Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Saturday, August 20, 2011

Kursus Kahwin

Misi mula : Day 1
Misi mula seawal pagi 20 Ramadhan. Pasti jika ada yang tahu, ini adalah kali kedua aku melangkahkan kaki ke kursus perkahwinan. Bezanya, dulu aku mengambilnya di universiti sahaja tapi kali ini atau hari ini aku mengambilnya di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Selalu berurusan dengan JAIS semasa mengendalikan program-program mereka semasa bekerja di NC dulu. Tak sangka dapat ke sini ambil kursus kahwin pula.
Yang menariknya tentulah kerana aku pergi ke sana bersama brother. Kehadiran aku ke sana juga adalah atas galakan brother juga. Yalah kalau diikutkan malas juga rasanya nak berpagi-pagian di bulan puasa (maklumlah cuti sangat berharga), tapi rupanya aura berkursus di bulan puasa ni lain macam sikit perasaannya. Lain yang macamana, cubalah Ramadhan tahun depan ye!
Hari ini kursus hari pertama. Kehebatan ustaz-ustaz terpilih di Selangor bisa membuatkan mataku yang hanya tidur 2 jam semalam menjadi celik seceliknya. Terasa besar sungguh faedahnya aku mengambil semula kursus ini, memang ada kesannya ke atas diriku kerana perkara-perkara begini bagus juga diambil bersama dengan pasangan kita supaya nanti kalau ada yang tak kena boleh remind pesanan ustaz pd suami kita.
"haaa.. ingat tak ustaz cakap apaaa..." (tambah sikit nada mengugut).
InsyaAllah, jika esok masih ada.. aku akan ke sana untuk melengkapkan antara misi paling penting dalam misi-misi yang ada di sini.
Misi disambung esok..
Misi bersambung : Day 2
Alhamdulillah. Akhirnya kami berjaya memegang sijil pra perkahwinan selepas 1 hari setengah berkampung di JAIS. Seronok juga berkursus semasa bulan puasa. Kalau nak tau yurannya di diskaunkan menjadi RM65 sahaja dan masa pula dipendekkan. Hari pertama habis jam 4 dan hari kedua habis jam 2. Best tak? Best tak?. Beruntunglah kami yang sebenarnya tak tahu tentatifnya dari awal. Hulur RM80 tiba-tiba dikembalikan RM15. Yeayy.. alhamdulillah. Dan lebih menarik lagi penceramah kata peserta kursus kali ini sungguh aktif lain pula dari yang tidak berpuasa.. hehe.. memang semua peserta kursus sangat bertenaga. Aku yang duduk baris belakang pun tidak lelap dibuatnya.
Tahniah penyelaras kursus pra perkahwinan JAIS. Kepada adik-adik yang malas sangat nak pergi kursus kahwin tak perlulah bermalas-malas. Percayalah, kursus kahwin di JAIS sangat best dan contentnya sangat bagus. Aku tabik spring pada ustaz ustazah yang pandai buat suasana nampak tidak berat sangat lagi-lagi bila bercakap perihal akidah dan ibadah. Pergilah cepat, jangan tangguh-tangguh lagi ye.
Sijil yang diberikan sejurus tamat program. Memang cepat dan tepat. Tahniah JAIS. Tahniah Mass!

No comments:

ShareThis