Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Wednesday, March 30, 2011

9 Bulan

Misi tinggal 9 bulan lagi..

  1. Perlu menyusun nama tetamu
  2. Pilih katering
  3. Pilih juru foto dan juruvideo
:Status:

Menyusun nama tetamu

Bahagian ini boleh dikatakan sudah mula di susun. Apa yang aku buat adalah membuka satu excel file dan menulis nama-nama mengikut kategori seperti keluarga, kawan sekolah rendah, menengah, universiti, jiran, client, wartawan, officemate dan lain-lain. Jika aku teringat saja aku akan buka file ini dan terus isi.

Pilih katering

Katering untuk majlis pertunangan aku serahkan pada mama dan kak An. Kak An ada kenalan yang sudah biasa dengannya. Untuk majlis resepsi lebih mudah kerana Dewan Penyayang sudah ada katering panel mereka iaitu Penang Golf Resort. Bulan 6 nanti perlu jumpa mereka untuk bincang tentang persiapan.

Pilih jurufoto dan video

Bab ini bagiku memang terlalu penting. Aku belum membuat hebahan tentang ini lagi. Aku bercadang untuk mengambil 5 kategori jurufoto/photog. Pre-wedding, bertunang, nikah, persiapan dan resepsi 2 belah. Jadi bab ini boleh dikatakan belum disentuh lagi. InsyaAllah selepas misi ini diisytiharkan aku akan membuat sedikit hebahan mengenai ini.

No comments:

ShareThis