Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Monday, January 9, 2012

Tak Habis Lagi Cerita Tunang - Part I

Ada beberapa individu masih asyik bertanya tentang busana bertunang aku. Kata mereka sangat sedikit ceritanya di sini. Jadi tiba masa lapang begini bolehlah aku ceritakan atau rungkaikan soalan demi soalan yang ditanya. Betul aku tak ada masa bercerita tentang pertunangan dengan banyak kerana sibuk bercerita tentang misi 3 disember. 

Masa bertunang 3 September lalu, aku kira suasananya sangat berbeza dengan masa nikah dan resepsi. Waktu itu tak ramai yang tahu aku bertunang, jadi buat persiapan diam-diam saja. Hari pertunangan pula bulan Syawal jadi sentuhan bulan Syawal ini punya kesyahduan yang lain macam sedikit.

Busana bertunang aku adalah sentuhan sebuah butik agak terkenal di utara. Butik Andaman Vogue yang terletak di Sungai Petani. Dress warna vanilla yang aku pakai adalah dari gabungan idea aku dan pemiliknya. Tetapi semasa proses pembikinannya, memang mendebarkan juga kerana walaupun aku kerap ke sana membuat perbincangan tetapi cara kerja mereka kurang efisyen. Walauapapun hasil yang memuaskan membuatkan aku bersyukur kepada Allah atas pemilihan butik yang tepat. Aku membuat tempahan pakaian dan pelamin termasuk hantaran pada bulan Januari 2011 lagi.. lama tak?

Warna vanilla menjadi warna pilihan aku pada busana bertunang
Vanilla ini warnanya lembut dan memberi ketenangan. Bagi aku semasa bertunang, elok dielakkan warna-warna yang garang kerana ini kali pertama kebanyakkan ahli keluarga sebelah lelaki melihat kita. Kali pertama biarlah nampak lembut sahaja, kerana wanita sebaiknya dilihat begitu.

Aku memilih busana dress labuh padanan dua jenis kain lace dan sifon. Mulanya aku tidak berkenan sangat menggunakan lace untuk busana bertunang, tetapi bila caranya kena pada design yang dicadangkan aku pun bersetuju. Lace hanya digunakan dibahagian atas sahaja untuk menampakkan kemewahan pada pakaian dan sifon pula digabungkan bagi mendapatkan alunan lembut pada kain. Jadi dress akan kelihat kemas dan tersedia di badan.


Hampir 7 bulan perbincangan demi perbincangan dibuat, hari dinanti tiba dengan penuh rasa gembira. Alhamdulillah, walaupun aku lakukan banyak perkara sendiri namun hasilnya memuaskan hatiku. Bukan hanya pelamin, busana dan hantaran sahaja perlukan perhatian.. kanopi tetamu, jamuan makan, cadar dan hiasan bilik pengantin juga perlu diatur baik. Selain aku menempah seunit easel 'selamat datang' sebagai tanda tetamu diraikan.

Easel dan Rekaan Grafik oleh Abdullah Abbas

Bingkai gambar dengan ucapan selamat datang memang biasa dibuat sekarang tetapi mungkin agak kurang didedahkan di kalangan majlis pertunangan sebelah utara, jadi aku bercadang membawa idea ringkas ini bertepatan dengan binaan sebuah kanopi seluas 20x20 kaki di atas padang berumput dihalaman rumah. Menampakkan konsep 'dalam taman' di situ. Rekaan grafiknya sudah tentulah dari gabungan idea aku dan Abbas. Terlanjur itu, aku hiaskan kanopi kami dengan juntaian-juntaian bebola daun (lantern). Semuanya buat sendiri bersama mama. Suasana bening pagi 5 Syawal itu, sungguh berbeza dari selalunya. Walaupun ringkas tetapi sungguh 'sweet'.

5 Syawal di perkarangan mahligai Tn Hj Mohamad dan Hjh Kalsom.
Buah Tangan Tetamu

Beralih meraikan tetamu dengan santunan penuh adat, kami temani tetamu dengan sebungkus buah tangan yang diisi manisan dan air untuk dibawa pulang. Coklat berbungkus dengan rekaan sendiri dan air mineral dengan label sendiri menjadi impian mama sekian lama. Aku dan mama, sibuk sediakan semuanya 250 unit buat memeriahkan lagi majlis kami.

Buat tetamu yang sudi hadir dan sahabat-sahabat yang tidak dapat turut serta
Dapat menggembirakan hati orang tersayang adalah kepuasan yang paling bermakna. Semoga kegembiraan ini akan kekal selama-lamanya. InsyaAllah dilain masa aku sambung part II pula. Banyak lagi belum cerita, tentang pelamin, hantaran, make-up dan lagi dan lagi dan lagi tentang dress vanilla yang banyak berjasa.

Jumpa lagi.

Bertangguh di sini : Maklumlah orang dah bersuami.. :p

No comments:

ShareThis