Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Sunday, March 27, 2011

Color Theme?


Misi mula : Mac 2011

Mulanya mungkin di sini. Bila hal tempahan dewan sudah dibuat, kami sekeluarga mula menentukan warna tema. Tetapi jika diikutkan, warna tema majlis perkahwinan aku sudah ditentukan lama dulu.. walaupun waktu itu aku belum pun bercadang nak kahwin.. maksudnya, dari zaman belajar lagi atau dari kecik-kecik lagi mama sudah aim warna kegemaranku sebagai warna tema majlis kami nanti.. huhu.. okay, dah pecah rahsiakan.. memang hakikatnya, ramai orang pun boleh syak.. apakah warnanya.. jika mereka selalu mengikuti 'my rules' atau rapat dengan aku.. okay, dalam hal ni tiada kompromi.. u betullah!

Hah, pening tak?

Tapi.. ada tapinya.. disebabkan faktor peredaran masa, faktor color trend dan faktor usia.. warna tema yang ada dalam fikiran kalian sebenarnya tidaklah begitu tepat mungkin.. kerana warna kegemaranku akan kuterjemahkan dalam olahan warna yang agak berbeza dari selalunya.. kiranya mungkin ianya akan menjadi warna-warna kegemaran pantone mengikut warna trend semasa. Tengoklah macamana.. kita lihat sajalah menjadi atau tidak karyaku nanti.. huhu.. majlis aku.. aku punya sukalah.. peace!

Lavender theme color.. sweet jugakkan?

Tips Membuat Mix & Match untuk Warna Tema

Mungkin u tak perasan atau tidak pernah terfikir mengenai bagaimana mendapatkan warna campuran yang sesuai, unik dan menarik. Jadi aku ada sedikit tips yang aku jumpa dalam pembacaanku beberapa masa dulu. Caranya begini..
  1. Buat kombinasi warna mengunakan software editing. Tak kiralah menggunakan paint ke, gimp editor ke atau photoshop, asalkan boleh melihat keserasian warna dengan jelas. Contohnya seperti ini:
  2. Keduanya boleh juga menggunakan kombinasi warna riben. Kaedahnya sama juga macam yang di atas.
  3. Cara lain adalah dengan terus mencampurkan item-item perkahwinan dalam satu gambar seperting kolaj. Google sahaja gambar-gambar dress, cake dan lain-lain yang punya warna sedondon dengan warna yang anda mahu padankan. Jadi hasilnya lebih tepat dan gambarannya lebih jelas.
Contoh wedding collage

Rasanya dapat membantu tak? Cubalah dulu ya.. pasti akan ada sedikit bantuan.. dan jangan lupa kongsi semua ini dengan ahli keluarga yang lain supaya bila kita dah beriya dengan warna-warna pilihan di hati tiba-tiba mak cakap.. no!.. selamat mencuba..

Misi ditutup : Alhamdulillah.. Bab ini sudah settle..

No comments:

ShareThis