Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Showing posts with label Wedding Planner. Show all posts
Showing posts with label Wedding Planner. Show all posts

Saturday, October 29, 2011

Kunjungan Ke Dzoul Jarum Berlian

Persiapan demi persiapan dijalankan dengan giatnya untuk majlis besar aku. Terkini, semasa bercuti 4 hari, aku, abang Mazri sekeluarga dan abang Nan pulang ke kampung untuk menguruskan beberapa perkara lagi. Kali ini misi kami agak besar sedikit kerana abang Nan juga turun ke Penang bagi melihat sendiri lokasi dan juga bertemu dengan sabahatnya Dzoul Jarum Berlian.

Siapa Dzoul? Di majlis perkahwinan aku nanti Dzoul dan abang Nan akan bergabung tenaga melaksanakan kerja-kerja persiapan dewan dan sebagainya. Aku serahkan semua hal perihal mengenai perhiasan dewan kepada mereka sebaik sahaja perbincangan dibuat. Yalah sehari sebelum majlis resepsi adalah pernikahan aku, dah tentulah sukar untuk aku monitor gerak kerjanya. InsyaAllah, aku harap abang Nan dan Dzoul dapat realisasikan impian ini nanti. Ameen.

Hari pertama tiba di Penang, petangnya kami terus ke Dewan Penyayang untuk melihat dewan. Masa itu jam 4 petang, waktu pejabat masih ada jadi kami bergegas ke sana bersama Dzoul dan kawannya abang Lan atau di panggil Pak Long.

Inilah bahagian dalam dewannya
Selesai urusan di dewan masing-masing pulang ke rumah dan abang Nan mengikut Dzoul untuk beberapa urusan yang dirasakan perlu. 

Keesokkan harinya aku menguruskan urusan borang nikah sehingga selesai dan buat beberapa perkara lain. Nak cakap apa yang dibuat macam tak berapa kena sebab nanti tidak surprise, jadi bila majlis sudah selesai setahun aku akan ceritakan semua disebalik tabir pembikinan project wedding ini. Tu pun kalau aku ada masa. 

Hari berikutnya adalah hari yang ditunggu-tunggu. Kami sekeluarga berkunjung ke butik Dzoul. Abang Nan memang terus tinggal di rumah Dzoul. Jadi kami bertemu abang Nan di sana. Untuk pengetahuan semua butik Dzoul terletak di Bagan Serai, jauhnya dengan rumah aku memakan masa sejam lebih juga sebenarnya.

Dzoul Jarum Berlian

Dzoul adalah seorang pereka fesyen yang agak terkenal suatu ketika dulu sehinggalah beliau berhijrah ke Bagan Serai kerana menjadi cikgu di sana dan membuka perniagaan di bawah jenama Dzoul Jarum Berlian. Boleh dikatakan di kawasan utara ni, aku rekomenkan Dzoul sebagai wedding planner kerana citarasanya yang terkini dan mengikut trend. Memang bila sampai sahaja di butik Dzoul aku jadi rambang mata memilih set pelamin, kerusi dan lain-lain perkara. Masa bincang nak lain, bila dah ke sana lain pulak yang aku nak. Hehe.
Pandangan pertama di butik Dzoul Jarum Berlian
Kami sekeluarga gamatkan butik Dzoul
Jejaka berbaju kuning di dalam gambar adalah pemilik butik ini iaitu Dzoul sendirilah. Siap beri penerangan kepada abang Mazri dan mama. Memang terbaiklah. 

Kenapa aku katakan Dzoul ini sebaris dengan pereka berbakat sekarang? Ini kerana Dzoul pernah mendapat anugerah berprestij dalam bidangnya. Dan perkara ini memberi sedikit suntikan keyakinan kepada aku untuk tidak menolak untuk bekerjasama dengan Dzoul. Ini tidak bermakna majlis aku nanti ukurannya sama seperti majlis perkahwinan atas kayangan. Bagi aku konsep yang simple juga memerlukan orang yang ahli untuk melakukannya.
Anugerah yang diterima
Setahu aku anugerah Jarum Berlian dimenanginya bersama-sama Eilla Faizshah Busana Cinta dan saudara Syarir Nurdin. Pada masa itu Eilla adalah juara dan Syarir Nurdin menyandang tempat ketiga dalam pertandingan. Kunjungan kami diteruskan lagi ke gudang penyimpanan barang miliknya. Jom kita lihat apa yang ada di sana!


Masuk sahaja ke bahagian ini aku terpaku kepada kekemasannya menyimpan dan menyusun kain dan bunga-bungaan. Ini bukanlah kali pertama aku masuk ke gudang penyimpanan barang-barang kahwin. Kebanyakan pernah aku masuk tidak kemas begini. Aku percaya jika disusun dengan baik barang akan tahan lama contohnya bunga-bungaan. Kalau dibiarkan bersepah, berlonggok dan terdedah bunga mudah rosak dan berhabuk. Tidaklah nanti dapat rugutan pasal bunga nampak buruk dari pelanggan.


Dzoul cakap, pilihlah mana-mana kerusi di sini untuk dipakai masa makan beradap. Ohooo, bila diberi tawaran macam tu haruslah aku siap-siap booking yang mana yang aku suka. Sebenarnya gudang ini sangat besar dan berada di belakang rumah di Dzoul, cuma aku tidak ambil kesemua gambar sebab menjaga privasinya (padahal Dzoul tak cakap apa pun). Yang sebenarnya aku macam tidak ada masa nak mengambil gambar semuanya kerana terlalu teruja nak memilih barang.. hehe.

Selesai di gudang, Dzoul menjemput kami ke rumahnya. Ini part yang aku paling teruja sebenarnya. Rumah jejaka yang dipanggil Cikgu Zoul oleh orang kampung ni sangat memberi inspirasi kepada aku dan famili. Jom kita lihat pula hiasan dalaman rumahnya.

Hiasan dalaman rumah Dzoul (tidak termasuk model-model dalam gambar)

Untuk seorang jejaka bujang trang tang tang, memang hiasan dalaman rumahnya boleh mendapat pujian besar. Mama cukup sukala rumah berhias cantik macam ni. Selesai makan dan minum di rumah Dzoul kami pulang dengan hati gembira. Hehe. Maaflah ye Dzoul, rumah jadi gamat sekejap sebab ramai askar turun sama. Tapi alhamdulillah, mereka behave walaupun terpaksa mengerah gunatenaga yang ramai. Tengoklah gambar kedua, seorang nak bergambar semua nak bergambar. Tapi memang happeninglah. 

Sekian dulu cerita mengenai Dzoul Jarum Berlian yang aku janjikan. Apa pun terima kasih tidak terhingga semua yang turut serta dalam menjayakan misi ini. Walaupun ada diantaranya tidak ada dalam gambar seperti kak Ayu (kakak ipar) dan Kak An (kakak ketiga) namun semuanya punya sentuhan tersendiri dalam misi ini. Aku tinggalkan kalian dengan gambar yang aku beri tajuk 'Otai' di bawah. 

Dari kiri atas: Abang Nan, Dzoul. Dari kiri bawah: Abang Mazri dan Mama

Wednesday, October 5, 2011

Akhirnya Milik Adnan Jaafar

Misi mula : 3 minggu lepas

Semasa sibuk dengan persiapan SELCARE II, waktu itu jugalah aku sibuk dengan perbincangan demi perbincangan dengan perancang perkahwinanku. Alhamdulillah, kerjasama yang diberikan olehnya sangat membuatkan aku terharu. Baru 2 minggu bertemu, beliau sudah hantarkan dulang hantaran kepada aku, design baju kahwin sampai 3 pasang dan lukis deco dewan sepertimana perbincangan kami.

Menariknya tentang Adnan Jaafar, beliau mulanya membiarkan aku menceritakan dan mengilustrasikan kesemua keinginanku dalam majlis perkahwinan nanti. Dengan kata mudah, apa yang aku mahu dilayankan dulu. Selepas selesai aku tunjukkan gambar dan juga lukisan-lukisan lakaran (aku lukis sendiri okay), beliau kemudiannya melakarkan mengikut kesesuaian keinginanku dengan ideanya sendiri. Lebih penting, dua pertembungan idea ini serasi rupanya.. Alhamdulillah ya Allah.


Adnan Jaafar dalam majalah pengantin Oktober 2011 :
Bicara Jurusolek Professional


Baiklah, aku dah pun sebut namanya.. pastilah u pun kenal jika nama Adnan Jaafar disebut. Tidak disangka-sangka kali ini aku bekerjasama lagi dengannya. Mulanya hanya melamar untuk make-up sahaja, tetapi akhirnya perbincangan berlanjutan hinggakan ke bab-bab lainnya pula.



Lakaran dress dan baju lelaki oleh Adnan Jaafar

"Abg Nan dah jumpa dulang hantaran yang Mas nak tu, nnti abg Nan mms"

Selesai mms

"Aah, betullaah.. yang inilahhh.. bestnyaaa.."

"Abg Nan beli ye Mas?"

"Okay"

Dengan pantas. Beberapa hari selepas tu abg Nan hantar kepadaku 9 buah dulang hantaran yang siap dibelinya. Hari terakhir aku bertemu abang Nan adalah Rabu lalu di Restoran Chop N Steak, Kg baru bersama abang Mazri dan Dzoul. Dzoul? Kalau nak tahu siapa pula Dzoul Jarum Berlian, tunggu entri akan datang k.


Hanya satu yang aku tidak henti memohon. Agar majlis kami nanti berjalan dengan lancar. Ameen.

Thursday, August 4, 2011

Pulau Pinang! Here We Come

Misi mula : Pulau Pinang, 30 Julai

Seperti tak percaya, akhirnya brother tiba juga di Pulau Pinang. Kebetulan brother ada urusan kerja di Pulau Pinang jadi kami mengambil peluang bertemu WP untuk mengambil ukuran badan brother. Bila aku lihat brother cuba-cuba baju yang ada di situ, terasa seperti mimpi pula.

Alhamdulillah, sama seperti busana bertunang, nikah dan resepsi aku nanti, pakaian brother juga adalah sentuhan dan rekaan dari aku dan brother sendiri. Aku tidak gemarkan baju lelaki yang sarat berkerawang, bagiku lelaki dan simple adalah 2 faktor yang saling perlu untuk memperlihatkan keperkasaan seorang lelaki itu.. huhu. Setuju dengan aku, kami memilih rekaan yang simple atas galakan WP juga.

Brother sedang cuba-cuba seluar putih, so excited

Pertunangan.

InsyaAllah masuk 19 Ramadhan ini aku akan umumkan tarikh pertunanganku. Update tentang majlis kecil ini, kami sekeluarga hanya membuat jemputan kepada ahli keluarga sahaja. Setakat perbincangan, kami membuat jemputan untuk 200-250 orang tetamu sahaja. Alhamdulillah Kak Marihan sudah berbincang dengan katering tentang makanan dan juga sebuah kanopi 20'x20' untuk tetamu. Aku pula sudah menempah 250 unit doorgift untuk tetamu yang hadir dan barang hiasan bilik, mini pelamin sudah final discussion dengan WP semasa ukur badan brother.

"Aku tahu doorgift jarang diberi di majlis pertunangan. Namun tujuanku untuk memberi doorgift kepada tetamu adalah sebagai penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli keluarga aku yang hadir dan membantu menjayakan majlis dan pastinya mereka (keluarga brother) yang hadir ke majlis nanti adalah antara keluarga brother yang terapat dan yang akan aku abadi seumur hidupku dengan mereka-mereka ini. Jadi sebagai tanda salam perkenalan aku hulurkan buah tangan sebagai kenang-kenangan. Semoga ukhwah keluarga akan bertambah erat. Ameen"


Misi tamat : Pulau Pinang, 31 Julai

Monday, April 11, 2011

Wedding Planner

Bab ini nampak menarikkan? Inilah misi kami pada hari Ahad. Aku memang merancang untuk mencari 'wedding planner' bagi membantu kelancaran misi kami. Yalah, aku ni jauh dari rumah, kalau boleh tak mahu langsung menyusahkan ahli keluarga tambahanlah mama.. jadi aku bercadang untuk mencari wedding planner yang sesuai dengan jiwaku untuk majlis besarku nanti.

Memang bukan senang nak mencari wedding planner ni. Banyak memang banyak, tetapi yang kena dengan jiwa ni agak susah.. yang paling penting pada aku adalah.. mereka yang mudah faham cara kerja aku.. pendek kata, bercakap dalam bahasa yang samalah.. mcm kak Anna.. tapi kak Anna bukan wedding planner.. mudah kata aku nak mencari wedding planner yang:
  1. Faham kehendak jiwaku
  2. Tahu trend terkini
  3. Ada semua perkara yang kita nak dan dapat menyelesaikan masalah, bukannya menambahkan masalah
  4. Kreatif dan punya idea tersendiri (sangat sungguh terpenting)
  5. Yang paling penting.. kesesuaian servis dengan harga perlulah seimbang.. hehe
  6. Owh satu lagi.. tak boleh jauh sangat dari rumah.. nanti ada charge tol lah, minyaklah.. lorilah.. kapallaah.. owh tidak.. jangan membazir.. (pernah cari di Shah Alam.. charge transportation sahaja RM2000)
Malangnya.. aku belum menghebahkan tentang ini kepada umum, jadi susahlah nak dapatkan sponsor (hehe.. artis sungguh!) So.. terpaksalah teruskan aja misi mencari wedding planner berbayar..

Wedding Planner A

Direkomenkan oleh teman serumahku Ikha.. katanya designer ini memang terbaik dari segi design dan harga. Kira berbaloilah katanya. Freshy lagi dalam industri perkahwinan tetapi berbakat besar. So, aku cuba-cubalah contact dia dan dapatkan fbnya.. setakat yang aku view dan komunikasi kami melalui phone. Dia ni nampak ok jugak. Cuba aku tak pasti samada dia boleh pikul tanggungjawab wedding planner atau tidak kerana aku nampak dia ni lebih kepada 'one man show'.. jadi aku terfikir akan risiko yang besar di situ.

Wedding Planner B

Yang ini agak terkenal juga dan ternyata hasil kerjanya memang bagus,tidak dinafikan. Tetapi aku rasa kami akan ada masalah pemahaman dan komunikasi kerana beberapa faktor yang aku sajalah tau.. hehe. Adakalanya terlalu mengikut trend atau terlalu mahukan keunikan boleh membuatkan kita terlalu berbeza dan tidak boleh diterima oleh orang sekeliling. Faktor kesesuaian juga amat penting.

Wedding Planner C

Tak mau bagitau namanya juga sebab masih dalam proses mengenal hati budi.. hehe. Aku ke sana dengan mama dan kakak.. Kiranya butik ini terkenal juga.. menurut sumber (adalah juga aku tengok portfolio yang ditunjuk pada aku) butik ini pernah menyentuh majlis perkahwinan pelakon Umi Aida, kerabat diraja, orang-orang kenamaan di sekitarnya dan macam-macam lagilah.. memang pertama kali aku bersua dengan pemiliknya sangat mesra dan bagus dari segi kreativiti dan fahamannya tentang trend.. aiceh.. yang penting, mama suka.. hehe sebab dia ni pandai sungguh mengambil hati mamaku.. sooo, tengoklah macamana nanti.

Misi ditutup : Masih terus mencari

ShareThis