Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Friday, March 25, 2011

Project Wedding

Misi mula :: Disember 2010

Bila aku spot and stalk banyak blog.. aku jadi buntu terlalu buntu. Banyak jugak orang buat blog khas untuk persiapan perkahwinan rupanya.. siap ada blog list yang semuanya bride to be.. ohooo.. sangat mengujakan dan mengharu birukan perasaanku. Kebanyakkannya mahu yang terbaik di majlis masing-masing. Kalau buat persiapan ke akhirat sedetail ini menarik jugakan? Siap bina satu blog tajuknya 'My Big Day Preparation' dan kat dalam blog tu isinya semua tentang hal-hal akhirat.. amacam? sure akan insaf sikit diri ini yang kurang berilmu bab musabab yang diceritakan tadi..

Ok.. melalut lagi.. kali ini aku nak bercerita tentang persiapan. Entahlah bila bercakap pasal persiapan ni aku malu sikit. Tak tahu macamana nak mula. Bukan aku saja, brother tu lagi la malu.. kami kadang-kadang cakap sikit pasal kahwin dan persiapan.. terus masing-masing jadi blur.. brother akan cakap.. "macam tak pecaya pulak.." Serius malu sebab daripada selalunya bercakap hal kerja.. tiba-tiba nak bercakap bab kahwin.. beratnya mulut nak bersuara.

Jadi pada bulan Disember 2010.. kami telah memakai topeng halimunan meloros masuk ke Karnival Perkahwinan 2010 di Stadium Malawati Shah Alam. Pergi waktu dekat-dekat maghrib.. jalan macam lipas kudung.. semata-mata sebab tidak mahu dihidu paparazzi.. hehehe.. tapi, yang bestnya.. waktu jejak saja ke booth pertama aku dengar nama aku di panggil " Kak Mass!".. Oh my!

Dekat tak parking dengan entrance..
harap-harap orang tak nampak.


Aku terserempak dengan mimi.. kawan sekelas Ekin. Nasib baiklah mimi.. taklah kisah sangat, sebab mimi tak tahu cerita kami.. hehe. Mimi bertugas di situ, booth mak saudara katanya. Sempatla mak saudara mimi promote butiknya.. memang cantik pelamin mak sedara mimi.

Kami teruskan perjalanan. Tapi memang laju gila jalan. Last-last kami berenti di hadapan pentas. Nampak Ana Rafali, Suhaimi Meor dan Altimet nyanyi lagu hit diorang. Sempatla aku snap gambar buat kenangan.. Ana Raffali memang cantik.. Altimet dah pernah jumpa waktu di AIM hari tu..



Bunga-bunga macam di atas tu bolehla dibuat masa bertunang. Mesti mama suka

Lepas spot pentas dan p.a sistem yang tak bagus kami pun teruskan perjalanan sambil snap beberapa gambar pelamin. Sempatlah aku beranikan diri pergi tanya pakej perkahwinan di sebuah booth special design besar gila (kalau dalam event dipanggil pavillion) di situ. "Bila tarikhnya?" Ooii, malunya bila dia tanya soalan tu.. brother jawab "Hujung tahun.." "Ooh dah tak lama, tadi dah ada orang booking tarikh 11.11.11".. Mak ai awalnya.. kami baru segan-segan silu lagi.. orang dah menempah.

Water droplets yang sangat comel!..nampak tak?

Terus borak punya borak.. akhirnya akak itu frust sikit dengan aku sebab aku matikan ayat dengan... "majlis saya buat di Penang"... ehehehe..

Hmm.. collections of brochures i got!
Gambar brother?.. ada tau..
tp takmo letak lagi.. nanti dulu k


Misi ditutup :: Doakan misi 'project wedding' ini berjaya..

Thursday, March 24, 2011

What it?

Misi mula :: Jan 2011

Sebagai perempuan, aku pasti u jugak akan merasakan yang sama. Jika boleh persiapan menemui hari 'permulaan berdua' mahu diperkemaskan sebaiknya.. hari itu seboleh-bolehnya mahu jadi sangat meriah, tersusun dan terjangka.

Namun, dalam hal yang asing.. kita juga perlu fikir perkara kedua selain hari itu sahaja. Banyak perkara perlu dilangsaikan sebelum menemui detik bersejarah itu. Soal keperluan dan kehendak menjadi soal paling penting untuk diberi perhatian.

Aku memulakan nota checklist dengan membuat dua bahagian column.. isinya adalah:
  1. Keperluan
  2. Kehendak
Dan aku pasti seperti u juga.. setiap kali melayar internet, jumpa apa saja yang best terus di save ke folder. Jadi sebetulnya misi ini bermula di sini: Right click > create folder > taip misi.

Folder Misi: Banyak tak?

Sikit saja boleh tunjuk ye.. alamatnya setahunlah saya tidur tak lena fikirkan banyak perkara. Mana taknya, kalau u perasan ada pic 'rumah' dalam folder Misi tu.. hahaha.. takkan dah siap-siap nak design bentuk rumahkan? kan?.. terbeliak biji mata Brother nanti.. Sebenarnya itu jugalah salah satu dari persiapan awal kami sekeluarga (Brother tak tau kewujudan folder ni pun.. tapi dia pun ade folder. Nama foldernya tersangatlah obvious.. nak tau apa.. It's KAHWIN.. siap capital letter).

Bebalik pada gambar rumah tu. Nak tau untuk apa?? Scrolllah..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Cat rumah! Jangan gelak.

Misi ditutup :: Masih belum ada pilihan warna.. please advice!

1st Date Ideas?

Misi mula :: April 2009

Seingat aku inilah kali pertama aku mengikuti Brother keluar 'bukan atas urusan kerja'. Waktu ini kami ke pesta buku di PWTC dan singgah makan di Mid Vallos. Wah, ke pesta buku tuuu.. Sebab ini jugalah, aku tak menolak.. yalah, tak pernah pun jejak pesta buku.. jadi dah orang ajak.. ikutkan aja.. lagipun, ke'sempoi'annya tidak pernah menimbulkan curiga padaku.. adakah ini dikira dating?.. haha..

Ini bukan datinglah.. sebab waktu ini kami tiada apa-apa hubungan istimewa. Istilah 'couple' tidak pernah terlintas di kepala. Nak tau apa aku beli? Aku tak beli apa-apapun tetapi Brother ada belikan satu buku yang buat aku touching sekejap.. nak taukah apa bukunya? sila lihat di bawah..

Aku bacalah jugak ceritanya. Cerita yang agak ringan dan bahasa yang mudah difahami. Menceritakan tentang kehidupan isteri kepada insan yang bernama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Brother beli apa? Owh.. Brother yang minat membaca ni beli begitu banyak buku.. antara yang aku ingat adalah novel Natrah dan beberapa buku tentang Muzik. Lupanya dali awal itu olang sulah hint ka??..

Gambar curi yang diambil masa tu..
hehe.. aku terjumpa di dalam hpnya.. peace!



Misi ditutup :: Brother kata, susah jugak nak buat keputusan untuk ajak keluar

Wednesday, March 23, 2011

Selamat Hari Lahir


Saya mahu Brother sihat.. banyak lagi yang akan dilakukan bersama.. jauh lagi perjalanan kita..

Selamat Hari Lahir..

- Masliza


12,11 dan 10 bulan

Sebaiknya, aku meletakkan beberapa checklist bermula dari 12 bulan sehinggalah ke bulan-bulan seterusnya untuk memudahkan persediaan dibuat. InsyaAllah, selain aku.. u yang membaca juga atau sesiapa saja B2B boleh jadikannya panduan. Checklist ini adalah sebahagian dari rujukan aku dalam majalah pengantin dan pengalaman aku dalam merancang beberapa perkahwinan client sebelum ini. Jadi jom kita mulakan dengan 12 bulan sebelum, 11 bulan sebelum dan 10 bulan sebelum. Bulan-bulan seterusnya akan disusul mengikut tempohnya nanti. Jadikan teruskanlah mengikuti misi ini atau klik saja label checklist untuk melihat kesemuanya.

12 Bulan sebelum
  1. Berbincang tentang tarikh dengan keluarga : sudah
  2. Mengatur bajet yang diperlukan : sudah
  3. Meneliti lokasi kerana jika di dewan perlu tempahan awal : sudah
  4. Merancang cara jamuan bufet atau hidang : sudah
11 Bulan sebelum
  1. Menetapkan tarikh bertunang (kalau belum bertunang), tarikh nikah, kahwin dan bertandang : sudah
  2. Mengikuti kursus kahwin : aku sudah, bro belum
  3. Mengintai pakaian/persalinan : belum
  4. Membeli barangan hantaran : belum.. tak awal sangat ker?
10 Bulan sebelum
  1. Memilih pengapit : ada beberapa nama disenarai pendek tapi belum finalize
  2. Merancang warna tema : sudah
  3. Mencari beberapa lokasi dan tarikh majlis perkahwinan : sudah

How To Start?


Nak memulakan misi memang susah sangat rupanya. Aku ni macam berada dalam dunia fantasi saja bila bercakap pasal majlis perkahwinan idaman. Selain perlu selesaikan soal borang memborang (belum mula pun lagi).. perihal majlis perkahwinan nanti masih samar-samar perancangannya.. hang kata hang teror.. rupanya bila in realiti aku jadi serba tak kena.. nak pilih warna tema pun kelam kabut.. hehe.. nasib baiklah ada keluarga yang membantu.. jadi skill sebagai event mulalah diaplikasikan sebagai buah mula untuk meneruskan misi yang masih dalam kesamaran nih..

Jadi.. checklist adalah perkara terpenting untuk dimulakan dalam hal ni.. u all ada checklist tak?

Aku harap, pembangunan wedding blog misi ini sedikit sebanyak atau pun sebanyak-banyak dapat bantu aku.

"Aku berpendapat majlis perkahwinan adalah sebuah majlis kemuncak sesebuah ikatan kekeluargaan.. jika ada yang berjauhan akan didekatkan, yang berselisih faham akan dileraikan.. bukan hanya dalam konteks menyatukan 2 hati atau sebuah keluarga sahaja.. malah berpuluh-puluh keluarga disatukan.."

Maka kerana inilah aku berjanji untuk meletakkan sepenuh keringat dalam menjayakan misi ini. Moga Allah memberi kekuatan kepada kami dan melancarkan misi ini.. Amin..

Jadi jom sama-sama ikuti misi ini untuk perkongsian bersama. Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim.. aku mulakan projek misi ini.


Monday, March 14, 2011

The Proposal!

Malam ini jiwaku resah sedikit.. Brother akan menemui abang buat pertama kali esok.. Allah, moga Kau tahu deras hati ini.. semoga engkau restu perjalanan ini. Permudahkan urusan kami.. Ameen.

-Hati

... Mungkin apabila diingatkan semula.. semuanya hanya akan meninggalkan gelak tawa dan sayu hati yang saling berbaur. Tidak pernah aku menyangka akan menerima kejutan besar di Ramadhan 19 tahun 2009 lalu. Ah! 2009? Dah lama?

Begini ceritanya.. sebelum tu diingatkan entri ini kepada beberapa orang yang nak tahu saja.. cerita ini panjang lebar dan memakan masa yang lama.. maklumlah 3 tahun punya cerita.. jadi jika nak baca betul-betul aku prefer u pergi buat milo panas atau nescafe tarik.. sebab bila panjang.. kalau cerita tak best.. u akan bosan.. dan tertidur di depan blog ini.. sangat mengecilkan hati saya ok!

Kali Pertama

Pertama kali aku kenalnya pada 1 April 2007, 4 tahun lepas.. siap ingat. Sebenarnya itu adalah tarikh aku melaporkan diri ke tempat kerja. Lepas sebulan grad terus dapat kerja di situ. Al kisah sebelum itu aku beristikharah juga untuk 2 pilihan tempat, akhirnya hati lebih berat di sini. Tidak lebih, hanya mengenalnya sebagai salah seorang majikanku.. setahu aku, dia baru sahaja lepas tamat MBA pada waktu itu.

Brother pula cakap dia ingat hari pertama aku masuk interview lagi.. siap ingat aku pakai baju apa.. yang aku pun tak ingat. Jadi kalau dia tipu pun aku tak tau.. tapi pastinya costum standard untuk candidate yang nak datang interview.. skema itu sudah pasti.


Walaupun kami sudah kenal lama, hakikatnya hanyalah sekadar hubungan staff dan majikan. Kalau u nak tahu, brother ni agak garang jugaklah.. kecut perut jugak kadang-kadang bila time bergaduh di bilik meeting.. jadi kalau orang cakap dia sukakan aku waktu itu.. haruslah aku tidak percaya.. tapi memang tak ada yang cakap pun..

Kronologi dan Keluarga

Kalau u perasan (mesti tak perasankan.. hehe), sewaktu aku menyertai Final Pencarian Cover Girl Nur & Dara.Com Brother ada bersama di 2 majlis yang dianjurkan. Satu, semasa press conference (pc) di KL Tower dan satu lagi semasa grand final (gf). Owh, sebelum tu.. bila buat kronologi perlu ada tarikhkan.. kiranya grand final pada 090809 iaitu sebulan sebelum proposal.. jadi sekitar bulan Ogos 2009 Brother memang agak rapat dengan aku kerana dialah tempat aku berkongsi idea sepanjang pertandingan ini berlangsung. Aku ingat lagi.. sehari sebelum grand final aku duduk dengan brother untuk buat persiapan Q & A. Aku bagi soalan dan brother yang siapkan jawapan. Hadith yang aku keluarkan waktu sesi soal jawab itu adalah hadith yang brother berikan jugak, siap keluar majalah.. 'Jawapan Masliza berjaya mencuri hati juri'.. mana taknya siap bukak hadith lagi.. nak tahu apa hadithnya.. "Allah itu cantik dan sukakan kecantikan". Simple je hadithnya.. mana boleh panjang-panjang.. aku ni lemah sikit bab menghafal. Kerana hadith tu juga mungkin melayakkan aku menerima gelaran 'Finalis Favourite'.. ye ke?.

Apapun, memang semasa dalam program brother banyak beri aku nasihat berguna. Dia banyak mengingatkan aku tentang arah tujuan dan matlamat sebenar. Yalah, mungkin dia tak mahu aku terbawak-bawak sangat dengan klise kehidupan model yang kebanyakkan kita dengar.. hehe.. dia banyak pengalamanla dalam hal ni.. jadi yang baik aku ambil sebagai teguran dari orang berpengalaman.

Dari situlah keluarga menghidu sesuatu.. tetapi disebabkan Brother muncul di grand final NUR & Dara.Com sebagai jemputan dari Karangkraf jadi mama tidaklah syak sangat. Diingatkan semula, brother datang sebagai VIP jemputan oleh Karangkraf.. dan aku pula ditemani Zameela sewaktu pc dan ditemani keluarga dan Ekin sewaktu gf..
Buktinya..

Cuma naluri seorang ibu dapat merasakannya.. mama ada tanya.. aku hanya tergelak dan jawap seadanya.. aku sendiri tidak tahu status brother waktu itu.. hal peribadi tidak banyak yang disentuh, kami selalunya bicara soal kerja dan keluarga..

Date Revealed


090909 Bersamaan 19 Ramadhan.. (6 bulan selepas Fisrt Date Ideas..lamakan brother ambik masa?).. Sebetulnya kata Brother dia tidak perasan tarikhnya adalah 9 September 2009. Cuma dia lebih merancang untuk melangsaikannya pada bulan Ramadhan.. dan.. dan.. tahu berapa lama aku mengambil masa? Jawapannya adalah...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Istikharah
*
*
*
*
*
Keluarga
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Bermusyawarah
*
*
*
*
Keluarga
*
*
*
Istikharah
*
*
*
*
Hati
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
..jawapannya setahun.

..aku mengambil masa setahun selepas tarikh keramat itu untuk mengatakan 'ya'.. rasanya sampai sekarang pun belum kata 'ya'.. huhu.. Kenapa lama sangat? Sebetulnya u kena tanya diri u sendiri.. apakah yang u akan buat jika u dilamar boss u sendiri?


Banyak perkara berlaku sepanjang setahun. Kami tidak bercinta, jadi bagaimana untuk lalui ini? Aku asing hal ini.. sangat asing hadapi perkara ini. Hidup aku yang penuh kerahsiaan ini pasti punya banyak hal yang mahu di'reveal'.. kerana saat Brother lamar aku.. dia tidak kenal benar siapa aku.. dia tidak tahu siapa teman-temanku.. malah Brother tidak tahu samaada aku sudah berpunya atau tidak..

Yet, aku tidak menyesal mengambil masa yang lama untuk memutuskan ini.. hanya kerana aku mahu sedaya upayaku untuk membuat keputusan ke atas masa depan kekalku dengan tepat.. keputusan paling penting.. yang dengannya, kehidupanku bisa berubah serta merta.. aku perlu betul dalam keputusan ini. Malah sepanjang tempoh itu juga aku banyak diuji.. kami banyak diuji.. ujian yang semuanya punya rahmat tinggi..

..dan saat keputusan sudah berada di tangan.. (yang dimasa itu jugalah jatuh bulan Ramadhan), syukurnya Brother masih ada di situ.. istilah sedihnya.. masih menunggu.. masih mahukan jawapanku.. masih menantikan keputusanku.. Terima kasih bro.. you are awesome!

Done! Setakat ini sahaja.. yang lain-lainnya simpan sedikit menjadi rahsia kami yea.. Cuma mau cakap satu.. dilamar orang asing lebih 'best' berbanding dilamar kekasih sendiri.. peace!

P/s: Gambar proposal tu bukan bro ye.. sekadar gambar hiasan.. c:

ShareThis