Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Monday, March 14, 2011

The Proposal!

Malam ini jiwaku resah sedikit.. Brother akan menemui abang buat pertama kali esok.. Allah, moga Kau tahu deras hati ini.. semoga engkau restu perjalanan ini. Permudahkan urusan kami.. Ameen.

-Hati

... Mungkin apabila diingatkan semula.. semuanya hanya akan meninggalkan gelak tawa dan sayu hati yang saling berbaur. Tidak pernah aku menyangka akan menerima kejutan besar di Ramadhan 19 tahun 2009 lalu. Ah! 2009? Dah lama?

Begini ceritanya.. sebelum tu diingatkan entri ini kepada beberapa orang yang nak tahu saja.. cerita ini panjang lebar dan memakan masa yang lama.. maklumlah 3 tahun punya cerita.. jadi jika nak baca betul-betul aku prefer u pergi buat milo panas atau nescafe tarik.. sebab bila panjang.. kalau cerita tak best.. u akan bosan.. dan tertidur di depan blog ini.. sangat mengecilkan hati saya ok!

Kali Pertama

Pertama kali aku kenalnya pada 1 April 2007, 4 tahun lepas.. siap ingat. Sebenarnya itu adalah tarikh aku melaporkan diri ke tempat kerja. Lepas sebulan grad terus dapat kerja di situ. Al kisah sebelum itu aku beristikharah juga untuk 2 pilihan tempat, akhirnya hati lebih berat di sini. Tidak lebih, hanya mengenalnya sebagai salah seorang majikanku.. setahu aku, dia baru sahaja lepas tamat MBA pada waktu itu.

Brother pula cakap dia ingat hari pertama aku masuk interview lagi.. siap ingat aku pakai baju apa.. yang aku pun tak ingat. Jadi kalau dia tipu pun aku tak tau.. tapi pastinya costum standard untuk candidate yang nak datang interview.. skema itu sudah pasti.


Walaupun kami sudah kenal lama, hakikatnya hanyalah sekadar hubungan staff dan majikan. Kalau u nak tahu, brother ni agak garang jugaklah.. kecut perut jugak kadang-kadang bila time bergaduh di bilik meeting.. jadi kalau orang cakap dia sukakan aku waktu itu.. haruslah aku tidak percaya.. tapi memang tak ada yang cakap pun..

Kronologi dan Keluarga

Kalau u perasan (mesti tak perasankan.. hehe), sewaktu aku menyertai Final Pencarian Cover Girl Nur & Dara.Com Brother ada bersama di 2 majlis yang dianjurkan. Satu, semasa press conference (pc) di KL Tower dan satu lagi semasa grand final (gf). Owh, sebelum tu.. bila buat kronologi perlu ada tarikhkan.. kiranya grand final pada 090809 iaitu sebulan sebelum proposal.. jadi sekitar bulan Ogos 2009 Brother memang agak rapat dengan aku kerana dialah tempat aku berkongsi idea sepanjang pertandingan ini berlangsung. Aku ingat lagi.. sehari sebelum grand final aku duduk dengan brother untuk buat persiapan Q & A. Aku bagi soalan dan brother yang siapkan jawapan. Hadith yang aku keluarkan waktu sesi soal jawab itu adalah hadith yang brother berikan jugak, siap keluar majalah.. 'Jawapan Masliza berjaya mencuri hati juri'.. mana taknya siap bukak hadith lagi.. nak tahu apa hadithnya.. "Allah itu cantik dan sukakan kecantikan". Simple je hadithnya.. mana boleh panjang-panjang.. aku ni lemah sikit bab menghafal. Kerana hadith tu juga mungkin melayakkan aku menerima gelaran 'Finalis Favourite'.. ye ke?.

Apapun, memang semasa dalam program brother banyak beri aku nasihat berguna. Dia banyak mengingatkan aku tentang arah tujuan dan matlamat sebenar. Yalah, mungkin dia tak mahu aku terbawak-bawak sangat dengan klise kehidupan model yang kebanyakkan kita dengar.. hehe.. dia banyak pengalamanla dalam hal ni.. jadi yang baik aku ambil sebagai teguran dari orang berpengalaman.

Dari situlah keluarga menghidu sesuatu.. tetapi disebabkan Brother muncul di grand final NUR & Dara.Com sebagai jemputan dari Karangkraf jadi mama tidaklah syak sangat. Diingatkan semula, brother datang sebagai VIP jemputan oleh Karangkraf.. dan aku pula ditemani Zameela sewaktu pc dan ditemani keluarga dan Ekin sewaktu gf..
Buktinya..

Cuma naluri seorang ibu dapat merasakannya.. mama ada tanya.. aku hanya tergelak dan jawap seadanya.. aku sendiri tidak tahu status brother waktu itu.. hal peribadi tidak banyak yang disentuh, kami selalunya bicara soal kerja dan keluarga..

Date Revealed


090909 Bersamaan 19 Ramadhan.. (6 bulan selepas Fisrt Date Ideas..lamakan brother ambik masa?).. Sebetulnya kata Brother dia tidak perasan tarikhnya adalah 9 September 2009. Cuma dia lebih merancang untuk melangsaikannya pada bulan Ramadhan.. dan.. dan.. tahu berapa lama aku mengambil masa? Jawapannya adalah...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Istikharah
*
*
*
*
*
Keluarga
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Bermusyawarah
*
*
*
*
Keluarga
*
*
*
Istikharah
*
*
*
*
Hati
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
..jawapannya setahun.

..aku mengambil masa setahun selepas tarikh keramat itu untuk mengatakan 'ya'.. rasanya sampai sekarang pun belum kata 'ya'.. huhu.. Kenapa lama sangat? Sebetulnya u kena tanya diri u sendiri.. apakah yang u akan buat jika u dilamar boss u sendiri?


Banyak perkara berlaku sepanjang setahun. Kami tidak bercinta, jadi bagaimana untuk lalui ini? Aku asing hal ini.. sangat asing hadapi perkara ini. Hidup aku yang penuh kerahsiaan ini pasti punya banyak hal yang mahu di'reveal'.. kerana saat Brother lamar aku.. dia tidak kenal benar siapa aku.. dia tidak tahu siapa teman-temanku.. malah Brother tidak tahu samaada aku sudah berpunya atau tidak..

Yet, aku tidak menyesal mengambil masa yang lama untuk memutuskan ini.. hanya kerana aku mahu sedaya upayaku untuk membuat keputusan ke atas masa depan kekalku dengan tepat.. keputusan paling penting.. yang dengannya, kehidupanku bisa berubah serta merta.. aku perlu betul dalam keputusan ini. Malah sepanjang tempoh itu juga aku banyak diuji.. kami banyak diuji.. ujian yang semuanya punya rahmat tinggi..

..dan saat keputusan sudah berada di tangan.. (yang dimasa itu jugalah jatuh bulan Ramadhan), syukurnya Brother masih ada di situ.. istilah sedihnya.. masih menunggu.. masih mahukan jawapanku.. masih menantikan keputusanku.. Terima kasih bro.. you are awesome!

Done! Setakat ini sahaja.. yang lain-lainnya simpan sedikit menjadi rahsia kami yea.. Cuma mau cakap satu.. dilamar orang asing lebih 'best' berbanding dilamar kekasih sendiri.. peace!

P/s: Gambar proposal tu bukan bro ye.. sekadar gambar hiasan.. c:

No comments:

ShareThis