Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Monday, November 7, 2011

Presenting My Kad Kahwin


Kad kahwin sudah mula diedarkan. Alhamdulillah. InsyaAllah akan sampai ke tangan teman-teman dan seluruh ahli keluarga tidak lama lagi. Jadi kepada teman-teman. Pakai baju ikut warna tema ye.. hehe..

Wednesday, November 2, 2011

Cinta Ini

cinta ini
apabila berhenti
hentinya sangat lama
lama tersangat lama
hingga hujung nyawa

cinta ini
bila disentuh dengan kuatnya
akan dibiar disentuh dengan sekuat - kuatnya
biar sehingga kudrat tidak berdaya
kerana.. cinta ini diberi oleh - Nya

untuk dijaga..



Mahu Jadi Isteri Yang Hebat

Hari ini tibalah 1 November 2011, begitu pantas masa berlalu hingga aku terasa begitu cepat tempoh setahun yang kami lalui selama usia pengenalan. Alhamdulillah masih lagi kita bernafas dan dapat menikmati rezeki dari Allah Subhanahuwataala hari ini.


Menyebut tentang tajuk di atas sebetulnya adalah perkara yang aku kira biasa terdetik dalam hati seorang gadis yang mahu menukar status diri. Pastinya saban hari menghitung masa untuk menjadi isteri paling hebat di dunia ini. Bagaimana caranya? Adakah aku layak?

Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.

Sebagai orang 'baru' aku juga tidak lepas dari ingin ambil tahu soal ini. Bagaimana untuk seorang wanita itu menjadi isteri yang solehah? Bagaimana dia boleh menjadi isteri yang hebat di mata suaminya? Rupanya mudah sajakan nak menjadi isteri solehah. Banyak sungguh panduan yang boleh didapati di internet, namun persoalannya adakah kita benar-benar boleh mencapai ukuran demikian.. hmmm.

Yang paling sinonim dengan sebuah perkahwinan adalah ketaatan isteri kepada suaminya. Malah semasa aku di'inteview' pun ada ditanya tentang tanggungjawab isteri kepada suami. Perkara paling asas yang kita rasa mudah tetapi ternyata hanya mereka yang sudah berkahwin sahajalah yang boleh menjawab persoalan ini.
Dulu semasa masih 'single and available' aku sebenarnya selalu saja takutkan tanggungjawab. Aku pernah rasakan tanggungjawab sebagai isteri ini amat payah. Baik-baik duduk sendiri boleh buat apa saja sendiri, selepas ini semuanya perlu berteman. Aku pula jenis yang suka berseorangan dalam bilik, adakalanya rasa seram bila teringat suatu ketika bila bersuami pastinya kita tidak boleh bersendirian lagi.. dalam konteks melayan perasaanla nih. Lebih bertambah seram apabila fikirkan semasa shopping nanti perlu ada suami menemani di sisi. Macamana nak tawaf keliling mall nih?

Hakikatnya rasa takut itu mula bertukar menjadi gembira dan ternanti-nanti apabila pintu hati tiba-tiba diketuk kali ini. Perasaan takut itu hilang jauh-jauh hinggakan adakalanya aku semacam tak sabar pula nak menempuhi alam rumahtangga. Perasaan mahu ditemani selalu datang tanpa disedari. Sunggung aneh. Sesungguhnya Allah telah mengatur segalanya dengan baik untuk hamba-Nya. 

Aku berdoa, Allah Subhanahuwataala akan memberi aku kekuatan untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri. Seperti u juga, aku amat berharap akan menjadi isteri solehah dan menjadi anak yang lebih baik buat keluarga. Semoga semua orang yang berada disekelilingku memberi sokongan dan yang penting aku amat memerlukan kerjasama dari bakal suamiku, brother. 


Saturday, October 29, 2011

Kunjungan Ke Dzoul Jarum Berlian

Persiapan demi persiapan dijalankan dengan giatnya untuk majlis besar aku. Terkini, semasa bercuti 4 hari, aku, abang Mazri sekeluarga dan abang Nan pulang ke kampung untuk menguruskan beberapa perkara lagi. Kali ini misi kami agak besar sedikit kerana abang Nan juga turun ke Penang bagi melihat sendiri lokasi dan juga bertemu dengan sabahatnya Dzoul Jarum Berlian.

Siapa Dzoul? Di majlis perkahwinan aku nanti Dzoul dan abang Nan akan bergabung tenaga melaksanakan kerja-kerja persiapan dewan dan sebagainya. Aku serahkan semua hal perihal mengenai perhiasan dewan kepada mereka sebaik sahaja perbincangan dibuat. Yalah sehari sebelum majlis resepsi adalah pernikahan aku, dah tentulah sukar untuk aku monitor gerak kerjanya. InsyaAllah, aku harap abang Nan dan Dzoul dapat realisasikan impian ini nanti. Ameen.

Hari pertama tiba di Penang, petangnya kami terus ke Dewan Penyayang untuk melihat dewan. Masa itu jam 4 petang, waktu pejabat masih ada jadi kami bergegas ke sana bersama Dzoul dan kawannya abang Lan atau di panggil Pak Long.

Inilah bahagian dalam dewannya
Selesai urusan di dewan masing-masing pulang ke rumah dan abang Nan mengikut Dzoul untuk beberapa urusan yang dirasakan perlu. 

Keesokkan harinya aku menguruskan urusan borang nikah sehingga selesai dan buat beberapa perkara lain. Nak cakap apa yang dibuat macam tak berapa kena sebab nanti tidak surprise, jadi bila majlis sudah selesai setahun aku akan ceritakan semua disebalik tabir pembikinan project wedding ini. Tu pun kalau aku ada masa. 

Hari berikutnya adalah hari yang ditunggu-tunggu. Kami sekeluarga berkunjung ke butik Dzoul. Abang Nan memang terus tinggal di rumah Dzoul. Jadi kami bertemu abang Nan di sana. Untuk pengetahuan semua butik Dzoul terletak di Bagan Serai, jauhnya dengan rumah aku memakan masa sejam lebih juga sebenarnya.

Dzoul Jarum Berlian

Dzoul adalah seorang pereka fesyen yang agak terkenal suatu ketika dulu sehinggalah beliau berhijrah ke Bagan Serai kerana menjadi cikgu di sana dan membuka perniagaan di bawah jenama Dzoul Jarum Berlian. Boleh dikatakan di kawasan utara ni, aku rekomenkan Dzoul sebagai wedding planner kerana citarasanya yang terkini dan mengikut trend. Memang bila sampai sahaja di butik Dzoul aku jadi rambang mata memilih set pelamin, kerusi dan lain-lain perkara. Masa bincang nak lain, bila dah ke sana lain pulak yang aku nak. Hehe.
Pandangan pertama di butik Dzoul Jarum Berlian
Kami sekeluarga gamatkan butik Dzoul
Jejaka berbaju kuning di dalam gambar adalah pemilik butik ini iaitu Dzoul sendirilah. Siap beri penerangan kepada abang Mazri dan mama. Memang terbaiklah. 

Kenapa aku katakan Dzoul ini sebaris dengan pereka berbakat sekarang? Ini kerana Dzoul pernah mendapat anugerah berprestij dalam bidangnya. Dan perkara ini memberi sedikit suntikan keyakinan kepada aku untuk tidak menolak untuk bekerjasama dengan Dzoul. Ini tidak bermakna majlis aku nanti ukurannya sama seperti majlis perkahwinan atas kayangan. Bagi aku konsep yang simple juga memerlukan orang yang ahli untuk melakukannya.
Anugerah yang diterima
Setahu aku anugerah Jarum Berlian dimenanginya bersama-sama Eilla Faizshah Busana Cinta dan saudara Syarir Nurdin. Pada masa itu Eilla adalah juara dan Syarir Nurdin menyandang tempat ketiga dalam pertandingan. Kunjungan kami diteruskan lagi ke gudang penyimpanan barang miliknya. Jom kita lihat apa yang ada di sana!


Masuk sahaja ke bahagian ini aku terpaku kepada kekemasannya menyimpan dan menyusun kain dan bunga-bungaan. Ini bukanlah kali pertama aku masuk ke gudang penyimpanan barang-barang kahwin. Kebanyakan pernah aku masuk tidak kemas begini. Aku percaya jika disusun dengan baik barang akan tahan lama contohnya bunga-bungaan. Kalau dibiarkan bersepah, berlonggok dan terdedah bunga mudah rosak dan berhabuk. Tidaklah nanti dapat rugutan pasal bunga nampak buruk dari pelanggan.


Dzoul cakap, pilihlah mana-mana kerusi di sini untuk dipakai masa makan beradap. Ohooo, bila diberi tawaran macam tu haruslah aku siap-siap booking yang mana yang aku suka. Sebenarnya gudang ini sangat besar dan berada di belakang rumah di Dzoul, cuma aku tidak ambil kesemua gambar sebab menjaga privasinya (padahal Dzoul tak cakap apa pun). Yang sebenarnya aku macam tidak ada masa nak mengambil gambar semuanya kerana terlalu teruja nak memilih barang.. hehe.

Selesai di gudang, Dzoul menjemput kami ke rumahnya. Ini part yang aku paling teruja sebenarnya. Rumah jejaka yang dipanggil Cikgu Zoul oleh orang kampung ni sangat memberi inspirasi kepada aku dan famili. Jom kita lihat pula hiasan dalaman rumahnya.

Hiasan dalaman rumah Dzoul (tidak termasuk model-model dalam gambar)

Untuk seorang jejaka bujang trang tang tang, memang hiasan dalaman rumahnya boleh mendapat pujian besar. Mama cukup sukala rumah berhias cantik macam ni. Selesai makan dan minum di rumah Dzoul kami pulang dengan hati gembira. Hehe. Maaflah ye Dzoul, rumah jadi gamat sekejap sebab ramai askar turun sama. Tapi alhamdulillah, mereka behave walaupun terpaksa mengerah gunatenaga yang ramai. Tengoklah gambar kedua, seorang nak bergambar semua nak bergambar. Tapi memang happeninglah. 

Sekian dulu cerita mengenai Dzoul Jarum Berlian yang aku janjikan. Apa pun terima kasih tidak terhingga semua yang turut serta dalam menjayakan misi ini. Walaupun ada diantaranya tidak ada dalam gambar seperti kak Ayu (kakak ipar) dan Kak An (kakak ketiga) namun semuanya punya sentuhan tersendiri dalam misi ini. Aku tinggalkan kalian dengan gambar yang aku beri tajuk 'Otai' di bawah. 

Dari kiri atas: Abang Nan, Dzoul. Dari kiri bawah: Abang Mazri dan Mama

Tuesday, October 25, 2011

Borang Nikah Pulau Pinang

Entri ini lebih kepada memberi idea kepada bakal pengantin perempuan Pulau Pinang. Step by step untuk mengisi borang nikah kerana kebanyakkan dari kita bila datang bab mengisi borang mereka akan jadi blur sikit. 
Semua sijil disimpan dalam fail ni, memang berguna sungguh
Aku akan buat catatan ringkas untuk memudahkan kefahaman u mengenai proses mengisi borang. Berikut adalah cara-caranya (macam tulis surat rasmi pulak) :
  1. Pergi ke pejabat agama daerah masing-masing. Macam aku, aku ambil borang di Pejabat Agama Daerah Kepala Batas, berdekatan Dewan Mellanium. Masa itu 3 bulan sebelum tarikh nikah. Borang yang diambil percuma.  
  2. Selepas isi borang, dalam masa yang sama pihak lelaki perlu mengambil kebenaran nikah luar mukim (untuk yang akan berkahwin dengan lelaki luar negeri sendiri). Jangan pulak ambil kebenaran nikah LUAR NEGARA. Sebab masa aku pergi ada seorang lelaki datang katanya nak ambil 'kebenaran nikah luar negara'. Terus kakak dikaunter cakap "Encik nak berkahwin di Thailand ka?" kekeke.. "Tak saya nak nikah di Kuala Selangor,".  Kalau nak berkahwin diluar negara semestinyakah di Thailand? Jadi cakap biar jelas dan terang ye.
  3. Selalunya tempoh untuk mendapatkan kebenaran nikah luar mukim/negeri ini mengambil masa seminggu. Tetapi disebabkan ayah brother ni ada kenal-kenal jadilah masanya 3 hari sahaja. 
  4. Bila kebenaran lelaki sudah ada, bolehlah diserahkan kepada pihak perempuan. Pihak perempuan pulak perlu photostat semua dokumen tersebut untuk simpanan. Macam aku, aku photostat kesemua borang 2 salinan. Termasuk borang nikah lelaki dan perempuan, surat kebenaran nikah, HIV test form, sijil kahwin, kad pengenalan lelaki dan perempuan, kad pengenalan wali, sijil nikah ibu dan ayah, sijil kematian (untuk yang sudah tiada bapa).
  5. Pihak perempuan pula perlu mendapatkan kebenaran 2 orang saksi (Semuanya ada di dalam borang) dan tandatangan wali.
  6. Selesai semuanya, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu 'interview' atau dalam bahasa melayunya temuramah. Tapi jangan risau sebelum tu kita sudah diberikan soalan bocor. Apa yang aku buat, aku siap-siap minta brother inteview aku dulu. Hakikatnya, tidak apa yang perlu dibimbangkan kerana semua soalan itu adalah amalan seharian kita. Masa inteview tulah bawa semua dokumen. Waktu serahkan dokumen berilah kepercayaan kepada kakak kaunter tersebut. Apa dia tanya atau minta jawaplah seadanya. InsyaAllah dia akan susun dokumen kita, so jangan risau kalau kita terlepas pandang.
  7. Siap semuanya perlulah buat bayaran sebanyak RM5 dan pastikan diambil resit dari mereka
  8. Jangan lupa buat confirmation tarikh dan tempat dengan pegawai nikah ni daerah anda. Nombor telefon yang diberikan simpanlah siap-siap dalam hp. 
  9. Seminggu kemudian bawa resit ke sana semula untuk ambil surat kebenaran nikah.
Alhamdulillah, proses mengisi borang nikah aku dan brother sangat mudah. Semuanya berjalan lancar. Terima kasih buat mama kerana selalu ingatkan tentang borang memborang nih. Tiap kali telefon mama akan tanya pasal borang.. dan akhirnya episod mengisi borang sudah pun selesai dengan wajah tersenyum. InsyaAllah aku bakal bernikah di rumah pada 02122011 (nak jugak tulis macam tu), hari Jumaat selepas asar.

Monday, October 24, 2011

3 Bulan Yang Istimewa

Tiba-tiba angka 3 secara tidak sengaja menjadi angka favourite aku pula masa ini. 3 September, 3 bulan bertunang dan pastinya 3 Disember tarikh yang sangat ditunggu-tunggu. Tapi 3 bulan yang dimaksudkan dalam tajuk di atas adalah tempoh 3 bulan aku bergelar tunangan oranglah. Sekejap sahaja tetapi sangat punya makna tersendiri. 

Alhamdulillah, malam ini aku boleh menulis. Harapanku dapatlah menulis dengan panjang sedikit, sebab lama pula menyepi kali ini sebab kekangan masa. Apa taknya, detik waktu terasa sangat pantas berlalu.. acehh! Sebab apa pula terasa pantas? Baiklah aku cuba rungkaikan persoalan ini satu persatu ya.

Sebetulnya jadual bulan Oktober memang terlalu padat. Kalau aku tunjuk pada u, pasti u akan sesak nafas membelek jadual bulan ini. Serius terlalu penuh dengan gerak kerja menuju misi 3 Disember. Namun aku mengambil semua kepadatan dan kesesakan masa ini sebagai satu kenangan yang indah untuk aku kongsikan dalam diari hidup aku. Yalah, dalam hidup ni sekali sahajalah kita akan merasa saat-saat seperti ini. Walaupun aku selalu saja dihambat masa dengan kerja-kerja event namun bila buat persiapan perkahwinan sendiri, cemasnya boleh dikatakan lain macam sedikit.

Seperti yang u tau (untuk yang ambil tau sajalah), 3 Oktober lalu aku buat pertama kalinya mengendalikan Conference SELCARE II berbekalkan nama syarikat baruku Inno-Platinum Sdn Bhd. Demi mendapatkan output atau hasil terbaik aku terpaksa membekukan sementara aktiviti misi aku selama seminggu. Sebagai 'orang baru', pencapaian untuk program ini adalah sangat penting untuk aku membina kepercayaan majikan. Alhamdulillah, sejujurnya aku berpuas hati dengan feedback dan pencapaian yang sudahpun aku terima selepas berakhirnya program peringkat Negeri Selangor tersebut. Berat tak berat, program ini dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Selangor.

Selepas seminggu meninggalkan SELCARE II, aku kembali meneruskan misi ini. Membuat temujanji demi temujanji akhirnya membawa aku dan brother ditemani Shiera dan Lynn ke pre-wedding photoshoot di Serindit Photo, Setapak. Mudahnya, semua urusan diaturkan oleh official photog aku iaitu -[HermanAnuar]- and team, aku tinggal saja bawa diri dan costum perkahwinan rekaan Adnan Jaafar. Menarik.

Tiba di studio jam 9 malam, aku mulanya dirias sentuhan ajaib Adnan Jaafar (merangkap consultant perkahwinan aku). Bukan cerewet atau tidak percayakan sentuhan orang lain, tetapi sejujurnya aku memang serasi dengan cara dia mengendalikan wajah aku dan yang paling penting abg Nan sebenarnya sudah faham tentang apa yang aku suka dan tak suka, mudah kata abg Nan lebih tahu apa yang terbaik untuk aku dan aku pula mudah terima cadangan dan caranya.

Termasuk kali ini, ini adalah kali kedua aku membuat photoshoot waktu malam. Pertama kali dulu semasa bersama Kukubesi photoshoot untuk bank Muamalat. Mencabar sebenarnya bila buat photoshoot waktu malam, masa agak suntuk jadi kita terkejar-kejar sedikit. Penat usah ceritalah, sampai saja rumah bukannya boleh mandi terus tidur, kena cuci muka lama dari biasa, angkut baju, beg dan macam-macam lagi. Tidur sekejap esok pulak kerja. Nasib baiklah aku tak banyak kerja sangat di pejabat, esoknya boleh relaks sedikit walaupun penatnya memakan masa yang lama.

Photoshoot bersama Empayar Kukubesi
Walauapapun, untuk membuat kesimpulan yang baik aku memang gembira dengan hasil gambar -[HermanAnuar]-. Sudah tengok beberapa keping di kirim malam itu juga ke email aku. Puashati juga dengan karya abg Nan yang memang sangat detail dalam berkarya dan tidak ketinggalan, pertolongan adik-adik yang ikut bersama membantu aku pakai baju dan sebagainya. Terima kasih tidak terhingga buat semua. Dan pastinya kepada abang Mazri kerana kenalkan dengan orang-orang penting ini dan brother atas sokongan dan keceriaan yang dibawa pada malam itu. Bak kata abang Nan "Razin ni sporting".   

Untuk u yang sudi membaca sehingga habis. Silalah layankan gambar promo ini. Jumpa lagi!



Tuesday, October 11, 2011

ShareThis