Sebetulnya wedding theme ideas ni lebih baik dibincangkan dengan wedding planner kerana biasanya mereka lebih arif..
Ini boleh dikatakan salah satu perkara mula yang perlu ada dalam checklist awal. Aku tidak begitu arif atau punya keinginan keterlaluan sangat soal ini.. cuma jika disoal berulang kali barulah aku akan jawab.. yang aku sebenarnya lebih terarah kepada majlis perkahwinan yang mempunyai ciri-ciri modern look atau elegan, jika boleh request aku mahu order pelamin yang punya banyak unsur kaca dan cermin dan mempunyai kombinasi warna-warna earth color dan natural plus semua hiasan berbentuk empat segi, diamond dan tiada bunga-bungaan walaupun sekuntum. Tetapi mungkin ini juga akan menggolongkan aku dalam kalangan manusia pelik yang selalu buat permintaan tidak logik. Jadi aku perlu ada back up pilihan lain untuk menaturalkan kehendak dengan logik.. huhu..
Dan.. aku memilih.. err.. aku memilih untuk menjadi bagaikan puteri bersimpuh malu di pelaminan indah.. penuh bunga-bungaan indah menyambut tetamu di muka pintu..ahaha.. baiklah merapu.. Dan (boleh ke D tu huruf besar?) sehingga hari ini.. aku tidak memberatkan sangat soal itu.. asalkan yang terpenting.. dan yang paling aku tidak putus berdoa.. makanannya jangan tidak cukup udahlahhh..
Hmmm..tapiiii kenapa aku sibuk tanya prof google "Pelamin 2011"? Haissshhh..

aku akan terpaksa juga cakap gambar di atas boleh jadi sebuah pelamin
yang aku fikir sangat steady konsep dan temanya
No comments:
Post a Comment