Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Tuesday, April 12, 2011

Istikharah

Misi mula :: 12 April 2011

Buat pertama kalinya Lagu Istikharah disebarkan di facebook. Akulah manusia paling gembira apabila mendengar lirik tulisanku dimainkan di serata dinding facebook teman-teman.. dan saat aku menulis di sini, alunannya sedang berkumandang di telinga. Bukan kerana aku yang menulisnya, tetapi secara peribadi aku gembira dengan hasilnya. Memang seperti yang aku jangkakan.

Pernahkah u terfikir untuk menukilkan lagu dan lirik bersama-sama dengan pasangan u?. Kayaknya tak ubah seperti pasangan LY dan Baidurikan? Menggubah lagu bersama mengikut kehendak hati sendiri dan menjadikannya lagu kenangan sepanjang hidup.. sesungguhnya aku tidak pernah terfikir ini akan berlaku.. segala-galanya berlaku tanpa perancangan tetapi ianya benar-benar meninggalkan kesan ke atas kehidupanku.. seperti u, aku juga punya rasa masa yang tidak dapat digambarkan semasa menulis liriknya.

Tiada rasa

Pertama kali pensil (biasanya aku memakai pensil semasa menulis lirik.. aku rasa tulisan nampak lebih dramatik) menari di kertas aku buntu.. terlalu buntu. Mahu menulis dan banyak sangat mahu ditulis sehingga aku jadi tidak tahu bagaimana untuk mula. "Mass ambiklah seberapa banyak masa pun untuk menulis, biar tulisan tu tidak terdesak." Lebih kurang itulah apa yang dikatakan komposernya kepada aku. Sesungguhnya seingat aku, aku mengambil masa 2 bulan untuk menyiapkan liriknya.. yang pada masa itu aku benar-benar menulis dari hati.. menulis apa yang kurasai.. menulis atas dasar apa yang aku lalui.. Yang pada waktu itu, aku mencari istikharahku sendiri.. kerana aku pada waktu itu memang hebat diuji.

Mencari idea

Mencari melodi pula, satu lagi kerja berat. Yalah, kalau u sekalipun disuruh buat lagu dah tentu u akan kerah keringat untuk mencipta sesuatu yang baru, fresh dan pastinya ada kelainan kan? kan? Lebih kurang asal cerita terjadinya melodi ini boleh baca di sini. U tau tak, aku masih ingat selepas karyaku sudah diberikan kepada komposernya.. tiada apa-apa respon aku terima. Dalam hati tak sabar nak mendengar melodinya.

"Dah baca ke lirik lagu Istikharah?" Aku tanya komposernya. "Dah" Amboi, sepatah pulak jawapannya. "So macamana?" Aku balas. "Ok, best.. tapi masih tak dapat melodi yang best," itu jawapnya. Haa.. tak dapat lagi atau tak buat lagi? Hati aku mula terasa nak merajuk sikit. Si komposer tiba-tiba capai handphonenya, nampak macam tengah setting sesuatu..

Oh my! Waktu itu hatiku teruja berbunga-bunga cinta apabila kedengaran lirik yang aku tulis dimelokan.. oh, sangat terkesima. Memang tak dapat nak kontrol senyum lebar. Memang semasa mendengar demonya aku sudah teramat suka.

Dan.. hari ini dengan rasminya aku perdengarkan lagu Istikharah buat u semua. Jika ini adalah kali pertama kalian mendengar lagu ini, telitikanlah alunan muzik dan bait-bait katanya bersungguh-sungguh.. sesungguhnya aku menulis atas dasar apa yang aku alami.. istikharah ini sudah berpenghujung buatku mungkin.. sesungguhnya Allah Maha Penyayang.. mohonlah kepada-Nya..

Misi ditutup :: Ups.. sebelum tu.. nak tau ke siapa komposer yang buat main-main surprise dengan lyrisistnya tu? Huhu.. siapa lagi kalau bukan brother.. kekeke

Monday, April 11, 2011

Wedding Planner

Bab ini nampak menarikkan? Inilah misi kami pada hari Ahad. Aku memang merancang untuk mencari 'wedding planner' bagi membantu kelancaran misi kami. Yalah, aku ni jauh dari rumah, kalau boleh tak mahu langsung menyusahkan ahli keluarga tambahanlah mama.. jadi aku bercadang untuk mencari wedding planner yang sesuai dengan jiwaku untuk majlis besarku nanti.

Memang bukan senang nak mencari wedding planner ni. Banyak memang banyak, tetapi yang kena dengan jiwa ni agak susah.. yang paling penting pada aku adalah.. mereka yang mudah faham cara kerja aku.. pendek kata, bercakap dalam bahasa yang samalah.. mcm kak Anna.. tapi kak Anna bukan wedding planner.. mudah kata aku nak mencari wedding planner yang:
  1. Faham kehendak jiwaku
  2. Tahu trend terkini
  3. Ada semua perkara yang kita nak dan dapat menyelesaikan masalah, bukannya menambahkan masalah
  4. Kreatif dan punya idea tersendiri (sangat sungguh terpenting)
  5. Yang paling penting.. kesesuaian servis dengan harga perlulah seimbang.. hehe
  6. Owh satu lagi.. tak boleh jauh sangat dari rumah.. nanti ada charge tol lah, minyaklah.. lorilah.. kapallaah.. owh tidak.. jangan membazir.. (pernah cari di Shah Alam.. charge transportation sahaja RM2000)
Malangnya.. aku belum menghebahkan tentang ini kepada umum, jadi susahlah nak dapatkan sponsor (hehe.. artis sungguh!) So.. terpaksalah teruskan aja misi mencari wedding planner berbayar..

Wedding Planner A

Direkomenkan oleh teman serumahku Ikha.. katanya designer ini memang terbaik dari segi design dan harga. Kira berbaloilah katanya. Freshy lagi dalam industri perkahwinan tetapi berbakat besar. So, aku cuba-cubalah contact dia dan dapatkan fbnya.. setakat yang aku view dan komunikasi kami melalui phone. Dia ni nampak ok jugak. Cuba aku tak pasti samada dia boleh pikul tanggungjawab wedding planner atau tidak kerana aku nampak dia ni lebih kepada 'one man show'.. jadi aku terfikir akan risiko yang besar di situ.

Wedding Planner B

Yang ini agak terkenal juga dan ternyata hasil kerjanya memang bagus,tidak dinafikan. Tetapi aku rasa kami akan ada masalah pemahaman dan komunikasi kerana beberapa faktor yang aku sajalah tau.. hehe. Adakalanya terlalu mengikut trend atau terlalu mahukan keunikan boleh membuatkan kita terlalu berbeza dan tidak boleh diterima oleh orang sekeliling. Faktor kesesuaian juga amat penting.

Wedding Planner C

Tak mau bagitau namanya juga sebab masih dalam proses mengenal hati budi.. hehe. Aku ke sana dengan mama dan kakak.. Kiranya butik ini terkenal juga.. menurut sumber (adalah juga aku tengok portfolio yang ditunjuk pada aku) butik ini pernah menyentuh majlis perkahwinan pelakon Umi Aida, kerabat diraja, orang-orang kenamaan di sekitarnya dan macam-macam lagilah.. memang pertama kali aku bersua dengan pemiliknya sangat mesra dan bagus dari segi kreativiti dan fahamannya tentang trend.. aiceh.. yang penting, mama suka.. hehe sebab dia ni pandai sungguh mengambil hati mamaku.. sooo, tengoklah macamana nanti.

Misi ditutup : Masih terus mencari

Friday, April 8, 2011

Jalan-jalan Cari Kain

Mungkin ini entri yang lebih ekstrem. Lebih fokus kepada tujuan sebenar. Selepas semua perancangan sudah diaturkan.. aku turun pula ke Pulau Pinang bagi meneruskan misi seterusnya. Bulan April sudah mula buat banyak perancangan.. pecaya tak??

Misi kali ini perlu melibatkan ahli keluarga yang lain, jadi kepulangan aku 3 hari ke Penang digunakan sepenuhnya hinggakan hasrat untuk berkunjung ke rumah Fatini terpaksa dibatalkan atas desakan masa yang sangat suntuk.

"Sorry ye Tini, inilah sebabnya kenapa masih tak dapat mencuri masa berjumpa kamu.. uhuhuk.. i'm sorrey!"

Setibanya di kampung pagi jam 6 hari Sabtu.. saya sempat rehat sekejap. Jam 10, saya, kakak, kak An dan Hanani (Anak Saudara) meluncur ke Sungai Petani untuk misi pertama kami..
  • Mencari kain warna sedondon untuk ibu saudara, ahli keluarga dan kanak-kanak.
Dikebanyakkan majlis, kita banyak lihat warna tema majlis perkahwinan turut di sokong oleh ahli keluarga jugakan.. kiranya selain adik beradik, ibu saudara pun nak sedondon juga.. almaklumlah sekali sekala.. dan ini memang hasrat mama.. mahu adik beradiknya pakai warna sedondon.. macam gambar di bawah ni..

Lebih kuranglah..

Sebelum mulakan misi, aku ada siapkan beberapa perkara hasil perbincangan dengan mama menerusi telefon. Lihatni..
  1. Tetapkan warna kain atau bawa siap-siap kain contoh untuk mengelakkan kekeliruan warna
  2. Tulis jenis kain yang nak dibeli contohnya kain Mak Saudara, Flowergirl.
  3. Tulis nota jumlah kain yang mahu dibeli contohnya:
  • Maklong: 5 meter
  • Maklang: 4 meter
  • Maknjang: 4 meter
  • MakDhak: 4 meter
  • Makteh: 4 meter
  • Maksu: 4 meter
  • Makcik Ana: 4 meter

Jakel

Di Sungai Petani pun ada Jakel tau.. itulah tempat pertama kami. Memang rambang mata betul. Rupanya warna tema majlis saya nanti agak sukar nak di cari kerana warnanya agak mengelirukan.. hehe.. susah juga pada mulanya. Dalam google lain warnanya.. bila in reality nampak lain pulak.. hmmm.. Lama juga kami di Jakel.. selain kakak memilih juga kain untuk dress untuk anak-anak saudara.. hehe.. kakak memang dah lama impikan flower girl yang comel-comel menghiasi red carpet.. jadi kakaklah yang beriya-iya mencari kain selain dari aku yang pening tak habis-habis sebab serabut dengan kain yang sangat banyak pilihan.. peningnya! Namun misi mencari kain warna sedondon tidak berjaya di sini kerana tidak ada yang berkenan.

Kamdar

Misi diteruskan, kami singgah ke Kamdar. Lama sungguh tak ke Kamdar. Masa kecik-kecik dulu kalau bulan puasa, mama akan datang ke sinilah cari kain untuk kami.. lamanya masa berlalu. Namun misi di Kamdar juga tidak berjaya kerana tidak banyak kain warna pilihan di sini.

Makan Ikan Bakar

Menghampiri zohor, kami singgah restoran Ikan Bakar yang meletop di Sungai Petani. Memang seronoklah dapat makan sama-sama. Perut pun dah lapar sangat.. apalagi.. ngap aje lah!

Nagoya

Memang orang perempuan.. kalau dah dapat permission keluar, tak ingat dunia bershopping.. tapi nampaknya kami memang tidak banyak terbabas atau lari misi.. misi mencari memang diteruskan hingga ke The Mall Seberang Jaya.. jauhnyaaa.. huhu.. jauhnya adalah 30 minit perjalanan dari Sungai Petani. Haaa.. dah jumpa kain yang di cari.. tapi.. tapi.. alamak, kainnya tak cukup pulak.. aduh.. inilah masalahnya.. bila jumpa kain yang kita nak, tak cukup pulak.. sooo.. misi batallah jawabnya..

Susahnya Cari Kain

Rupanya memang susah nak cari kain warna tema yang kami nak.. ada saja tak kena.. walaupun misi ni tak berjaya tetapi kami berjaya meluaskan pengetahuan mengenai kain dan jenis-jenisnya.. Misi ini akan bersambung di Shah Alam la nampaknya.. akanku terjah Jakel Seksyen 7 pula lah nampaknya.. Owh penatnya..

Misi ditutup :: Esoknya.. Ahad, ada misi lagi.. tungguu..

Wednesday, April 6, 2011

Sangat Cool Gambar Ini


Sekian

Save The Date! II


Jika u mengikuti blog ini dari awal, u akan tahu kenapa kami mahu sangat majlis pertunangan diadakan pada bulan September. Aku tidak percaya kepada pengaruh tarikh atau bulan untuk memberi kebahagian atau apa-apa saja dalam sesebuah hubungan. Cuma relevannya bulan Sembilan punya value tersendiri kepada kami.
  1. Bulan September 2009 brother lamar aku (Bulan Ramadhan)
  2. Bulan September 2010 aku menyambut lamarannya (Bulan Ramadhan)
Jadi kebetulan September tahun ini jatuh pada Syawal. MasyaAllah, sungguh indah penciptaan ini kepada kami. Kebetulan yang aku kira cukup indah buat rekod peribadi kami. InsyaAllah, Syawal tahun ini kami akan menyambutnya dengan majlis 'besar' ini. Aku amat merindukan Ramadhan. Yang pernah di dalamnya pada 2 tahun lepas aku sangat bersungguh-sungguh meminta pada Allah, tunjukkanlah Istikharahku ini.

Semoga Allah melancarkan urusan kami. Ameen.

Save The Date!

Misi mula : Januari 2011

Jika dikalangan teman-teman rapat, pastinya ramai yang tahu aku tidak berapa sukakan sela waktu bertunang dan nikah yang terlalu lama. Namun adakalanya itu hanya rancangan kita sahaja kerana dalam soal ini biasanya perbincangan dengan keluarga amat penting dan tidak boleh ditolak ke tepi langsung.

Nampaknya, keinginan gila aku ini disambut baik oleh mama dan keluarga.. tetapi tidaklah sehingga majlisnya di dalam satu hari. Ikutkan hati mungkin mahu saja buat begitu tetapi disebabkan memikirkan kepenatan berganda yang akan diterima dan pastinya agak berisiko tinggi.. aku dan bro memutuskan untuk menjarakkan majlis pertunangan kami sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan.

Modus operandinya begini..
  1. Mencari tarikh majlis resepsi (Kenduri)
  2. Secara automatiknya tarikh nikah adalah sehari sebelum majlis resepsi perempuan
  3. Mencari tarikh bertunang
Sengaja aku cadangkan untuk menetapkan tarikh kenduri dulu kemudian barulah memikirkan hal bertunang. Pada aku majlis bertunang hanya jalan yang akan dilalui semasa menujunya ke hari pernikahan. Ianya bukan sebuah majlis yang dirancang lebih awal. Aku lebih yakin dengan cara ini. Ada sesetengah orang memilih untuk bertunang sahaja sehinggakan adakalanya tarikh nikah tidak langsung difikirkan.

Bila tarikhnya?

Disember dan September sudah pasti.. tarikhnya bila dan kenapa bulan tersebut dipilih akan dirungkaikan nanti.. stay tune!

Misi ditutup : Kedua-dua bulan ini punya makna

Tuesday, April 5, 2011

8 Bulan

Misi tinggal lagi 8 bulan.

  1. Menempah lokasi dan tarikh majlis
  2. Menetapkan jumlah tetamu yang hadir
  3. Menyelesaikan segala temujanji dengan doktor

:Status:

Menempah lokasi dan tarikh majlis

Settled

Menetapkan jumlah tetamu yang hadir

Sudah bincang dengan mama. InsyaAllah kami bercadang untuk membuat jemputan untuk 1000 pax tetamu.

Menyelesaikan segala temujanji dengan doktor

Bab ini yang aku tak reti sangat. Nak tanya malu. Nanti aku cuba risik.. macam awal sangat pulak rasanya.. masih tidak buat apa-apa.

ShareThis