Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Monday, October 24, 2011

3 Bulan Yang Istimewa

Tiba-tiba angka 3 secara tidak sengaja menjadi angka favourite aku pula masa ini. 3 September, 3 bulan bertunang dan pastinya 3 Disember tarikh yang sangat ditunggu-tunggu. Tapi 3 bulan yang dimaksudkan dalam tajuk di atas adalah tempoh 3 bulan aku bergelar tunangan oranglah. Sekejap sahaja tetapi sangat punya makna tersendiri. 

Alhamdulillah, malam ini aku boleh menulis. Harapanku dapatlah menulis dengan panjang sedikit, sebab lama pula menyepi kali ini sebab kekangan masa. Apa taknya, detik waktu terasa sangat pantas berlalu.. acehh! Sebab apa pula terasa pantas? Baiklah aku cuba rungkaikan persoalan ini satu persatu ya.

Sebetulnya jadual bulan Oktober memang terlalu padat. Kalau aku tunjuk pada u, pasti u akan sesak nafas membelek jadual bulan ini. Serius terlalu penuh dengan gerak kerja menuju misi 3 Disember. Namun aku mengambil semua kepadatan dan kesesakan masa ini sebagai satu kenangan yang indah untuk aku kongsikan dalam diari hidup aku. Yalah, dalam hidup ni sekali sahajalah kita akan merasa saat-saat seperti ini. Walaupun aku selalu saja dihambat masa dengan kerja-kerja event namun bila buat persiapan perkahwinan sendiri, cemasnya boleh dikatakan lain macam sedikit.

Seperti yang u tau (untuk yang ambil tau sajalah), 3 Oktober lalu aku buat pertama kalinya mengendalikan Conference SELCARE II berbekalkan nama syarikat baruku Inno-Platinum Sdn Bhd. Demi mendapatkan output atau hasil terbaik aku terpaksa membekukan sementara aktiviti misi aku selama seminggu. Sebagai 'orang baru', pencapaian untuk program ini adalah sangat penting untuk aku membina kepercayaan majikan. Alhamdulillah, sejujurnya aku berpuas hati dengan feedback dan pencapaian yang sudahpun aku terima selepas berakhirnya program peringkat Negeri Selangor tersebut. Berat tak berat, program ini dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Selangor.

Selepas seminggu meninggalkan SELCARE II, aku kembali meneruskan misi ini. Membuat temujanji demi temujanji akhirnya membawa aku dan brother ditemani Shiera dan Lynn ke pre-wedding photoshoot di Serindit Photo, Setapak. Mudahnya, semua urusan diaturkan oleh official photog aku iaitu -[HermanAnuar]- and team, aku tinggal saja bawa diri dan costum perkahwinan rekaan Adnan Jaafar. Menarik.

Tiba di studio jam 9 malam, aku mulanya dirias sentuhan ajaib Adnan Jaafar (merangkap consultant perkahwinan aku). Bukan cerewet atau tidak percayakan sentuhan orang lain, tetapi sejujurnya aku memang serasi dengan cara dia mengendalikan wajah aku dan yang paling penting abg Nan sebenarnya sudah faham tentang apa yang aku suka dan tak suka, mudah kata abg Nan lebih tahu apa yang terbaik untuk aku dan aku pula mudah terima cadangan dan caranya.

Termasuk kali ini, ini adalah kali kedua aku membuat photoshoot waktu malam. Pertama kali dulu semasa bersama Kukubesi photoshoot untuk bank Muamalat. Mencabar sebenarnya bila buat photoshoot waktu malam, masa agak suntuk jadi kita terkejar-kejar sedikit. Penat usah ceritalah, sampai saja rumah bukannya boleh mandi terus tidur, kena cuci muka lama dari biasa, angkut baju, beg dan macam-macam lagi. Tidur sekejap esok pulak kerja. Nasib baiklah aku tak banyak kerja sangat di pejabat, esoknya boleh relaks sedikit walaupun penatnya memakan masa yang lama.

Photoshoot bersama Empayar Kukubesi
Walauapapun, untuk membuat kesimpulan yang baik aku memang gembira dengan hasil gambar -[HermanAnuar]-. Sudah tengok beberapa keping di kirim malam itu juga ke email aku. Puashati juga dengan karya abg Nan yang memang sangat detail dalam berkarya dan tidak ketinggalan, pertolongan adik-adik yang ikut bersama membantu aku pakai baju dan sebagainya. Terima kasih tidak terhingga buat semua. Dan pastinya kepada abang Mazri kerana kenalkan dengan orang-orang penting ini dan brother atas sokongan dan keceriaan yang dibawa pada malam itu. Bak kata abang Nan "Razin ni sporting".   

Untuk u yang sudi membaca sehingga habis. Silalah layankan gambar promo ini. Jumpa lagi!



No comments:

ShareThis