Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Thursday, March 15, 2012

Hari Ini Hari Khamis

Hi semua.. ya hari ini memanglah hari Khamis. Tetapi sudah berganti-ganti Khamis yang datang saya masih tidak dapat upload gambar nikah saya.. sedeh :( Bila gambar nikah tidak boleh dimuat naik, saya jadi buntu terasa tidak tahu nak tulis tentang apa lagi. Kalau saya tulis tentang guestbook, candy bar, hantaran jadi semacam tak kena sebab cerita ini akan jadi melompat-lompat pula. 

Satu hal saya fikir, saya mahu tukar topik terus.. menulis tentang hari ini. Alhamdulillah, sudah 3 bulan lebih kami menjadi suami isteri dan hari ini kami sedang sibuk dengan rumah. Sibuk beli perabot rumah, sibuk pilih cat dan hari-hari saya kini hanya google tentang deko ruang tamu. Seronoknyaa... 

Saya minat dengan rekaan perabot minimalis. Suka yang bersegi-segi dan tentulah semua ini moden dan agak mahal. Tetapi pada saya kalau mahal sedikit tak apa asalkan barangnya kita betul-betul puas hati dan tahan lama. Tapi macamana nak tahu barang tahan lama? Tentunya memilih kepada jenama. 

Kami sudah pusing-pusing banyak kedai perabot dari yang ada jenama dan kurang berjenama. Susah nak buat pilihan kerana yang kita mahukan hanya satu.. heh.. insyaAllah kesabaran ini akan berhasil nanti. Jadi sekarang saya sibuklah menjadi eric. Mencipta luarbiasa kepada rumah biasa. InsyaAllah.

[Tiada gambar sebab tak boleh upload.. kenapaaaa??]

Monday, March 5, 2012

Sewa: Dulang Hantaran Putih

Hi! Lama juga saya tangguh tulisan bisu ini kan? Maaf, sebetulnya ada masalah sikit dengan blog ini. Sudah banyak hari tak dapat nak upload gambar. Dah macam-macam gambar tidak berjaya, lalu berjaya pula gambar di bawah yang saya cuba-cuba kejap tadi. Tapi bila saya resize, kemudian upload semula.. dah tak boleh. Hmmm.. sedih, kenapa ya. Tak dapat aku nak upload gambar-gambar pernikahan saya yang dah lama bertangguh. 

Dikesempatan boleh upload gambar di bawah saya ingin menyewa dulang/bekas hantaran masa bertunang. Bentuknya seperti di bawah:

Bekas Hantaran Putih : RM10 seunit (7 unit semuanya)




Warnanya putih dan bentuknya bulat. Ada 4 bulatan bentuk seumpama roda di bawahnya. Saiznya boleh dibandingkan dengan kepingan CD seperti dalam gambar. Pelapik polisterine 4 segisama juga akan diberikan bersama (warna kuning dalam gambar).

Berminat? Caranya ialah:
1. Sms saya di talian 019 3706082
2. Buat tempahan.
3. Boleh ambil barang sewa di tempat saya di Shah Alam
4. Buat bayaran tunai

Deposit RM30 akan dikenakan semasa mengambil barang. Deposit akan dikembalikan semasa pemulangan barang.

Friday, February 17, 2012

Sewa: Frame Gambar (IKEA)

Salam semua bride-to-be kasayanganku. Entri ini lebih kepada sticky post. Bermulalah episod pertama saya membuka sewaan untuk barangan atau peralatan 'misikami' tempohari. Mulanya saya hampir terlupa hendak buat tulisan mengenai sewaan easel dan frame gambar. Lepas ada yang bertanya barulah teringat hendak buat posting tentang ini. Baiklah, dengan lafaz bismillahirahmanirahim saya mula sewaan pertama saya.

3 Bingkai Gambar Hitam (IKEA) : RM10 seunit


Saiznya 2 kali saiz kertas A3. Kegunaannya seperti dalam gambar di atas. Samada majlis hari lahir, pertunangan, perkahwinan dan apa saja yang terlintas di kepala. Boleh di sewa 1 atau 2 sahaja terpulang pada 'avaibality' pada masa u nak sewa.

Berminat? Caranya ialah:
1. Sms saya di talian 019 3706082
2. Buat tempahan.
3. Boleh ambil barang sewa di tempat saya di Shah Alam
4. Buat bayaran tunai

Deposit RM30 akan dikenakan semasa mengambil barang. Deposit akan dikembalikan semasa pemulangan barang.

Wednesday, February 15, 2012

My Favourite Baju Nikah... :)

Saya mendapat energi baru hari ini. Kehangatan menulis datang kembali. Dan saya janji kali ini akan tulis sekerapnya untuk u yang setia menjenguk dan melihat gambar (lepas ini improvelah sikit ye, bacala tulisan saya pulak, jangan cuma tengok gambar saja).

Okeh, seperti janji sebelumnya (alhamdulillah selesai langsai satu janji) saya akan menulis tentang busana dihari pernikahan saya. Mengenai busana ini banyak cerita sebenarnya. Akhirnya terjadilah ia seperti yang u lihat di bawah sana. InsyaAllah saya akan tulis tentang ini di entri akan datang.. (selepas mendapat rating busana paling digemari oleh rakan-rakan fb).

Jumpa lagi dilain entri. Semoga saya lebih cekal dalam penulisan selepas ini. Selamat malam teman.



Wajah Baru

Assalamualaikum,

walaupun misikami dah lama berlalu, masih ada yang sudi jenguk saya dan suami di sini. Sepertimana janji saya untuk meneruskan cerita-cerita misi yang lalu saya akan teruskan juga walaupun sekarang sedikit sibuk dengan beberapa perkara. Ada yang banyak bertanya mengenai busana dan tudung di kesemua majlis saya, jadi dengan bercerita di sini mungkin mudah sedikit untuk saya kongsikan. Tidak perlu lagi saya cerita seorang demi seorang. Walaubagaimanapun, jika terdapat pertanyaan sebab ada yang cakap tak faham dengan teknik memakai tudung waktu bertunang, boleh email saya di massmohamad@gmail.com atau pm di fb saja k. InsyaAllah, saya suka berkongsi semua ini dengan anda. Jumpa di lain entri k. Update belog hari ni sebab belog kini berwajah baru. Anda suka tak? Harap-harap suka laa.. 

Salam sayang..

Wednesday, January 25, 2012

Tak Habis Lagi Cerita Tunang - Part 2

Kali ini aku akan luangkan masa bercerita mengenai dress dan tudung dengan lebih lanjut lagi. Di petang hari menulis adakalanya ayat aku jadi lain sedikit tetapi aku cuba jelaskan dengan bait-bait mudah supaya semua orang boleh faham (kerana adakalanya bila menulis, aku saja yang faham apa yang aku tulis).

Aku tahu, tak ramai yang suka membaca ayat panjang lebar untuk menerangkan tentang sesuatu imej. Kalau dah ada gambar, tunjuk sajalah gambarnya buat apa nak membazir menulis panjang lebar. Jadi aku rasakan kali ini lebih baik aku menggunakan gambar sebagai pemain utama dalam entri kali ini.

Dress

Perhatikan gambar pertama


Gambar pertama ini adalah close-up busana aku iaitu padanan lace dan sifon. Aku sukakan gaunnya yang kembang tetapi sebenarnya tidak boleh terlalu berombak kerana akan menampakkan si pemakai rendah. Jadi aku minimakan ropol di bahagian depan.

Jika diperhatikan top dress ini sebenarnya adalah potongan kebaya pendek dengan lining dilengan, terpisah dari dalam. Bahagian dalamnya lebih kepada long dress sleeveless. Untuk tampak klasik, aku riaskan 4 unit 'covered button' dibahagian depan kebaya dan labuhkan bahagian hujung tangan (Lihat dalam gambar). Walaupun asasnya adalah kebaya, namun jika dipandang secara kasar ramai yang menyangka aku memakai dress atau jubah. Mengikut trend terkini, pandangannya sememangnya harus dilihat begitu kerana aku memang mahu ianya dilihat begitu.

Contoh 'covered button' pada busana pengantin
Untuk tampak lebih baik, aku memakai juga korset dan long sleeve inner warna yang sama untuk menutup ragu-ragu. Saran aku, elakkan dari memakai dress yang boleh memperlihatkan bahagian kulit. Kadangkala baju yang sudah siap sesetengahnya tidak sesuai untuk padanan gadis bertudung. Sebaiknya, carilah busana yang selesa dan kita yakin apabila memakainya.

Ter'over' selesa pulak
Tudung


Bila bercakap soal tudung memang aku paling cerewet bab ini. Sampai pereke tudung pening kepala sebab permintaan aku baginya agak melampau batas. Hehehe. Yalah, bahagian tudunglah yang akan memberi impak paling besar pada busana untuk menentukan samaada kita berjaya mencipta kelainan atau tidak. Apa yang aku buat pertamanya adalah melakar bentuk tudung yang aku mahu. Tetapi bila diterangkan kepada si pereka dia macam kurang faham, jadi aku buat plan B dengan mencari gambar-gambar berkaitan di internet. Hasilnya aku dapat ini.

Irna La Perle

Inilah tudung yang mula-mula aku minta dia buat tetapi banyak pula alasannya. Katanya tudung ini tak sesuai untuk budaya di sini ataupun susah diterima oleh orang-orang di utara. Lalu katanya dia akan cuba ikut kehendak aku tetapi menggunakan lace dan manik untuk memadankannya dengan dress aku dan budaya setempat. Sememangnya agak sukar meyakinkan mereka tentang keberadaan tudung seperti ini dalam pasaran sekarang. Namun dek kerana sokongan mama, aku terima cadangannya. Dan akhirnya terlihatlah tudung aku seperti ini.


Alhamdulillah. Hasilnya menggembirakan aku. Jahitannya sangat kemas dan cara dia mengenakannya kepada aku juga amat selesa. Ramai juga yang tanya aku bagaimana caranya tudung ini dipakaikan? Mudah saja caranya. Jom aku beri idea sedikit kepada u bagaimana untuk mengenakan tudung pengantin begini.
  • Inner warna sedondon. Pastikan inner tidak longgar dan jenis melekap.
  • Untuk kelihatan impak 'indon' berlebihan, inner perlu ditarik atau diketatkan mengikut bentuk wajah dan betul-betul menutup kawasan leher. 
  • Untuk tudung. Boleh gunakan kain sifon bentuk separa bulatan atau dalam kes aku pereka gunakan kain satin yang berat supaya ianya tidak licin. Aku rasa penggunaan kain satin ini lebih baik dari sifon kerana ianya akan kemas di kepala.
  • Lace kemudiannya dijahit di atas satin tadi. Pastikan rapat dihujung supaya satin tadi tidak nampak. Kemudian silalah jahit manik dengan tabah sekali ye.

Monday, January 9, 2012

Tak Habis Lagi Cerita Tunang - Part I

Ada beberapa individu masih asyik bertanya tentang busana bertunang aku. Kata mereka sangat sedikit ceritanya di sini. Jadi tiba masa lapang begini bolehlah aku ceritakan atau rungkaikan soalan demi soalan yang ditanya. Betul aku tak ada masa bercerita tentang pertunangan dengan banyak kerana sibuk bercerita tentang misi 3 disember. 

Masa bertunang 3 September lalu, aku kira suasananya sangat berbeza dengan masa nikah dan resepsi. Waktu itu tak ramai yang tahu aku bertunang, jadi buat persiapan diam-diam saja. Hari pertunangan pula bulan Syawal jadi sentuhan bulan Syawal ini punya kesyahduan yang lain macam sedikit.

Busana bertunang aku adalah sentuhan sebuah butik agak terkenal di utara. Butik Andaman Vogue yang terletak di Sungai Petani. Dress warna vanilla yang aku pakai adalah dari gabungan idea aku dan pemiliknya. Tetapi semasa proses pembikinannya, memang mendebarkan juga kerana walaupun aku kerap ke sana membuat perbincangan tetapi cara kerja mereka kurang efisyen. Walauapapun hasil yang memuaskan membuatkan aku bersyukur kepada Allah atas pemilihan butik yang tepat. Aku membuat tempahan pakaian dan pelamin termasuk hantaran pada bulan Januari 2011 lagi.. lama tak?

Warna vanilla menjadi warna pilihan aku pada busana bertunang
Vanilla ini warnanya lembut dan memberi ketenangan. Bagi aku semasa bertunang, elok dielakkan warna-warna yang garang kerana ini kali pertama kebanyakkan ahli keluarga sebelah lelaki melihat kita. Kali pertama biarlah nampak lembut sahaja, kerana wanita sebaiknya dilihat begitu.

Aku memilih busana dress labuh padanan dua jenis kain lace dan sifon. Mulanya aku tidak berkenan sangat menggunakan lace untuk busana bertunang, tetapi bila caranya kena pada design yang dicadangkan aku pun bersetuju. Lace hanya digunakan dibahagian atas sahaja untuk menampakkan kemewahan pada pakaian dan sifon pula digabungkan bagi mendapatkan alunan lembut pada kain. Jadi dress akan kelihat kemas dan tersedia di badan.


Hampir 7 bulan perbincangan demi perbincangan dibuat, hari dinanti tiba dengan penuh rasa gembira. Alhamdulillah, walaupun aku lakukan banyak perkara sendiri namun hasilnya memuaskan hatiku. Bukan hanya pelamin, busana dan hantaran sahaja perlukan perhatian.. kanopi tetamu, jamuan makan, cadar dan hiasan bilik pengantin juga perlu diatur baik. Selain aku menempah seunit easel 'selamat datang' sebagai tanda tetamu diraikan.

Easel dan Rekaan Grafik oleh Abdullah Abbas

Bingkai gambar dengan ucapan selamat datang memang biasa dibuat sekarang tetapi mungkin agak kurang didedahkan di kalangan majlis pertunangan sebelah utara, jadi aku bercadang membawa idea ringkas ini bertepatan dengan binaan sebuah kanopi seluas 20x20 kaki di atas padang berumput dihalaman rumah. Menampakkan konsep 'dalam taman' di situ. Rekaan grafiknya sudah tentulah dari gabungan idea aku dan Abbas. Terlanjur itu, aku hiaskan kanopi kami dengan juntaian-juntaian bebola daun (lantern). Semuanya buat sendiri bersama mama. Suasana bening pagi 5 Syawal itu, sungguh berbeza dari selalunya. Walaupun ringkas tetapi sungguh 'sweet'.

5 Syawal di perkarangan mahligai Tn Hj Mohamad dan Hjh Kalsom.
Buah Tangan Tetamu

Beralih meraikan tetamu dengan santunan penuh adat, kami temani tetamu dengan sebungkus buah tangan yang diisi manisan dan air untuk dibawa pulang. Coklat berbungkus dengan rekaan sendiri dan air mineral dengan label sendiri menjadi impian mama sekian lama. Aku dan mama, sibuk sediakan semuanya 250 unit buat memeriahkan lagi majlis kami.

Buat tetamu yang sudi hadir dan sahabat-sahabat yang tidak dapat turut serta
Dapat menggembirakan hati orang tersayang adalah kepuasan yang paling bermakna. Semoga kegembiraan ini akan kekal selama-lamanya. InsyaAllah dilain masa aku sambung part II pula. Banyak lagi belum cerita, tentang pelamin, hantaran, make-up dan lagi dan lagi dan lagi tentang dress vanilla yang banyak berjasa.

Jumpa lagi.

Bertangguh di sini : Maklumlah orang dah bersuami.. :p

ShareThis