Hakikatnya bila tiba bahagian pre-wedding photoshoot ni aku sedikit keliru. Apakah sebenarnya yang dikatakan pre-wedding photoshoot? Mulanya aku cakap tak perlulah buat pre-wedding photoshoot tetapi bila tiba masa nak buat photoshoot untuk kad kahwin, bunting dan multimedia presentation barulah aku akui tentang keperluan pre-wedding photoshoot.
![]() |
Kredit to Fajri Photography |
Bila tanya prof google apakah pre-wedding photoshoot, barulah aku jelas tentang keperluannya. Kepada yang kurang jelas macam aku, pre-wedding photoshoot ini adalah photoshoot yang dibuat sebelum pasangan itu berkahwin. Tujuannya adalah untuk cetakan gambar untuk majlis perkahwinan nanti. Mungkin jika u nak buat bunting jadi keperluannya di situlah. Selebihnya, dah gambar pun banyak jadi apalagi upload dalam blog atau fb untuk kenangan.
Mungkin ada yang kurang setuju dengan kelangsungan pre-wedding photoshoot yang menjadi trend kini. Aku sendiri terasa seperti janggal sedikit mengenai ini kerana kebanyakkan gambar yang aku pernah lihat seolah-olah buat kita keliru samada pasangan ini sudah berkahwin atau tidak. Jadi di situlah antara faktor kenapa pre-wedding photoshoot ini dilihat kurang menarik pada mata sesetengah orang. Jadi aku cuba untuk selesaikan kekeliruan ini dengan cara tersendiri.
Dengan itu, aku telah pun selesai membuat pengambaran pertama pre-wedding photoshoot cara Mass dan Razin. InsyaAllah pengambaran kedua akan dilangsaikan Sabtu ini. Kenapa ada dua episod? Jawapannya tanyalah team photog kami yang begitu gigih menjayakan pre-wedding photoshoot ini. Bila ditanya apakah konsep yang aku mahu? Tentunya jawapan aku adalah 'ringkas dan berkesan'. Jadi tunggulah outputnya nanti. Semoga semuanya lancar. Ameen.
No comments:
Post a Comment