Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Monday, June 6, 2011

Skype Jadi Penghubung

Walaupun hampir setiap hari berjumpa di pejabat, namun tidaklah bermakna brother sentiasa mengambil peluang berbaik dengan aku atau menjadikan pertemuan setiap hari sebagai alasan untuk menjadi rapat. Sebenarnya ada suatu bentuk komunikasi yang aku kira menjadi penguat alasan, mengapa kami menjadi terlalu rapat dan makin rapat.

Mulanya dulu, semasa aku masih di praktikal brother selalu menyapa aku di Yahoo Mesengger (YM). Masa itu komputer masih di ruang tamu. Masih aku ingat brother kenalkan aku dengan sebuah lagu arab yang sangat menarik halwa telingaku pada masa itu nyanyian Fares bertajuk Albi Nadak. Memang super sedap lagu ini jika u dengar.

Aku sendiri tak tahu apa maknanya, hanya suka mendengar. Masa itu brother cakap pada aku lagu ini antara lagu arab yang dia suka. Ada dua version iaitu version lelaki nyanyian Fares dan version perempuan nyanyian Amal Hijazi. Siapa tak kenal Amal Hijazikan? Kalau u antara yang ambil tahu juga dengan penyanyi-penyanyi arab, u akan tau lah yang Amal Hijazi ni antara artis yang sangat popular di negaranya. Kira level-level Ning Baizuralah agaknya.

Aku pasti kalau dengar pun u akan terbuai dengan susunan muzik dan alunan suara penyanyi yang sangat mantap pada aku. Lama kelamaan, aku jadi pendengar tegar lagu ini yang bertajuk Albi Nadak. Haaa.. dah tau kan. Memang lagu ni agak popular di kalangan peminat lagu-lagu arab. Aku lebih sukakan alunan suara Amal Hijazi berbanding Fares, namun sebenarnya kekuatan terdapat dalam kedua-dua suara mereka.

Selain suka mendengar aku kongsikan juga minat dengan lagu ini dengan rakan kerja yang lain seperti Ada dan Nurul. Mereka pun suka.

Lama-kelamaan bila selalu sangat dengar mula timbul rasa ingin tahu apa maknanya. Bila aku google terjumpalah makna tajuknya iaitu "seruan hatiku" atau dalam bahasa orang putih "I called your name". Krenggg..

Selepas aku tidak lagi menggunakan internet di rumah. Perhubungan di YM terhenti seketika. Bersambung pula di Skype. Bagiku skype adalah penghubung paling produktif menghubungkan kami tidak kira masa. Nak tau selalunya bila kami berchatting? Tentulah petang-petang dalam jam 5 ke atas. Kadang-kadang membawa hingga ke maghrib. Huhuhu..

Bila ingatkan semuani, aku rasa kelakar habis. Bila aku baca semula coretan-coretan kami.. memang aku dapat rasakan waktu itu banyak perkara sudah dikongsikan dan brother sendiri sudah banyak beri hint pada aku. Apapun biarlah semua ini menjadi kenangan seumur hidup.

Apa? Nak dengar lagu Albi Nadak? Oklah, mood hari ini baik sikit. Jom kita dengarkan alunan irama yang sungguh syahdu ini. Jika dengar betul-betul u akan rasa sedikit sayu walaupun tidak faham apa maksudnya.






Saturday, June 4, 2011

Misi Tergendala

Alhamdulillah, dapat meneruskan tulisan bisu ini lagi walaupun lewat waktu ini aku semakin tidak cukup hari menguruskan banyak perkara.. dan hari ini aku mula kembali ke arena ini kerana janji misi yang masih belum selesai.


Sebetulnya tanggal 21 Mei 2011, aku dengan rasminya meletakkan jawatan di Nasyeed.Com (sob sob) dengan mencatat masa bekerja selama 4 tahun aku kira. Berita penghijrahan inilah yang aku isytiharkan pada Nurul, Shiera dan Lynn dulu. Dan.. atas sebab itu juga kini, aku bukan lagi bergelar staff kepada bro (peace!).


Mungkin ini kejutan besar buat sesetengah pihak, namun apa yang dapat aku katakan perkara ini adalah suatu kebetulan.. yang Allah aturkan sebagai salah satu agenda dalam hidupku.. sesungguhnya penghijrahan ini aku sendiri pun masih terasa seperti mimpi.. semuanya berlaku sekelip mata..

Kek hari terakhirku disambut di pejabat.
Kebetulan smbutan ulangtahun ke 29. Kek ini ditaja oleh bro.


Walauapapun.. Alhamdulillah, aku gembira hari ini..

Jadi selesai hari terakhir di NC aku terus pulang ke kampung seminggu. Mungkin inilah masanya yang paling sesuai untuk membincangkan banyak perkara untuk misi seterusnya. Seawal hari pertama aku mulakan dengan mama dan kakak ke butik perancang perkahwinan untuk membuat 'confirmation' mengenai design pelamin, baju dan hantaran. Alhamdulillah misi pertama berjaya.

Persalinan bertunang

Apabila banyak sangat membuat carian aku mula jadi buntu dengan idea rekaan. Nak pilih satu sahaja sedangkan carian berjuta-juta. Untuk busana bertunang aku ini aku bercadang menempahnya dengan rekaan sendiri. Aku mula menjadi 'fashion designer' terjun dengan idea yang mencurah-curah.. huhu.. dan hasilnyaaa... kita tunggu nantiiii.. nantilah aku post entri tentang ini.. harusss.. janjiii..

I can say the stuff is sooo coool..

Pelamin

Ini soal yang aku tidak habis fikir. Apa perlunya sebuah pelamin untuk majlis pertunangan? Lalu aku dapat jawapan mudah yang u pun boleh fikir mungkin. Mini pelamin di bina untuk mengasingkan tetamu dan pemilik acara dan memberi penghargaan kepada bakal ibunda mertua untuk menyarungkan cincin disatu suasana yang asing dari suasana biasa. Yalah, bagi aku bila persekitarannya dihias cantik tidaklah kekok sangat untuk laksanakan upacara. Jadi sebagai pelengkap suasana ini aku bercadang mengadakan mini pelamin ringkas.. dan kali ini aku mengambil gabungan idea mama dan kakak.. bagiku idea mereka penting kerana ianya juga sebagai tanda kasih sayang mereka terhadapku.. permulaan yang sangat penting ini biarlah punya sentuhan orang-orang tersayang. Ini majlis kami..

Sentuhan elegan dan simple buat majlis nampak tenang

Nak tepek gambar ini kejap.. jangan marah ye.. ini cuma untuk tatapan anak cucu..


Jangan muntah tau!



Tuesday, May 17, 2011

Pengisytiharan Part 2

Misi mula : 7 Mei

"Mas, 7hb mak njang nak buat kenduri doa selamat.. nak sambut birthday pak njang.. mama ingat nak umumkan pada semua pasal majlis kita"

Bagaikan diatur, kebetulan waktu itu abang Mazri juga turut pulang bagi mengadakan sidang keluarga.. aku tidak turut serta kerana merasakan adalah lebih baik aku tidak turut sama.. nanti dimanalah nak aku letakkan muka tebalku bila pengumuman di buat.

Jadi tanggal 7 Mei yang lalu.. abang Mazri dengan rasminya telah meleraikan usaha misi ini kepada seluruh sanak-saudara. Dan aku yang tak sabar nak tahu cerita, sibuk-sibuk tanya kakak malam tu..

Maka dengan pengistiharan tersebut sudah terasmilah perhubungan ini dari pengetahuan keluarga. Semoga Allah merahmati semuanya.

Misi ditutup : Mama sudah edarkan kain untuk adik kakaknya.. huhu..

Monday, May 16, 2011

7 Bulan

Misi lagi 7 bulan dari sekarang..

  1. Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori
  2. Menentukan pakaian untuk semua pengiring pengantin
  3. Memilih jurusolek
:Status:

Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori

Selesai

Menentukan pakaian untuk semua pengiring pengantin

Selesai

Memilih jurusolek

Selesai

Wednesday, May 11, 2011

Skin Food

Misi mula : 14 Mei

Selepas banyak dijemput menjadi perunding imej dan mengajar kelas kecantikan, aku mula berjinak-jinak dalam bidang kecantikan secara lebih serius dengan membuat bacaan dan merasai sendiri apa yang dikatakan rawatan kecantikan. Memanglah kita perempuan, tidak boleh tidak harus melalui fasa-fasa ini dalam hidup walau semalas manapun. walau setidak mahu manapun.

Mungkin ini boleh termasuk dalam misi juga.. sebab aku sudah terjebak pula dengan pakej 'hydating facial treatment' selama 6 bulan. Jadi jika aku buat sebulan sekali cukuplah sehingga 6 kali sebelum Disember. Owh, ini bermakna misi kami hanya tinggal 6 bulan saja lagi.. owh, kecut perut..

Selalunya begitulah, bila di majlis perkahwinan pasti semuanya mahu yang terbaik. Bagi aku kita sebenarnya jarang mahu menunjukkan yang sebenar-benarnya diri kita sangat. Lebih kepada mahu dilihat baik-baik dan menarik semuanya. Jadi atas untuk diri aku, aku pilih ambil ini.

Pilihlah butik yang selesa dan menenangkan

Hyrating Facial Treatment ni lebih kepada laser face treatment. Jadi memang tidak samalah dengan Facial Treatment biasa yang aku buat sebulan sekali semenjak 2 tahun lalu. Hyrating treatment ini lebih kepada teknikal proses dalam rawatan wajahlah. Aku suka sangat sebab boleh kecilkan pori-pori dan kurangkan pigmentasi. 2 perkara itu memang masalah besar pada wajahku.. jadi bila aku cuba treatment pertama memang best sebab jerawat kecil-kecil hilang dengan segera.. wajah kembali lembap dan yang paling penting kelembapannya bertahan agak lama.. hmmm..

Pengisytiharan Part 2

Pengisytiharan kedua ini adalah kepada seluruh ahli keluarga. Kebetulan mak njang buat kenduri kesyukuran di rumahnya. Mengambil kesempatan itu, abang Mazri membuat pengumuman mengenai misi kami kepada seluruh ahli keluarga.

Alhamdulillah, semuanya menyambut baik misi ini. Aku terima sms dari sepupuku Aida.. hehe, berita yang memeranjatkan mungkin. Terima kasih atas sokongan dan kegembiraan semua.

Yang lebih menarik, pada majlis itu juga mama membuat agihan kain kepada mereka yang terlibat dengan pakaian seragam semasa majlis nanti. Owh syukur dapat ahli keluarga yang super sporting macam keluarga kami.

Mode gembira tak terkata!

Monday, May 2, 2011

Bajet


Misi mula : hari ini bermula jam 11 pagi (Cuti hari pekerja)

Mungkin kami boleh dikatakan setiap hari berjumpa di tempat kerja, namun amat payah untuk mencuri masa berbincang hal-hal bersifat peribadi begini.. jadi bila menghampiri cuti kami akan mengatur jadual sebaik-baiknya. Seperti hari ini, seawal jam 11 pagi kami mengulit McD Seksyen 3 semata-mata melangsaikan perancangan mahu menyenaraikan beberapa bajet penting seperti barangan hantaran dan lain-lain.

Aduh! Ramainya orang.. memang terjadi ramai pulak orang di McD hari ini.. kebanyakkannya student-student uni yang sibuk belajar.. bagus betul, pagi-pagi cuti umum siap study bagai.. ni mesti kes esok ada examkan.. haaa study last minute la tuh! Puas mencari tempat, akhirnya berjaya juga cari satu 'port' yang selesa. Mungkin kalau orang tgk kami nampak seperti pasangan sahabat yang sedang mencari tempat untuk berbincang mengenai tesis.. nak tau kenapa.. ini adalah kerana aku membimbing fail hitam (baik punya cover)... yang di dalamnya adalah senaskah majalah PENGANTIN.. ahaha..

Inilah majalah pengantin yang saya mula-mula beli

Namun suasana menjadi lebih baik dek kerana muka selamba kami. Kalau nak difikirkan apa yang nak dimalukan.. bukannya nak buat jual cd.. nak bina masjidkan?.. hmmm.. akhirnya kami berjaya menotakan banyak perkara juga. Sekurang-kurangnya kami mencapai tujuan sebenar walaupun dalam masa yang sama.. risau-risau kalau-kalau terjumpa paparazzi.. kekeke..

Alhamdulillah, perihal menulis bajet ini nampaknya berjalan lancar. Nampaknya mencari keserasian mengenai pilihan barangan dan jugak taste antara kami tiada perbezaan ketara. Bajet bagus dibuat untuk membuatkan kita bersedia dan tahu hala tuju dalam sesebuah perancangan. Sekurang-kurangnya kita dapat memperuntukkan sejumlah wang mengikut bajet yang ditetapkan.

Mission done

Nak tau apa senarai barangan dan bajet yang dah ditetapkan? Alamak, ada seorang je yang angkat tangan.. jadi consider tak ada yang nak tau lah.. (merajuk) so kita tunggu je lah harinya tiba..

Misi tamat : Jam 3 petang 1 Mei


ShareThis