Berbuka bersama mama, kakak dan Hanani selepas fitting
Gantung langsirAssalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.
Terima kasih.
-Mass Mohamad-
Berbuka bersama mama, kakak dan Hanani selepas fitting
Gantung langsirMengikut jadual bulan Ogos, inilah aktiviti pertama yang perlu dibuat iaitu membeli hantaran pertunangan. InsyaAllah, jika tidak ada perubahan di saat akhir atau sebarang halangan brother bakal menghadiahi 5 dulang bekas dan 7 dibalas aku. Mungkin begitulah bahasanya kan? Tolong betulkan kalau salah ye.
Apa barangannya? Yang itu biar aku jadikan rahsia dahulu. InsyaAllah jika sudah selesai majlis nanti aku akan buat entri khas tentangnya. Untuk misi kali ini aku ke KL mendapatkan sampin, butang baju melayu dan barangan penjagaan wajah untuk lelaki. Haa.. tukan dah cakap sikit..
Sepersalinan pakaian dari brother sudah dibelinya di Kelantan dengan bundanya. Alhamdulillah semua urusan berjalan seperti perancangan.
Diantaranya
Misi tamat : Senyum lebar sebab penat hilang lepas dihadiahi sepasang baju raya yang sangat comel dari brother masa membeli belah tadi.

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. Rasanya aku yang paling gembira menyambutnya saat ini. Teringat Ramadhan lepas yang penuh warna dan kenangan buat kami.
Ramadhan 2009
19 Ramadhan (bersamaan 9 September 2009)
Tarikh brother melamar aku. Sebelum lamaran, aku perasan brother bersikap luarbiasa tidak seperti sebelumnya. Namun hati aku cuba menolak sebarang rasa tidak enak ini walaupun selalu juga di usik teman-teman dengan keakraban kami.
Ramadhan 2010
Setahun selepas dilamar, aku memutuskan untuk meneruskan kelangsungan hubungan ini atau kata lain bersetuju dengan lamaran brother. Dan tarikhnya hampir tepat 9 September 2010.
Ramadhan 2011
Kami sedang dalam saat-saat terakhir membuat persiapan majlis pertunangan yang akan dilangsungkan juga pada bulan September namun ianya semasa bulan Syawal. Aku boleh katakan selain menyambut kemenangan menempuhi Ramadhan ini, kami juga menyambut kemenangan hubungan yang akan dilaksanakan pada Syawal nanti. Alhamdulillah, kronologi hubungan yang akan menjadi kenangan manis sepanjang hidup kami.
Selamat menyambut bulan ibadah Ramadhan Mubarak. Semoga Allah memberi selebih-lebih kudrat buat kita semua untuk menunaikan ibadah di bulan penuh pahala ini.
Misi tutup : Lupa nak cakap, aku dan abang Mazri sudah pergi jumpa orang buat doorgift majlis resepsi. Sudah lega dan yang penting puas hati dengan carian yang terlalu merumitkan ini.
Sudah mula ligat bergerak sekarang, habis waktu kerja terus bergerak mengikut jadual. Semalam lepas kerja pergi Tomei tengok hiasan merisik. Hari ini mengikut jadual aku harus ke Ikea untuk melangsaikan hajat membeli beberapa barang persiapan majlis tunang. Apa yang dibeli?
Inilah penemanku sepanjang seminggu yang hectic ini
Baiklah, aku pun tak ambil gambar apa yang dibeli.. cuma sekadar barang hiasan bilik tidur dan bilik air (toilet) di rumah. Bayangkan lepas kerja terus gerak ke sana, jalan jem pula.. sampai Ikea sudah masuk waktu maghrib. Beli beli dah pukul 9 malam. Sangat rushing walaupun sebenarnya dalam hati aku macam tak cukup ja masa.. owh rupanya banyak betul barang-barang baru di sini. Lama betul aku tak ke Ikea.
Lepas bayar kami singgah makan meatball, lapar woo lepas balik kerjakan. Dengan RM150 aku dapat membeli 7 jenis barang dari sini. Oklahkan.. untuk masa kurang 1 jam. Lama sikit masa pilih frame, the more u look the more u confused. Which one to go for? Mungkin misi akan bersambung selepas bertunang pula.. hoho.
Misi ditutup : Sampai rumah bukak email dapat berita sangat gembira. Design item cetakan sudah siap dan yang penting akhirnya aku dapat design yang aku mahu.. alhamdulillah.
Jam di lappy 2.58 pagi.. aku baru bangun sahur, suasana syahdu walaupun bukan bulan Ramadhan. Tiba-tiba lihat lappy masih tidak di off, mungkin aku tertidur tadi. Tanpa berlengah dalam suasana gelap (menaip huruf tak jelas sangat) aku titipkan berita mengenai agenda hari ini. Ayat pagi-pagi buta memang macam karangan sekolah.
Teruskan.. Seperti biasa, Isnin mula kerja. Memang aku cuba untuk tidak mencampur adukkan urusan kerja dan peribadi sebaik mungkin untuk mengelak dari tidak fokus dan hilang tumpuan. Alhamdulillah, nampaknya aku masih mampu melakukan urusan kerja, menyiapkan proposal dan sebagainya dengan tiada gangguan seperti yang aku katakan. Mencabar juga sebenarnya, yalah.. komputer di tangan.. terlintas apa saja di kepala terus saja boleh google. InsyaAllah, demi kerjaya yang aku sayangi ini, akanku sebaiknya memberi tumpuan kepada kerja. Fb kejap-kejap takpelah kan.. hilang stress dan penat berfikir.
Aku sayang kerja aku
Bila cakap soal kerja, alhamdulillah aku tidak menghadapi kesukaran dalam mengendalikan kerja baru. Suasana bekerja kondusif dan kawan-kawan tak usah ceritalah, semuanya sangat mengembirakan aku. Walaupun aku sekarang lebih banyak kerja luar kawasan tetapi semua ilmu baru dan cara kerja baru mudah untuk aku terima. Dan.. bila sebut tentang semangat dan sokongan.. sokongan keluarga dan brother sangat-sangat tidak dapat aku ceritakan.. sangat besar dan banyak.
Mama cakap bila bab kerja satu saja kena ingat. Patuh pada ketua. Brother pula pastilah tempat paling banyak aku jadikan rujukan kerana dia lebih berpengalaman dan arif dalam beberapa hal. Alhamdulillah, brother sangat banyak membantu dalam kerja.. setiap perkara yang mahu dirujuk akan diberi solutasi yang sangat padu, jitu dan sungguh-sungguh.. terbaik pujian untuk anda ye bro, sila jangan jemu menjadi journal rujukan saya.
Aku ade cakap pada brother "Kena jadi bahan rujukan seumur hidup tau," nak tau apa brother cakap.. mesti u meluat nak dengar. Tapi nak cakap juga lah.
Brother cakap "Anything for u.." hmmm
Nak tau brother pegang kata-katanya atau tak.. tunggu update aku bila sudah 5 tahun nanti.. Tidur dulu. Selamat malam.
Balik sahaja kerja, aku sibuk-sibuk kemas bilik di rumah. Malam ini mau ambil mood buat detail checklist untuk majlis tunang. Alhamdulillah, aku sudah dapat selesaikan checklist dan buat remark dengan terperinci sekali. Nampaknya semua urusan sudah siap, cuma design barang-barang goodie bag belum siap sepenuhnya. Masih dalam proses penambahbaikan rekabentuknya. Yang lain-lainnya aku kira sudah siap semuanya. Ohhh, belum lagi.. tanda tunang dan merisik belum siap lagi.
Hakikatnya, aku dan brother sudah banyak juga buat survey, kami dah keluar masuk banyak kedai iaitu Tomei, Poh Kong dan Habib Jewel. Cuba menjadi cincin yang 'tersangat' berkenan di hati.
Akhirnya projek wedding yang ini terhenti di Habib Jewel Ampang Point Showroom pada 24 Julai 2011 iaitu petang tadi. Kami ke sana jam 3 petang, selesai urusan kerja brother yang baru pulang dari Pulau Pinang. Masuk saja Habib Jewel di sini, mata aku sudah terpaku kepada 2 jenis cincin. Dan, bila aku cari cincin demi cincin.. yang itu jugalah menambat hatiku. Apapun aku tetaplah berbincang dengan brother, bagi aku keikhlasan penting kerana semua ini bukan perkara main-main.. cincin ini valuenya lain sikit dari cincin yang kita beli sendiri atau beli tanpa tujuan. Alhamdulillah, brother suka dengan cincin tersebut dan secara rasminya barang 'tanda' sudah masuk dalam checklist dengan remark 'Done'.
Bila cincin sudah beli, hati aku jadi lain sedikit.. perasaan debar makin bertambah.. perasaan terharu dan saling berbaur. Akhirnya tiba juga masa ini buat kami. Cuma aku mahu ucap syukur kepada Allah Subhanahuwataala atas kesempatan yang diberikan kepada kami. Dalam hati aku berdoa, Allah tolonglah permudahkan semua urusan kami, panjangkan umur kami dan keluarga kami, bahagiakan semua yang bersama dalam perjalanan misi ini.

Nasi arab memang menu idaman kami
Terima kasih Allah.
Misi tamat : Langsung berbuka puasa di D'Arab Cafe