Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Wednesday, June 15, 2011

We're almost there.. :)

Bila berjauhan begini sesungguhnya memang aku rasa tidak enak langsung (untuk yang tak baca dari awal: aku dan brother sudah tidak bekerja sekali) Janggalnya.. seperti rasa janggal dulu berjauhan dengan mama. Hari-hari rasa menunggu padahal tak tahu tunggu apa.

Alhamdulillah, baik juga begini supaya aku boleh saja belajar bersendiri. Membuat banyak perkara sendiri. Ingat lagi masa berjauhan dengan mama dulu, aku basuh baju pun tak reti.. sebab mama yang selalu basuh baju aku. Ya Allah pemalas. Bila sekarang rasanya ada yang sama contohnya bila baru ini selepas 2 hari masuk bekerja, aku diarahkan ke Keramat untuk handle satu training di sana. Owh, terus saja muka brother muncul di depan muka boss. Hehe.. bila aku sms dia bagitahu saja nak diperlukan ke Keramat terus brother cakap "malam nanti kita pergi survey jalan dulu, nanti senang nak pegi" terus aku senyum sampai telinga. Aku cuba nak berdikari tetapi nampaknya brother sudah ambil langkah cepat. Dia memang tahu aku mabuk jalan.. ahaha.

Jadi walaupun brother selalu ada, aku perlu juga bertindak lebih dari yang ada. Dalam ertikata lain, tidak boleh manja macam di tempat dulu. Asal ada yang tak boleh buat saja.. nak diminta bantuan brother.

Hmmm..

Aku tinggalkan u dengan sebuah lagu yang brother post di facebooknya dengan status "we're almost there". Aku rasa lagu ini untuk aku... kerana....... adalahhh.. mana boleh cerita semua. Terima kasih kerana sekali-sekali buat benda-benda begini.. ahaha.. selamat mendengar.





Tuesday, June 14, 2011

Do It Yourself

Kalau zaman blajar asyik duk mengadap blog aja, pasti mama bising kan? kan? Tapi bila sudah dapat greenlight buat apa pun takde orang marah.. huhu.. sana sini asyik aja aku mengendong lappy kesayangan ni. Sekarang misi terlalu cepat rasanya.

Banyak masa kini dihabiskan dengan membelek-belek blog b2b. Bila banyak sangat yang aku baca, terkadang kepala aku jadi 'terhenti' seketika. Sama macam tiba-tiba sesak nafas sedikit. Dasyatnya persiapan DIY mereka. Lalu aku pula fikir.. apa yang aku DIY ya?

Disebabkan aku agak lapang malam ni, apa kata aku kongsi sedikit dengan u, apakah perkara yang kerap b2b DIY. Jom kita jenguk ke bawah.

Pertama, aku tersapa seorang blogger b2b yang DIY doorgift. Yang menjadi kejutan tahap letupan gunung berapi Krakatau apabila gadis manis ini melakukan sendiri doorgift berjumlah 1000 unit. Doorgift yang berupa balang kaca yang katanya mahu ditampal stiker dan ikat ribbon comel di luar balang. Owh.. sangat mengujakan hatiku yang rasanya tidaklah sanggup melakukan semua itu sendiri.

Contoh doorgift balang kaca

Keduanya, DIY kad kahwin. Percaya tak? Aku pernah jumpa seorang b2b yang menempah rubber stamp berupa logo namanya dan bakal suami dan membuat kerja mengecop logo ke atas 1000 unit kad buatan sendiri. Tahniah dari aku! Kamu memang style habis kerana sangat rajin. Yea, rajin adalah perkataan paling cocok di sini. Lihat contoh di bawah. Maaf tak dapat nak cari blog yang sebenar.. blog walking memang selalu jarang bookmark.

Contoh rubber stamp. Tapi apsal ade 3 pangkal nama? Hmmm..

Aku suka 'very the english'

Contoh rubber stamp

Ketiga, DIY veil majlis bertunang atau majlis nikah. Siap ada lagi tu yang gunakan lace lebihan kain bertunanglah, kain pergi dinnerlah, kain baju rayalah.. macam-macam ragam. Aku rasa bila sampai tahap DIY veil kahwin ni memang patut bagi tabik spring sambil berdiri punya.. sebab mereka sangat 'in' dalam majlis tersebut. Contoh yang dapat aku cari ialah..

Siap alatan perang bagai.. lengkap.

Tapikan, baru aku teringat.. yang aku pernah juga DIY tudung majlis perkahwinan seorang temanku bernama Sharna, kakak aku kak Marihan dan teman serumah dulu. Dalam kes Sharna, masa tu Sharna minta aku buatkan untuknya veil dan tudung. Jadi aku cuba ambil tanggungjawab berat itu. Tetapi rasanya hasilnya 'not bad'. Banyak juga dapat pujian tau. Cuba tgk ni..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Ok tak? Bolehlah kan.. ini pun masa tahun 2008 kalau tak silap.

Apa tak nampak?
Ok close up

Nampak tak?
Manik-manik dikepala tu semuanya aku yang jahit.
Macam tak percaya aku pernah serajin tu.



Mass ada yang DIY tak?

Hakikatnya buat masa ini aku belum lagi men'DIY'kan diri untuk apa-apa perkara pun. Ini kerana aku tinggal jauh dari rumah dan agak tidak punya banyak masa sehinggakan sempat pula nak beli dan buat sendiri perkara sebanyak itu. Tudung dan veil pun buat masa ini aku sudah membuat perbincangan dengan wedding planner aku yang mana jika diikutkan dalam perjanjian mereka juga akan menjahit veil dan tudung mengikut citarasa aku. Jadi aku tinggal beri idea sajalah. Buat masa ini semua perkara diletakkan atas tanggungjawab wedding planner. Walaupun begitu bukanlah aku tidak ambil pusing tentang perkara ini. Owh, memberi idea juga satu perkara yang maha payah untuk dilakukan tau. Aku adakala buntu bila fikir soal kad kahwin.

Owh, kad kahwin belum final design lagi.. uhuk uhuk..

Monday, June 13, 2011

Cinta Lewat Usia


Pernah aku berkongsi cerita tentang cakap-cakap bising tentang jodoh aku lambat tiba.. Aku menulis dengan panjang lebar pengakuanku tentang isu ini yang pernah diwujudkan oleh teman-teman rapat.. bukan keluarga, tetapi teman-teman yang sungguh mengambil berat, haruslah menjaga tepi kain orang lain. Ehem.. Umur semakin meningkat, masih tidak ada apa-apa bunyi cerita. Apa kes?

Jawapannya masih sama macam dulu juga. Bila semuanya sudah ditulis, kita hanya berdoa sajalah Allah berikan yang sebaiknya untuk kita. Sehingga hari aku menulis ini pun, hati aku masih yakin kepada soal jodoh yang ditentukan Allah.. berdosa tanpa putus.

Bila dikira-kira banyak sebab kenapa kebanyakkan wanita dan lelaki berkahwin lewat usia. Melalui pemerhatian aku (tidaklah macam pemerhatian dalam paper Bahasa Melayu kertas 1).. aku melihat rata-rata teman-teman seusia masih pun ramai yang belum mendirikan rumah tangga. Masih ramai yang bujang.. masih ramai yang tidak dengar apa-apa cerita.

Tulisan ini bukan pencari sebab untuk membela mereka yang berkahwin lewat, dalam konteks ini aku juga termasuk dalam kajian kes kerana aku belum juga berkahwin di saat menulis ini.. tetapi tulisan ini lebih kepada ingin membuka minda kalian-kalian tentang barang kenapa terjadinya lambat kahwin oleh sesetengah pihak.

Kes Satu

Jom kita buat calculation sikit.

Umur sekarang 26 tahun
Gaji (mengikut gaji seseorang yang sudah ada mungkin 4 tahun pengalaman kerja) = RM3000
Tolak: EPF = RM400; Kereta = RM400 (klu dia pakai MyVilah.. kalau dia pakai Vios.. ah lu pk la seniri); Sewa rumah = RM300; Makan= RM 500; Ibu = RM200 Telefon = RM300; Minyak = RM300; PTPTN.. ; Unifi/Broadband.. ;

Tak sanggup nak mengira lagi.. jadi jika dia membuat simpanan RM200 sebulan, lima tahun kemudian boleh buat bayar hantaran kahwin sahajalah jawabnya.. Jadi umurnya dah 31 masa tu..

Kes kedua

Apabila seorang wanita itu dilihat kehidupannya nampak mewah dan si lelaki yang bergaji seperti di atas rasa kurang berkeyakinan tinggi untuk melamar si wanita (Relevannya: wanita dilihat mewah ini biasanya pastilah berusia sikit).

Kes ketiga

Apabila si wanita pula yang tidak sanggup berkahwin dengan lelaki yang bergaji demikian (seperti kes satu) kerana dianggap tidak hebat dengan hanya menaiki MyVi. Sekurang-kurangnya naiklah kereta Honda City walaupun wanita itu pada hakikatnya hanyalah memakai... nama kereta tak yah sebut, nanti ada yang sensitip.

... oklah... Vivaa..

Kes empat

Tolonglah faham yang aku anak sulung. Menanggung adik-adik yang bukan sedikit. Tolonglah faham yang gaji aku RM3000 itu dan calculation di atas tadi adalah hanya untuk menanggung aku seorang tidak termasuk ibu dan adik-adik.. tolonglah..

Kes ditutup!

Cukuplah sekadar 4 kes yang aku rasa ada sedikit relevannya selain contoh-contoh seperti terlalu sibuk dengan kerja sehingga tidak sempat bercinta, terlalu banyak pilihan sehingga tidak tahu nak memilih yang mana, tidak perlukan lelaki kerana kehidupan saya sudah mewah, tiada orang masuk meminang sedangkan saya asyik-asyik jerit single di fb dan lain-lain sebab musabab yang kalian akan bina sendiri selepas ini.

Namun hal demikian mungkin takkan wujud jika:
  1. Majlis perkahwinan nanti hanya berikan sebiji telur tanpa alas kepada tetamu
  2. Majlis perkahwinan hanya menyediakan 4 hingga 5 talam hidangan sahaja
  3. Kad jemputan hanyalah dengan menghantar sms (sms pun cuma utk 20 teman, untuk yang pakai celcom)
Kesimpulannya, fahamilah yang setiap yang berlaku ini punya sebab. Aku yakin teman-teman yang senasib dengan aku tidaklah sehingga tidak mahu berkahwin atau apa.. cuma masanya belum tiba. Kalau dah bila ditanya tu muka dia berubah, takyahlah nak tanya-tanya lagi dengan muka tak besalah.

"Aku tanya dia apsal lom kawin lagi je pun, dia nak tarik muka. Bukannya aku cakap papepun,"

Mungkin aku tidak pernah merasa situasi terasa dengan soalan-soalan ini kerana aku punya alasan yang berbeza dari alasan-alasan yang aku tulis di atas.. tulisan ini pun hanya sekadar pelengkap entri tentang perihal perkahwinan..

Alah, biarlah dia.. dia lambat kahwin tapi cepat kaya.. kau cepat kahwin tapi lambat kaya.. kang dia tanya "Apsal kau tak kaya-kaya lagi hah?," tau pun marah. Tetttt..

Selamat beramal.

Saturday, June 11, 2011

Kad Jemputan

Misi mula : Hari ini

Semasa menulis tajuknya saja, kepalaku sudah pusing-pusing beberapa kali. Sedang membuat tinjauan kasar dan halus ke setiap pelusuk ceruk blog dan website, habis macam-macam yang keluar di search engine.. Kad kahwin, wedding card, kad jemputan perkahwinan, save the date, save the date card, english wedding card. Macam-macam yang aku jumpa dan mulalah kepala serabut dan serabai.

Hakikatnya memang seronok apabila kita banyak bahan mahu dirujuk.

Wednesday, June 8, 2011

Gadis Bunga


Misi mula : Mei 2011

Ini adalah keterujaan kakak (kakak sulung). Dia bercadang untuk memberi pakai pakaian sedondon untuk gadis-gadis bunga yakni pastilah termasuk anak-anaknya yang dua orang tu. Hakikatnya perancangan untuk menggunakan khidmat gadis bunga ini sudah terlangsai lama seusai saja kami membeli kain-kain warna sedondon buat ibu-ibu saudara, kami juga membeli kain putih jenis kain kapas berenda dan kain satin untuk dibuat baju gadis bunga idaman jejaka bunga.

Perancangannya begini, kanak-kanak di bawah umur 8 tahun akan memakai gown sedondon ini termasuklah anak-anak saudaraku dan sepupu-sepupuku.. yang dah lepas umur tu, minta maaf la ye.. Jadi sewaktu ada majlis kenduri di rumah tok baru-baru ini kakak bawak semua gadis-gadis bawah umur ni pegi jumpa tailor ambil ukuran badan. Kakak kata sikit punya kecohla kisahnya bila bawa segerombolan anak gadis yang pelbagai ragam ni. Tetapi nampaknya misi kakak sudah berjaya. Tak sabar aku nak melihat hasilnya.

Kalau u pun tak sabar, bolehlah aku tunjukkan 'design' gownnya yang direka oleh fashion designer Marina Mohamad. Bila kakak kirim gambarnya di email, aku memang senyum lebarlah. Kakak u buat macam ni tak?



Gown gadis bunga rekaan kakak

Gambar yang sebelah kiri tu adalah untuk Hanani.. gadis bunga 'anggerik'.. kira ketua kampung untuk gadis-gadis bunga ni lah. Tetapi sebenarnya Hanani yakni anak saudara sulungku ini aku sudah booked untuk jadi pengapitku.. tak sesuai jadi gadis bunga sebab umurnya sudah 13 tahun. Setakat ini dia sudah setuju.. dan misi juga sudah melamar pengapit lelaki yang comel & cute macam ketua kampung juga.. hmmm.. siapa? tungguuu..

Apa fungsinya gadis-gadis ini?

Aku bercadang untuk membawa gadis-gadis ini mengiringi aku semasa upacara 'berjalan di red carpet' nanti. Ramai? Huhu.. memang ramai tetapi aku terasa seolah-olah kehadiran gadis bunga yang ramai ini akan memberi energy kepada aku juga semasa berjalan nanti.

Mereka juga antara yang akan diraikan di majlis tersebut nanti.


Bila dah ramai akan jadi macam nilah nanti.. ahaha


Misi Mencari Pelamin

Misi mula : 6 Bulan dari sekarang

Owh, jangan tanya kenapa misi ni banyak sangat yang diskip sebab aku lupa pulak nak bgtau yang aku sudah pun membuat bayaran cagaran pertama kepada sebuah wedding planner (WP). Setelah kami sekeluarga membuat keputusan untuk bersetuju dengan sebuah butik pengantin. Rupanya terlalu payah mencari WP di sini. Bukan tak banyak, tetapi nak mencari yang kena dengan jiwa memang terlalu payah. Selepas berjumpa WP ini, aku berdoa sajalah pada Allah agar semuanya berjalan lancar. Selain portfolio sebagai WP terbaik di kawasan utara (pingat yang diberi oleh kebanyakan b2b blogger sebelah utara), apa lagi yang boleh aku katakan selain berserah kepada Allah semuanya.

Jadi bermulalah episod mencari design pelamin yang super mantap untuk majlis resepsi. Sebut 'super mantap', memang tak dinafikan aku ni agak merapu sikit dan punya pelbagai idea, tetapi kemampuan WP juga perlu dipertimbangkan. Kalau WP di KL aku taklah risau sangat, bila di utara semuanya tak dapat nak diharapkan seratus-peratus apa yang kita mahukan. InsyaAllah bulan 7 nanti akan buat confirmation design. Jadi sebagai permulaan aku cuba-cubalah selak prof google untuk dapatkan sedikit idea awal.

Hakikatnya, memanglah aku suka majlis yang agak simple.. apa yang lebih penting adalah tertunainya segala kewajipan.. namun apabila kita bercerita soal kegembiraan hati dan kelapangan dada yang paling besar dalam menginjak ke alam perkahwinan.. segala-galanya mula memberikan rasa ingin yang tinggi tetapi aku selalu ingatkan diri agar melawan nafsu dalam diri lebih-lebih lagi hal-hal berkaitan perkahwinan.


Konsep dan susun letak pelamin yang sangat menarik minat aku dari Ari Wedding Couture rasanya. Dulu aku pernah terfikir untuk rekaan pelamin yang tidak seimbang begini. Tapi sekarang orang dah ada yang buat macam ni. Kiranya aku boleh jadi wedding planner jugaklah ye..



Tuesday, June 7, 2011

6 Bulan

Misi tinggal lagi 6 bulan..

  1. Mula menempah kad perkahwinan
  2. Menghubungi kadi dan pejabat agama
  3. Menjalani ujian darah/HIV jika diperlukan
:Status:

Mula menempah kad perkahwinan

Masih dalam proses membuat pilihan design. Belum putuskan lagi. Wording sudah ada.

Menghubungi kadi dan pejabat agama

Belum :(

Menjalani ujian darah/HIV jika diperlukan

Harus belum.. urrr..

ShareThis