Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Saturday, October 29, 2011

Kunjungan Ke Dzoul Jarum Berlian

Persiapan demi persiapan dijalankan dengan giatnya untuk majlis besar aku. Terkini, semasa bercuti 4 hari, aku, abang Mazri sekeluarga dan abang Nan pulang ke kampung untuk menguruskan beberapa perkara lagi. Kali ini misi kami agak besar sedikit kerana abang Nan juga turun ke Penang bagi melihat sendiri lokasi dan juga bertemu dengan sabahatnya Dzoul Jarum Berlian.

Siapa Dzoul? Di majlis perkahwinan aku nanti Dzoul dan abang Nan akan bergabung tenaga melaksanakan kerja-kerja persiapan dewan dan sebagainya. Aku serahkan semua hal perihal mengenai perhiasan dewan kepada mereka sebaik sahaja perbincangan dibuat. Yalah sehari sebelum majlis resepsi adalah pernikahan aku, dah tentulah sukar untuk aku monitor gerak kerjanya. InsyaAllah, aku harap abang Nan dan Dzoul dapat realisasikan impian ini nanti. Ameen.

Hari pertama tiba di Penang, petangnya kami terus ke Dewan Penyayang untuk melihat dewan. Masa itu jam 4 petang, waktu pejabat masih ada jadi kami bergegas ke sana bersama Dzoul dan kawannya abang Lan atau di panggil Pak Long.

Inilah bahagian dalam dewannya
Selesai urusan di dewan masing-masing pulang ke rumah dan abang Nan mengikut Dzoul untuk beberapa urusan yang dirasakan perlu. 

Keesokkan harinya aku menguruskan urusan borang nikah sehingga selesai dan buat beberapa perkara lain. Nak cakap apa yang dibuat macam tak berapa kena sebab nanti tidak surprise, jadi bila majlis sudah selesai setahun aku akan ceritakan semua disebalik tabir pembikinan project wedding ini. Tu pun kalau aku ada masa. 

Hari berikutnya adalah hari yang ditunggu-tunggu. Kami sekeluarga berkunjung ke butik Dzoul. Abang Nan memang terus tinggal di rumah Dzoul. Jadi kami bertemu abang Nan di sana. Untuk pengetahuan semua butik Dzoul terletak di Bagan Serai, jauhnya dengan rumah aku memakan masa sejam lebih juga sebenarnya.

Dzoul Jarum Berlian

Dzoul adalah seorang pereka fesyen yang agak terkenal suatu ketika dulu sehinggalah beliau berhijrah ke Bagan Serai kerana menjadi cikgu di sana dan membuka perniagaan di bawah jenama Dzoul Jarum Berlian. Boleh dikatakan di kawasan utara ni, aku rekomenkan Dzoul sebagai wedding planner kerana citarasanya yang terkini dan mengikut trend. Memang bila sampai sahaja di butik Dzoul aku jadi rambang mata memilih set pelamin, kerusi dan lain-lain perkara. Masa bincang nak lain, bila dah ke sana lain pulak yang aku nak. Hehe.
Pandangan pertama di butik Dzoul Jarum Berlian
Kami sekeluarga gamatkan butik Dzoul
Jejaka berbaju kuning di dalam gambar adalah pemilik butik ini iaitu Dzoul sendirilah. Siap beri penerangan kepada abang Mazri dan mama. Memang terbaiklah. 

Kenapa aku katakan Dzoul ini sebaris dengan pereka berbakat sekarang? Ini kerana Dzoul pernah mendapat anugerah berprestij dalam bidangnya. Dan perkara ini memberi sedikit suntikan keyakinan kepada aku untuk tidak menolak untuk bekerjasama dengan Dzoul. Ini tidak bermakna majlis aku nanti ukurannya sama seperti majlis perkahwinan atas kayangan. Bagi aku konsep yang simple juga memerlukan orang yang ahli untuk melakukannya.
Anugerah yang diterima
Setahu aku anugerah Jarum Berlian dimenanginya bersama-sama Eilla Faizshah Busana Cinta dan saudara Syarir Nurdin. Pada masa itu Eilla adalah juara dan Syarir Nurdin menyandang tempat ketiga dalam pertandingan. Kunjungan kami diteruskan lagi ke gudang penyimpanan barang miliknya. Jom kita lihat apa yang ada di sana!


Masuk sahaja ke bahagian ini aku terpaku kepada kekemasannya menyimpan dan menyusun kain dan bunga-bungaan. Ini bukanlah kali pertama aku masuk ke gudang penyimpanan barang-barang kahwin. Kebanyakan pernah aku masuk tidak kemas begini. Aku percaya jika disusun dengan baik barang akan tahan lama contohnya bunga-bungaan. Kalau dibiarkan bersepah, berlonggok dan terdedah bunga mudah rosak dan berhabuk. Tidaklah nanti dapat rugutan pasal bunga nampak buruk dari pelanggan.


Dzoul cakap, pilihlah mana-mana kerusi di sini untuk dipakai masa makan beradap. Ohooo, bila diberi tawaran macam tu haruslah aku siap-siap booking yang mana yang aku suka. Sebenarnya gudang ini sangat besar dan berada di belakang rumah di Dzoul, cuma aku tidak ambil kesemua gambar sebab menjaga privasinya (padahal Dzoul tak cakap apa pun). Yang sebenarnya aku macam tidak ada masa nak mengambil gambar semuanya kerana terlalu teruja nak memilih barang.. hehe.

Selesai di gudang, Dzoul menjemput kami ke rumahnya. Ini part yang aku paling teruja sebenarnya. Rumah jejaka yang dipanggil Cikgu Zoul oleh orang kampung ni sangat memberi inspirasi kepada aku dan famili. Jom kita lihat pula hiasan dalaman rumahnya.

Hiasan dalaman rumah Dzoul (tidak termasuk model-model dalam gambar)

Untuk seorang jejaka bujang trang tang tang, memang hiasan dalaman rumahnya boleh mendapat pujian besar. Mama cukup sukala rumah berhias cantik macam ni. Selesai makan dan minum di rumah Dzoul kami pulang dengan hati gembira. Hehe. Maaflah ye Dzoul, rumah jadi gamat sekejap sebab ramai askar turun sama. Tapi alhamdulillah, mereka behave walaupun terpaksa mengerah gunatenaga yang ramai. Tengoklah gambar kedua, seorang nak bergambar semua nak bergambar. Tapi memang happeninglah. 

Sekian dulu cerita mengenai Dzoul Jarum Berlian yang aku janjikan. Apa pun terima kasih tidak terhingga semua yang turut serta dalam menjayakan misi ini. Walaupun ada diantaranya tidak ada dalam gambar seperti kak Ayu (kakak ipar) dan Kak An (kakak ketiga) namun semuanya punya sentuhan tersendiri dalam misi ini. Aku tinggalkan kalian dengan gambar yang aku beri tajuk 'Otai' di bawah. 

Dari kiri atas: Abang Nan, Dzoul. Dari kiri bawah: Abang Mazri dan Mama

1 comment:

Roseyatimah Jamaluddin said...

Salam. Boleh bg no tel Dzol jarum berlian ni ? Sy Nk buat tempahan.

ShareThis