Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Pertama

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. Rasanya aku yang paling gembira menyambutnya saat ini. Teringat Ramadhan lepas yang penuh warna dan kenangan buat kami.

Ramadhan 2009

19 Ramadhan (bersamaan 9 September 2009)

Tarikh brother melamar aku. Sebelum lamaran, aku perasan brother bersikap luarbiasa tidak seperti sebelumnya. Namun hati aku cuba menolak sebarang rasa tidak enak ini walaupun selalu juga di usik teman-teman dengan keakraban kami.

Ramadhan 2010

Setahun selepas dilamar, aku memutuskan untuk meneruskan kelangsungan hubungan ini atau kata lain bersetuju dengan lamaran brother. Dan tarikhnya hampir tepat 9 September 2010.

Ramadhan 2011

Kami sedang dalam saat-saat terakhir membuat persiapan majlis pertunangan yang akan dilangsungkan juga pada bulan September namun ianya semasa bulan Syawal. Aku boleh katakan selain menyambut kemenangan menempuhi Ramadhan ini, kami juga menyambut kemenangan hubungan yang akan dilaksanakan pada Syawal nanti. Alhamdulillah, kronologi hubungan yang akan menjadi kenangan manis sepanjang hidup kami.

Selamat menyambut bulan ibadah Ramadhan Mubarak. Semoga Allah memberi selebih-lebih kudrat buat kita semua untuk menunaikan ibadah di bulan penuh pahala ini.

Misi tutup : Lupa nak cakap, aku dan abang Mazri sudah pergi jumpa orang buat doorgift majlis resepsi. Sudah lega dan yang penting puas hati dengan carian yang terlalu merumitkan ini.


No comments:

ShareThis