Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Thursday, June 16, 2011

Teringat Bapak

Salam semua,

sudah 16 Jun, tak lama lagi hari bapa. Aku memang tak kisah sangat tentang hari bapa atau hari apa pun.. bagi aku sama saja. Namun bila tiba saja hari bapa kali ini, aku terasa sayu sedikit. Bukan kerana heboh di radio sana-sini tentang hari bapa tetapi kerana mengingatkan tentang hari istimewa aku nanti tanpa bapa.

Diam..

Senyum..

Aku masih ingat, mama pernah cakap.. bapa pernah bercakap tentang hal-hal jodohku dengan mama. "Mas nanti dengan siapala agaknya" kurang lebih macam tu la bapa cakap. Dia pun selalu cakap entah dia ada lagi atau tak bila aku kahwin nanti.

Mama adalah segala-galanya dalam hidupku hari ini

Tiba juga masanya. Masa yang disebut-sebut bapa. Aku teringat waktu kakak, abang dan kak An nak kahwin dulu, bapa sedikit pun tidak pernah merungut tentang siapa orang yang mereka pilih. Bapa lebih suka anak-anak membuat pilihan sendiri dari dipilih ibu bapa. Cuma dia akan pesan seperti pesanan bapa-bapa lain juga aku kira.

Bab nak berkenduri memang dia suka sangat. Dia akan aturkan cat rumah, soal makan dan soal betulkan bahagian rumah itu dan ini sebagai persiapan menyambut tetamu dan menantu. Hari kenduri pula aku lihat bapa sangat cergas kadang-kadang sampai aku rasa diluar kudratnya.

Cuma semasa kenduri abang, bapa sudah tak larat lagi. Dia menyambut tetamu di atas kerusi saja. Namun dalam setiap gambar yang diambil, wajahnya sentiasa ceria. Semua orang datang menyapa akan dipeluknya. Iyalah, itu mungkin kali terakhir juga dia bertemu dengan sesetengah orang yang rapat dengannya.

Walaupun tanpa bapa, sokongan keluarga membuatkan aku tidak terasa sebarang kekurangan apa-apa. Apa yang lebih membahagiakan selain melihat orang yang kita amat perlukan dan sayangi bersama-sama memberi keringat dan kudrat sehabisnya untuk membuatkan aku tidak merasa ralat dengan ini.

Cuba untuk aku memberi kegembiraan semaksima mungkin kepada keluarga supaya hari istimewaku tiba dalam gembira dan kelapangan dada.




No comments:

ShareThis