Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Thursday, July 28, 2011

Ke Ikea

Misi mula : 27 Julai 2011

Sudah mula ligat bergerak sekarang, habis waktu kerja terus bergerak mengikut jadual. Semalam lepas kerja pergi Tomei tengok hiasan merisik. Hari ini mengikut jadual aku harus ke Ikea untuk melangsaikan hajat membeli beberapa barang persiapan majlis tunang. Apa yang dibeli?

Inilah penemanku sepanjang seminggu yang hectic ini

Baiklah, aku pun tak ambil gambar apa yang dibeli.. cuma sekadar barang hiasan bilik tidur dan bilik air (toilet) di rumah. Bayangkan lepas kerja terus gerak ke sana, jalan jem pula.. sampai Ikea sudah masuk waktu maghrib. Beli beli dah pukul 9 malam. Sangat rushing walaupun sebenarnya dalam hati aku macam tak cukup ja masa.. owh rupanya banyak betul barang-barang baru di sini. Lama betul aku tak ke Ikea.

Lepas bayar kami singgah makan meatball, lapar woo lepas balik kerjakan. Dengan RM150 aku dapat membeli 7 jenis barang dari sini. Oklahkan.. untuk masa kurang 1 jam. Lama sikit masa pilih frame, the more u look the more u confused. Which one to go for? Mungkin misi akan bersambung selepas bertunang pula.. hoho.

Misi ditutup : Sampai rumah bukak email dapat berita sangat gembira. Design item cetakan sudah siap dan yang penting akhirnya aku dapat design yang aku mahu.. alhamdulillah.

Monday, July 25, 2011

Sahur

Jam di lappy 2.58 pagi.. aku baru bangun sahur, suasana syahdu walaupun bukan bulan Ramadhan. Tiba-tiba lihat lappy masih tidak di off, mungkin aku tertidur tadi. Tanpa berlengah dalam suasana gelap (menaip huruf tak jelas sangat) aku titipkan berita mengenai agenda hari ini. Ayat pagi-pagi buta memang macam karangan sekolah.

Teruskan.. Seperti biasa, Isnin mula kerja. Memang aku cuba untuk tidak mencampur adukkan urusan kerja dan peribadi sebaik mungkin untuk mengelak dari tidak fokus dan hilang tumpuan. Alhamdulillah, nampaknya aku masih mampu melakukan urusan kerja, menyiapkan proposal dan sebagainya dengan tiada gangguan seperti yang aku katakan. Mencabar juga sebenarnya, yalah.. komputer di tangan.. terlintas apa saja di kepala terus saja boleh google. InsyaAllah, demi kerjaya yang aku sayangi ini, akanku sebaiknya memberi tumpuan kepada kerja. Fb kejap-kejap takpelah kan.. hilang stress dan penat berfikir.

Aku sayang kerja aku

Bila cakap soal kerja, alhamdulillah aku tidak menghadapi kesukaran dalam mengendalikan kerja baru. Suasana bekerja kondusif dan kawan-kawan tak usah ceritalah, semuanya sangat mengembirakan aku. Walaupun aku sekarang lebih banyak kerja luar kawasan tetapi semua ilmu baru dan cara kerja baru mudah untuk aku terima. Dan.. bila sebut tentang semangat dan sokongan.. sokongan keluarga dan brother sangat-sangat tidak dapat aku ceritakan.. sangat besar dan banyak.

Mama cakap bila bab kerja satu saja kena ingat. Patuh pada ketua. Brother pula pastilah tempat paling banyak aku jadikan rujukan kerana dia lebih berpengalaman dan arif dalam beberapa hal. Alhamdulillah, brother sangat banyak membantu dalam kerja.. setiap perkara yang mahu dirujuk akan diberi solutasi yang sangat padu, jitu dan sungguh-sungguh.. terbaik pujian untuk anda ye bro, sila jangan jemu menjadi journal rujukan saya.

Aku ade cakap pada brother "Kena jadi bahan rujukan seumur hidup tau," nak tau apa brother cakap.. mesti u meluat nak dengar. Tapi nak cakap juga lah.

Brother cakap "Anything for u.." hmmm

Nak tau brother pegang kata-katanya atau tak.. tunggu update aku bila sudah 5 tahun nanti.. Tidur dulu. Selamat malam.

Sunday, July 24, 2011

Habib Jewel Akhirnya

Misi mula : 23 & 24hb Julai 2011

Balik sahaja kerja, aku sibuk-sibuk kemas bilik di rumah. Malam ini mau ambil mood buat detail checklist untuk majlis tunang. Alhamdulillah, aku sudah dapat selesaikan checklist dan buat remark dengan terperinci sekali. Nampaknya semua urusan sudah siap, cuma design barang-barang goodie bag belum siap sepenuhnya. Masih dalam proses penambahbaikan rekabentuknya. Yang lain-lainnya aku kira sudah siap semuanya. Ohhh, belum lagi.. tanda tunang dan merisik belum siap lagi.

Hakikatnya, aku dan brother sudah banyak juga buat survey, kami dah keluar masuk banyak kedai iaitu Tomei, Poh Kong dan Habib Jewel. Cuba menjadi cincin yang 'tersangat' berkenan di hati.

Akhirnya projek wedding yang ini terhenti di Habib Jewel Ampang Point Showroom pada 24 Julai 2011 iaitu petang tadi. Kami ke sana jam 3 petang, selesai urusan kerja brother yang baru pulang dari Pulau Pinang. Masuk saja Habib Jewel di sini, mata aku sudah terpaku kepada 2 jenis cincin. Dan, bila aku cari cincin demi cincin.. yang itu jugalah menambat hatiku. Apapun aku tetaplah berbincang dengan brother, bagi aku keikhlasan penting kerana semua ini bukan perkara main-main.. cincin ini valuenya lain sikit dari cincin yang kita beli sendiri atau beli tanpa tujuan. Alhamdulillah, brother suka dengan cincin tersebut dan secara rasminya barang 'tanda' sudah masuk dalam checklist dengan remark 'Done'.

Bila cincin sudah beli, hati aku jadi lain sedikit.. perasaan debar makin bertambah.. perasaan terharu dan saling berbaur. Akhirnya tiba juga masa ini buat kami. Cuma aku mahu ucap syukur kepada Allah Subhanahuwataala atas kesempatan yang diberikan kepada kami. Dalam hati aku berdoa, Allah tolonglah permudahkan semua urusan kami, panjangkan umur kami dan keluarga kami, bahagiakan semua yang bersama dalam perjalanan misi ini.

Nasi arab memang menu idaman kami

Terima kasih Allah.

Misi tamat : Langsung berbuka puasa di D'Arab Cafe

Friday, July 22, 2011

Tengok gigiiii...

Misi mula : 22 Julai 2011
Baru balik dari buat scalling gigi.. selepas sebulan membuat temujanji, aku dan brother buat sama-sama di klinik panel kami Medi-Utama, Seksyen 13lah mana lagi.. Seronok plus ngeri tapi outcomenya sangat super owesome. Rasa ringan saja mulut bila jadi bersih sebersihnya. Memang aku sudah pernah buat pembersihan gigi secara total, tetapi teramatlah lamanya. Jadi, alang-alang nak tiba majlis besar, masukan sekalilah dalam budget.. hehe..
Lepas ni boleh senyum sampai ke mata.. ngeeeeee..
Misi ditutup : Buat scalling awal sikit sebab bulan 8 dah puasa..

Tuesday, July 19, 2011

Kembali Menggeledah Shopping Mall

Misi mula : Petang (Pagi kerja ok)

Petang tadi aku kembali menabur wang di shopping mall.. Memang masalah betul kalau ter'jebak' dengan shopping mall memang akan hidap penyakit ganjil ini. Asalnya cuma nak beli CD tetapi tau apa yang aku beli kerana tak tahan dengan kecomelan barang-barang ini.

  1. Kotak Kayu berkerawang: lebih kurang macam tempat nak isi barang kemas.
  2. Vase Kaca: 10 bijik. Huhuhu.. tak tahan sebab cantik dan pastinya tak habis-habis dengan konsep kaca aku tu.. terus aku cakap pada adik tersebut "Akak nak amik semua yang ada.."
  3. Kerongsang: Konon-konon nak pakai masa raya.. tiba-tiba terfikir 'rayakah aku nanti?', jadi tukar plan nak pakai masa malam berinai. Auch.
  4. Kerongsang lagi satu: Nak beri pada kak An. Kalau boleh nak hadiahkan pada dia untuk dipakai pada majlis resepsi nanti. Awal tak ingat punyaaa.. adik mithalikah aku?

Misi ditutup : dah lima kali kot masuk keluar kedai pengantin kat seksyen 9 tu.. tapi tak beli apa-apa jugak. Yalah, semuapun dah amik pakej.. hmmm..

Monday, July 18, 2011

Bertemu Bakal Mertua

Misi mula : 17 Julai

Lama juga aku tak menulis. Minggu lepas minggu yang sedikit hectic. 2 hari berkampung di Pullman Hotel, Putrajaya. (Btw, food di Pullman memang super sedap dan yang paling penting ada logo halal yang super besar) Kerja tempat baru. Kena lebih berdedikasi dan tabah dengan setiap masa yang diamanahkan.. hehe..

Al kisah detik yang aku tunggu-tunggu saban hari sudah pun muncul tiba. Akhirnya aku sudah melangkah baik menuju hari perjumpaan dengan bakal mertua, semua ahli keluarga turut berimpun, tetapi keluarga brother tidaklah besar. Cuma 3 beradik dan brother anak bongsu (Samalah dengan aku, tak dapat merasa ada adiklah.. huhu). MasyaAllah, lega hati dan gembira tidak tergambar. Terima kasih Allah atas resepi-resepi kebahagiaan yang selalu Kau berikan kepada kami dalam rahmat-Mu.

Baru perasan aku, ayah dan ma memakai baju yang hampir sama warnanya. Its blue!

Pertama kali jumpa?

Diikutkan memang inilah pertama kali aku berjumpa keluarga atas dasar pertemuan bakal menantu dan bakal mertua. Sebelum ini ada juga semasa open house NC tetapi waktu itu hanya sekadar tuan rumah dan tetamu sajalah. Waktu itu pun dah lama. Masih belum ada apa-apa. :)

Semoga pertemuan ini akan diberkati Allah. Terima kasih Kak Reny, Abang Sham, Kak Ralia, Ma dan Ayah atas jamuan enak dan keramahan anda semua. And thanks juga untuk pembantu rumah yang dipanggil kakak dan Syamil and Aqif yang buat rumah meriah dan hilangkan rasa debarku. Terima kasih Allah.

Misi ditutup : Brother cakap aku nampak cool berjumpa keluarganya.. huhu.. biasalah orang kalau memang niatnya ikhlas mesti akan nampak di wajah juga.. ahaha..

Saturday, July 9, 2011

Bersih 2.0

Misi mula ; 9 Julai (Hari Bersih)

Susahnya mahu membuat janjitemu kami. Seorang boleh seorang lagi tak boleh, maklumlah masing-masing sibuk. Dari aku bekerja di NC hinggalah aku sudah tidak di sana.. akhirnya kami merungkaikan segala-gala penantian sehinggalah ke tarikh 9 Julai.

Ternyata, 9 Julai ini jatuhnya hari bersih di seluruh negara.. mulanya aku nak buat photoshoot untuk raya collection Malady Couture.. kebetulan pulak memang aku nak buat pre-engagement photoshoot untuk beberapa bahan cetak untuk majlis pertunangan aku. Jadi photoshoot ni kira mcm dua dalam satulah. Alhamdulillah, nampaknya hasil gambar semalam memang mencapai apa yang aku mahukan.

Hasil sentuhan photog Artzli Studio
dan editing dari aku sendiri
Koleksi Raya Malady Couture (Harus promote)

Nak tengok kah gambar pre-engagement? Jawapan seperti biasa.. u tunggu majlis nanti k.

Wednesday, July 6, 2011

Berjumpa Bakal Mentua

Misi mula : Bulan Julai

Tak berapa hari lagi misi ini akan tiba... jeng jeng jeng.. dub dab dub dab

Sunday, July 3, 2011

Mr Desinger

Misi mula : 2 petang, Cyberjaya

Mula melebarkan sayap sehingga ke Cyberjaya. Membuat janjitemu barang seminggu dengan si jejaka. Untuk melepaskan hasrat di hati, hajat yang sekian lama..

Sampai juga masanya, aku dan brother meneruskan misi penting iaitu menemui graphic designer untuk melakukan kerja-kerja 'design mendesign' (hati berbunga-bunga..) Ya lah, pada aku design juga antara elemen penting untuk sesebuah majlis perkahwinan. Aku ni jenis yang agak 'fussy' dalam bab-bab macam ni. Jadi aku perlu memilih pereka yang benar-benar mudah berkomunikasi. Bagiku, karya yang baik datangnya dari ketulusan dan kegembiraan hati semasa menterjemahkannya. Aku mahu pereka kami itu nanti begitu memahami dan jujur dalam menjalankan tugasya. Samalah seperti melayangkan berus di atas kanvas.. seorang artis perlu jujur dalam menentukan hala tuju karyanya. . ace ce..

Jadi, kali ini.. kami mengambil keputusan untuk memberi tanggungjawab besar ini jauh ke Cyberjaya.. menemui seorang 'artis' yang aku sudah lama menjangkakan karyanya untuk lamaran ini. Alhamdulillah.. nampaknya pertemuan yang diatur di Restoran Saba, Cyberjaya begitu teratur sekali.. Aku sukalaa.. sebab feeling arab.. Satu persatu hasrat hati cuba aku rungkaikan. Mulanya brother yang membuat mukadimah. Aku pula lebih selesa mengambil tugas memberi kerja sahaja.. huhu.

Secara rasminya kami telah melantik Saudara Abdullah Abbas menjadi pereka grafik rasmi majlis pertunangan kami. Untuk rekod, AA adalah seorang pereka grafik yang banyak membuat kerja-kerja design bahan cetak secara profesional.

InsyaAllah, kita akan lihat hasilnya bila sampai masanya nanti.

Misi tamat : 5 petang, singgah ke Pesta Buku Selangor 2011 dan balik membelog. Mode: Happy sampai pegi pesta buku, tengok kulit buku semuanya nak dibuat design kahwin..

Friday, July 1, 2011

5 Bulan

Misi tinggal 5 bulan lagi.. oohhh

  1. Menyelesaikan semua urusan persandingan (bayar deposit dan menyedang pakaian)
  2. Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan, kek pengantin, bunga pegang dan penghias majlis)
  3. Menempah cenderahati untuk tetamu atau buat sendiri
:Status:

Menyelesaikan semua urusan persandingan (bayar deposit dan menyedang pakaian)

Selesai

Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan, kek pengantin, bunga pegang dan penghias majlis)

Undangan: Masih dalam proses
Kek pengantin: Siap
Bunga pegang: Siap
Penghias majlis: Bahagian ini agak rumit dan masih dalam proses

Menempah cenderahati untuk tetamu atau buat sendiri

Sudah beri kata putus. Belum buat tempahan.

ShareThis