Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Monday, June 27, 2011

What to give you?

Misi mula : Jun

Sekarang sudah hujung Jun. Pantasnya masa berlalu. Terasa seperti baru semalam acuh tak acuh terima lamaran. Malu-malu kucing mengakui sudah terasakan sesuatu.. huhu..

Bulan Jun aku mula mengintai-ngintai soal doorgift. Rupanya soal ini juga rumit kerana memikirkan banyak perkara penting. Pada mulanya mama mahukan doorgift berbentuk makanan. Sememangnya itulah yang aku faham tentang adat memberi doorgift kepada tetamu..

Orang dahulu membekalkan makanan kepada tetamu yang hadir ke majlis atau perjumpaan kerana perjalanan pulang yang memakan masa. Jadi bolehlah tetamu menjamah makanan yang dikirim bersama sebagai pengalas perut sebelum tiba ke rumah.

Itu yang pernah aku bacalah tentang rasionalnya pemberian buah tangan atau bunga telur kepada tetamu. Tetapi bila difikirkan hari ini tidak berapa rasional kerana takut makanan cepat rosak kerana diperbuat dari bahan mudah rosak contohnya kek. Jadi hasil perbincangan aku dan mama, ada beberapa perkara perlu diambil kira untuk doorgift iaitu:
  1. Bahan tidak mudah rosak
  2. Tidak banyak sangat rantaian barang yang mahu diberi kerana mengambil masa untuk isi barang-barang dalam beg (Kalau gunakan beg kertas)
  3. Ringkas
  4. Harga berbaloi (paling penting)
Disebabkan faktor-faktor demikian jugalah membuatkan abang mengajak aku ke Nilai 3 untuk meninjau-ninjau doorgift cadangan Nilai 3. Rambang mata ok. Abang berkenan dengan gelas kaca dalam kotak vintage berharga RM2.9 satu unit. Harganya pun ok. Jadi kami beli satu dulu untuk tunjuk pada mama. Nak tau apa jawapan mama?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
Mama kurang bersetuju kerana kata mama gelas kaca agak berisiko. Jadi aku tunjuk pula pada mama satu jenis doorgift unik yang aku berkenan dan belum pernah lihat di majlis orang. Tetapi mungkin tak lama lagi.. ada lah tu.. huhuhu.. Nak tau apa?.. alamak tak surpriselah. Nanti kita update lepas majlis yea.. :)

Wednesday, June 22, 2011

Busana


Misi mula : 1.04 minit tengahari

Patut keluar makan tengahari, tetapi terasa berbuku hati nak menulis blog lagi kuat. Jadi aku singgah buka entri sekejap, nanti pegi makan k.

Sampai masanya aku sentuh soal busana perkahwinan. Part ini memang u suka kan kan? Untuk yang perempuanlah. Rupanya nak mencari busana 3 jenis sahaja pun buat aku tidak tidur malam. Baru terfikir nak pakai begini, esok lusa rasa nak yang macam lain sikit. Lepas tu aku terus rambang mata hati.. hmmm..

Busana Majlis Bertunang

Ehem.. sebenarnya aku sudah siap membincangkan soal design dengan perunding kami. Warna aku pilih bukan warna putih tetapi... tet.. rahsialah warna apa. Aku punya alasan tersendiri tentang soal busana bertunang.. ianya patut lebih sopan dan tidak menjolok mata. Yang penting rekaannya adalah sentuhan aku sendiri selain mendapat cadangan nasihat dari perunding kami.

Aku dan mama semasa mengambil ukuran badan
untuk persalinan bertunang



Tuesday, June 21, 2011

Video Idaman

Alhamdulillah, walaupun tidak mencanang kepada umum, perjalanan menuju hari bermakna berjalan lancar. Hari ini saja aku terima berita super gembira dari abang kerana perihal videografer dan photografer sudah boleh dikatakan selesai.

Pakejnya termasuk video dan photo untuk majlis bertunang dan majlis perkahwinan. Jadi urusan ini boleh aku simpan sebelah dulu. Cuma tugas aku perlu bertemu mereka untuk discussion dan storyboard presentation.

Siapa mereka?

Buat masa ini aku rahsiakan dululah ye. Bila hasilnya sudah dilihat barulah kita kasi tau siapakah disebalik tabir pembikinannya. Apapun jom kita lihat video save the date tomok yang cute ini dulu k.


*Maaf kualiti kurang bagus.. klu nak lebih jelas sila lihat di sini CST

Thursday, June 16, 2011

Teringat Bapak

Salam semua,

sudah 16 Jun, tak lama lagi hari bapa. Aku memang tak kisah sangat tentang hari bapa atau hari apa pun.. bagi aku sama saja. Namun bila tiba saja hari bapa kali ini, aku terasa sayu sedikit. Bukan kerana heboh di radio sana-sini tentang hari bapa tetapi kerana mengingatkan tentang hari istimewa aku nanti tanpa bapa.

Diam..

Senyum..

Aku masih ingat, mama pernah cakap.. bapa pernah bercakap tentang hal-hal jodohku dengan mama. "Mas nanti dengan siapala agaknya" kurang lebih macam tu la bapa cakap. Dia pun selalu cakap entah dia ada lagi atau tak bila aku kahwin nanti.

Mama adalah segala-galanya dalam hidupku hari ini

Tiba juga masanya. Masa yang disebut-sebut bapa. Aku teringat waktu kakak, abang dan kak An nak kahwin dulu, bapa sedikit pun tidak pernah merungut tentang siapa orang yang mereka pilih. Bapa lebih suka anak-anak membuat pilihan sendiri dari dipilih ibu bapa. Cuma dia akan pesan seperti pesanan bapa-bapa lain juga aku kira.

Bab nak berkenduri memang dia suka sangat. Dia akan aturkan cat rumah, soal makan dan soal betulkan bahagian rumah itu dan ini sebagai persiapan menyambut tetamu dan menantu. Hari kenduri pula aku lihat bapa sangat cergas kadang-kadang sampai aku rasa diluar kudratnya.

Cuma semasa kenduri abang, bapa sudah tak larat lagi. Dia menyambut tetamu di atas kerusi saja. Namun dalam setiap gambar yang diambil, wajahnya sentiasa ceria. Semua orang datang menyapa akan dipeluknya. Iyalah, itu mungkin kali terakhir juga dia bertemu dengan sesetengah orang yang rapat dengannya.

Walaupun tanpa bapa, sokongan keluarga membuatkan aku tidak terasa sebarang kekurangan apa-apa. Apa yang lebih membahagiakan selain melihat orang yang kita amat perlukan dan sayangi bersama-sama memberi keringat dan kudrat sehabisnya untuk membuatkan aku tidak merasa ralat dengan ini.

Cuba untuk aku memberi kegembiraan semaksima mungkin kepada keluarga supaya hari istimewaku tiba dalam gembira dan kelapangan dada.




Wednesday, June 15, 2011

We're almost there.. :)

Bila berjauhan begini sesungguhnya memang aku rasa tidak enak langsung (untuk yang tak baca dari awal: aku dan brother sudah tidak bekerja sekali) Janggalnya.. seperti rasa janggal dulu berjauhan dengan mama. Hari-hari rasa menunggu padahal tak tahu tunggu apa.

Alhamdulillah, baik juga begini supaya aku boleh saja belajar bersendiri. Membuat banyak perkara sendiri. Ingat lagi masa berjauhan dengan mama dulu, aku basuh baju pun tak reti.. sebab mama yang selalu basuh baju aku. Ya Allah pemalas. Bila sekarang rasanya ada yang sama contohnya bila baru ini selepas 2 hari masuk bekerja, aku diarahkan ke Keramat untuk handle satu training di sana. Owh, terus saja muka brother muncul di depan muka boss. Hehe.. bila aku sms dia bagitahu saja nak diperlukan ke Keramat terus brother cakap "malam nanti kita pergi survey jalan dulu, nanti senang nak pegi" terus aku senyum sampai telinga. Aku cuba nak berdikari tetapi nampaknya brother sudah ambil langkah cepat. Dia memang tahu aku mabuk jalan.. ahaha.

Jadi walaupun brother selalu ada, aku perlu juga bertindak lebih dari yang ada. Dalam ertikata lain, tidak boleh manja macam di tempat dulu. Asal ada yang tak boleh buat saja.. nak diminta bantuan brother.

Hmmm..

Aku tinggalkan u dengan sebuah lagu yang brother post di facebooknya dengan status "we're almost there". Aku rasa lagu ini untuk aku... kerana....... adalahhh.. mana boleh cerita semua. Terima kasih kerana sekali-sekali buat benda-benda begini.. ahaha.. selamat mendengar.





Tuesday, June 14, 2011

Do It Yourself

Kalau zaman blajar asyik duk mengadap blog aja, pasti mama bising kan? kan? Tapi bila sudah dapat greenlight buat apa pun takde orang marah.. huhu.. sana sini asyik aja aku mengendong lappy kesayangan ni. Sekarang misi terlalu cepat rasanya.

Banyak masa kini dihabiskan dengan membelek-belek blog b2b. Bila banyak sangat yang aku baca, terkadang kepala aku jadi 'terhenti' seketika. Sama macam tiba-tiba sesak nafas sedikit. Dasyatnya persiapan DIY mereka. Lalu aku pula fikir.. apa yang aku DIY ya?

Disebabkan aku agak lapang malam ni, apa kata aku kongsi sedikit dengan u, apakah perkara yang kerap b2b DIY. Jom kita jenguk ke bawah.

Pertama, aku tersapa seorang blogger b2b yang DIY doorgift. Yang menjadi kejutan tahap letupan gunung berapi Krakatau apabila gadis manis ini melakukan sendiri doorgift berjumlah 1000 unit. Doorgift yang berupa balang kaca yang katanya mahu ditampal stiker dan ikat ribbon comel di luar balang. Owh.. sangat mengujakan hatiku yang rasanya tidaklah sanggup melakukan semua itu sendiri.

Contoh doorgift balang kaca

Keduanya, DIY kad kahwin. Percaya tak? Aku pernah jumpa seorang b2b yang menempah rubber stamp berupa logo namanya dan bakal suami dan membuat kerja mengecop logo ke atas 1000 unit kad buatan sendiri. Tahniah dari aku! Kamu memang style habis kerana sangat rajin. Yea, rajin adalah perkataan paling cocok di sini. Lihat contoh di bawah. Maaf tak dapat nak cari blog yang sebenar.. blog walking memang selalu jarang bookmark.

Contoh rubber stamp. Tapi apsal ade 3 pangkal nama? Hmmm..

Aku suka 'very the english'

Contoh rubber stamp

Ketiga, DIY veil majlis bertunang atau majlis nikah. Siap ada lagi tu yang gunakan lace lebihan kain bertunanglah, kain pergi dinnerlah, kain baju rayalah.. macam-macam ragam. Aku rasa bila sampai tahap DIY veil kahwin ni memang patut bagi tabik spring sambil berdiri punya.. sebab mereka sangat 'in' dalam majlis tersebut. Contoh yang dapat aku cari ialah..

Siap alatan perang bagai.. lengkap.

Tapikan, baru aku teringat.. yang aku pernah juga DIY tudung majlis perkahwinan seorang temanku bernama Sharna, kakak aku kak Marihan dan teman serumah dulu. Dalam kes Sharna, masa tu Sharna minta aku buatkan untuknya veil dan tudung. Jadi aku cuba ambil tanggungjawab berat itu. Tetapi rasanya hasilnya 'not bad'. Banyak juga dapat pujian tau. Cuba tgk ni..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Ok tak? Bolehlah kan.. ini pun masa tahun 2008 kalau tak silap.

Apa tak nampak?
Ok close up

Nampak tak?
Manik-manik dikepala tu semuanya aku yang jahit.
Macam tak percaya aku pernah serajin tu.



Mass ada yang DIY tak?

Hakikatnya buat masa ini aku belum lagi men'DIY'kan diri untuk apa-apa perkara pun. Ini kerana aku tinggal jauh dari rumah dan agak tidak punya banyak masa sehinggakan sempat pula nak beli dan buat sendiri perkara sebanyak itu. Tudung dan veil pun buat masa ini aku sudah membuat perbincangan dengan wedding planner aku yang mana jika diikutkan dalam perjanjian mereka juga akan menjahit veil dan tudung mengikut citarasa aku. Jadi aku tinggal beri idea sajalah. Buat masa ini semua perkara diletakkan atas tanggungjawab wedding planner. Walaupun begitu bukanlah aku tidak ambil pusing tentang perkara ini. Owh, memberi idea juga satu perkara yang maha payah untuk dilakukan tau. Aku adakala buntu bila fikir soal kad kahwin.

Owh, kad kahwin belum final design lagi.. uhuk uhuk..

Monday, June 13, 2011

Cinta Lewat Usia


Pernah aku berkongsi cerita tentang cakap-cakap bising tentang jodoh aku lambat tiba.. Aku menulis dengan panjang lebar pengakuanku tentang isu ini yang pernah diwujudkan oleh teman-teman rapat.. bukan keluarga, tetapi teman-teman yang sungguh mengambil berat, haruslah menjaga tepi kain orang lain. Ehem.. Umur semakin meningkat, masih tidak ada apa-apa bunyi cerita. Apa kes?

Jawapannya masih sama macam dulu juga. Bila semuanya sudah ditulis, kita hanya berdoa sajalah Allah berikan yang sebaiknya untuk kita. Sehingga hari aku menulis ini pun, hati aku masih yakin kepada soal jodoh yang ditentukan Allah.. berdosa tanpa putus.

Bila dikira-kira banyak sebab kenapa kebanyakkan wanita dan lelaki berkahwin lewat usia. Melalui pemerhatian aku (tidaklah macam pemerhatian dalam paper Bahasa Melayu kertas 1).. aku melihat rata-rata teman-teman seusia masih pun ramai yang belum mendirikan rumah tangga. Masih ramai yang bujang.. masih ramai yang tidak dengar apa-apa cerita.

Tulisan ini bukan pencari sebab untuk membela mereka yang berkahwin lewat, dalam konteks ini aku juga termasuk dalam kajian kes kerana aku belum juga berkahwin di saat menulis ini.. tetapi tulisan ini lebih kepada ingin membuka minda kalian-kalian tentang barang kenapa terjadinya lambat kahwin oleh sesetengah pihak.

Kes Satu

Jom kita buat calculation sikit.

Umur sekarang 26 tahun
Gaji (mengikut gaji seseorang yang sudah ada mungkin 4 tahun pengalaman kerja) = RM3000
Tolak: EPF = RM400; Kereta = RM400 (klu dia pakai MyVilah.. kalau dia pakai Vios.. ah lu pk la seniri); Sewa rumah = RM300; Makan= RM 500; Ibu = RM200 Telefon = RM300; Minyak = RM300; PTPTN.. ; Unifi/Broadband.. ;

Tak sanggup nak mengira lagi.. jadi jika dia membuat simpanan RM200 sebulan, lima tahun kemudian boleh buat bayar hantaran kahwin sahajalah jawabnya.. Jadi umurnya dah 31 masa tu..

Kes kedua

Apabila seorang wanita itu dilihat kehidupannya nampak mewah dan si lelaki yang bergaji seperti di atas rasa kurang berkeyakinan tinggi untuk melamar si wanita (Relevannya: wanita dilihat mewah ini biasanya pastilah berusia sikit).

Kes ketiga

Apabila si wanita pula yang tidak sanggup berkahwin dengan lelaki yang bergaji demikian (seperti kes satu) kerana dianggap tidak hebat dengan hanya menaiki MyVi. Sekurang-kurangnya naiklah kereta Honda City walaupun wanita itu pada hakikatnya hanyalah memakai... nama kereta tak yah sebut, nanti ada yang sensitip.

... oklah... Vivaa..

Kes empat

Tolonglah faham yang aku anak sulung. Menanggung adik-adik yang bukan sedikit. Tolonglah faham yang gaji aku RM3000 itu dan calculation di atas tadi adalah hanya untuk menanggung aku seorang tidak termasuk ibu dan adik-adik.. tolonglah..

Kes ditutup!

Cukuplah sekadar 4 kes yang aku rasa ada sedikit relevannya selain contoh-contoh seperti terlalu sibuk dengan kerja sehingga tidak sempat bercinta, terlalu banyak pilihan sehingga tidak tahu nak memilih yang mana, tidak perlukan lelaki kerana kehidupan saya sudah mewah, tiada orang masuk meminang sedangkan saya asyik-asyik jerit single di fb dan lain-lain sebab musabab yang kalian akan bina sendiri selepas ini.

Namun hal demikian mungkin takkan wujud jika:
  1. Majlis perkahwinan nanti hanya berikan sebiji telur tanpa alas kepada tetamu
  2. Majlis perkahwinan hanya menyediakan 4 hingga 5 talam hidangan sahaja
  3. Kad jemputan hanyalah dengan menghantar sms (sms pun cuma utk 20 teman, untuk yang pakai celcom)
Kesimpulannya, fahamilah yang setiap yang berlaku ini punya sebab. Aku yakin teman-teman yang senasib dengan aku tidaklah sehingga tidak mahu berkahwin atau apa.. cuma masanya belum tiba. Kalau dah bila ditanya tu muka dia berubah, takyahlah nak tanya-tanya lagi dengan muka tak besalah.

"Aku tanya dia apsal lom kawin lagi je pun, dia nak tarik muka. Bukannya aku cakap papepun,"

Mungkin aku tidak pernah merasa situasi terasa dengan soalan-soalan ini kerana aku punya alasan yang berbeza dari alasan-alasan yang aku tulis di atas.. tulisan ini pun hanya sekadar pelengkap entri tentang perihal perkahwinan..

Alah, biarlah dia.. dia lambat kahwin tapi cepat kaya.. kau cepat kahwin tapi lambat kaya.. kang dia tanya "Apsal kau tak kaya-kaya lagi hah?," tau pun marah. Tetttt..

Selamat beramal.

ShareThis