Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Monday, June 13, 2011

Cinta Lewat Usia


Pernah aku berkongsi cerita tentang cakap-cakap bising tentang jodoh aku lambat tiba.. Aku menulis dengan panjang lebar pengakuanku tentang isu ini yang pernah diwujudkan oleh teman-teman rapat.. bukan keluarga, tetapi teman-teman yang sungguh mengambil berat, haruslah menjaga tepi kain orang lain. Ehem.. Umur semakin meningkat, masih tidak ada apa-apa bunyi cerita. Apa kes?

Jawapannya masih sama macam dulu juga. Bila semuanya sudah ditulis, kita hanya berdoa sajalah Allah berikan yang sebaiknya untuk kita. Sehingga hari aku menulis ini pun, hati aku masih yakin kepada soal jodoh yang ditentukan Allah.. berdosa tanpa putus.

Bila dikira-kira banyak sebab kenapa kebanyakkan wanita dan lelaki berkahwin lewat usia. Melalui pemerhatian aku (tidaklah macam pemerhatian dalam paper Bahasa Melayu kertas 1).. aku melihat rata-rata teman-teman seusia masih pun ramai yang belum mendirikan rumah tangga. Masih ramai yang bujang.. masih ramai yang tidak dengar apa-apa cerita.

Tulisan ini bukan pencari sebab untuk membela mereka yang berkahwin lewat, dalam konteks ini aku juga termasuk dalam kajian kes kerana aku belum juga berkahwin di saat menulis ini.. tetapi tulisan ini lebih kepada ingin membuka minda kalian-kalian tentang barang kenapa terjadinya lambat kahwin oleh sesetengah pihak.

Kes Satu

Jom kita buat calculation sikit.

Umur sekarang 26 tahun
Gaji (mengikut gaji seseorang yang sudah ada mungkin 4 tahun pengalaman kerja) = RM3000
Tolak: EPF = RM400; Kereta = RM400 (klu dia pakai MyVilah.. kalau dia pakai Vios.. ah lu pk la seniri); Sewa rumah = RM300; Makan= RM 500; Ibu = RM200 Telefon = RM300; Minyak = RM300; PTPTN.. ; Unifi/Broadband.. ;

Tak sanggup nak mengira lagi.. jadi jika dia membuat simpanan RM200 sebulan, lima tahun kemudian boleh buat bayar hantaran kahwin sahajalah jawabnya.. Jadi umurnya dah 31 masa tu..

Kes kedua

Apabila seorang wanita itu dilihat kehidupannya nampak mewah dan si lelaki yang bergaji seperti di atas rasa kurang berkeyakinan tinggi untuk melamar si wanita (Relevannya: wanita dilihat mewah ini biasanya pastilah berusia sikit).

Kes ketiga

Apabila si wanita pula yang tidak sanggup berkahwin dengan lelaki yang bergaji demikian (seperti kes satu) kerana dianggap tidak hebat dengan hanya menaiki MyVi. Sekurang-kurangnya naiklah kereta Honda City walaupun wanita itu pada hakikatnya hanyalah memakai... nama kereta tak yah sebut, nanti ada yang sensitip.

... oklah... Vivaa..

Kes empat

Tolonglah faham yang aku anak sulung. Menanggung adik-adik yang bukan sedikit. Tolonglah faham yang gaji aku RM3000 itu dan calculation di atas tadi adalah hanya untuk menanggung aku seorang tidak termasuk ibu dan adik-adik.. tolonglah..

Kes ditutup!

Cukuplah sekadar 4 kes yang aku rasa ada sedikit relevannya selain contoh-contoh seperti terlalu sibuk dengan kerja sehingga tidak sempat bercinta, terlalu banyak pilihan sehingga tidak tahu nak memilih yang mana, tidak perlukan lelaki kerana kehidupan saya sudah mewah, tiada orang masuk meminang sedangkan saya asyik-asyik jerit single di fb dan lain-lain sebab musabab yang kalian akan bina sendiri selepas ini.

Namun hal demikian mungkin takkan wujud jika:
  1. Majlis perkahwinan nanti hanya berikan sebiji telur tanpa alas kepada tetamu
  2. Majlis perkahwinan hanya menyediakan 4 hingga 5 talam hidangan sahaja
  3. Kad jemputan hanyalah dengan menghantar sms (sms pun cuma utk 20 teman, untuk yang pakai celcom)
Kesimpulannya, fahamilah yang setiap yang berlaku ini punya sebab. Aku yakin teman-teman yang senasib dengan aku tidaklah sehingga tidak mahu berkahwin atau apa.. cuma masanya belum tiba. Kalau dah bila ditanya tu muka dia berubah, takyahlah nak tanya-tanya lagi dengan muka tak besalah.

"Aku tanya dia apsal lom kawin lagi je pun, dia nak tarik muka. Bukannya aku cakap papepun,"

Mungkin aku tidak pernah merasa situasi terasa dengan soalan-soalan ini kerana aku punya alasan yang berbeza dari alasan-alasan yang aku tulis di atas.. tulisan ini pun hanya sekadar pelengkap entri tentang perihal perkahwinan..

Alah, biarlah dia.. dia lambat kahwin tapi cepat kaya.. kau cepat kahwin tapi lambat kaya.. kang dia tanya "Apsal kau tak kaya-kaya lagi hah?," tau pun marah. Tetttt..

Selamat beramal.

No comments:

ShareThis