Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Wednesday, January 25, 2012

Tak Habis Lagi Cerita Tunang - Part 2

Kali ini aku akan luangkan masa bercerita mengenai dress dan tudung dengan lebih lanjut lagi. Di petang hari menulis adakalanya ayat aku jadi lain sedikit tetapi aku cuba jelaskan dengan bait-bait mudah supaya semua orang boleh faham (kerana adakalanya bila menulis, aku saja yang faham apa yang aku tulis).

Aku tahu, tak ramai yang suka membaca ayat panjang lebar untuk menerangkan tentang sesuatu imej. Kalau dah ada gambar, tunjuk sajalah gambarnya buat apa nak membazir menulis panjang lebar. Jadi aku rasakan kali ini lebih baik aku menggunakan gambar sebagai pemain utama dalam entri kali ini.

Dress

Perhatikan gambar pertama


Gambar pertama ini adalah close-up busana aku iaitu padanan lace dan sifon. Aku sukakan gaunnya yang kembang tetapi sebenarnya tidak boleh terlalu berombak kerana akan menampakkan si pemakai rendah. Jadi aku minimakan ropol di bahagian depan.

Jika diperhatikan top dress ini sebenarnya adalah potongan kebaya pendek dengan lining dilengan, terpisah dari dalam. Bahagian dalamnya lebih kepada long dress sleeveless. Untuk tampak klasik, aku riaskan 4 unit 'covered button' dibahagian depan kebaya dan labuhkan bahagian hujung tangan (Lihat dalam gambar). Walaupun asasnya adalah kebaya, namun jika dipandang secara kasar ramai yang menyangka aku memakai dress atau jubah. Mengikut trend terkini, pandangannya sememangnya harus dilihat begitu kerana aku memang mahu ianya dilihat begitu.

Contoh 'covered button' pada busana pengantin
Untuk tampak lebih baik, aku memakai juga korset dan long sleeve inner warna yang sama untuk menutup ragu-ragu. Saran aku, elakkan dari memakai dress yang boleh memperlihatkan bahagian kulit. Kadangkala baju yang sudah siap sesetengahnya tidak sesuai untuk padanan gadis bertudung. Sebaiknya, carilah busana yang selesa dan kita yakin apabila memakainya.

Ter'over' selesa pulak
Tudung


Bila bercakap soal tudung memang aku paling cerewet bab ini. Sampai pereke tudung pening kepala sebab permintaan aku baginya agak melampau batas. Hehehe. Yalah, bahagian tudunglah yang akan memberi impak paling besar pada busana untuk menentukan samaada kita berjaya mencipta kelainan atau tidak. Apa yang aku buat pertamanya adalah melakar bentuk tudung yang aku mahu. Tetapi bila diterangkan kepada si pereka dia macam kurang faham, jadi aku buat plan B dengan mencari gambar-gambar berkaitan di internet. Hasilnya aku dapat ini.

Irna La Perle

Inilah tudung yang mula-mula aku minta dia buat tetapi banyak pula alasannya. Katanya tudung ini tak sesuai untuk budaya di sini ataupun susah diterima oleh orang-orang di utara. Lalu katanya dia akan cuba ikut kehendak aku tetapi menggunakan lace dan manik untuk memadankannya dengan dress aku dan budaya setempat. Sememangnya agak sukar meyakinkan mereka tentang keberadaan tudung seperti ini dalam pasaran sekarang. Namun dek kerana sokongan mama, aku terima cadangannya. Dan akhirnya terlihatlah tudung aku seperti ini.


Alhamdulillah. Hasilnya menggembirakan aku. Jahitannya sangat kemas dan cara dia mengenakannya kepada aku juga amat selesa. Ramai juga yang tanya aku bagaimana caranya tudung ini dipakaikan? Mudah saja caranya. Jom aku beri idea sedikit kepada u bagaimana untuk mengenakan tudung pengantin begini.
  • Inner warna sedondon. Pastikan inner tidak longgar dan jenis melekap.
  • Untuk kelihatan impak 'indon' berlebihan, inner perlu ditarik atau diketatkan mengikut bentuk wajah dan betul-betul menutup kawasan leher. 
  • Untuk tudung. Boleh gunakan kain sifon bentuk separa bulatan atau dalam kes aku pereka gunakan kain satin yang berat supaya ianya tidak licin. Aku rasa penggunaan kain satin ini lebih baik dari sifon kerana ianya akan kemas di kepala.
  • Lace kemudiannya dijahit di atas satin tadi. Pastikan rapat dihujung supaya satin tadi tidak nampak. Kemudian silalah jahit manik dengan tabah sekali ye.

Monday, January 9, 2012

Tak Habis Lagi Cerita Tunang - Part I

Ada beberapa individu masih asyik bertanya tentang busana bertunang aku. Kata mereka sangat sedikit ceritanya di sini. Jadi tiba masa lapang begini bolehlah aku ceritakan atau rungkaikan soalan demi soalan yang ditanya. Betul aku tak ada masa bercerita tentang pertunangan dengan banyak kerana sibuk bercerita tentang misi 3 disember. 

Masa bertunang 3 September lalu, aku kira suasananya sangat berbeza dengan masa nikah dan resepsi. Waktu itu tak ramai yang tahu aku bertunang, jadi buat persiapan diam-diam saja. Hari pertunangan pula bulan Syawal jadi sentuhan bulan Syawal ini punya kesyahduan yang lain macam sedikit.

Busana bertunang aku adalah sentuhan sebuah butik agak terkenal di utara. Butik Andaman Vogue yang terletak di Sungai Petani. Dress warna vanilla yang aku pakai adalah dari gabungan idea aku dan pemiliknya. Tetapi semasa proses pembikinannya, memang mendebarkan juga kerana walaupun aku kerap ke sana membuat perbincangan tetapi cara kerja mereka kurang efisyen. Walauapapun hasil yang memuaskan membuatkan aku bersyukur kepada Allah atas pemilihan butik yang tepat. Aku membuat tempahan pakaian dan pelamin termasuk hantaran pada bulan Januari 2011 lagi.. lama tak?

Warna vanilla menjadi warna pilihan aku pada busana bertunang
Vanilla ini warnanya lembut dan memberi ketenangan. Bagi aku semasa bertunang, elok dielakkan warna-warna yang garang kerana ini kali pertama kebanyakkan ahli keluarga sebelah lelaki melihat kita. Kali pertama biarlah nampak lembut sahaja, kerana wanita sebaiknya dilihat begitu.

Aku memilih busana dress labuh padanan dua jenis kain lace dan sifon. Mulanya aku tidak berkenan sangat menggunakan lace untuk busana bertunang, tetapi bila caranya kena pada design yang dicadangkan aku pun bersetuju. Lace hanya digunakan dibahagian atas sahaja untuk menampakkan kemewahan pada pakaian dan sifon pula digabungkan bagi mendapatkan alunan lembut pada kain. Jadi dress akan kelihat kemas dan tersedia di badan.


Hampir 7 bulan perbincangan demi perbincangan dibuat, hari dinanti tiba dengan penuh rasa gembira. Alhamdulillah, walaupun aku lakukan banyak perkara sendiri namun hasilnya memuaskan hatiku. Bukan hanya pelamin, busana dan hantaran sahaja perlukan perhatian.. kanopi tetamu, jamuan makan, cadar dan hiasan bilik pengantin juga perlu diatur baik. Selain aku menempah seunit easel 'selamat datang' sebagai tanda tetamu diraikan.

Easel dan Rekaan Grafik oleh Abdullah Abbas

Bingkai gambar dengan ucapan selamat datang memang biasa dibuat sekarang tetapi mungkin agak kurang didedahkan di kalangan majlis pertunangan sebelah utara, jadi aku bercadang membawa idea ringkas ini bertepatan dengan binaan sebuah kanopi seluas 20x20 kaki di atas padang berumput dihalaman rumah. Menampakkan konsep 'dalam taman' di situ. Rekaan grafiknya sudah tentulah dari gabungan idea aku dan Abbas. Terlanjur itu, aku hiaskan kanopi kami dengan juntaian-juntaian bebola daun (lantern). Semuanya buat sendiri bersama mama. Suasana bening pagi 5 Syawal itu, sungguh berbeza dari selalunya. Walaupun ringkas tetapi sungguh 'sweet'.

5 Syawal di perkarangan mahligai Tn Hj Mohamad dan Hjh Kalsom.
Buah Tangan Tetamu

Beralih meraikan tetamu dengan santunan penuh adat, kami temani tetamu dengan sebungkus buah tangan yang diisi manisan dan air untuk dibawa pulang. Coklat berbungkus dengan rekaan sendiri dan air mineral dengan label sendiri menjadi impian mama sekian lama. Aku dan mama, sibuk sediakan semuanya 250 unit buat memeriahkan lagi majlis kami.

Buat tetamu yang sudi hadir dan sahabat-sahabat yang tidak dapat turut serta
Dapat menggembirakan hati orang tersayang adalah kepuasan yang paling bermakna. Semoga kegembiraan ini akan kekal selama-lamanya. InsyaAllah dilain masa aku sambung part II pula. Banyak lagi belum cerita, tentang pelamin, hantaran, make-up dan lagi dan lagi dan lagi tentang dress vanilla yang banyak berjasa.

Jumpa lagi.

Bertangguh di sini : Maklumlah orang dah bersuami.. :p

Sunday, January 8, 2012

Misi Membeli Hantaran Dalam Kenangan

Misi mula : September 2011

Misi membeli hantaran antara moment paling bermakna semasa mula hidup berdua. Seperti aku dan abang waktu itu, tidak pernah terfikir untuk sama-sama berjalan-jalan di shopping mall untuk membeli belah barangan keperluan apatah lagi membeli barangan hantaran bersama. Memang kekok mulanya, tetapi dek kerana kami jauh dari keluarga jadi terpaksalah beli semua keperluan sendiri.

Kami mengambil keputusan untuk mencari keperluan hantaran bersama-sama. Sebetulnya 3 bulan tempoh masa selepas bertunang memang terlalu singkat untuk pasangan berkahwin melakukan persiapan terutamanya dalam membeli hantaran dan sebagainya, namun perancangan perlu diatur dengan sebaik-baiknya dan jadual gerak kerja perlu dibuat dan dipatuhi dengan sebaiknya. Kalau dalam jadual tulis hari Ahad perlu pergi beli cincin, patuhilah jadual tersebut sebab selepas itu pasti akan kucar kacir banyak perkara kalau tak diikut jadualnya.




Jika dilihat dalam jadual hampir setiap sabtu dan ahad jadual terisi. Jadi rancanglah jadual u juga ye.


Macam aku, perkara kucar kacir berlaku semasa sebelum bertunang. Ada beberapa peringatan di jadual aku tak ikut disebabkan terasa macam, eh apsal awal sangat nih nak beli hantaran.. salah tulis nih?.. Tapi hakikatnya selepas itu, kami jadi kelam kabut masa nak beli hantaran. Hari terakhir aku nak pulang ke Penang pun masih lagi sibuk membeli itu dan ini. Waktu itu sudah masuk bulan puasa, kedai banyak yang tutup awal dan jalan asyik jem saja.. Ya Allah besar juga dugaan masa tu. 

Jadi semasa misi 3 disember, aku tidak lagi cuai. Semua jadual dipatuhi. Siap aku email lagi pada abang (brother) supaya dia juga alert dengan jadual dan boleh kosongkan masa. Maklumlah masing-masing asyik sibuk. 

Aku sarankan kepada b2b sekalian, silalah buat jadual dan patuhi jadual tersebut. Jadual sebaiknya di buat sebelum bulan tersebut tiba, awal 3, 4 bulan lagi bagus supaya jika ada tempat yang lompong kita boleh top-up. Kalau tidak tertunai kerana ada perkara lebih urgent, carilah juga masa terdekat untuk langsaikan apa yang tertulis dalam jadual.

Sekian dulu untuk kali ini. Jom layan gambar kenangan aku dan abang semasa kami menempuhi misi membeli hantaran. 


Misi tamat : Hati gembira dan rindu tak terkata

Friday, January 6, 2012

Gabungan Red & Coral di Majlis Nikah

Warna-warna wajib untuk salah satu dari 3 majlis besar aku (pertunangan, nikah atau resepsi) perlu ada sentuhan RED. Itulah yang aku pasti semasa membuat perbincangan dengan kakak semasa menentukan warna tema. Sebetulnya, merah adalah warna kegemaran mama kami. Jadi, untuk membuatkan mama extra gembira kami bercadang untuk memasukkan elemen merah semasa majlis akad nikah.

Untuk membuatkan majlis nampak tidak terlalu terik dengan gabungan warna-warna cili baik dari busana keluarga mahupun gubahan bunga-bungaan dan pelamin, aku mengambil langkah selamat dengan menggabungkan merah dengan warna coral. Tahu apa itu warna coral? Nanti aku tepek gambarnya di sini.

Kolaj 'Red & Coral Color Theme'. Yang bawah sekali tu bunga rose warna coral.

Mulanya aku bercadang mahu buat mini pelamin nikah sendiri. Balik bercuti dulu aku siap lukiskan mini pelamin rekaan aku untuk present pada mama. Mama memang memahami orangnya, dia siap suruh aku beli barang siap-siap supaya aku tidak kelam kabut masa nak buat nanti. Maklumlah aku cuma berseorangan, mungkin cuma ada kakak boleh tolong sikit-sikit.

Namun, kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan. Semasa aku berbual dengan abang Nan, tiba-tiba dia ada bertanyakan tentang pelamin nikah.

"Pelamin nak buat warna apa?" Tiba-tiba abang Nan tanya.

"Cadang nak buat warna merah"

"Okay, nanti abang Nan buat backdrop warna merah.. selalu sangat orang buat putih kita buat lain sikit,"

Alhamdulillah, tak di sangka rupanya abang Nan memang nak bertanggungjawab ke atas semua perkara semasa majlis. Kalau diikutkan kami hanya berbincang mengenai hantaran sahaja sebelum ini. 

Walaubagaimanapun, hari yang ditunggu telah tiba dengan hati cukup gembira. Kami hadiahkan tetamu dengan doorgirf berupa makanan dan bunga telur warna merah juga. Saudara mara dan kawan-kawan mengenakan busana merah. Sungguh berbunga-bunga hatiku dan pastinya hati mama juga. Terima kasih semua. Jumpa lagi next entri!


Monday, January 2, 2012

Happy Monthlysary Abang!

Semasa menulis hari ini, aku keseorangan di rumah, abang pergi tengok site di Seremban. Jauh jugak tu, makanya aku boleh la tulis 3,4 entri sekaligus.. amboiii..

Semalam aku cakap pada abang, esok dah genap sebulan kita kahwin, then dia senyum. Aku sendiri sampai hari ini masih rasa tak percaya.. kami hari ini sudah hidup berdua.. sudah boleh hidup macam pasangan remaja bercinta. Hidup berumahtangga nih sweetnya tidak sama dengan hidup bercinta tetapi tidak kahwin, percayalah.. Selain boleh saja berkepit berpegangan tangan ke mana-mana, ada satu lagi nikmat yang mereka tidak dapat rasai iaitu nikmat solat berjamaah bersama suami. Lepas solat masa nak bersalaman dengan suami, terasa macam dalam drama-drama pulak.. sungguh manis hidup begini..

Happy monthlysary abang!



ShareThis