila meletakkan bukan satu warna pink kepada warna tema. Bukan hanya baby pink, bukan hanya shocking pink, bukan hanya dusty pink atau rose pink.. aku namakan warna tema majlis aku ini adalah THINK IN PINK. Apa maksudnya? Variety of pink. Kalau u lihat nanti, warna pink yang dipilih sangat pelbagai dan unik setiap satunya. Contohnya aku memilih warna baby pink untuk bunga telur, hot pink untuk kad jemputan, dusty pink untuk pakaian keluarga dan macam-macam jenis pink yang punya nama tersendiri. Jadi semuanya adalah kepelbagaian pink atau kita akan panggil Think in Pink.


Jadi, jangan ketinggalan untuk sama-sama merakamkan gambar bersejarah anda memakai pink di majlis saya nanti. Gunalah kesempatan yang ada untuk menyatakan rasa kasih anda kepada saya! Peace yoa!


Dan.. ada satu lagi yang memang pink habis adalah...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Kad kahwin yang direka oleh saya dan brother juga ada sentuhan pink. :)


Catatan Bakal Pengantin

Beningnya pagi, hingga aku rasa amat syahdu. Jam 3 pagi aku masih tidak dapat menutup mata, beratnya rasa hati jarang sungguh rasa begini. Sehalnya dengan rencana-rencana mahu bernikah ini, aku belum pernah tidak boleh tidur. Alhamdulillah, sibuk manapun tidur masih tetap nyenyak. Cuma malam ini..

Tinggal hanya 10 hari lagi sebelum aku bergelar isteri. Sebelum aku boleh ucap selamat tinggal kepada zaman anak dara.. sebelum aku boleh tulis di sini tentang suami dan aktiviti-aktiviti bersama sang suami selepas ini.. tinggal 10 hari saja lagi untuk aku menjadi seperti hari ini.. seperti saat aku menulis di blog ini.. sunyi.. dan.. sepi.

Semalam aku dan brother sibuk lihat ruang rumah sebelum jadi pondok untuk kami berteduh selepas bernikah. Bila aku lihat brother sibuk cakap tentang warna cat dinding, nak pasang almari itu dan ini aku jadi sayu dan serba terdiam. MasyaAllah, betul-betul aku tak sangka sudah tidak lama lagi aku akan mengakhiri kisah hidup sendiri ini. 

Bila banyak diam, dia akan pandang wajah aku lama-lama dan senyum. Aku tahu dia juga merasa yang sama. Keasingan yang indah dan sukar digambarkan dengan mata. Memandang wajahnya buat aku mengimbau kembali masa dulu-dulu zaman aku nakal itu nakal ini.. zaman terasa diri hot tapi sebenarnya tak hot mana pun. Zaman muda-muda yang sungguh tidak mahu aku ceritakan kepada anak-anak. Zaman akal masih separuh tapi belagak matang. Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan dia. Dia yang patut aku ucapkan kata syukur paling banyak.. dia yang didatangkan mengajar aku yang dulu itu bukannya salah tetapi perlu diperelokkan, dia yang mengajar aku yang betul itu perlu dinampakkan betulnya.. dia yang melihat lemah aku tetapi katakan ianya adalah sweet.

Sungguh bila merasa indah begini, pastinya siapapun tidak tahu di masa akan datang apa akan terjadi. Tetapi Allah katakan berdoalah selalu, maka berdoalah kita supaya jalan ini akan sentiasa indah begini hingga sampai masa kita mati.

Selamat pengantin baru sayang!


Sunday, November 20, 2011

Save The Date Video

Alhamdulillah, save the date video kami sudah siap. Tepat 15hb Nov, mereka sudah hantar ke email aku. Memang betul-betul seperti yang dijanjikan. Berdebar juga semasa aku membuka email. Bila tengok memang sungguh puashati dengan outputnya. Terasa debaran majlis perkahwinan semakin dekat dengan aku. 

Apa save the date video ni? Sebenarnya save the date video lebih kepada jemputan perkahwinan secara digitallah. Selain itu boleh juga dikatakan sebagai teaser, macam orang buat filem.. sebelum filem ditayangkan, company akan buat teaser untuk memberi pengetahuan kepada umum atau penonton sasarannya tentang keberadaan filem tersebut dan akan tiba tidak lama lagi. Pendekatan yang lebih kurang sama jugalah dengan video kami ini. Durasinya tidak boleh terlalu lama kerana kata pun teaser, biar pendek dan jelas apa maksudnya. Macam aku yang sukakan konsep ringkas dan berkesan, video ini boleh memberikan gambaran konsep kami secara jelas. InsyaAllah akan dimuatnaik tidak lama saja lagi.. tungguuu..






Tuesday, November 15, 2011

Bila Hati Ini Terasa Sayu

Bila melihat harinya sudah tidak banyak lagi.. makin berkurang dari hari ke hari, selain debar yang amat deras, gembira yang amat tak boleh digambar ada satu lagi perasaan yang tiba-tiba datang semasa aku mula mahu melelapkan mata..

Hakikatnya malam ini hati aku tiba-tiba jadi sayu. Semasa enak tidur semalam, aku di datangkan sebuah mimpi. Yang di dalam mimpi itu pemain utamanya adalah 'mama'. Bila aku terjaga aku cepat hubungi mama.. ternyata rupanya ada satu petanda menyatakan tadi pagi adalah hari terakhir talian unifi berfungsi di rumah. Makanya aku tidak lagi dapat bergayut panjang di telefon dengan mama seperti selalu kerana talian telefon unifi percuma sudah tidak sah lagi sejak aku pulang malam tadi. Ya.. unifi sudah dipindah milik. Pemilik sudah terminate fungsinya kerana kami akan berpisah rumah beberapa hari saja lagi. 

Mungkin u tak berapa faham sangat. Apa perkaitannya termination unifi dan mama. Sebetulnya kalau u nak tau unifi panggilan percuma dari talian tetap ke talian tetap telah memberi kemudahan kepada aku untuk berbual dengan mama secara tanpa had selama ini. Jadi urusan misi jadi lebih mudah, aku dapat terus berhubung dengan mama tanpa sebarang gangguan bil telefon. Boleh dikatakan hampir setiap hari aku akan call mama dan kami akan berbincang atau berborak selama hampir satu jam dan adakalanya lebih sejam mengenai urusan misi.

Pagi tadi saja pelbagai update aku terima dari mama selain aku juga buat update pelbagai perkara juga kepada mama. Lepas ini kenalah guna telefon bimbit macam dulu-dulu, jadi berbual pun kenalah berpada-pada sikit.

Berbalik kepada tajuk sayu hati ini sebenarnya muncul lebih kerap akhir-akhir ini. Adakah kerana aku anak bongsu perasaan yang wujud ini menjadi lebih serius dan teramat meruncing sekarang? Sayu kenapa? Pastinya kerana perasaan hiba mahu menempuhi alam berdua. Yalah u pun fahamkan, bila sudah berkeluarga baru tak bolehlah nak tidur bawah ketiak mama lagi lepas ini.. tak bolehlah nak mengadap muka mama 24 jam lagi bila balik ke kampung.. Banyakla yang tak boleh lagi lepas ini.. Oh sungguh anak bongsu perasaan yang wujud malam ini.. 

Entahlah, bila ditulis terasa salah.. tetapi jika tak ditulis, di mana lagi nak menyatakan rasa ini. Tulisan ini hanya sekadar berkongsi perasaan yang tidak menentu ini dengan u agar u tahu selain aku dilihat begitu gembira mahu menyambut hari bahagia.. perasaan sayu juga turut dirasa.. sayu yang tidak jelas sangat.. apakah sebab musababnya yang nyata.. Oh Allah.. berilah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi dan menghadapi perasaan ini.. 

Monday, November 14, 2011

Pre-Wedding Part II

Alhamdulillah, seawal pagi Sabtu lepas sudah siap dengan pre-wed part 2 di sebuah tempat unik dan menjadi simbolik kisah percintaan kami. InsyaAllah akan aku ceritakan lebih detail selepas video atau gambarnya dikeluarkan. Keesokkan harinya meneruskan misi membeli barang hantaran yang masih belum selesai. Dan alhamdulillah akhirnya pencarian misi ini berakhir di Pavillion KL Ahad lepas. Alhamdulillah, selesai urusan membeli barangan hantaran di Mid Valley dan Pavi seterusnya cincin di Ampang Point Showroom untuk kali keduanya. Mission done!

Hero in action
Heroin sedang hafal skrip.. hehe
Heroin again.. pic layan by brother

Thursday, November 10, 2011

Coklat Sebagai Hantaran

Aku tak ada mood nak menulis tentang entri di bawah. Beberapa kali cuba mencari momentum tapi tak dapat. Adakah kerana aku tidak dilahirkan untuk menjadi tukang masak handal seperti Chef Wan atau sekurang-kurangnya MasterChef Malaysia?

Justeru itu, aku berhenti sebentar dalam tempoh waktu momentum tak ada ini dengan menukar topik yang lebih  manis dan sesungguhnya menjadi minat banyak orang. Ianya adalah misi mencari coklat idaman untuk hantaran. Manis tak?

Selama menulis di sini aku tidak pernah menulis tentang perihal hantaran secara terperinci. Biasanya gitu-gitu sahaja. Bukan apa, ada dua sebab kenapa aku tidak terlalu dedah tentang hantaran. Pertama tak mau hilang seri dan kedua pastilah tak mau u menimbang nilai ukuran barang yang dijadikan hantaran. Tapi taklahkan, u semua baik. Jadi untuk menambahkan seri blog misi ini aku akan menulis mengenai misikami mencari coklat untuk hantaran.

Jika u kenal aku, memang aku bukanlah peminat coklat tegar. Jadi kalau hidang depan aku segunung rocher dalam dulang macam dalam iklan kat tv pun tak mustahil aku buat tak tau aje. Sebut tentang rocher dah tentu u pun muak melihat rocher dihidang dalam dulang hantaran. Terpulanglah, tetapi aku memang tidak gemar dengan rasanya jadi aku buat anggapan yang keluarga brother juga tak akan menyukainya. Hehe.


Boleh buat banyak pilihan terpulang kepada minat terhadap coklat. Jadi di sini aku nak cadangkan beberapa coklat yang boleh beri sedikit kelainan kepada u jika u rasa coklat juga perlu mempunyai sentuhan yang tersendiri dalam satu daripada beberapa dulang hantaran u nanti.


Ada dua kategori produk yang dijual di sini. Coklat dan kurma. Bungkusannya menarik dan tentulah bila namanya pun semacam aja jadi kita assume chocnya agak mahal. Walaubagaimanapun kemahalannya masih lagi bergantung kepada pilihan kita. Baunya yang harum sudah menggambarkan rasanya. Tapi kenalah pandai pilih sebab Bateel didatangkan dalam banyak pilihan perasa. Jika u nak cuba boleh ke The Bangsar Shopping Center (BSC).

Hiasan yang simple dengan sedikit bunga-bungaan sudah cukup untuk mendapatkan aura ringkas rekaan Bateel


Choc ini packagingnya lain sedikit. Macam Nips dan bunjut-bunjutnya yang comel tu bolehla diletakkan di dalam mangkuk kaca jika u nak jadikan hantaran. Sejujurnya aku belum pernah mencuba Hershey's, tetapi rasanya macam ada keinginan juga mahu cuba dalam masa terdekat.

Antara Hershey's yang paling mendapat sambutan

 Patchi

Ini antara yang menarik minat aku dari segi rasa dan juga bungkusannya. Sangat punya sentuhan moden yang sesuai dengan jiwaku. Seingat aku 1kg Patchi jenis loose berharga RM24. 1kg tu rasanya dapatlah dalam 6 atau 7 ketul sahaja. Mahal tetapi sedap itulah yang dapat aku simpulkan di sini. Jika u berminat boleh dapatkan di Mid Valley atau di Pavi. Percayalah u akan puas hati dengan pilihan yang ini.


Ada tak choc yang tak mahal?

Hakikatnya terpulanglah kepada kita semua apakah manisan yang mahu kita hidangkan sebagai juadah pemanis mulut buat pasangan kita dan keluarganya. Yang penting halal dan ikhlas diberi. Selain dari coklat-coklat siap, kita boleh juga menempah pelbagai jenis homemade coklat yang menjadi trend masa kini. Boleh buat macam-macam rekaan design yang menarik lagi. Nak kata yang ini murah terpulanglah macamana design dan keperluannya. Biasanya kalau yang macam choc bar siap wrapping RM2 seunit. Tapi kalau  macam yang pink di bawah ni sekotak boleh dapat RM55 ke bawah siap design. Lebih kreatif dan mengundang keunikan tersendiri.

Sentuhan kreatif dari Chocolat Wrapper

Contoh homemade choc pertunangan aku yang dibuat buah tangan tetamu (boleh juga dijadikan hantaran)

Bagaimana menghias hantaran coklat?
 
Untuk u yang ketandusan idea bagaimana menghias coklat hantaran. Berikut aku sertakan 2 keping gambar coklat hantaran yang aku rasa sesuai untuk trend masa kini. Ringkas dan berkonsep itu lebih baik. Pelbagai bungaan dari jenis yang berbeza boleh disematkan sebagai pembangkit warna dan bau-bauan. Namun begitu, hiasan gambar kedua padanan warna baby blue dan silver juga tidak kurang menarik dan sangat manis dipandang.

Patchi dari Johan kepada Farah Af

Hantaran Khansa'. Sangat sweet
Cantikkan hiasan di atas. Sebenarnya rekaan cantik hantaran ini adalah keinginan si pengantin untuk memenuhi segala impiannya melakukan sebaik mungkin di majlis perkahwinannya. Aku pasti semua orang mahukannya berlaku sekali sahaja dalam hidup masing-masing. Jadi buatlah yang dirasakan terbaik. Jangan risau, terbaik tidak semestinya memerlukan kos tinggi. Berpada-padalah dalam melayan karenah hati.

Aku juga tidak ketinggalan melalui fasa ini bersama brother. Sabtu beberapa minggu lepas, dek kerana sibuk selalu kami sempat pergi ke Mid Valley sahaja untuk mendapatkan choc idaman. Alhamdulillah, ada juga beberapa perihal hantaran yang selesai di sana selain membeli coklat untuk hantaran. Memang seronok lalui fasa membeli hantaran nih. Kepada u juga, jadikanlah momen membeli belah ini sebagai antara masa-masa bernilai untuk bermanja-manja dengan pasangan anda. Yalah, waktu lain asyik sibuk bekerjakan?

Tambahan: Godiva juga boleh dicuba. Boleh didapati di Pavillion KL. Sekotak boleh di dapati dengan harga antara RM400 hingga RM100, mungkin lebih mahal lagi pun ada. Agak mahal untuk sekotak coklat. Terpulang pada selera masing-masing.  

Wednesday, November 9, 2011

Kenapa Blog Ex-Bride-To-Be Mesti Ada Entri Pasal Resepi?

Ini tajuk entri paling panjang, jadi harus diberi rekod 'TAJUK ENTRI PALING PANJANG DALAM MISIKAMI'. Panjang sebab apa? Sebab soalan yang ditanya harus menjelaskan maksudnya dengan lengkap supaya tidak ada salah faham. Bila aku stalked kebanyakan blog ex-b2b (mantan bride to be) semuanya akan letak entri pasal resepi memasak paling kurang 2 atau 3 entri, biasanya banyaklah. Owh, seram makkk.


to be continued..

Tuesday, November 8, 2011

Pre-Wedding

Hakikatnya bila tiba bahagian pre-wedding photoshoot ni aku sedikit keliru. Apakah sebenarnya yang dikatakan pre-wedding photoshoot? Mulanya aku cakap tak perlulah buat pre-wedding photoshoot tetapi bila tiba masa nak buat photoshoot untuk kad kahwin, bunting dan multimedia presentation barulah aku akui tentang keperluan pre-wedding photoshoot.

Kredit to Fajri Photography

Bila tanya prof google apakah pre-wedding photoshoot, barulah aku jelas tentang keperluannya. Kepada yang kurang jelas macam aku, pre-wedding photoshoot ini adalah photoshoot yang dibuat sebelum pasangan itu berkahwin. Tujuannya adalah untuk cetakan gambar untuk majlis perkahwinan nanti. Mungkin jika u nak buat bunting jadi keperluannya di situlah. Selebihnya, dah gambar pun banyak jadi apalagi upload dalam blog atau fb untuk kenangan.


Mungkin ada yang kurang setuju dengan kelangsungan pre-wedding photoshoot yang menjadi trend kini. Aku sendiri terasa seperti janggal sedikit mengenai ini kerana kebanyakkan gambar yang aku pernah lihat seolah-olah buat kita keliru samada pasangan ini sudah berkahwin atau tidak.  Jadi di situlah antara faktor kenapa pre-wedding photoshoot ini dilihat kurang menarik pada mata sesetengah orang. Jadi aku cuba untuk selesaikan kekeliruan ini dengan cara tersendiri. 

Dengan itu, aku telah pun selesai membuat pengambaran pertama pre-wedding photoshoot cara Mass dan Razin. InsyaAllah pengambaran kedua akan dilangsaikan Sabtu ini. Kenapa ada dua episod? Jawapannya tanyalah team photog kami yang begitu gigih menjayakan pre-wedding photoshoot ini. Bila ditanya apakah konsep yang aku mahu? Tentunya jawapan aku adalah 'ringkas dan berkesan'. Jadi tunggulah outputnya nanti. Semoga semuanya lancar. Ameen.



Monday, November 7, 2011

Presenting My Kad Kahwin


Kad kahwin sudah mula diedarkan. Alhamdulillah. InsyaAllah akan sampai ke tangan teman-teman dan seluruh ahli keluarga tidak lama lagi. Jadi kepada teman-teman. Pakai baju ikut warna tema ye.. hehe..

Wednesday, November 2, 2011

Cinta Ini

cinta ini
apabila berhenti
hentinya sangat lama
lama tersangat lama
hingga hujung nyawa

cinta ini
bila disentuh dengan kuatnya
akan dibiar disentuh dengan sekuat - kuatnya
biar sehingga kudrat tidak berdaya
kerana.. cinta ini diberi oleh - Nya

untuk dijaga..



Mahu Jadi Isteri Yang Hebat

Hari ini tibalah 1 November 2011, begitu pantas masa berlalu hingga aku terasa begitu cepat tempoh setahun yang kami lalui selama usia pengenalan. Alhamdulillah masih lagi kita bernafas dan dapat menikmati rezeki dari Allah Subhanahuwataala hari ini.


Menyebut tentang tajuk di atas sebetulnya adalah perkara yang aku kira biasa terdetik dalam hati seorang gadis yang mahu menukar status diri. Pastinya saban hari menghitung masa untuk menjadi isteri paling hebat di dunia ini. Bagaimana caranya? Adakah aku layak?

Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.

Sebagai orang 'baru' aku juga tidak lepas dari ingin ambil tahu soal ini. Bagaimana untuk seorang wanita itu menjadi isteri yang solehah? Bagaimana dia boleh menjadi isteri yang hebat di mata suaminya? Rupanya mudah sajakan nak menjadi isteri solehah. Banyak sungguh panduan yang boleh didapati di internet, namun persoalannya adakah kita benar-benar boleh mencapai ukuran demikian.. hmmm.

Yang paling sinonim dengan sebuah perkahwinan adalah ketaatan isteri kepada suaminya. Malah semasa aku di'inteview' pun ada ditanya tentang tanggungjawab isteri kepada suami. Perkara paling asas yang kita rasa mudah tetapi ternyata hanya mereka yang sudah berkahwin sahajalah yang boleh menjawab persoalan ini.
Dulu semasa masih 'single and available' aku sebenarnya selalu saja takutkan tanggungjawab. Aku pernah rasakan tanggungjawab sebagai isteri ini amat payah. Baik-baik duduk sendiri boleh buat apa saja sendiri, selepas ini semuanya perlu berteman. Aku pula jenis yang suka berseorangan dalam bilik, adakalanya rasa seram bila teringat suatu ketika bila bersuami pastinya kita tidak boleh bersendirian lagi.. dalam konteks melayan perasaanla nih. Lebih bertambah seram apabila fikirkan semasa shopping nanti perlu ada suami menemani di sisi. Macamana nak tawaf keliling mall nih?

Hakikatnya rasa takut itu mula bertukar menjadi gembira dan ternanti-nanti apabila pintu hati tiba-tiba diketuk kali ini. Perasaan takut itu hilang jauh-jauh hinggakan adakalanya aku semacam tak sabar pula nak menempuhi alam rumahtangga. Perasaan mahu ditemani selalu datang tanpa disedari. Sunggung aneh. Sesungguhnya Allah telah mengatur segalanya dengan baik untuk hamba-Nya. 

Aku berdoa, Allah Subhanahuwataala akan memberi aku kekuatan untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri. Seperti u juga, aku amat berharap akan menjadi isteri solehah dan menjadi anak yang lebih baik buat keluarga. Semoga semua orang yang berada disekelilingku memberi sokongan dan yang penting aku amat memerlukan kerjasama dari bakal suamiku, brother. 


ShareThis