Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Thursday, September 22, 2011

My Wedding Card Ideas

Misi mula : 21 September 2011

Huh. Memang hari-hari makin kecut perut nih. Memikirkan tentang kad kahwin memang buat kepalaku asyik menggelabah (macamana rupa kepala menggelabah?). Maknanya nak bagitau u yang aku sangatlah risau tentang kad kahwin.

Temujanji demi temujanji dengan pereka hebat ini, cukup payah dilangsaikan. Bila aku boleh dia tak boleh, bila dia boleh pastilah berlaku sebaliknya. Berbekalkan rasa cemas yang tidak dapat dikawal lagi aku menitipkan kata-kata di inbox fb miliknya. Mesejnya berbunyi begini...

Hmmm..

Huhu, main-main je lah. Takkanlah nak tulis kata-kata pujangga aku di sini pulak. Kalau u baca sure gelak aje, tapi kalau brother baca? Hah, sapa nak jawab.. tapi aku rasa brother baca pun lagi ok, jangan pulak isteri dia yang baca (maksudnya isteri pereka) , dah mula melalut. Ok, selepas aku hantar surat cinta terus si empunya diri balas. Lalu terjadilah pertemuan 6 mata di pejabat Nasyeed.Com. Apsal 6 mata? Dah tentulah brother turut serta kan.

Selesai perlawanan bola sepak Malaysia menentang Jepun, kami terus mulakan misi ini. Seronok bila aku dapat berbincang-bincang mengenai pendapat dan keinginan sendiri. Alhamdulillah berkat kehebatan pereka kami yang satu ini maka terlerailah segala kusut di hatiku. Nak tau siapa orangnya?

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Inilah orangnya! Betullaaa.. tak pecaya? Hehehe, aku pun tak pecaya. Okaylah, yang ini pecaya tak?

Sebenarnya, pereka yang memegang tanggungjawab besar ini (besar ke?) adalah tak lain tak bukan encik Azli atau nama komersialnya Artli Studio. Dia ni memang otai besarlah dalam bidang mereka-reka. Yang aku teruja adalah apabila beliau sanggup bersama-sama memahami apa keinginan aku. Tapi alhamdulillah, rasanya kali ini aku tidak banyak buang tebiat dalam mereka kad perkahwinan.

Simple is sweet

Mana taknya, kad ini nanti dibuat oleh kedua-dua pihak. Kiranya ada dua jemputan dalam satu kad. Jadi aku perlu adil kepada keluarga brother dan juga keluargaku. Hehe. Bak kata brother "font tu jangan nak english sangat, nanti susah orang tua-tua nak baca". Balee menambah, "Yelah, nanti orang tanya.. mana satu pulak anak dia yang nama Wazin tu?" (Wazin tu merujuk kepada nama brother, Razin. Maksudnya nama menggunakan font yang berkerawang bagai, sampai tak faham apa yang ditulis).

Misi ditangguh : Picture Artli form Azli Masri (Fb) dan kad dari myweddingplanningtips.com

Tuesday, September 20, 2011

Misi Disember 11

Misi mula : September 2011

InsyaAllah jika tiada aral melintang, aku bakal bernikah pada Disember 2011. Sekarang dah bulan September dan bulan Disember sudah tidak lama saja lagi. Misi seterusnya haruslah lebih besar persiapannya. Semoga aku cekal dalam merencana majlis besarku. Pantasnya masa.

Minggu lepas aku sibuk di pejabat. Baru masuk kerja dah tentu banyak kerja. Tambahan kerja aku tidak boleh ditukar tangan, jika aku tidak masuk kerja alamat bertangguhlah kerjanya. Jadi untuk bercuti di bulan Disember nanti aku perlu lebih bersedia untuk bercuti lama. lamakah?

Selesai majlis tunang, aku dapat berita gembira. InsyaAllah majlis perkahwinanku nanti akan dirias atau disolek oleh seorang jurumekap professional. Mungkin ramai yang kenal jika aku sebut namanya. Tetapi seperti biasalah, aku tak dapat nak mengumumkannya lagi. InsyaAllah bila sudah bertemu dengannya aku akan titipkan di sini.

Diakhir perbualan aku dengannya tadi, dia ada mintak aku tunjukkan contoh-contoh gambar solekan yang aku suka. Ohooo.. bila orang dah mintak haruslah google banyak-banyak. Namun begitu, aku sebenarnya sudah banyak membuat tinjauan tentang solekan perkahwinan. Malah, disebabkan aku sendiri memang sukakan sentuhan ajaibnya jugalah, membuatkan aku merisiknya untuk menata wajahku nanti. Di majalah pengantin bulan Oktober saja sudah aku lihat wajah model dari sentuhannya. Ya.. wajah seperti itulah yang aku mahu.

Kenapa tak gunakan khidmat jurusolek majlis bertunang? Jawapannya adalah: Saja mengada-ngada berkahwin nak 'Marion' sikit. Heee..

Gambar dari fb make-up artistnya

Boleh kata wajahnya cantik solek macamanapun memanglah cantik. Tetapi aku masih rasa solekan ini sungguh kemas dan sesuai dengan si pemilik wajah.

Monday, September 19, 2011

Pertunanganku dari Lensa Adminhakim

Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Tetapi sebenarnya dengan berakhirnya majlis pertunangan aku baru-baru ini maka bermulalah episod mendebarkan dan hari-hari yang amat sibuk dalam hidupku. Banyak perkara sedang diaturkan untuk majlis besar nanti. Walaubagaimanapun demi memberi seri kepada blog misi hari ini, aku titipkan sekeping gambar promo pertunangan aku tempohari. InsyaAllah jika sudah tiba gambar semuanya dari photog, aku akan tampal semuanya di sini ok.

Pertunangan Mass dan Razin
3 September 2011
From Penang with Love

Friday, September 9, 2011

Perasmian

"Jika di tarikh ini pada 2 tahun lepas adalah tarikh brother melamar aku. Justeru dengan rasa penuh syukur dengan keinginan mahu berkongsi gembira dengan semua, aku 'publish'kan blog ini kepada umum. Kepada yang sudi dan nak membaca, terima kasih atas sokongan dan doa semua. Dengan lafaz bismillahirahmanirahim aku rasmikan blog ini."

Thursday, September 8, 2011

2 Hari Sebelum Pertunangan


Wajah aku semasa Majlis Hari Raya Keluarga Haji Hussien (5 Generasi keluarga bapa). Nampak muka nervous tak? Huhuhu.

Tuesday, September 6, 2011

3 September 2011: Tarikh Keramat


Mungkin ungkapan 'akhirnya' boleh disematkan dipermulaan entri ini. Ya! Akhirnya majlis pertunangan yang ditunggu saban waktu, yang dirancang saban hari terlaksana juga dengan kuasa Allah. Alhamdulillah, kerana hasilnya buat aku gembira.

Semasa menulis entri ini, perasaan rindu pada suasana 5 Syawal itu masih kuat mencengkam hati. Indahnya waktu aku menyusun buah tangan tetamu, membentang permaidani, menguruskan homestay, membuat fitting akhir busana bertunang dan macam-macam perkara yang akan menjadi kenangan manis seumur hidupku. Berkat cara kerja mama yang tidak suka membuat kerja saat-saat akhir, kami masih lagi dapat menikmati jemputan rumah terbuka dan berkunjung ke rumah saudara mara walaupun terlalu hampir dengan majlisnya.

Terasa Asing Sungguh Perasaan Ini

Mungkin apabila riuh rumah hari itu buat aku lupa seketika cerita cinta kami yang unik dan punya seribu cerita-cerita di dalamnya. Bila saja lihat wajah mama, wajah brother dalam-dalam terus hati aku getus tidak percaya. Benarkah apa yang aku lalui saat ini? Benarkah yang tertulis dalam sejarah hidupku pada 3 September lalu adalah suratan yang Allah tetapkan sejak lahirku?

Terima kasih kepada semua yang bersama-sama melalui sama kisah percintaan ini. Selain keluarga, sahabatku cik Shuhadah Hamid juga antara manusia paling banyak berada dalam kisah percintaan ini.. Cik Ada ada datang ke majlis bertunang tetapi tak kesampaian kerana sesat sampai ke Georgetown. Takpelah, nanti bulan doblas datang tau. Semoga Cik Ada juga akan menemui jodohnya dengan insan yang disayangi suatu hari nanti.

Semoga Allah membalas jasa semua teman-teman yang memberi sokongan dan nasihat berguna. Bilamana berita pertunangan ini sampai ke pengetahuan ramai orang, selain ramai yang terkejut ramai juga yang mendoakan kebahagiaan buatku. Nanti ada masa aku ceritakan bagaimana perasaannya apabila berada dalam tempoh bertunang.

Tutup : 2.13 pm

Sunday, September 4, 2011

Misi 3 September Sudah Jelang


Tidak terkata perasaan. Apabila Allah telah memberikan hadiah seperti ini, apa lagi yang perlu aku ungkapkan melainkan kata syukur.. Alhamdulillah, demi Allah aku gembira dengan misi yang baru saja tamat semalam.

Melihat semua ahli keluarga gembira, hati aku jadi begitu tenang dan damai. Melihat semua orang datang senyum dan tertawa.. barangkali akulah manusia paling gembira. Akhirnya misi 3 September sudah pun tiba dan tamat dengan gembiranya semalam. Dalam sekelip mata, aku kini sudahpun bergelar tunangan orang. Semoga perjalanan menuju hari bahagia akan dipermudahkan seperti ini juga. Hati masih tidak percaya semuanya berlalu sungguh pantas dan tiba-tiba.

InsyaAllah akan aku kisahkan rencananya di lain masa.


ShareThis