Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Monday, June 27, 2011

What to give you?

Misi mula : Jun

Sekarang sudah hujung Jun. Pantasnya masa berlalu. Terasa seperti baru semalam acuh tak acuh terima lamaran. Malu-malu kucing mengakui sudah terasakan sesuatu.. huhu..

Bulan Jun aku mula mengintai-ngintai soal doorgift. Rupanya soal ini juga rumit kerana memikirkan banyak perkara penting. Pada mulanya mama mahukan doorgift berbentuk makanan. Sememangnya itulah yang aku faham tentang adat memberi doorgift kepada tetamu..

Orang dahulu membekalkan makanan kepada tetamu yang hadir ke majlis atau perjumpaan kerana perjalanan pulang yang memakan masa. Jadi bolehlah tetamu menjamah makanan yang dikirim bersama sebagai pengalas perut sebelum tiba ke rumah.

Itu yang pernah aku bacalah tentang rasionalnya pemberian buah tangan atau bunga telur kepada tetamu. Tetapi bila difikirkan hari ini tidak berapa rasional kerana takut makanan cepat rosak kerana diperbuat dari bahan mudah rosak contohnya kek. Jadi hasil perbincangan aku dan mama, ada beberapa perkara perlu diambil kira untuk doorgift iaitu:
  1. Bahan tidak mudah rosak
  2. Tidak banyak sangat rantaian barang yang mahu diberi kerana mengambil masa untuk isi barang-barang dalam beg (Kalau gunakan beg kertas)
  3. Ringkas
  4. Harga berbaloi (paling penting)
Disebabkan faktor-faktor demikian jugalah membuatkan abang mengajak aku ke Nilai 3 untuk meninjau-ninjau doorgift cadangan Nilai 3. Rambang mata ok. Abang berkenan dengan gelas kaca dalam kotak vintage berharga RM2.9 satu unit. Harganya pun ok. Jadi kami beli satu dulu untuk tunjuk pada mama. Nak tau apa jawapan mama?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
Mama kurang bersetuju kerana kata mama gelas kaca agak berisiko. Jadi aku tunjuk pula pada mama satu jenis doorgift unik yang aku berkenan dan belum pernah lihat di majlis orang. Tetapi mungkin tak lama lagi.. ada lah tu.. huhuhu.. Nak tau apa?.. alamak tak surpriselah. Nanti kita update lepas majlis yea.. :)

No comments:

ShareThis