Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Friday, August 19, 2011

19 Ramadhan

Malam ini 19 Ramadhan. Bila tiba tarikh ini aku akan ingat kisah 2 tahun lepas. MasyaAllah, besar sungguh kuasa-Nya sehingga menemukan aku semula dengan 19 Ramadhan tahun ini. Kalau u baru membaca, 19 Ramadhan adalah tarikh brother melamar aku. Seingat aku waktu itu jam di hp pukul 2 pagi. Dan sebenarnya pada tarikh yang sama aku menerima 2 lamaran. 2 lamaran? Jeng jeng jeng.. Walau apapun, Alhamdulillah. Aku tidak jemu memohon agar Allah permudahkan segala urusan kami. Perelokkan mana yang tidak elok dan perbaik mana yang tidak baik. Lamaran yang satu lagi tidak mahu aku panjangkan di sini. Semuanya hanya aku abadikan sebagai fasa-fasa dalam hidupku. Di sini bukan tempatnya. Case closed!
Sementara itu, 5 hari aku bercuti untuk beberapa persiapan akhir sebelum pulang cuti hari raya. Alhamdulillah kerana tidak payah menyuarakan 'tentang pertunanganku' kepada boss tempat kerja baru atau Encik Mazmi Kamal dan Tuan Haji Abdul Rahim Moin. Yang seronoknya, aku diberi cuti raya sembilan hari sehinggakan tidak perlu lagi mengambil cuti tambahan untuk majlis pertunanganku. Besarnya kecantikan yang Allah beri atas kebaikkan yang mereka hadiahkan kepadaku. Terima kasih buat MK dan HRM (jika mereka baca) atas kefahaman yang tinggi tentang ini. Dulu aku pernah risau tentang ini. Kalau tukar tempat kerja dah tentu susah nak bercuti. Alhamdulillah, semua kebuntuan pasti ada penyelesaian.
Fitting persalinan bertunang
Ini juga antara aktiviti pulang ke Penang. Alhamdulillah, busana bertunang sudah nampak rupa. Hati aku mula lega dan tentunya gembira dengan hasilnya. Percubaan berani mati aku mereka busana bertunang sendiri membuahkan hasil juga. Walaupun belum siap kesemuanya (masih tidak beres dengan perincian), bila disarung dan diperagakan begitu begini, auranya sudah kelihatan. Aku tidak buat ini untuk dihakimi atau apa, ini semua atas rasa ingin yang sangat tinggi untuk melihat hari pertunanganku direalisasi mengikut kemampuan dan keinginan aku dan keluarga. Tidak lebih, ini hanya untuk rekod peribadiku sahaja.
Aku suka gaun chiffon seperti ini.Nampak simple ringkas dan anggun
..dan aku juga sangat teruja dengan long sleeve seperti ini.
"Pendapat aku busana ini perlu kelihatan simple dan elegan. Dalam masa yang sama keayuan gadis melayu juga perlu seimbang kerana ini adalah saat pertama kali sesetengah ahli keluarga melihat anak dara. Sedikit perincian penting untuk menambah seri suasana majlis pertunangan"
Berbuka bersama mama, kakak dan Hanani selepas fitting
Goodie Bag
Berhempas pulas 2 hari persiapkan goodie bag sebanyak 250 unit. Alhamdulillah semuanya selesai berkat sokongan mama yang menemaniku sehingga lewat pagi.
"Mama tak yah buat, teman sebelah Mas saja"
Tapi standardlah, mama tak boleh duduk diam. Mama tolong susunkan dalam kotak saja. Oklah, diberi kelonggaran.
Gantung langsir
Untuk yang tidak tahu, jangan kata awal sangat kami gantung langsir. Mama aku memang macam inilah. Bukan sebab ada majlis, kalau nak raya pun mama akan gantung langsir 2 minggu awal. Mama cakap biarlah hilang seri asalkan tidak kelam kabut saat-saat akhir. Aku setuju juga cara mama sebab bila buat semua siap-siap, sampaikan boleh pusing-pusing tengok kerlipan lampu pelita di kampung-kampung waktu malam raya. Sungguh relaks. Rasionalnya menggantung langsir awal juga adalah kerana rumah kami sangat banyak tingkap. Aku kira lebih dari 20 buah tingkap dan selalunya memakan masa sehingga 2 hari untuk menggantungkan langsir seluruh rumah plus menggosok sekaligus (ironing).
Cuci Kipas
Ini pun termasuk dalam list persiapan. Aku bantu kak An cuci kipas setiap satunya. Adalah dalam 6,7 kipas dinding yang kami cuci. Seronok bila buat sama-sama. Aina dan Afif pun tolong juga, tolong percikkan air keliling rumah. Woah, happening sungguh.
Meet Video Team
Rabu malam, lepas saja pulang dari Penang, aku teruskan misi Ogos dengan perjumpaan bersama team videografer dan photog majlis perkahwinan dan pertunangan. Bersama-sama abang Mazri dan brother juga kami membuat perbincangan dalam suasana yang sangat mendamaikan. InsyaAllah, selepas raya nanti akan diteruskan projek misi yang ini. Sebelum tu aku hidangkan sebuah pre-wedding video yang memang cool untuk u semua. Menarik dan sangat detail pembikinannya. Jom layan..

Misi tamat : Seronok juga buat kerja-kerja persiapan raya sekaligus buat persiapan pertunangan. Tidaklah terasa tertekan kerana banyak perkara dilakukan bersama. Terima kasih keluarga tercinta.

No comments:

ShareThis