
Nak memulakan misi memang susah sangat rupanya. Aku ni macam berada dalam dunia fantasi saja bila bercakap pasal majlis perkahwinan idaman. Selain perlu selesaikan soal borang memborang (belum mula pun lagi).. perihal majlis perkahwinan nanti masih samar-samar perancangannya.. hang kata hang teror.. rupanya bila in realiti aku jadi serba tak kena.. nak pilih warna tema pun kelam kabut.. hehe.. nasib baiklah ada keluarga yang membantu.. jadi skill sebagai event mulalah diaplikasikan sebagai buah mula untuk meneruskan misi yang masih dalam kesamaran nih..

Jadi.. checklist adalah perkara terpenting untuk dimulakan dalam hal ni.. u all ada checklist tak?
Aku harap, pembangunan wedding blog misi ini sedikit sebanyak atau pun sebanyak-banyak dapat bantu aku.
"Aku berpendapat majlis perkahwinan adalah sebuah majlis kemuncak sesebuah ikatan kekeluargaan.. jika ada yang berjauhan akan didekatkan, yang berselisih faham akan dileraikan.. bukan hanya dalam konteks menyatukan 2 hati atau sebuah keluarga sahaja.. malah berpuluh-puluh keluarga disatukan.."
Maka kerana inilah aku berjanji untuk meletakkan sepenuh keringat dalam menjayakan misi ini. Moga Allah memberi kekuatan kepada kami dan melancarkan misi ini.. Amin..
Jadi jom sama-sama ikuti misi ini untuk perkongsian bersama. Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim.. aku mulakan projek misi ini.
Jadi jom sama-sama ikuti misi ini untuk perkongsian bersama. Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim.. aku mulakan projek misi ini.
No comments:
Post a Comment