Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Wednesday, November 2, 2011

Mahu Jadi Isteri Yang Hebat

Hari ini tibalah 1 November 2011, begitu pantas masa berlalu hingga aku terasa begitu cepat tempoh setahun yang kami lalui selama usia pengenalan. Alhamdulillah masih lagi kita bernafas dan dapat menikmati rezeki dari Allah Subhanahuwataala hari ini.


Menyebut tentang tajuk di atas sebetulnya adalah perkara yang aku kira biasa terdetik dalam hati seorang gadis yang mahu menukar status diri. Pastinya saban hari menghitung masa untuk menjadi isteri paling hebat di dunia ini. Bagaimana caranya? Adakah aku layak?

Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.

Sebagai orang 'baru' aku juga tidak lepas dari ingin ambil tahu soal ini. Bagaimana untuk seorang wanita itu menjadi isteri yang solehah? Bagaimana dia boleh menjadi isteri yang hebat di mata suaminya? Rupanya mudah sajakan nak menjadi isteri solehah. Banyak sungguh panduan yang boleh didapati di internet, namun persoalannya adakah kita benar-benar boleh mencapai ukuran demikian.. hmmm.

Yang paling sinonim dengan sebuah perkahwinan adalah ketaatan isteri kepada suaminya. Malah semasa aku di'inteview' pun ada ditanya tentang tanggungjawab isteri kepada suami. Perkara paling asas yang kita rasa mudah tetapi ternyata hanya mereka yang sudah berkahwin sahajalah yang boleh menjawab persoalan ini.
Dulu semasa masih 'single and available' aku sebenarnya selalu saja takutkan tanggungjawab. Aku pernah rasakan tanggungjawab sebagai isteri ini amat payah. Baik-baik duduk sendiri boleh buat apa saja sendiri, selepas ini semuanya perlu berteman. Aku pula jenis yang suka berseorangan dalam bilik, adakalanya rasa seram bila teringat suatu ketika bila bersuami pastinya kita tidak boleh bersendirian lagi.. dalam konteks melayan perasaanla nih. Lebih bertambah seram apabila fikirkan semasa shopping nanti perlu ada suami menemani di sisi. Macamana nak tawaf keliling mall nih?

Hakikatnya rasa takut itu mula bertukar menjadi gembira dan ternanti-nanti apabila pintu hati tiba-tiba diketuk kali ini. Perasaan takut itu hilang jauh-jauh hinggakan adakalanya aku semacam tak sabar pula nak menempuhi alam rumahtangga. Perasaan mahu ditemani selalu datang tanpa disedari. Sunggung aneh. Sesungguhnya Allah telah mengatur segalanya dengan baik untuk hamba-Nya. 

Aku berdoa, Allah Subhanahuwataala akan memberi aku kekuatan untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri. Seperti u juga, aku amat berharap akan menjadi isteri solehah dan menjadi anak yang lebih baik buat keluarga. Semoga semua orang yang berada disekelilingku memberi sokongan dan yang penting aku amat memerlukan kerjasama dari bakal suamiku, brother. 


No comments:

ShareThis