Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Friday, March 25, 2011

Majlis Di Mana?

Misi mula :: Febuari 2011

Mama memang sudah lama berhasrat nak mengadakan majlis di dewan. Sudah 3 kali majlis buat di rumah, kali ini buat di dewan pula. Tukar suasana. Aku ikutkan saja, mana yang baik pada mereka itulah terbaik buatku.

Tanpa berlengah, selepas kami sekeluarga berbincang mengenai tarikh terus pagi itu sebelum pulang ke KL, aku dan abang ke dewan pilihan untuk booking tarikh. Sebelumnya kami sekeluarga dah pun siap-siap pusing-pusing tengok dewan yang sesuai.

Antara dewan dalam senarai adalah (Mengikut keutamaan pilihan):
  1. Dewan Budi Penyayang (Penyayang)
  2. Dewan Majlis Perbandaran (MPSP)
  3. Dewan Serbaguna Sungai Dua
Dewan MPSP

Memang kami terus saja ke Penyayang untuk booking tarikh. Alhamdulillah nampaknya urusan membuat tempahan dewan mudah. Petugasnya pon peramah. Aku sempat jenguk di dalamnya.. mula mengeluarkan sedikit skill event yang ada.. tapi tak semualaa.. nanti nampak macam poyo sangat pulak. Owh.. memang hatiku gembira betul sebab keadaan dewannya sama seperti apa yang aku mahukan. Tidak terlalu besar dan banyak kawasan parking berpagar. Apapun kami sempat singgah ke Dewan MPSP juga untuk puaskan hati.

Selepas berbincang, abang terus booking tarikh di Penyayang.

Nampaknya pilihan pertama memang menjadi pilihan kami. Jadi.. tarikhnya sudah ditempah ye. Perkara ini hanya beberapa orang terdekat saja yang tahu... syyyy! Belum mahu heboh lagi. Sangat awal rasanya. Sebenarnya walaupun tarikh ditempah pada bulan Februari itu tidak bermakna kami terlalu awal. Rupanya ada yang lebih awal.. ada sudah tempah sejak bulan Disember tahun lepas untuk majlis November tahun ini.. hah macamana tu..

Misi ditutup :: Kalau nak tengok Dewan Penyayang kena datang majlis sayalah!

No comments:

ShareThis