Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Tuesday, May 17, 2011

Pengisytiharan Part 2

Misi mula : 7 Mei

"Mas, 7hb mak njang nak buat kenduri doa selamat.. nak sambut birthday pak njang.. mama ingat nak umumkan pada semua pasal majlis kita"

Bagaikan diatur, kebetulan waktu itu abang Mazri juga turut pulang bagi mengadakan sidang keluarga.. aku tidak turut serta kerana merasakan adalah lebih baik aku tidak turut sama.. nanti dimanalah nak aku letakkan muka tebalku bila pengumuman di buat.

Jadi tanggal 7 Mei yang lalu.. abang Mazri dengan rasminya telah meleraikan usaha misi ini kepada seluruh sanak-saudara. Dan aku yang tak sabar nak tahu cerita, sibuk-sibuk tanya kakak malam tu..

Maka dengan pengistiharan tersebut sudah terasmilah perhubungan ini dari pengetahuan keluarga. Semoga Allah merahmati semuanya.

Misi ditutup : Mama sudah edarkan kain untuk adik kakaknya.. huhu..

Monday, May 16, 2011

7 Bulan

Misi lagi 7 bulan dari sekarang..

  1. Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori
  2. Menentukan pakaian untuk semua pengiring pengantin
  3. Memilih jurusolek
:Status:

Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori

Selesai

Menentukan pakaian untuk semua pengiring pengantin

Selesai

Memilih jurusolek

Selesai

Wednesday, May 11, 2011

Skin Food

Misi mula : 14 Mei

Selepas banyak dijemput menjadi perunding imej dan mengajar kelas kecantikan, aku mula berjinak-jinak dalam bidang kecantikan secara lebih serius dengan membuat bacaan dan merasai sendiri apa yang dikatakan rawatan kecantikan. Memanglah kita perempuan, tidak boleh tidak harus melalui fasa-fasa ini dalam hidup walau semalas manapun. walau setidak mahu manapun.

Mungkin ini boleh termasuk dalam misi juga.. sebab aku sudah terjebak pula dengan pakej 'hydating facial treatment' selama 6 bulan. Jadi jika aku buat sebulan sekali cukuplah sehingga 6 kali sebelum Disember. Owh, ini bermakna misi kami hanya tinggal 6 bulan saja lagi.. owh, kecut perut..

Selalunya begitulah, bila di majlis perkahwinan pasti semuanya mahu yang terbaik. Bagi aku kita sebenarnya jarang mahu menunjukkan yang sebenar-benarnya diri kita sangat. Lebih kepada mahu dilihat baik-baik dan menarik semuanya. Jadi atas untuk diri aku, aku pilih ambil ini.

Pilihlah butik yang selesa dan menenangkan

Hyrating Facial Treatment ni lebih kepada laser face treatment. Jadi memang tidak samalah dengan Facial Treatment biasa yang aku buat sebulan sekali semenjak 2 tahun lalu. Hyrating treatment ini lebih kepada teknikal proses dalam rawatan wajahlah. Aku suka sangat sebab boleh kecilkan pori-pori dan kurangkan pigmentasi. 2 perkara itu memang masalah besar pada wajahku.. jadi bila aku cuba treatment pertama memang best sebab jerawat kecil-kecil hilang dengan segera.. wajah kembali lembap dan yang paling penting kelembapannya bertahan agak lama.. hmmm..

Pengisytiharan Part 2

Pengisytiharan kedua ini adalah kepada seluruh ahli keluarga. Kebetulan mak njang buat kenduri kesyukuran di rumahnya. Mengambil kesempatan itu, abang Mazri membuat pengumuman mengenai misi kami kepada seluruh ahli keluarga.

Alhamdulillah, semuanya menyambut baik misi ini. Aku terima sms dari sepupuku Aida.. hehe, berita yang memeranjatkan mungkin. Terima kasih atas sokongan dan kegembiraan semua.

Yang lebih menarik, pada majlis itu juga mama membuat agihan kain kepada mereka yang terlibat dengan pakaian seragam semasa majlis nanti. Owh syukur dapat ahli keluarga yang super sporting macam keluarga kami.

Mode gembira tak terkata!

Monday, May 2, 2011

Bajet


Misi mula : hari ini bermula jam 11 pagi (Cuti hari pekerja)

Mungkin kami boleh dikatakan setiap hari berjumpa di tempat kerja, namun amat payah untuk mencuri masa berbincang hal-hal bersifat peribadi begini.. jadi bila menghampiri cuti kami akan mengatur jadual sebaik-baiknya. Seperti hari ini, seawal jam 11 pagi kami mengulit McD Seksyen 3 semata-mata melangsaikan perancangan mahu menyenaraikan beberapa bajet penting seperti barangan hantaran dan lain-lain.

Aduh! Ramainya orang.. memang terjadi ramai pulak orang di McD hari ini.. kebanyakkannya student-student uni yang sibuk belajar.. bagus betul, pagi-pagi cuti umum siap study bagai.. ni mesti kes esok ada examkan.. haaa study last minute la tuh! Puas mencari tempat, akhirnya berjaya juga cari satu 'port' yang selesa. Mungkin kalau orang tgk kami nampak seperti pasangan sahabat yang sedang mencari tempat untuk berbincang mengenai tesis.. nak tau kenapa.. ini adalah kerana aku membimbing fail hitam (baik punya cover)... yang di dalamnya adalah senaskah majalah PENGANTIN.. ahaha..

Inilah majalah pengantin yang saya mula-mula beli

Namun suasana menjadi lebih baik dek kerana muka selamba kami. Kalau nak difikirkan apa yang nak dimalukan.. bukannya nak buat jual cd.. nak bina masjidkan?.. hmmm.. akhirnya kami berjaya menotakan banyak perkara juga. Sekurang-kurangnya kami mencapai tujuan sebenar walaupun dalam masa yang sama.. risau-risau kalau-kalau terjumpa paparazzi.. kekeke..

Alhamdulillah, perihal menulis bajet ini nampaknya berjalan lancar. Nampaknya mencari keserasian mengenai pilihan barangan dan jugak taste antara kami tiada perbezaan ketara. Bajet bagus dibuat untuk membuatkan kita bersedia dan tahu hala tuju dalam sesebuah perancangan. Sekurang-kurangnya kita dapat memperuntukkan sejumlah wang mengikut bajet yang ditetapkan.

Mission done

Nak tau apa senarai barangan dan bajet yang dah ditetapkan? Alamak, ada seorang je yang angkat tangan.. jadi consider tak ada yang nak tau lah.. (merajuk) so kita tunggu je lah harinya tiba..

Misi tamat : Jam 3 petang 1 Mei


Wednesday, April 20, 2011

Pengisytiharan Part 1


"Sudah buat pengumuman rasmi di meeting BOD tadi :)"

Baru terima sms dari brother sewaktu sedang lunch di Restoran Ikan Laga bersama Nurul, Shiera dan Lynn. Dalam masa yang sama aku isytiharkan tentang penghijrahanku kepada mereka bertiga. Penghijrahan apa? Tunggu..

Dengan ini maka bermulalah pengisytiharan pertama misi kami kepada umum.. aceh..


Monday, April 18, 2011

Daily Facial Routine

Selalunya di bengkel kecantikan aku akan kongsikan perkara ini di sana.. dan biasanya peserta bengkel akan membayar yuran untuk mendengar ini. Tetapi disebabkan mood bulan-bulan cinta ni, aku terasa baik hati memberi sedikit ringkasan tentang cara-cara aku menjaga kulit wajah atas nasihat pakar kecantikan yang pernah aku jumpa. Aku tidak cakap cara ini betul tetapi ini adalah cara aku..

Pembersih wajah

Wajib mencuci semasa mandi. Tak kiralah mandi pagi, tengahari, petang atau malam. Mesti dicuci.

Scrub

Scrub wajah 2 kali seminggu. Atau kadang-kadang lebih 2 kali atas faktor kerja luar atau terlalu kerap berjemur di tengah panas. Perkara ini sangat wajib ye adik-adik. Lepas scrub biasanya aku akan bersihkan kembali wajah dengan pembersih wajah. Scrub yang aku rekomen ialah scrub Dermalogica kerana butir-butirnya sangat halus dan selepas memakainya kulit tidak kering. Scrub ini kalau selalu pakai pun tidak ada masalah dan yang penting pigmentasi boleh hilang dengan segera. (Sedang mengusahakan titik-titik pigmentasi yang sudah mula wujud akibat terdedah dengan cuaca panas semasa bekerja dan memakai scrub tidak mengikut aturan)

Toner/Facial Mask

Aku memang pakai ini untuk kecilkan pori-pori wajah (masalah pori-pori wajah sangat kritikal di wajahku) Ini cuba sekadar tambahan dari hydrating facial treament yang aku buat.

Krim Kontur Mata

Selalunya aku pakai pagi dan malam. Tapi kadang-kadang tak pakai pagi sebab selalu pergi kerja macam ada kecemasan di bilik rawatan.

Sunblock/UV Perfect

Ini sangat wajib untuk mengelakan warna kulit kusam, tidak sekata, pigmentasi dan kerosakan kulit akibat faktor sinar UV. Malam pun aku pakai sebab sinaran lampu juga boleh menggelapkan kulit (ayat iklan). Kalau nak lebih baik pakailah sunblok Dermalogica kerana ianya sangat wangi dan yang penting kesannya sangat ketara. Bila pakai kulit muka akan rasa lembap dan halus bila disentuh. Loreal UV Perfect pun boleh cuba untuk yang baru nak berjinak-jinak dengan sunblock.


Tambahan:

Scrub badan/Lulur mandi

Ini tambahan sahaja. Aku memang srcub kulit badan untuk elakkan bau badan, kembalikan kelembapan kulit dan tingkatkan rasa yakin. Aku pakai yang jenis susu beras. Tak maulah pakai yang herba-herba sebab aku takot bila dekat dengan kawan-kawan mereka lari pulak. Boleh rekomenkan brand Puteri Binari kerana butir-butirnya halus macam bijian beraslah, baunya wangi dan kelembapannya tahan lama. Al-kisah semasa pertama kali membeli scrub badan, aku terpandang botol scrub yang berperisa manggis. Bila aku tanya "apa beza scrub ni dengan lain-lain?" dengan jawapan malu-malu sambil ketawa kecil tukang jual jawab "Emm.. katanya scrub ni boleh hilangkan kanser.. hehe," Owh, tukang jual pun malu dengan statement sendiri. Maaflah jika saya tak tau.. adakah scrub boleh hilangkan penyakit kanser? Mood nak tanya prof google tak ada.. Owh..

Vitamin

Semenjak zaman belajar di universiti aku mengambil vitamin E dan C sebagai makanan tambahan... dan sejak aku mula bekerja dalam keadaan yang agak lasak dan perlu energy yang banyak aku mula mengambil tanakkan (cuba tanya doktor anda apa itu tanakkan?).

Air masak/air putih

Ini juga antara amalan aku sejak aku mula bekerja. Aku memang minum dengan tidak mengira masa. Asal dahaga saja minumlah. Malah di atas meja kerja juga aku sudah bekalkan air putih secukupnya. Memang tujuannya tidak lain adalah untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Buktinya, aku pernah dipuji doktor kerana kandungan air seimbang di dalam badan. Yeay..

ShareThis