Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Wednesday, March 23, 2011

12,11 dan 10 bulan

Sebaiknya, aku meletakkan beberapa checklist bermula dari 12 bulan sehinggalah ke bulan-bulan seterusnya untuk memudahkan persediaan dibuat. InsyaAllah, selain aku.. u yang membaca juga atau sesiapa saja B2B boleh jadikannya panduan. Checklist ini adalah sebahagian dari rujukan aku dalam majalah pengantin dan pengalaman aku dalam merancang beberapa perkahwinan client sebelum ini. Jadi jom kita mulakan dengan 12 bulan sebelum, 11 bulan sebelum dan 10 bulan sebelum. Bulan-bulan seterusnya akan disusul mengikut tempohnya nanti. Jadikan teruskanlah mengikuti misi ini atau klik saja label checklist untuk melihat kesemuanya.

12 Bulan sebelum
  1. Berbincang tentang tarikh dengan keluarga : sudah
  2. Mengatur bajet yang diperlukan : sudah
  3. Meneliti lokasi kerana jika di dewan perlu tempahan awal : sudah
  4. Merancang cara jamuan bufet atau hidang : sudah
11 Bulan sebelum
  1. Menetapkan tarikh bertunang (kalau belum bertunang), tarikh nikah, kahwin dan bertandang : sudah
  2. Mengikuti kursus kahwin : aku sudah, bro belum
  3. Mengintai pakaian/persalinan : belum
  4. Membeli barangan hantaran : belum.. tak awal sangat ker?
10 Bulan sebelum
  1. Memilih pengapit : ada beberapa nama disenarai pendek tapi belum finalize
  2. Merancang warna tema : sudah
  3. Mencari beberapa lokasi dan tarikh majlis perkahwinan : sudah

No comments:

ShareThis