Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Tuesday, September 6, 2011

3 September 2011: Tarikh Keramat


Mungkin ungkapan 'akhirnya' boleh disematkan dipermulaan entri ini. Ya! Akhirnya majlis pertunangan yang ditunggu saban waktu, yang dirancang saban hari terlaksana juga dengan kuasa Allah. Alhamdulillah, kerana hasilnya buat aku gembira.

Semasa menulis entri ini, perasaan rindu pada suasana 5 Syawal itu masih kuat mencengkam hati. Indahnya waktu aku menyusun buah tangan tetamu, membentang permaidani, menguruskan homestay, membuat fitting akhir busana bertunang dan macam-macam perkara yang akan menjadi kenangan manis seumur hidupku. Berkat cara kerja mama yang tidak suka membuat kerja saat-saat akhir, kami masih lagi dapat menikmati jemputan rumah terbuka dan berkunjung ke rumah saudara mara walaupun terlalu hampir dengan majlisnya.

Terasa Asing Sungguh Perasaan Ini

Mungkin apabila riuh rumah hari itu buat aku lupa seketika cerita cinta kami yang unik dan punya seribu cerita-cerita di dalamnya. Bila saja lihat wajah mama, wajah brother dalam-dalam terus hati aku getus tidak percaya. Benarkah apa yang aku lalui saat ini? Benarkah yang tertulis dalam sejarah hidupku pada 3 September lalu adalah suratan yang Allah tetapkan sejak lahirku?

Terima kasih kepada semua yang bersama-sama melalui sama kisah percintaan ini. Selain keluarga, sahabatku cik Shuhadah Hamid juga antara manusia paling banyak berada dalam kisah percintaan ini.. Cik Ada ada datang ke majlis bertunang tetapi tak kesampaian kerana sesat sampai ke Georgetown. Takpelah, nanti bulan doblas datang tau. Semoga Cik Ada juga akan menemui jodohnya dengan insan yang disayangi suatu hari nanti.

Semoga Allah membalas jasa semua teman-teman yang memberi sokongan dan nasihat berguna. Bilamana berita pertunangan ini sampai ke pengetahuan ramai orang, selain ramai yang terkejut ramai juga yang mendoakan kebahagiaan buatku. Nanti ada masa aku ceritakan bagaimana perasaannya apabila berada dalam tempoh bertunang.

Tutup : 2.13 pm

No comments:

ShareThis