Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Monday, May 16, 2011

7 Bulan

Misi lagi 7 bulan dari sekarang..

  1. Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori
  2. Menentukan pakaian untuk semua pengiring pengantin
  3. Memilih jurusolek
:Status:

Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori

Selesai

Menentukan pakaian untuk semua pengiring pengantin

Selesai

Memilih jurusolek

Selesai

Wednesday, May 11, 2011

Skin Food

Misi mula : 14 Mei

Selepas banyak dijemput menjadi perunding imej dan mengajar kelas kecantikan, aku mula berjinak-jinak dalam bidang kecantikan secara lebih serius dengan membuat bacaan dan merasai sendiri apa yang dikatakan rawatan kecantikan. Memanglah kita perempuan, tidak boleh tidak harus melalui fasa-fasa ini dalam hidup walau semalas manapun. walau setidak mahu manapun.

Mungkin ini boleh termasuk dalam misi juga.. sebab aku sudah terjebak pula dengan pakej 'hydating facial treatment' selama 6 bulan. Jadi jika aku buat sebulan sekali cukuplah sehingga 6 kali sebelum Disember. Owh, ini bermakna misi kami hanya tinggal 6 bulan saja lagi.. owh, kecut perut..

Selalunya begitulah, bila di majlis perkahwinan pasti semuanya mahu yang terbaik. Bagi aku kita sebenarnya jarang mahu menunjukkan yang sebenar-benarnya diri kita sangat. Lebih kepada mahu dilihat baik-baik dan menarik semuanya. Jadi atas untuk diri aku, aku pilih ambil ini.

Pilihlah butik yang selesa dan menenangkan

Hyrating Facial Treatment ni lebih kepada laser face treatment. Jadi memang tidak samalah dengan Facial Treatment biasa yang aku buat sebulan sekali semenjak 2 tahun lalu. Hyrating treatment ini lebih kepada teknikal proses dalam rawatan wajahlah. Aku suka sangat sebab boleh kecilkan pori-pori dan kurangkan pigmentasi. 2 perkara itu memang masalah besar pada wajahku.. jadi bila aku cuba treatment pertama memang best sebab jerawat kecil-kecil hilang dengan segera.. wajah kembali lembap dan yang paling penting kelembapannya bertahan agak lama.. hmmm..

Pengisytiharan Part 2

Pengisytiharan kedua ini adalah kepada seluruh ahli keluarga. Kebetulan mak njang buat kenduri kesyukuran di rumahnya. Mengambil kesempatan itu, abang Mazri membuat pengumuman mengenai misi kami kepada seluruh ahli keluarga.

Alhamdulillah, semuanya menyambut baik misi ini. Aku terima sms dari sepupuku Aida.. hehe, berita yang memeranjatkan mungkin. Terima kasih atas sokongan dan kegembiraan semua.

Yang lebih menarik, pada majlis itu juga mama membuat agihan kain kepada mereka yang terlibat dengan pakaian seragam semasa majlis nanti. Owh syukur dapat ahli keluarga yang super sporting macam keluarga kami.

Mode gembira tak terkata!

Monday, May 2, 2011

Bajet


Misi mula : hari ini bermula jam 11 pagi (Cuti hari pekerja)

Mungkin kami boleh dikatakan setiap hari berjumpa di tempat kerja, namun amat payah untuk mencuri masa berbincang hal-hal bersifat peribadi begini.. jadi bila menghampiri cuti kami akan mengatur jadual sebaik-baiknya. Seperti hari ini, seawal jam 11 pagi kami mengulit McD Seksyen 3 semata-mata melangsaikan perancangan mahu menyenaraikan beberapa bajet penting seperti barangan hantaran dan lain-lain.

Aduh! Ramainya orang.. memang terjadi ramai pulak orang di McD hari ini.. kebanyakkannya student-student uni yang sibuk belajar.. bagus betul, pagi-pagi cuti umum siap study bagai.. ni mesti kes esok ada examkan.. haaa study last minute la tuh! Puas mencari tempat, akhirnya berjaya juga cari satu 'port' yang selesa. Mungkin kalau orang tgk kami nampak seperti pasangan sahabat yang sedang mencari tempat untuk berbincang mengenai tesis.. nak tau kenapa.. ini adalah kerana aku membimbing fail hitam (baik punya cover)... yang di dalamnya adalah senaskah majalah PENGANTIN.. ahaha..

Inilah majalah pengantin yang saya mula-mula beli

Namun suasana menjadi lebih baik dek kerana muka selamba kami. Kalau nak difikirkan apa yang nak dimalukan.. bukannya nak buat jual cd.. nak bina masjidkan?.. hmmm.. akhirnya kami berjaya menotakan banyak perkara juga. Sekurang-kurangnya kami mencapai tujuan sebenar walaupun dalam masa yang sama.. risau-risau kalau-kalau terjumpa paparazzi.. kekeke..

Alhamdulillah, perihal menulis bajet ini nampaknya berjalan lancar. Nampaknya mencari keserasian mengenai pilihan barangan dan jugak taste antara kami tiada perbezaan ketara. Bajet bagus dibuat untuk membuatkan kita bersedia dan tahu hala tuju dalam sesebuah perancangan. Sekurang-kurangnya kita dapat memperuntukkan sejumlah wang mengikut bajet yang ditetapkan.

Mission done

Nak tau apa senarai barangan dan bajet yang dah ditetapkan? Alamak, ada seorang je yang angkat tangan.. jadi consider tak ada yang nak tau lah.. (merajuk) so kita tunggu je lah harinya tiba..

Misi tamat : Jam 3 petang 1 Mei


Wednesday, April 20, 2011

Pengisytiharan Part 1


"Sudah buat pengumuman rasmi di meeting BOD tadi :)"

Baru terima sms dari brother sewaktu sedang lunch di Restoran Ikan Laga bersama Nurul, Shiera dan Lynn. Dalam masa yang sama aku isytiharkan tentang penghijrahanku kepada mereka bertiga. Penghijrahan apa? Tunggu..

Dengan ini maka bermulalah pengisytiharan pertama misi kami kepada umum.. aceh..


Monday, April 18, 2011

Daily Facial Routine

Selalunya di bengkel kecantikan aku akan kongsikan perkara ini di sana.. dan biasanya peserta bengkel akan membayar yuran untuk mendengar ini. Tetapi disebabkan mood bulan-bulan cinta ni, aku terasa baik hati memberi sedikit ringkasan tentang cara-cara aku menjaga kulit wajah atas nasihat pakar kecantikan yang pernah aku jumpa. Aku tidak cakap cara ini betul tetapi ini adalah cara aku..

Pembersih wajah

Wajib mencuci semasa mandi. Tak kiralah mandi pagi, tengahari, petang atau malam. Mesti dicuci.

Scrub

Scrub wajah 2 kali seminggu. Atau kadang-kadang lebih 2 kali atas faktor kerja luar atau terlalu kerap berjemur di tengah panas. Perkara ini sangat wajib ye adik-adik. Lepas scrub biasanya aku akan bersihkan kembali wajah dengan pembersih wajah. Scrub yang aku rekomen ialah scrub Dermalogica kerana butir-butirnya sangat halus dan selepas memakainya kulit tidak kering. Scrub ini kalau selalu pakai pun tidak ada masalah dan yang penting pigmentasi boleh hilang dengan segera. (Sedang mengusahakan titik-titik pigmentasi yang sudah mula wujud akibat terdedah dengan cuaca panas semasa bekerja dan memakai scrub tidak mengikut aturan)

Toner/Facial Mask

Aku memang pakai ini untuk kecilkan pori-pori wajah (masalah pori-pori wajah sangat kritikal di wajahku) Ini cuba sekadar tambahan dari hydrating facial treament yang aku buat.

Krim Kontur Mata

Selalunya aku pakai pagi dan malam. Tapi kadang-kadang tak pakai pagi sebab selalu pergi kerja macam ada kecemasan di bilik rawatan.

Sunblock/UV Perfect

Ini sangat wajib untuk mengelakan warna kulit kusam, tidak sekata, pigmentasi dan kerosakan kulit akibat faktor sinar UV. Malam pun aku pakai sebab sinaran lampu juga boleh menggelapkan kulit (ayat iklan). Kalau nak lebih baik pakailah sunblok Dermalogica kerana ianya sangat wangi dan yang penting kesannya sangat ketara. Bila pakai kulit muka akan rasa lembap dan halus bila disentuh. Loreal UV Perfect pun boleh cuba untuk yang baru nak berjinak-jinak dengan sunblock.


Tambahan:

Scrub badan/Lulur mandi

Ini tambahan sahaja. Aku memang srcub kulit badan untuk elakkan bau badan, kembalikan kelembapan kulit dan tingkatkan rasa yakin. Aku pakai yang jenis susu beras. Tak maulah pakai yang herba-herba sebab aku takot bila dekat dengan kawan-kawan mereka lari pulak. Boleh rekomenkan brand Puteri Binari kerana butir-butirnya halus macam bijian beraslah, baunya wangi dan kelembapannya tahan lama. Al-kisah semasa pertama kali membeli scrub badan, aku terpandang botol scrub yang berperisa manggis. Bila aku tanya "apa beza scrub ni dengan lain-lain?" dengan jawapan malu-malu sambil ketawa kecil tukang jual jawab "Emm.. katanya scrub ni boleh hilangkan kanser.. hehe," Owh, tukang jual pun malu dengan statement sendiri. Maaflah jika saya tak tau.. adakah scrub boleh hilangkan penyakit kanser? Mood nak tanya prof google tak ada.. Owh..

Vitamin

Semenjak zaman belajar di universiti aku mengambil vitamin E dan C sebagai makanan tambahan... dan sejak aku mula bekerja dalam keadaan yang agak lasak dan perlu energy yang banyak aku mula mengambil tanakkan (cuba tanya doktor anda apa itu tanakkan?).

Air masak/air putih

Ini juga antara amalan aku sejak aku mula bekerja. Aku memang minum dengan tidak mengira masa. Asal dahaga saja minumlah. Malah di atas meja kerja juga aku sudah bekalkan air putih secukupnya. Memang tujuannya tidak lain adalah untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Buktinya, aku pernah dipuji doktor kerana kandungan air seimbang di dalam badan. Yeay..

Sunday, April 17, 2011

Man is not a Woman

"The first duty of love is to listen" - Paul Tilich

Aku terjumpa artikel menarik ini semasa membuat carian. Rasanya menarik untuk perkongsian kita bersama. Jom lihat review carian aku di Iban2U ni.


Aku rasa penulisan ini sedikit sebanyak membantu kita memahami lelaki-lelaki kesayangan kita. Baca sampai habis ya.


Hidup lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu

Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki

Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki pentingkan kejujuran

Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan

Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik

Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.

Lelaki juga mahukan sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…”

Lelaki dan ego

Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerja dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.


ShareThis