Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Monday, October 10, 2011

Majlis Perkahwinan Khansa' dan Adrian

Si cantik manis Khansa' ini boleh dikategorikan sebagai kenalan baru. Baru kenal lepas bertukar kerja, staff pejabat YB Puan Rodziah Ismail. Baru kenal tapi biasalah, aku cepat rapat dengan orang.. mungkin sebab faktor umur. Dah tuakan, kurang malu-malu. Lepas selalu berhubung di fb (al maklumlah masing-masing berkongsi cerita orang nak berkahwin), Khansa' jemput aku ke majlis perkahwinannya yang berlangsung di Zam-Zam Arabic Restoran Seksyen 9, malam selepas open house Nasyeed.Com. Gambar restoran tak ambil sebab hari-hari kot dok mengadap restoran tu. Sedepa je dengan pejabat aku.

Busana Khansa' yang cantik ni adalah rekaan atau di sewa baru dari Syarir Nurdin. Aku pernah juga masuk ke butik Syarir Nurdin di Plaza Masalam untuk tengok dress dan bertanyakan tentang tempahan tudung. Bagi aku harga yang ditawarkan boleh dikatakan berpatutan dengan hasil kerjanya (workmanship). Aku ada juga tanyakan tentang hantaran. Katanya sewa dulang sahaja RM60. Sekali dengan lapik RM80. Selain pernah dinobatkan tempat ketiga dalam Anugerah Jarum Berlian, ramai juga artis yang menggunakan khidmatnya seperti Raja Farah dan Diana Rafar. Itu saja review tentangnya yang aku tahu.

Apapun tahniah kepada Khansa' dan suami. Terima kasih kerana menjemput Mass dalam jemputan RSVP Khansa'. Jom kita layan gambar aku dan kawan-kawan baru di majlis perkahwinan Khansa' dan Adrian (macam nama pelakon indon pulak).

The cake

Teman-teman baru

Menurut Khansa', perkahwinannya adalah perkahwinan pertama yang dibuat di sini. Zam-Zam Restoran pun baru buka, jadi memang cantik dekorasinya.

Owh, makanan kegemaranku

Chocolate berbentuk tamar

Wajah-wajah wajib. Hehehe

Diorg cakap muka aku dan Khansa' ada iras? Betulkah?

Lagi kawan-kawan baru yang best!

*

*

*

*

And last but not least..

Aku.. apa? Nak tengok baju?.. hehe..

Baju raya. Btw, yang dibelakang tu adalah pelamin Khansa'. Cantik sungguh.

Saturday, October 8, 2011

Penjagaan Rambut


Jangan ingat orang bertudung tidak menjaga kecantikan dan kesihatan rambut. Sepatutnya menjaga rambut tertutup lebih payah dan perlu penekanan kerana macam aku, aku memang setiap hari basahkan rambut sebelum ke tempat kerja. Risiko kulit kepala gatal dan kelumumur memang tinggi sebab adakalanya keringkan menggunakan tuala tidak akan buat rambut benar-benar kering.

Memang sejak memakai tudung, aku tidak pernah mandi tanpa membasahkan kepala. Mungkin ramai yang cakap rambut akan rosak tetapi demi mengelakkan kerosakan rambut dan demi ingin melihat rambut sentiasa bersih, rapi dan yang penting kurang gugur aku mengambil beberapa pendekatan awal. Rambut gugur adakalanya bukanlah disebabkan tercabut dari akar tetapi disebabkan rambut itu tidak kuat dan putus, tambahan pula yang berambut panjang. Sebagai perempuan, kesihatan rambut perlu dititikberatkan.

C.Michael (TM) Trichologica Hairomatherapy

Selain menggunakan syampu seperti biasa, aku menggunakan rangkaian product C.Michael (TM) Trichologica Hairomatherapy termasuk anti hair loss dan treatment mist. Percubaan untuk mendapatkan rambut yang sihat tidak menghampakan, cuma aku tidak dapat rekomenkannya kerana takot tidak sesuai dengan orang lain, penggunakannya yang konsisten mungkin mampu mengembali keyakinan u terhadap rambut u.

Ellips

Mungkin product ellips memang sudah terkenal dikalangan peminat penjagaan rambut. Jika belum, cubalah ellips kerana aku yakin selepas mencubanya u akan rasa rambut tiba-tiba seperti membuat rawatan minyak panas. Rambut jadi licin dan lembut secara automatis. Lebih penting tangan tidak berminyak semasa mengusapnya ke rambut.

Air Kangkung

Ini petua orang tua-tua yang aku dapati dari seorang pemilik pusat kecantikan. Aku selalu juga dengar petua-petua kecantikan rambut seperti minyak badam dan macam-macam lagi benda yang susah dicari dan leceh nak buat. Jadi menggunakan air kangkung sangat mudah dan cepat. Caranya beli kangkung di mana-mana kedai, rendamkan ke dalam air sehingga keluar warnanya (kalau nk cepat, ramas-ramas kangkung tersebut). Bila terasa pekat airnya, bolehlah diurutkan ke kepala dan usap ke rambut. Bungkuskan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air. Keringkan rambut. Kalau malas nak bungkus, cukuplah sekadar usap-usap di kepala macam bersyampu. Cubalah. Ups! Jangan lupa buang kangkung, ambil airnya sahaja.

Sekian dulu, penjagaan rambut cara Mass Mohamad. Jumpa lagi!



Thursday, October 6, 2011

Wednesday, October 5, 2011

Akhirnya Milik Adnan Jaafar

Misi mula : 3 minggu lepas

Semasa sibuk dengan persiapan SELCARE II, waktu itu jugalah aku sibuk dengan perbincangan demi perbincangan dengan perancang perkahwinanku. Alhamdulillah, kerjasama yang diberikan olehnya sangat membuatkan aku terharu. Baru 2 minggu bertemu, beliau sudah hantarkan dulang hantaran kepada aku, design baju kahwin sampai 3 pasang dan lukis deco dewan sepertimana perbincangan kami.

Menariknya tentang Adnan Jaafar, beliau mulanya membiarkan aku menceritakan dan mengilustrasikan kesemua keinginanku dalam majlis perkahwinan nanti. Dengan kata mudah, apa yang aku mahu dilayankan dulu. Selepas selesai aku tunjukkan gambar dan juga lukisan-lukisan lakaran (aku lukis sendiri okay), beliau kemudiannya melakarkan mengikut kesesuaian keinginanku dengan ideanya sendiri. Lebih penting, dua pertembungan idea ini serasi rupanya.. Alhamdulillah ya Allah.


Adnan Jaafar dalam majalah pengantin Oktober 2011 :
Bicara Jurusolek Professional


Baiklah, aku dah pun sebut namanya.. pastilah u pun kenal jika nama Adnan Jaafar disebut. Tidak disangka-sangka kali ini aku bekerjasama lagi dengannya. Mulanya hanya melamar untuk make-up sahaja, tetapi akhirnya perbincangan berlanjutan hinggakan ke bab-bab lainnya pula.



Lakaran dress dan baju lelaki oleh Adnan Jaafar

"Abg Nan dah jumpa dulang hantaran yang Mas nak tu, nnti abg Nan mms"

Selesai mms

"Aah, betullaah.. yang inilahhh.. bestnyaaa.."

"Abg Nan beli ye Mas?"

"Okay"

Dengan pantas. Beberapa hari selepas tu abg Nan hantar kepadaku 9 buah dulang hantaran yang siap dibelinya. Hari terakhir aku bertemu abang Nan adalah Rabu lalu di Restoran Chop N Steak, Kg baru bersama abang Mazri dan Dzoul. Dzoul? Kalau nak tahu siapa pula Dzoul Jarum Berlian, tunggu entri akan datang k.


Hanya satu yang aku tidak henti memohon. Agar majlis kami nanti berjalan dengan lancar. Ameen.

HIV Test

Misi mula : Awal September

HIV Test perlu dibuat 3 bulan sebelum pernikahan dan ianya valid dalam masa 6 bulan dari tarikh pemeriksaan dibuat.

Selepas sahaja pulang dari cuti bertunang, minggu pertama kami terus ke klinik kesihatan Seksyen 7 untuk bertanyakan tentang prosesnya. Rupanya perlu buat temujanji dulu.

"Minggu depan dan minggu satu lagi dah penuh dik. Kalau nak minggu lepas tulah"

Terkejut aku bila dikatakan sudah penuh untuk 2 minggu pertama. Mula terasa risaukan tentang borang nikah. Kalau lambat buat HIV test lambatlah siap perihal borang nikah. Tiba-tiba kakak tu mencelah.

"Ni ada nama kosong, orang tarik diri. Rabu minggu depan"

Kami pergi masa tu hari Jumaat. Terus muka aku senyum lebar, masyaAllah.. lega rasanya. Memang aku tengok ada dua nama kosong di situ, yang lainnya semuanya penuh. Selesai isi nama, kami masing-masing terus pulang ke pejabat.

Rabu tiba. Seperti dijanjikan, seawal jam 2 kami dah sampai. Rupanya kena ambil nombor macam biasa. Disebabkan kami datang awal jadi tidaklah lama menunggu. Mudah saja prosesnya. Tidak ada apa yang payah.

"Sakit tak?" saya tanya si pencucuk (Apa ya jawatan orang yang cucuk ni?)

Dia senyum-senyum sambil cakap "Mestila sakit,"

TAP!! terus dia staple jari kelingking kiri saya..

"Auuuchhh!" Alamak, siap terjeritt.. malu wooo

Sedang menunggu keputusan.

Muka ni tak boleh cover sakit langsung. Tengok tu senyum tak ikhlas

Hakikatnya, memanglah terasa agak sakit. Terasa seperti jari distaple dengan dasyatnya. Lepas siap, terasa berdenyut-denyut pulak jari tu.. humm.. selesai urusan. Kami menunggu diluar. Dapat kertas kuning.. apa lagi.. yabedabeduuu.. dah siap boleh balikkk..

Harapanku, biarlah sekali aje buat HIV Test ni. Tak mau lagi dah

Misi ditutup : Misi terus dengan proses mengisi borang nikah.

Tuesday, October 4, 2011

Tangkap Gambar di Seksyen 2

Misi mula : 4 Oktober

Selepas seharian tak senang duduk di pejabat sebab tak dapat menahan keletihan menguruskan conference SELCARE II pada isninnya, brother bawa aku makan ayam penyet di Seksyen 2. Actually tu port ayam penyet kegemaran kami sebab antara banyak-banyak kedai aku pergi itulah antara yang terbaik. Tapi sebelum tu singgah ambil gambar di kedai gambar Seksyen 2, untuk isi borang nikah kata brother. Maklumlah brother ni ex-student UiTM, jadi kalau apa-apahal mesti dia nak pergi kedai-kedai seksyen 2 yang katanya dulu-dulu memang selalula datang situ kalau nak cari barang belajar.

Sampai di sana, brother pakai songkok dan terus je amik gambar di situ. Memang cepat dan bagus kedai yang kami pergi tu, tak banyak ragam (mungkin sebab kami pun tak banyak ragam). Selesai bayar, yeay.. pergi makan ayam penyet kegemaran.

Inilah hasilnya.. siap! (harus sedondon)

Asyik saja sebut pasal brother, sampai hari ni u tak dapat lagi lihat wajahnya ditampal di blog misi (atas tu nampak tak jelas pulak) . Kata misi kami, tapi yang sorang lagi sampai sekarang pun belum muncul-muncul. Jadi, sebagai pelengkap entri untuk blog ini.. haruslah aku melengkapkannya dengan memperkenalkan brother kepada u semua. InsyaAllah dalam masa terdekat aku langsaikan hutang ini k.

Misi tamat : Singgah beli hadiah untuk anak saudara baru brother. InsyaAllah nak ke malam ini.

Monday, October 3, 2011

Tempoh Bertunang Ini Indah

Cepatnya masa berlalu. Sebulan sudah aku tinggalkan majlis pertunanganku dengan seribu satu rasa yang indah-indah. Seperti janji aku tempohari, aku nak cerita sikit tentang perasaanku bila berada dalam tempoh bertunang ni.

Geli-geli

Terus terang aku katakan tempoh 'bertunang' yang aku lalui selama sebulan ini sungguh unik dan punya rasa 'sweet' yang sangat sukar nak diterjemahkan. Masa ini bila orang sebut, "tu ke tunang kak mas?".. "keluar lunch dengan tunang ke hari ni?".. "tunang tak datang?" Semuanya terasa macam geli-geli semacam. Perasaan geli-geli ini aku akan lalui cuma untuk tempoh 2 bulan saja lagi. Perasaan ini, walaupun terasa geli-geli tetapi memang ada sweetnya.. huhu.

Malu-malu

Perkara ini pun boleh dikatakan antara benda-benda yang tidak disangka-sangka juga dalam tempoh bertunang nih. Aku pun baru perasan yang tempoh bertunang ni boleh menjadikan pasangan lebih romantik dari kebiasaannya, lebih prihatin dari biasa dan lebih berselera makan dari biasa.. huh, itu 'lebih' yang patut dikurangkan.

Aku menutup tulisan : 2.47 pm


ShareThis