Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Wednesday, March 30, 2011

Jakel Oh Jakel

Misi mula :: Penghujung Mac 2011

Jika nak diceritakan semuanya.. memang banyak. Bila brother dengar aku cakap aku sudah tulis tentang kami ke karnival pengantin.. brother cakap "Cepatnya.. banyak yang diskip tu.." Ya kan.. memang banyak yangaku skip semasa-mata untuk tidak menjuihkan semuanya.. biarlah sesetengahnya menjadi rahsia kami.. rahsia keluarga.. aku mahu kongsi di sini adalah persiapan project wedding.. cerita tentang kami.. boleh je.. cuma sikit-sikit dan slow-slow. Memang blog ini tidak ada flow, jadi yang membaca kena tengok bila misi ini bermula untuk tahu kronologinya..

Semasa aku menulis hari ini. Kami sudah pun melalui satu lagi fasa penting iaitu berkunjung ke Jakel. Amboi awalnya.. memang itulah hakikatnya. Itu pun brotherlah yang punya idea. Akhirnya, kami pun tibalah di Jakel Seksyen 7 lepas maghrib. Waktu-waktu begini sajalah boleh ke mana-mana.. waktu lain kami sibuk.. haiii.. asyik sibuk je kan..
Sampai di Jakel, kami naik tingkat 3.. pekerja Jakel ni terlalu ramah tamah dan kadang-kadang sampai rimas pun ada jugak. Dalam kes aku ni.. aku dan brother ni tak berapa pandai sangat pasal kain-kain bagai.. so, sepatutnya dia bagilah kami masa memilih atau berbincang.. ni tak, siap paksa-paksa suruh beli cepat sebab takut tailor dah tak ambik tempahan.. mak aiii.. 6,7 bulan lagi kot!.. Masalahnya kami tidak boleh tergesa-gesa buat pilihan kerana:
  1. Memang niat asal nak tengok-tengok dulu..
  2. Kain yang nak dibeli tidak tahu untuk tujuan bertunang atau nikah
  3. Tidak ada warna yang sudah diperuntukkan atau dibincangkan
  4. Tidak tahu jenis kain yang menjadi trend..
  5. Memang kami tak tahu pasal kain.. hehe
Bila terjadi perkara ini.. barulah kami berdua sedar yang kami masih berada dalam kesamaran kefahaman tentang majlis besar kami.. huhu.. barulah saya tahu, yang selama ini folder misi penuh dengar gambar baju tetapi tidak ada yang membantu bila berada dalam realiti sebenar.. masa memilih kain saya jadi rambang mata.. dan tidak tahu mana trend terkini. Jadi.. brother letakkan deposit dahulu untuk booking. Kami akan datang semula dengan ilmu penuh di dada.. hehe.

Semasa pulang aku beritahu brother.. aku sudah ada design baju tunang yang aku suka.. sudah ada dalam simpanan (dalam folder misi la tu..). Jadi kain itu kemungkinan besar bukan untuk tunang.. lepas itu.. aku juga ada banyak koleksi gambar baju nikah yang aku suka.. tetapi tidak pula aku ambil kisah apa jenis kainnya.. jadi lepas ini aku akan buat researh tentang kain pula.. that's my promise to you.

Barulah brother faham.. dan bila pulang ke pejabat (curi-curi waktu kerja bolehkan? kan?) aku tunjuk gambar-gambarnya brother terus cakap ok.. siap buat muka teruja lagi.. so style katanya.. yea.. that's what i want from him.. the two words.. hehe.. jadi aku pun mulakan misi meninjau-ninjau jenis kain..
Lace
Mula diperkenalkan kepada kami di Jakel adalah kain lace. Dan.. aku memang awal-awal sudah tolak kain lace sebab tak minat nak pakai lace waktu bertunang atau nikah.. meraban sangat kot.
Chiffon
Kain ini memang cantik gila.. sampai aku rambang mata. Memang dibahagian ini saja lama sangat-sangat kami pilih dan terus pilih. Dan bila mata kami terhenti kepada satu kain putih ber'beading' manik-manik hijau. Bro suka kain itu.. jadi bila melihat bro minat sangat kain tu.. akak Jakel pun pakaikan ke badan aku.. hehe.. malu tauu.. tapi kami layankan aje.

Me modeled for Jakel.. hehe
Bila balik, aku mula tanya proffesor google.. bagaimanakah rupanya pakaian tunang? dan aku jumpa beberapa koleksi yang direkomenkan prof google. Jom kita layan gambar-gambarnya.

Bajunya cantik atau modelnya yang cantik?

Nak letak semua banyak sangat.. satu je lah, tetapi dengan membuat beberapa carian dan bacaan membawa aku ke Laman Sanur jenguk butik D'Anna.. butik milik kak Anna yang aku kenal sejak dia jahitkan dress kahwin Emi 2 tahun lepas. Kak Anna ni orangnya sempoi, stylish dan mudah untuk kita berkomunikasi.. mungkin kerana kami bercakap dalam bahasa yang sama.. kiranya dia mudah faham jiwaku.. hehe..

Memang lama tak jumpa kak Anna, kiranya langkahan kali ini adalah sebagai clientlah, bukannya sebagai peneman.. selalunya aku jadi 'teman' untuk client yang nak pergi butik pengantin. Kak Anna beri banyak idea dan ilmu tentang kain dan trend busana pengantin.

Borak punya borak, kak Anna keluarkan satu busana yang sangat cantik.. katanya busana tersebut akan dimajalahkan di majalah pengantin tak lama lagi. Belum siap penuh. Dek terlalu suka dengan rekaannya, terjebaklah aku dalam fitting room. Okay, sebenarnya bajunya tak ubah seperti baju rekaan Hatta Dolmat semasa majlis akad nikah Elyana, tetapi designnya tidaklah sama.. warna dan perinciannya sahaja hampir sama. Dan.. bila memakainya aku rasa seperti mahukannya pada majlis nikahku..

Baju nikah Elyana

Bila tanya mama.. "boleh tak nak pakai baju nikah warna biru air laut (ocean blue). lembut ja warna dia..?"

mama jawab.. "tak sesuai kot.."

Okay.. finish.. berbalik kepada misi mencari baju nikah berwarna putih bersih sebersih-bersihnya..

Misi ditutup :: Tak amik gambar di Butik kak Anna.. rugikan? kan?

No comments:

ShareThis