Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Friday, March 25, 2011

Project Wedding

Misi mula :: Disember 2010

Bila aku spot and stalk banyak blog.. aku jadi buntu terlalu buntu. Banyak jugak orang buat blog khas untuk persiapan perkahwinan rupanya.. siap ada blog list yang semuanya bride to be.. ohooo.. sangat mengujakan dan mengharu birukan perasaanku. Kebanyakkannya mahu yang terbaik di majlis masing-masing. Kalau buat persiapan ke akhirat sedetail ini menarik jugakan? Siap bina satu blog tajuknya 'My Big Day Preparation' dan kat dalam blog tu isinya semua tentang hal-hal akhirat.. amacam? sure akan insaf sikit diri ini yang kurang berilmu bab musabab yang diceritakan tadi..

Ok.. melalut lagi.. kali ini aku nak bercerita tentang persiapan. Entahlah bila bercakap pasal persiapan ni aku malu sikit. Tak tahu macamana nak mula. Bukan aku saja, brother tu lagi la malu.. kami kadang-kadang cakap sikit pasal kahwin dan persiapan.. terus masing-masing jadi blur.. brother akan cakap.. "macam tak pecaya pulak.." Serius malu sebab daripada selalunya bercakap hal kerja.. tiba-tiba nak bercakap bab kahwin.. beratnya mulut nak bersuara.

Jadi pada bulan Disember 2010.. kami telah memakai topeng halimunan meloros masuk ke Karnival Perkahwinan 2010 di Stadium Malawati Shah Alam. Pergi waktu dekat-dekat maghrib.. jalan macam lipas kudung.. semata-mata sebab tidak mahu dihidu paparazzi.. hehehe.. tapi, yang bestnya.. waktu jejak saja ke booth pertama aku dengar nama aku di panggil " Kak Mass!".. Oh my!

Dekat tak parking dengan entrance..
harap-harap orang tak nampak.


Aku terserempak dengan mimi.. kawan sekelas Ekin. Nasib baiklah mimi.. taklah kisah sangat, sebab mimi tak tahu cerita kami.. hehe. Mimi bertugas di situ, booth mak saudara katanya. Sempatla mak saudara mimi promote butiknya.. memang cantik pelamin mak sedara mimi.

Kami teruskan perjalanan. Tapi memang laju gila jalan. Last-last kami berenti di hadapan pentas. Nampak Ana Rafali, Suhaimi Meor dan Altimet nyanyi lagu hit diorang. Sempatla aku snap gambar buat kenangan.. Ana Raffali memang cantik.. Altimet dah pernah jumpa waktu di AIM hari tu..



Bunga-bunga macam di atas tu bolehla dibuat masa bertunang. Mesti mama suka

Lepas spot pentas dan p.a sistem yang tak bagus kami pun teruskan perjalanan sambil snap beberapa gambar pelamin. Sempatlah aku beranikan diri pergi tanya pakej perkahwinan di sebuah booth special design besar gila (kalau dalam event dipanggil pavillion) di situ. "Bila tarikhnya?" Ooii, malunya bila dia tanya soalan tu.. brother jawab "Hujung tahun.." "Ooh dah tak lama, tadi dah ada orang booking tarikh 11.11.11".. Mak ai awalnya.. kami baru segan-segan silu lagi.. orang dah menempah.

Water droplets yang sangat comel!..nampak tak?

Terus borak punya borak.. akhirnya akak itu frust sikit dengan aku sebab aku matikan ayat dengan... "majlis saya buat di Penang"... ehehehe..

Hmm.. collections of brochures i got!
Gambar brother?.. ada tau..
tp takmo letak lagi.. nanti dulu k


Misi ditutup :: Doakan misi 'project wedding' ini berjaya..

No comments:

ShareThis